Wednesday, July 10, 2013

Kedai Baby Sekitar KK

Salam Alaik


Ne salah satu entry yang di request juga ne. Hurmm, di mana mahu start ar. Kawan kawan selalu tanya di mana aku beli barang barang Adam. Fyi, kedai kedai ne semua hasil risikan Ijam dari sebelum aku beranak lagi. Hehehe. Kami nda boleh expect mahu beli semua keperluan Adam di KL. 

So ne list favourite kedai keperluan barang baby di sekitar KK ne; our very first choice and most favourite is KK Toys. KK toys terletak di Api-Api Centre. Apply for member card, anda layak untuk 15% discount. Beli banyak memang terasa kurang dia. Untuk barang baby, dia ada brand Tommee Tippee (lucky me, sebab aku minat gila barang TT ne), Little Bean (affordable one) and ada lagi lah brand macam Bumble Bee, My Dear and so on. Kalau bab toys, sini sangat heaven. Dari 0 months sampai besar. Fisher price, bright start, little tikes, vtech, lamaze, what else??? Hahaha semua ada. Banyak keperluan Adam aku beli sini, macam sterlizer, car warmer, home warmer, baby walker, thermal bag, hurm soft toys and ada lagi lah. ada discount kannnn. hehehe. Yang besar besar sikit punya age, aku belum focus since Adam baru masuk 6 bulan. Sabar sabar. Mahu tanya pasal member card segala boleh contact number ne 088 213787. Di bawah ne antara barang aku  beli di KK Toys, banyak lagi sebenarnya, asal turun KK mesti mahu beli sini. Terlebih excited dari anak.
ne bottle warmer untuk kereta
ne walker adam
The best stufff so far
hehehe
my pump
ne salah 1 benda yg aku minat gilakkkk
tommee tippe thermal bag
since kami akan selalu travel
benda ne perlu la juga
finally dapat kaler merah
susah2 cari rupanya di KK Toys ada
Okey ada satu kedai, yang cakap apa kamu cari, any brand dia pasti ada. Happy Mums sebaris dengan Dr. Felice punya clinic. Aku malas pergi sini sebab jauh dan nda pernah discount walaupun 10 sen. Hahaha. Tapi selalunya dia ada apa yang aku cari. Tapi tulah kedainya nda tersusun. Pernah datang sini beli puting NUK Adam yang susah betul mahu cari tu. Cari cooler bag yang boleh muat dalam 10-12 bottle storage untuk ebm. 

Kalau tanya Toys r us ada di KK ka nda, yes ada di 1B dekat KFC. Members dia tiada discount macam KK Toys, dia cuma kumpul points dengan adalah birthday treats and so on. Member card dia valid seluruh Msia. Ohya Mothercare pun ada di KK, tapi seriously barang nda sama macam di KL, maksud aku variety dia. Sebelah Mothercare adalah Kids Avenue, sini pun banyak barang. Dua dua ne di KK Times Square. Pusing ja tu KK Times Square dari luar mesti jumpa. 

Apalagi ar, ohya since ada few friends tanya di mana aku beli skinny jeans Adam, ada color navy blue sama grey Adam punya. Di Cotton On Kids kawan kawan. Di 1B, tshirt adam almost semua di sana. Beli masa discount, insyaAllah buy 1 free 1. Since Adam ne lelaki, baju-baju dia susah sikit lah mahu cari. Di Cotton On Kids ne jak lah harapan. Kalau di KK lah, kalau di KL, H&M lah paling harapan. Murah sangat murah.
adam banyak tshirt collection dr
Cotton On Kids
ne paling fav, sbb purple
Ijam selalu terbeliak mata klu aku ambik kaler prple
tp yg ne approved!!
Ada juga orang tanya pendapat aku kalau mahu beli macam formal attire macam coat, bow tie for baby di mana mahu cari. So far kalau begitu, aku cari di Parkson Bahagian Trudy Teddy. Adam ada pakai masa kenduri kesyukuran hari tu. Mesti ada heran ada kah untuk new born kah?? Yes ada!!! Di KK teda boutique dia, Tapi KL dia ada own boutique. If baby kamu mahu kasi pakai yang formal untuk function boleh cari mana mana Parkson. Yang aku tahu Parkson 1B ada.

overall adam tu dr Trudy Teddy
tp msa ne masi besar tu overall
Ijam ckp mcm dress
jd mama merajuk suda, xmaw ks pakai adam
huhhhh
ne masa kenduri bertahnik dan bercukur adam
ada bow tie gituuuu
msa beli ne masi Adam dlm perut lg
memang target utk kenduri
Ijam cakap, good beli mahal2 utk 1 kali pakai
good kan mamaa adam
Apa lagi ar, masa tulis ne aku dalam kapal, idea nda berapa tapi mahu juga menulis. Hehehe. Ohya, siapa minat brand Chicco ada di Suria Sabah. Hurmmm, aku nda berapa minat tapi aku sudah jadi member. Hahaha. Aku nda pasti dia ada punya benefit macam mana. Kadang kadang dapat discount kadang kadang tiada. Confuse aku. Hahaha. Seingat aku ada 2 benda jak pernah beli sana, baby carrier adam sama tilam untuk coatnya.

andu
kici lg ko nak
suka lg tu
Okeylah terlampau panjang entry, kalau aku ada ingat nanti aku sambung part 2, ohya yang online aku pernah shop di http://www.autumnz.com/ dengan http://www.littlekids.com.my/ sahaja. So aku akan tulis and share mana yang aku pernah beli saja. http://www.autumnz.com/ ne tempat cari cooler bag, keperluan ebm segala, http://www.littlekids.com.my/ ne macam macam ada, aku beli pump Avent aku di sini.

my bff
semua keperluan ebm
Btw, aku tulis tiada kena sponsor or apa apa. Aku tulis sebab mahu share. Bila aku bagitahu Ijam mahu tulis entry pasal ne, dia pun cakap adakah juga orang tanya di mana mahu cari barang barang baby. Sekali aku kasi tunjuk we chat, whatsapp, fb inbox segala baru dia percaya. Nda salahkan sharing is caring. Kalau ada siapa lagi jumpa tempat banyak barang baby and murah. Do let me know. Okey bye mummies out there (bikin panas) hahaha

2 comments:

  1. Nak jg warmer tu...perloved ada tak

    ReplyDelete
  2. aku skli ja pg sana mo beli toys utk anak...rupanya di atas tu lg heaven dia punya baby gear byk pilihan lg tu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...