Tuesday, April 15, 2014

Adam dan Adik

Assalamualaikum,

Entry ne aku terpikir sangat sangat mahu share. Sebab people around me asyik tanya masa pregnant Adam macam mana, yang adik macam mana. Aku ne dengan kerja jarak agak jauh, ada toddler yang tengah melasak, memang aku nda banyak pikir pasal pregnancy ne. Tapi bukan lah aku mengabaikan, nda jaga apa yang patut tapi maksudnya aku nda la serisau 24 jam macam Adam dulu. Jadi ibu bermaksud anda akan sabar anda akan tawakal. Macam masa doctor bagitahu, baby kecil dari hari conception tiada heart beat lagi.  So 1 bulan lagi baru jumpa doctor lagi. Alhamdulillah lepas tu semuanya normal.

So sini aku mahu cerita perbezaan sekarang ne

Muntah/Mual/Morning Sickness

Masa Adam boleh tahan tahap kemuntahan sampai aku banned beberapa makanan sebab aku keep on ingat macam mana rupa dia sekali terkeluar. hehehe. Dari 2 bulan sampai 4 bulan gitu la. Hampir setiap hari uwekk uweekk sebelah petang. Lepas tu adalah kadang-kadang ter uwekk juga kalau salah makan atau heartburn sampai kemuncaknya sudah. Kadang kadang rasa fedup. Nda sanggup.

Masa adik ne pula setakat hari ne 16 minggu belum satu kali pun aku muntah. Mudahan lah berkekalan. Bab ne aku paling syukur. Alhamdulillah, sampai ada orang cakap beranak lah ko tahun tahun. Padahal masa Adam menangis dalam toilet sudah. hehehe Maksudnya aku boleh makan macam macam banyak banyak tanpa muntah. Tapi sayangnya selera kurang

Heartburn/Pedih Ulu Hati

Masa Adam dulu aku kena heartburn paling teruk. Nda dapat aku tafsirkan lagi. Sampai macam macam petua aku ikut. Lepas makan jangan baring. Kena tunggu sejam atleast. Bayangkan kalau mahu makan jam 12 malam gitu, jam 1 baru aku baring. Semua makanan aku pantang, cili sos, chezzy wedges, etc. Banyak tempat aku pergi untuk dapat ubat. Last sekali aku dapat ubat yang berkesan dari Klinik Kesihatan Putrajaya. Aku makan sampailah kandungan 8 bulan. Tiba tiba stok habis bila aku balik KK dan bila minta di Klinik Putatan, doctor marah makan ne ubat dia cakap nanti baby kuning tinggi and so on. Alhamdulillah Adam langsung nda kuning. Terpaksa aku makan ubat cecair warna putih tu. 1 botol tu 1 minggu jak habis. Please heartburn dont come back again, Tapi yang bestnya, lepas deliver gastrik aku yang teruk dari belum beranak tu pun lupus sepenuhnya. Alhamdulillah.

Masa adik ne, totally tiada heartburn. Tiada!!! Alhamdulilah. Dulu aku pikir, aku nda takut untuk mengandung lagi tapi aku takut heartburn datang lg. Tapi kali ne ok, makan lada kah asam kah go jak. Tapi ada masalah kulit ka tu nanti ar. Adui dik bagus bagus adik k.

Pening/Pusing-Pusing Kepala

Masa Adam ada juga sekali sekali pening pening ne, tapi jarang lah juga. Tapi masa adik ne aduiiiii, nda -boleh silap sikit terus pening yang sampai bengkak bengkak kepala. 2-3 hari lagi tu. Kalau boleh mahu jak berkurung dalam bilik yg tiada bau yang sejuk sejuk ja. hehehe. Tapi okeylah, masih ada boleh di suruh urut. Dan minyak paling mujarab, dari Tanamera. Aduii lega saraf saraf tunjang segala. hehehe

Alergik

Aku ne memang jenis beralergik. Ada jak biji biji gatal selalu tumbuh di tangan. Tapi masa pregnant Adam langsung tiada, bersih jak kulit. Jarang jarang dalam hidup rasa begitu. Nah sekali adik ne, keluar balik semua. Adui tabah jak lah mama sayang. Biasa sudah juga, mama harap lah adik tiada masalah kulit nanti. Salindah pun mama lambat start ne, baru mahu makan. Lambat order Sorry dik.

Berat 

Teng teng tenggggg. Berat ne masa Adam memang lah jangan cakap 3 bulan sudah 60kg ++. Kuat makan kuat kasi keluar balik. Masa adik pula, tiada muntah nda kuat makan Sebulan sebelum pregnant berat aku 51.7kg totally underweight. Berat ideal aku dalam 55-56kg. Masa 15 weeks boleh lah berat 55 kg. Tapi masa 12 weeks tu dalam 54 kg. Dr. Sutha pun hairan, dia cakap u breastfeed a lot kan. hehehe. Perut pun macam kecil, tapi once again Ijam cakap jangan lah risau sangat as long as berat adik ngam macma doctor cakap. Betul juga.

Okeylah itu jak mahu cerita, ada masa ada mood saya cerita lagi. Maybe lepas balik dari cuti cuti hujung bulan ne atau lepas dari next review awal May nanti. Should be sudah tahu apa gender. Kalau boy mama mahu setting supaya dapat banyak baju sama dengan Adam. kihkihkih. Kalau girl kena cari banyak info pasal boy. Barang/gadjet baby macam tiada mahu beli. Aku mau beli playpen sebab baby cot akan jadi tempat tidur adik.Yang lain tinggal kasi turun dari atas almari. Adam selalu tunjuk baby walker dia, jadi mama cakap, nanti kita kasi turun k untuk adik. Kadang kadang mama buka buka juga kotak baju lama Adam. Baju baju baby adam semua macam baru, sebab mama gila beli baju jadi yang lama terus simpan. Booties and mitten jangan cakap terlampau banyak. Tapi mama mahu beli juga lah sikit. Sian adik. Adik okey mama jak over haahaha. Oya sama kannnnn aku ada hajat mahu beli stroller yang macam twins to yang depan belakang macam Nana AF tu pakai. Sebab adam kan budak stroller masih. Aduiii mudahan ada rezeki lebih. Kami ada 2 stroller quinny plus maxi cosi. Nda mahu jual. eee nanti lah. hehehe


Read more...

Tuesday, April 1, 2014

Adam Mukhlis & Muhammad Aaron Rayqal At Aunt Reza's Wedding

As Salam

Sabtu lepas aku dan bff aku Noreen pergi kahwin kawan kami dari sekolah lagi ne, di Kawang Papar. Mengangkut anak-anak kecil la kami. Selamat berbahagia kawan ku Reza, aku tunang, kahwin kau antara yang banyak tolong. Kau tunang kahwin aku dapat pergi tengok jak lah. Nda dapat kami tunggu lama masa kau sanding anak-anak meragam sudah. hehehe

Sebenarnya anak aku dan anak Noreen lahir tahun yang sama. Sebenarnya malas mahu update blog tapi oleh kerana banyak gamabr lucu dua anak ini terpaksa aku update juga. kihkihkih. Sampai sekarang nda boring tengok. Anak anak ini lucu, semoga dorang membesar jadi kawan baik. Bila Aaron makin besar pandai main-main sudah mahu banyak outing sama Adam ne, sebab Aaron macam ok bila peluk peluk main main sama Adam. Adam ne lain sikit kalau bermain banyak body touch which is budak lain nda suka. Masa dengan Aaron, Adam serah jak badan badan dia kena kurik kurik cubit cubit pegang pegang oleh Aaron. Dia rasa lucu, dia kesukaan. heheheh. Harap dengan adik nanti begitu lah, jangan gaduh gaduh nanti mama jadi hulk.

Ada masa mau bergamabr dekat dekat, boleh boleh Adam terus ambil puting Aaron, padahal sudah kena clip di baju si Aaron. Aaron tengok ja sambil ketawa. Dipikirnya lucu. Hahahha. Umur Aaron 6 bulan gitu Adam kan setahun 3 bulan. Nda sabar tunggu Aaron besar lagi. Mesti Adam suka. Okeylah jom tengok gambar gambar dorang yang sangat chomel ini. Oya, sebenarnya dari hari tu mahu update blog mahu bagitahu im on my 4th pregnancy (2 kali gugur sebelum ne, sebab bila aku bagitahu aku pregant kali ke-4 orang bingung). Siapa ikut blog aku dari awal akan tahu, aku lama juga menunggu anak. Sekarang rezeki datang every year. Alhamdulillah. Aku di minggu ke 14 sekarang. Mama sayang kamu dua dua infact empat empat. Okeylah enjoy those pictures. :)
Selamat penganti baru Sharizza Sani
nda sangkan kan sibling laki ko ne kawan sepermainan laki aku masa kecil
hehehehe

Kalau tengok Adam macam nda mahu kena peluk
tapi sebenarnya dia tengah merasa kena peluk peluk.
Dia kesukaan. Ketawa dia berdekah dekah

Sikit masa lagi c Aaron pun macam Adam nda pandai diam.
hahahah

Anak anak ku.
Sama kan baju. Kiutttt
Naseb mama mama nda bergambar. Baju kami pun sama,
kaler jak lain. Nda rancang.
Anak memang sengaja kasi sama.
Teaser adik
Baba cakap adik pemalu sebab tunjuk belakang
Apa apa lah adik asal adik sihat sempurna
Mama baba abang adam is waiting for u sayang
(okey airmata mahu jatuh, macam nda percaya keluarga kecil makin
membesar. Alhamdulillah. Syukur pada mu ya Allah)


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...