Monday, August 19, 2013

Selamat Hari Raya dari Adam Mukhlis

As Salam,

Selamat hari raya aidilifitri. Walaupun sudah daui minggu raya kan. hehehe. Aku kerja di KK sudah, eh di Tuaran to be exact. Nantilah cerita. Ne mahu share masa hari raya hari tu, macam tahun tahun dulu dari bujang lagi. Memang jarang pergi beraya ar. Aku rasa orang hebat bila orang bagi tahu, raya pertama dia di Kota Belud, raya kedua di Papar, Raya ke tiga pergi Tuaran patah balik KK raya ke empat, lepas tu raya ke lima ke enam still beraya. Kisah raya aku??? Hari raya pertama lepas family members balik dari solat sunat Hari Raya, berkumpul kumpul semua minta maaf, makan  dan bergambar. Tengah hari pergi rumah makcik Ijam sebelah rumah (dapur bersambung arrr. hahaha). Masuk dari pintu belakang lagi. Makan lasagna, Adam getting excited dibiar kesana kesini bagaikan dunia ne dia yang punya. Phewww. Eh, terus celebrate birthday baba n monthsary Adam. Next entry ok.

my in laws family
adam betul2 mau tidur suda still tahan hati nda meragam


Kalau raya semua maci2 dan paci2 Ijam akan berkumpul di rumah, memang nda berenti lah makan. Seronok betul. Masa raya pertama aku makan nasi 5 kali. hahahaha. Aku rasa ada isi sudah aku, since masa puasa Ijam hari hari sukat pergelangan tangan aku. Dia cakap kurus kering. Eh apa suda cerita aku ne, raya kedua pergi rumah maci Ijam lagi ermmm selang 4 buah rumah. hahahaha. Jauh2 betul kami beraya kan. Makan nasi arab. Pun bertambah tambah nasi dan lauk. Senangnya dalam hati.
tertidur sendiri tunggu sesi maaf maafan

sampin dia pun terbuka suda

my little family on 1st day raya
Lepas tu last Sunday, nda tahu mahu beraya pergi mana. Aku, Noreen dan B'biey jumpa di mall jak la. Kahkahkahkah. Tapi Adam nda sihat, meragam ja. Kami makan then singgah clinic then balik. Okeylah itu jak mahu cerita. Nanti kasi masuk gambar next entry. Tiga tahun yang lalu, raya pertama berdua dengan Ijam excited juga, beli baju raya berpasang pasang. Tapi sama juga raya pertama jak guna. hahaha. Raya kedua i was pregnant, tiada mood mahu raya. Ijam pun nda cuti masa tu. Tahun ne lebih bermakna lah, Ijam cuti lama, ada Adam yang bikin havoc. Tengok lah aktiviti dia masa raya ne di rumah orang mahu pun  masa cousins datang rumah.
hahaha
ne masa pergi rumah nenek ija. selang 4 rumah ja hehehe


ne rumah nenek biah
cousins dtg dia sibuk lipat carpet abc dia

2 comments:

  1. baru sibuk mo main mainan dia sendiri bila..haha..si Adam ni..makin besar makin byk buat kerja sendiri..yg penting maci dpt kiss lama-lama dan banyak kali dr Adam..

    ReplyDelete
    Replies
    1. teda bha dia. ada kwn baru dia maw main. kalau nda dia limpas2 ja tu hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...