Tuesday, July 2, 2013

Gigih Ber EBM Semasa Outstation

As salam


Minggu lalu aku pergi outstation di Sg. Siput dan Taiping, Perak. Ne first time aku keluar pergi outstation lepas ada Adam. Kalau dulu, hantarlah pergi mana aku nda akan menolak. Tapi kali ne berbeza sikit, sebab aku kena angkut barang barang pump dan ebm segala. Macam macam kemungkinan kena pikir. Apa yang aku pikir semua betul betul jadi, nasib semua sudah aku sediakan awal awal. Alhamdulillah

Hari Ahad tu aku sampai dari KK dalam jam 11 am. Jam 2 pm kami sudah bergerak ke Sg. Siput Perak. Kami menginap di MH Hotel, hotel ne agak baru (nanti aku buat entry lain), jadi logic lah belum disediakan mini freeze dalam biliknya. Ampun, memang tiada. Check in saja, bila masuk bilik tiada mini freeze tu, aku terus turun balik buat tinjauan macam yb. Hahaha. Luckily, hotel tu ada macam mini store. Ice box untuk air tin saja sudah 3 biji, campur ice box untuk ice cream 4 la semua. Jadi aku nda risau. Kitchen pun boleh tumpang. Lalalalala kerja aku menjadi mudah. 

pintu tu la terletaknya kitchen tempat aku simpan
icepack dan ice brite.
ice brite selalunya lambat beku
kena letak lama sikit
Alhamdulillah pekerja mini store dan kitchen (coffee house), bagi kerjasama yang amat amat baik. Allah sahaja yang membalas segalanya. So ini rutin aku selama di MH Hotel. Waktu pump jam 3am, 10am, 1pm, 4pm, 7pm, 10pm. Ebm jam 3am dan 10pm aku simpan dalam cooler box. Buat ice box sendiri sebelum aku hantar ke icebox di mini store tu keesokkan harinya. Lain lain session punya ebm aku terus direct bawa turun. 
ne peti sejuk buatan sendiri
kreatif!!
kreatiff!!
lepas tu aku akan transfer ebm pergi sini
hehehe
Ice pack aku bawak dalam 14 pack. Jadi aku rotate beberapa bungkus untuk buat icebox dalam cooler box. Ada yang aku simpan di freezer dari hari pertama aku sampai. Ohya, ice pack aku simpan di kitchen coffe house. Ice pack yang aku rotate aku simpan di icebox ice cream di mini store.

ne ice pack yg aku rotate
ks masuk dlm cooler box
buat icebox sendiri
3 hari 2 malam berlalu, kami gerak ke Taiping. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari Sg. Siput. Bila sampai dalam bilik, hurrmmmm icebox nya dalam keadaan tidak mengizinkan untuk ebm aku. Dan apa yang bertuahnya aku, salah seorang colleague asal dari Taiping dan rumahnya dari hotel lebih kurang 20 minit. Jadi aku minta tumpang simpan susu. Hukhukhuk. Aku terangkan dengan dia cara mahu simpan and so on. Ya Allah, kakak nda berniat mahu susahkan kamu. Sorry ya dek, jasa mu dikenang sampai bila bila. Nasib lah satu malam ja. Besoknya tengah hari dia ambil dan kami bertolak balik Putrajaya dalam jam 3 pm.

ne la peti tu
sedih kan rupanya
hukhukhuk
ne pun buat peti sendiri
ebm yang lain sudah selamat tumpang rumah kawan
yg ne kena banyak ais
sebab seharian punya ebm kena letak sini
tapi kena tukar tu ais banyak kali
maksudnya, bila aiscair, kena gantilah
lepas susun macam di atas
cover dengan kain
Jadi, buat ibu ibu yang bakal outstation. Jangan malu jangan segan berangkutan ya. Walaupun malu tapi apa boleh buat. Buat demi anak, kalau nda pun miss B sakit oooo bengkak. Hehehe

Jadi macam biasa lah, jangan lupa bawa pump. Kalau ada manual and electric. Bawa dua dua. Ebm bottle storage yang mencukupi. Kira berapa hari outstation dan darab jumlah pumping session anda.  Yang plastic storage pun okey. Lepas tu alatan membersih; pencuci khas, span, sterlizer yang tablet tu. Jangan lupa bawa 1 bekas container yang besar. Bawa 2 pun boleh. Gunanya untuk sterlize pump dan bottles storage. Lagi satu boleh buat bekas simpan ebm kalau mahu letak di kitchen ka. Takut tercampur bau bauan lain. Cooler box penting untuk bawa stok ebm yang beku (kalau outstation lebih 5 hari), kalau nda pun boleh guna sebagai ice box sementara kalau tiada peti dalam bilik. Tapiiii, kena tukar ice pack atau ice ketul ketul tu selalu. Jangan lupa bawa marker pen dan sticker untuk melabel ebm anda. Jangan lupa bawa pashmina arau pancho anda untuk proses pump dalam kereta. Mana tahu kan perjalanan jauh sikit. Rasanya itu saja kan keperluannya. 
sterlie jangan lupa k
Yang penting kena siapkan mental kita. Malu babe, masa bagitahu mahu tumpang barang simpan susu. Serius, kalau ditoreh muka aku masa tu kali tiada darah. Hahaha. Lagi satu jangan lupa bagi tahu dengan kawan kawan yang sama sama pergi outstation tu, yang kita ne tengah buat ebm, bagi tahu kita mahu pump, mungkin bawa muatan lebih sikit. Macam aku bagitahu, jadi beban aku kurang sikit. Boleh pesan beli ice, tumpang rumah kawan. Alhamdulillah itu ja mampu aku cakap. 

Buat staff MH hotel terutamanya yang di mini store dan kitchen, terima kasih daun keladi. Jasa kamu dikenang sampai bila bila. Buat team outstation aku kali ne, terima kasih kerana memahami dan banyak membantu. Sorry kerana meyusahkan kamu. Okeylah, aku sekarang menyusun entry entry pasal motherhood ne since ada beberapa request. Sabar ya kawan kawan. Aku tulis ikut mood dan masa yang ada. Kalau aku lupa, please remind me.

Susu ibu hak anak kita. Majulah susu ibu untuk negara. Hahahaha gila ko ted !!!


3 comments:

  1. tahniah Ted.. dpt jg pumping wlu outstation.. rezeki Adam..
    no 2 di screen pam tue, masa ka? atau kelajuan pam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah. syukur kan

      no 2 tu macam kekuatan dia pump. ada sampai 3
      kelajuan yg button kecik kaler merah tu
      kalau kelajuan biasa2 dia kaler hijau

      Delete
  2. mcm aku pula yg nda sabar sudah...hahaha....sapat laaaa bulan 12....excited mo merasa kehidupan motherhood ne..semoga setiap ibu2 d berikan kekuatan.. ^_^

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...