Wednesday, October 23, 2013

Pengalaman Baru Adam

As Salam 

Hari tu kami bawak lah Adam naik trolley kereta yang di Giant slelau tu. Aduiii sampai malam mama masih teringat ingat gaya adam. Adam mama, kamu sangat istimewa di hati kami. Kelincahan dan kenakalan kamu pengubat penah lelah kerja mama dan baba. Jadi anak yang soleh dan taat pada agama ya sayang. 





Read more...

Monday, October 21, 2013

Anugerah Model Ibu Penyusuan Susu Ibu Eksklusif

As  Salam,

Eh hyeee, its been a long time since my last entry. Orang putih la pulak. Okeylah aku sangat busy di sini arrrrr. Aku start kerja jam 7.30 pagi, sebelum tu aku sudah start bekerja, aku rasa mahu sebulan sudah aku skip masa makan tengahari. Aku sambil sambil ja makan. 4.30 Ijam ambil, tinggal menangis ja sebab terlampau penat. huhuhuhu. Tapi tu la bha macam ijam cakap, dulu Allah uji kita berjuah, sekarang Allah uji kita dengan kerja. Atleast kita sudah sama sama kan, balik rumah tengok Adam panjat sana panjat sini, Its happiness kan. hahahahaha betul juga. 

okey lah, aku lama suda tidak share pasal breastfeeding, sebab cabaran kurang sebab aku sudah tinggal dekat tiada lah angkut angkut ebm naik kapal terbang. Adam sudah makan, infact makan apa sahaja. Pearl milky tea yoyo pun dia hantam. Hari tu (tiba tiba cerita lain), aku kena suruh isi borang apa pengalaman aku pasal breastfeeding ne, aku pun tulis la pasal macam mana aku sediakan ebm walaupun berjauhan dengan Adam dulu. Sekali tup tup hari Jumaat lepas aku kena called, aku dapat anugerah model penyusuan susu ibu secara eksklusif, so kena datang besok nya di Beringgis Resort and bagi speech sikit la kunun. Kabak kabak jantung mama, apa aku buat aku share seja lah apa aku buat selama ini. 

Macam lucu, tapi baru aku sedar kami ne unik kan. Nda apa lah, nanti besar ada juga mau cerita sama Adam. hahaha. Masa naik stage aku bawak lah Adam sekali, dia diam diam ja, terbersin lagi. hahahaha Alhamdulillah, which is Ijam sangat takut Adam tidak dapat dikawal seperti kebiasaannya. hahahaa

Okeylah, aku nda minta pun apa aku buat untuk mana mana pihak acknowledge. Apa aku buat demi Adam, tiada lain. Sampai sekarang masih terasa best bila Adam sendiri sudah pandai tarik baju mama, cari oksigen nya heheheh. Kalau dia tengah merayap rayap mengaudit, cakap jak "Adam jom nenennnn". Terus ikut di belakang mama sambil berkunyayang masuk bilik. hahahaha.. Sekarang habit baru, sambil nenen sambil bising macam menyanyi. Adeh anakku. Macam macam.

Terima kasih pihak Kementerian Kesihatan Malaysia, terima kasih Hospital Papar terima kasih Klinik kesihatan Kinarut. 

mama's ootd :: syria from qaira hijab. top&bottom from mng
adam's ootd :: tshirt from quiksilver, braces from h&m, jeans from mothercare,
shoes from nike
being interview la sangatt
hahahah




Read more...

Friday, October 4, 2013

TLTS Is Back Real Soon

As salam,

Aku dan Ijam akan turun mengambil stocks besok, maksudnya TLTS akan beroperasi semula. Aku nda berani mahu bagitahu real date. Sebab even barang barang sudah ada dalam tangan. Oleh kerana aku masih bekerja. Aku try upload slow slow. Mana lagi mahu handle anak yang sentiasa mahu berkepit. Please pleaseeeee support local business!! kihkihkihkih

InsyaAllah kalau cukup masa, kami akan bawakan pelbagai barang like barang barang baby, tudung syria, bags, kain pasang, breastfeeding stuff, baby handmade stuff. InsyaALLAH. Percaya kepada rezekiNya. Yakin pada minat yang ada kan kan kan. TLTS berhenti beroperasi hampir setahun lebih. hehehe. 

Mulai besok, sempena menunggu hari hari untuk re-opening, aku akan buat quizzes untuk kalian kalian teka or jawap. Pelbagai hadiah untuk dimenangi. Jangan lupa panggil semua satu kampung like https://www.facebook.com/Ted.Loves.2.Shop . Paling penting search kami di intsagram tedloves2shop . 

Sempena dengan itu juga, setiap item dari pembelian anda anda kelak, RM1 kami akan derma ke Rumah Anak Yatim As-Sakinah Papar. Actually rumah anak yatim ne di belakang rumah ja. Memang sangat dekat di hati kami. https://www.facebook.com/groups/270434149674384/ Walaupun RM1 mungkin kita telah mengubah kehidupan anak-anak ini. Aku pernh dengar satu ceramah, kalau kita nda pernah memberi dengan nilai yang kecil, kita tidak akan memberi dengan nilai yang besar. Boleh membeli sambil membantu. Kalau mahu bagi sumbangan lebih kami boleh bagi direct contact person. Ohya, kami akan agih sumbangan anda setiap hujung bulan, disertakan resit. Nanti kami simpan dan update sebagai bukti. 

Last but not least. Nantikan barang barangan kami. Beli jangan nda beli. lai lai lai lai lai laiiiiiiiii

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...