Wednesday, July 31, 2013

Appoitment at Damai Specialist Centre

As Salam,

Hari Isnin hari tu, Adam punya second dos untuk rotavirus. So, this is my first time bawa Adam review di sini, sebelum ne MIL dengan Ijam yang bawa. So, aku blur sikit hahahaha. Bila nurse minta buku aku blur, minta buku apa ini. Rupanya buku yang bawa pergi klinik kesihatan tu. kahkahkah. Aku pikir ada buku khas lagi. Rupanya dia mahu note sana Adam ambil extra imunisasi. Aku argue Ijam lagi, sini farmasi lah bukan cashier. Ijam like "dia first time datang diam-diam jak". hahahaha So okey lah, macam entry sebelum ne Adam senang ja kasi makan ubat asal kan dia dalam posisi duduk, dan biar dia hisap sendiri dari syringe tu. Dont ever push him. Masa dos pertama tu dia hisap macam biasalah. Yang second dos ne pula, dia tidur. Doctor kacau kacau pun nda mahu bangun. Dia ne penat the night before dia nda boleh tidur. Batuk kuat. Nanti cerita. Doctor guna syringe, walaupun tidur dia tetap hisap, pikirnya kali susu. Kasian anak mama. hehehe
aksi dlm kereta otw to hosp
siap terhantuk di dashboard lg. huhuhu
masa dlm kereta ne la kami perasan dia ada gigi suda
Next appoitment di Damai 30 September, di Kinarut maybe dekat dekat tarikh ne jugak. Di Hospital Likas 5hb Ogos ne, untuk last review dengan pakar. o0o0o0 malasnya bertunggu tunggu. hahaha. Dan last juga check mata on October/November gitu, lupa mama. hehehe. Okey pasal batuk Adam tu, dari hari pertama/kedua Ramadhan, Adam sudah start batuk-batuk selesema. Aku rasa campur hari tu pergi Damai tu, 4 kali jumpa doctor sudah. Doc Izz cakap paru-paru clear. Ciri-ciri asma macam ada since Ijam kan ada bronchitis, aku pun ada mild asthma masa kecil. Tapi Adam bukan sesak nafas segala cuma batuk tu teruk masa malam. Doc Izz cakap ne more tu alergic. Maybe habuk, orang merokok (baba kena berentilah sayang), sejuk, etc. Aku rasa bersalah sangat, sebab masa lepas bersalin hari tu aku memang mahu beli air purifier lepas baca di redmummy. Aku rasa harga di reasonable apa tapi entahlah benda bukan bukan boleh pula beli. Soon k Adam, 2-3 minggu lagi mama belikan k. Bincang with baba dulu. hehehe Pasal air purifier tu boleh baca sini http://redmummy.com/tag/sharp-air-purifier/.
mama's ootd
syria : bawah ofis
top : thepoplook
bottom : uniqlo
So, apa perkembangan terbaru Adam??? Dia boleh duduk tegak, kalau pergi beli barang rumah boleh letak Adam dalam troli. Dan bila berlaga dengan troli orang yang ada budak juga, dia akan berkerut dahi macam budak tu bersalah. hahahaha. Dia asyik mahu berdiri, apa ja tempat boleh buat dia berpaut dia akan berdiri, bila dia sudah berdiri, kalau kita kasi lepas pegang dia dia pun akan kasi lepas tangannya. Jatuhlah jawabnya. Terlampau berani. Bersilih ganti lah high pitch di rumah tu. Dia balik-balik jatuh. Tapi nda nangis. Kami ja over hahahaha. Dia start bergerak dari pelan pelan sambil berpegang. Adakah dia mahu berjalan sudah? hehehe berdebar mama. Merangkak laju sudah, sampai luar rumah sudah. Dia suka duduk di luar  sambil kejar semut. ada angin angin kali kan. Boleh cakap mama, nenek, nenen, baba and adalah dia mumbling sendiri. Paling latest, baru tahu masa on the way pergi Damai ne, ada gigi sudah. hahahahahah

Patut hari tu demam 1 hari. Selalunya kalau aku ramas gusinya, dia nda marah. Sekarang nda boleh langsung, rupanya ada gigi sudah. Masa tu bermain main dengan babanya dalam kereta. Berabis ketawa, eh macam ada something. Bila aku mahu kasi masuk jari dia nda mahu, bila dia ketawa lagi, betul-betul nampak. Yayyyyyy. Doc Izz cakap dia akan tumbuh 2 sekali. We are happy, nanti balik ne mahu ambil gambar 1st tooth Adam. Tapi mama takut juga, mesti kena gigit gigit ne nanti. Ampun lah mama Adam. Ampunnnn hahahha

ok la, ntah apa yang aku merepek ne. tengok la gelagat Adam ne, lepas dari Damai kami terus pergi cari baju melayu baba, sekali babanya mahu juga kasut raya untuk Adam. Sekali balik rumah, atuknya belikan 1 sandal lagi. So, total semua kasut Adam 6. Yayyy mama suka. Nanti mama buat collection kasut Adam k. Lepas semua selesai, patah balik rumah then rush to airport. Back to Putrajaya untuk kali yang terakhir. jeng jeng jenggggg
tunggu baba cari kasut adam
adam suka dlm stroller tp jan lama pit stop
can u see dia bole kasi kluar tgnnya dr belt
the striking flat shoes mama from lacoste

lepas ketawa2 lompat2 makan2
terhantuk d dashboard, d cermin segala
c kawan kepenatan lantas tertidur
mama pun ikut tidur
selamat kereta mpv
mcmd  rumah juga kami tidur hahahaha


Read more...

Tuesday, July 30, 2013

USD 2k (Kutip Balik Jantung Yang Jatuh)

As salam,

Setiap kali ada online transaction guna credit card, akan ada sms yang dihantar kepada aku. So, hari tu tiba-tiba ada masuk sms credit card aku kena charge USD 2.00. Kalau usd ne macam apps ja, aku nda jailbreak iphone kali ne so semua apps kena bayar (suka hati kami lah nda jailbreak. hehehe). Aku macam maw ignore tapi hati nda sedap, so aku call Maybank, the one who pick up cakap pun something dari apps. USD 2.00 duit kita dalam RM6++ orang tu cakap la, the exact differences aku nda tahu. Aku pun bagitahu lah, yang aku tiada buat apa-apa transaction dari apps. Dia argue lagi cakap aku pernah beli apps sebelum, memang lah pernah itu pun 2-3 bulan yang lalu, beli whatsapp untuk both phone aku dan Ijam. Dia cakap lagi phone aku auto update. Walaupun aku ne bongek-bongek guna gadjet aku tahu lah macam mana mahu update. Sekarang ne phone aku ada 39 apps yang perlu di update kenapa nda semua tu update ja sendiri. Tapi entah kepada aku mati akal mahu argue lagi.

sms yg aku received
can u see 39 apps need to be update
lg pun kan dia minta password
sebelum update
Bila aku baca balik-balik sms tu dia ada bagi link apps yang aku beli tu (kononya), dia masuk satu apps travel ntah apa lah. Confirm!!!!!!! Aku nda pernah nampak pun apps ne, kalau kalau lah kan tertekan kah apa. So aku call lagi balik Maybank. Ne kali aku explain baik punya, the one who pick up kali ne terus buat checking dengan lebih  mendalam. Dia siap cakap, "Puan ne international airlines, dorang try to charge puan USD 2000, tapi tak berjaya dan pihak kami telah block credit card puan". USD 2k means RM6k++ ????. Panas telinga aku gilak!!!!!! Selamatnya credit card aku limitnya 3k sahaja. Kalaulah transaction tu berjaya di mana aku mahu cari duit bayar? wuarrghhhhhhhh. Jahatnya orang orang macam ne. 
so this is the damn apps
So kawan-kawan berhati hati ya. So lepas ne no more online guna credit card. Tidak akan lagi aku buat. Tapi untuk stop credit card nda la kali, ne berguna ne saat saat emergency. Jangan lah sibuk sangat cakap "ne la sebab aku nda guna credit card, guna cash lagi bagus". Tahniah anda sangat berduit, kami golongan berhutang. Apa boleh buat, kami terima nasib ini. hahahahahaha

Once again, berhati hati k kawan-kawan. Apa-apa yang mencurigai terus call bank berkaitan. 1 sen pun duit kan. 

Read more...

Wednesday, July 24, 2013

Selamat Tinggal Perjuangan

Salam Alaik,



Ya ya ya ya. Akhirnya surat yang ditunggu tunggu telah tiba. Ambil sendiri by hand ne, actually office JPA ne depan office ai jer. hehehe. Alhamdulillah, syukur kehadrat Illahi sebab tidak pernah putus rezeki kepada hamba yang serba kekurangan ne. I've been fighting with all those feeling dan akhirnya aku boleh berasa lega.

Perjuangan aku untuk tidak stay di sini akhirnya berbaloi. Bila aku tahu agak mustahil untuk aku pindah dalam masa terdekat, aku dan Ijam pernah plan untuk pindah terus di sini. Like, bila aku cakap, kalau tahun ne kita masih belum dapat baby, next year abang pindah lah sini. Tuptup tahun tu ada rezeki baby pulak. Bila aku balik dari cuti panjang (maternity leave and unpaid leave), Ijam cakap, kalau aku nda pindah juga tahun ne dia mahu bawa Adam dengan aku sini. Nda sanggup dia tengok Adam jauh jauh dengan aku. Alhamdulillah, syukur baru 2 bulan lebi aku kerja dari cuti yang panjang. Aku dapat pindah. Syukur nda terkata.

Ramai orang persoalkan kenapa aku nda mahu pindah sini terus, padahal senang jak Ijam pindah sini. Banyak kali boss Ijam offer untuk pindah LCCT, tapi orang cakap perjuangan untuk berada di negeri sendiri tu kan. Berbaloi empat tahun aku tunggu. Past is past i feel very fresh right now, the feel macam pengantin baru. hahahaha. Not that 'part', tapi kalau siapa sudah berkhawin, akan ada satu rasa bila  majlis sudah selesai. Thats my feeling. hahahaha. Lega. Walaupun aku tahu cabaran baru akan bermula. Entah apa lagi yang bakal ditempuhikan. Selamat lah segalanya.

My next mission is, kerja dengan lebih tekun sebab aku membazirkan masa empat tahun dengan endah nda endah. I mean not doing extra in my work. Harap ada ruang untuk aku buktikan siapa aku like i did masa kerja Celcom dulu. There is something that i keep inside. Lets begin now!!!!! Fuuuhh bersemangat!!! hahahaha

Aku nda dapat bayangkan yang aku akan jadi bekerja di office dan balik ke rumah menjadi someone wife and mother. I cant imagine that since aku sudah terbiasa kalau aku di Putrajaya aku fully bekerja balik dii rumah untuk makan tidur ja. Bila balik di KK, aku nda kerja jadi fully housewife ja. Semoga aku kuat untuk menghadapi semua itu, sebab aku ne baran juga. hahahahah

Eh sambung tadi, the other mission pula business. Aku kan ada business online kecil kecilan. Tiba masanya mahu bangunkan balik. Rindu. Kali ne akan ditambah. Aku tengah kumpul material, modal, knowledge and so on. Lepas tu aku mahu bergiat dalam bidang penyusuan susu ibu ne, berkongsi dengan komuniti. Aku mesti mampu, hahahaha. Dan akhir sekali, aku  nda perlu risau untuk menambah ahli keluarga (insyaAllah ada rezeki), sebab aku dekat dengan family. hehehe. Nda tahu bila, tunggu Adam besar sikit. Doakan kami. Doakan aku, Terima kasih kawan kawan, followers, readers yang banyak doakan aku. XoXo

Read more...

Monday, July 22, 2013

Iftar Inflight AK 5130

Salam Alaik,

Ne second time buka puasa dalam flight untuk tahun ne, bermakna sudah dua kali lah aku ulang alik dalam bulan Ramadhan. Last 2 weeks masa balik aku seludup burger dalam kapal. Hehehe aku boring sudah makan inflight tu. tapi sekali buka menu, wahhhh baru baru semua menunya. Dalam hati cakap next week mesti mahu test menu baru ne.

Berkobar kobar sudah ne mahu buka dengan menu baru. Alkisahnya habis pula yang aku mahu tu. Sweet and sour chicken rice. Tapunnn. Harap minggu minggu depan dapatlah makan. 


comelnya kena bungkus begini
tq to RHB Islamic sebab sedekahkan
kurma
nasib ada beli roti2
kalau nda mau terkejut perut terus makan pedas
nasi lemak all time fav
ne yg aku mau tu
tapunn
tapunnnn


Read more...

Thursday, July 18, 2013

Kumpul Botol Susu (over dari anak)

Salam Alaik

Selalu aku tulis pasal breasfeed lah, ebm lah and etc. Not fair kan untuk orang nda nda fully breastfeed atau fully fm. Sebenarnya aku pun bukan fully breastfeed. Itu kawan kawan kena tahu. Dan bukan terus menyingkir ibu ibu yang guna fm. Ya la aku pun guna fm. Ada rasanya entry aku bagi tahu Adam start fm masa 5 bulan. Alasan aku stok susu nda cukup. Bukan breastmilk nda cukup tapi stok nda banyak. Tapi kalau aku di KK kali dapat fully sebab bila aku balik kerja, Adam boleh terus bergayut, ne 24 jam dia kena guna ebm. 

Jadi buat mothers yang guna fm tu jangan lah kecewa jangan lah rasa terpinggir kita sudah buat yang terbaik kan. Mungkin bukan rezeki mahu kasi bf, at least anak terjaga dan cukup dari segi lain.Aku just mahu motivate mothers yang lain. Tiada salah bagi fm, tapi kena usaha dulu lah bf. Kena set mind kita susu ada, susu cukup. Kalau kita nda set mind tu yang susah. Tapi masa di hospital hari tu, ada doctor bagi ubat untuk orang sebelah katil aku, yang bikin banyak susu. Berkesan lah jugak. Cara terakhirlah. Ohya sama berurut. Ne aku ada cuba. Memang melimpah limpah. Alhamdulillah. Tapi jangan pula, nda mahu bf sebab kita malas kah atau rasa leceh. Itu memang silap. Itu hak anak kita. 

Sinceeeeeeee Adam guna fm sudah, i am so damn excited to collect bottles. Yayyyy sangattt yayyyy!!!! For the mean time Adam ada 3 bottles. Sebenarnya memudahkan MIL juga, kalau sikit bottles kan balik balik mahu cuci. Hari tu kami turun KL pergi beli barang raya Adam (Adam jak arrrr), sempatlah tambah 2 bottles total 5 la sekarang. Baru 5?? iskhhhh hahahah.  Baru tu sekarang kena beli bottles yang 9 oz, bila aku ambil mahu bayar, Ijam terus berkerut muka "besar juga botol ne". Lupa kali sudah dia anak tu makin membesar, kadang kadang 6 oz pun one go seja. Ya bha dulu beli bottle kerdil kerdil jak, sekarang nda boleh sudah kena beli bottle yang besar. 

1 :: MAM. wishlist yang kaler purple tu (kalau ada mcm mama maw bawak tidur)
2 :: NUK.  bottles Adam sekarang, kaler merah dan hijau
dulu beli ne sebab Adam maw teat yg kaler kuning tu ja
sekarang ok suda, jd boleh beli macam2 yayyyy
1 :: Avent.wishlist tp ada di online (punya mantapppp!!!)
2 :: pura kiki.paling wishlist. stainless steel bottles. ada lg silicone dia as cover.
purple tu yg mahal. if campur silicone yg rm100++ and if Adam refuse nanti terpaksalah
mama guna (if nda kena marah kita oleh babanya) hahaha
3 :: NUK. Adam dan mickey tidak boleh dipisahkan. Mama baru beli
yang kaler grey tu. Belum guna lagi, sayang!! hahahaha
4 :: Tommee tippee beli sebelum Adam lahir lagi, dont u think its so damn cute?
pindik2 tagap. hahaha

alkisah bottles Avent ne, dulu aku nda suka sebab too typical
semua org ada, baru tu designnya plain betul
tapi since dia sudah tukar design pergi yang no 1 tu,
macam aku rasa okey. Lg pun teat dia macam cantik. berbeza!!!
no 2 tu design lama.
lagi pun, pump aku kan avent, jadi memang ada guna juga bottle tu kadang2 untuk Adam,
macam best ja.
tapi tu 4oz, ne aku beli terus 9 oz.
baru beli belum pakai.
hahahah



Read more...

Wednesday, July 17, 2013

Adam Is Now Six Months Old (Why so fast babyyyy???))

Salam Alaik,

Macam lama pula nda cerita perkembangan terbaru Adam, Alhamdulillah perkembangannya semakin hari semakin banyak. Adam sudah start untuk merangkak, belajar untuk duduk sendiri, paling latest dia boleh berdiri sendiri bila letak dalam cot nya. Pantang orang makan dia pun mesti mahu di suap suap. Cuma dia sakit selesema batuk dan demam. Ne second time Adam sakit, mama risau sayang, ikut hati mahu jak cuti jaga Adam sepanjang masa. Tapi Adam getting better kan, demam mahu pandai lah tu. hehehe

Syukur anak ne membesar dengan sangat pintar, teruskan perkembangan mu sayang. Baba dan mama nda sabar sabar tengok apa lagi next Adam pandai, walaupun kami sudah berpikir macam mana mahu adjust bilik tu kalau Adam sudah pandai bongakr bongkar barang. hahahah. Tu belum mama mahu tambah perabot lagi dalam bilik. hehehehe

ne masa dlm kereta
bising2 rupanya maw dekat babanya
maw kiss2 siap bunyi errmm errrmm
kiss sambil jilat muka
lepas tu geram tengok rambut baba berdiri2
kiut jak gamabr 1st tu kan
ohhmyy Adamm
ne sil send gambar ne
the day bila Adam start merangkak
tengok umpanan nya tu
suka la tu diaa
nda payah beli toys mahal2
dia suka bedak, botol mineral, bakul as toys
hahaha
arrrrr ne paling mama nda pecaya
berabis melepaskan diri
rupanya maw duduk di bawah (dlm kereta ne)
sudah duduk maw minta lepas tangan lg
tengok puas hatinya tu dapat berdiri duduk
ne salah satu benda yang buat dia diam
korek telinga!!!!!
hahahah ada lg sampai ternaik2 matanya
tp nda sempat snap
penghibur hati mama dan baba


Read more...

Thursday, July 11, 2013

Children's Brain Is Like Sponge

Salam Alaik


Entry di atas di tulis oleh Dr. Halina . Wife Dr.  Sheikh Muszaphar who is also a doctor. Ya la kan benda fact macam ne kalau aku pandai pandai tulis nanti kena soal macam macam la pula. Like, nda kanlah guna flash cards ja budak boleh pintar? Orang dulu dulu tiada pula pakai flash card anak jadi doctor jadi pegawai what?!!. Bagi aku masing masing la kan. Sama juga la bila bagi nama untuk anak. Kalau bagi nama yang tiada maksud tapi didikan baik, pun nda apa. Terpulanglah, aku memilih untuk yang ada erti. Itu pilihan aku. 

Sebelum Dr. Halina buat entry ne lagi aku sudah terbaca info pasal flash card ne cubanya bukan dari seorang doctor. Bila baca entry berjela jela panjang susah mahu paham ka malas? hehehe Jadi bila Dr. Halina tulis part "children's brain is like sponges. They can easily absorbs information". Terus aku teringat bila Adam nampak something yang baru atau toys yang baru untuk beberapa saat dia akan merenung sambil berkerut keningnya. Mungkin masa tu dia tengah  absorbs kan. Sama juga masa baby dalam perut, kenapa kita digalakkan bercakap dengan baby. Ini semua pilihan, mahu buat ok nda mahu buat pun okey juga. 

Ada orang guna tablet atau phone. Aku ada try guna tapi Adam nampak phone mahu kasi masuk mulut jak bha. Plus kotor bha phone kita kan. Aku sekarang mahu try flash card yang fizikal punya. Aku belum test sebab baru jak sampai parcel ne. Besok aku balik nanti aku buat video macam mana reaksi Adam. Tapi tu la Adam tengah demam sekarang, demam mahu tambah akal kali. hehehe. Mana lagi balik mahu buat puree untuk dia. 6 bulan sudah dia. Tapi aku sudah bagii makan since 5 months, itu nanti aku cerita. Jangan berani bagi makan below 6 months, unless with doc's advice. Nanti aku cerita. Nantiiiii~~~

Aku beli flashcard ne di https://www.facebook.com/luvbbhome2. Selain flash card ne aku ada beli soft toys untuk Adam juga. Kalau ada yang berminat bolehlah pm owner nya. Okeylah habis idea sudah. Almaklumlah puasa. Yayyy besok balik KK!!!! 

saja ja guna apps baru hahahah
3 jenis flash card
jawi, abc n nombor
yg kanan tu free
ne soft toys adam
bayangkan yg kaler pink tu sentiasa bergantung di beg masa kami berjalan
masa di kl la
hahaha
lucuuuu




Read more...

Wednesday, July 10, 2013

Kedai Baby Sekitar KK

Salam Alaik

Ne salah satu entry yang di request juga ne. Hurmm, di mana mahu start ar. Kawan kawan selalu tanya di mana aku beli barang barang Adam. Fyi, kedai kedai ne semua hasil risikan Ijam dari sebelum aku beranak lagi. Hehehe. Kami nda boleh expect mahu beli semua keperluan Adam di KL. 

So ne list favourite kedai keperluan barang baby di sekitar KK ne; our very first choice and most favourite is KK Toys. KK toys terletak di Api-Api Centre. Apply for member card, anda layak untuk 15% discount. Beli banyak memang terasa kurang dia. Untuk barang baby, dia ada brand Tommee Tippee (lucky me, sebab aku minat gila barang TT ne), Little Bean (affordable one) and ada lagi lah brand macam Bumble Bee, My Dear and so on. Kalau bab toys, sini sangat heaven. Dari 0 months sampai besar. Fisher price, bright start, little tikes, vtech, lamaze, what else??? Hahaha semua ada. Banyak keperluan Adam aku beli sini, macam sterlizer, car warmer, home warmer, baby walker, thermal bag, hurm soft toys and ada lagi lah. ada discount kannnn. hehehe. Yang besar besar sikit punya age, aku belum focus since Adam baru masuk 6 bulan. Sabar sabar. Mahu tanya pasal member card segala boleh contact number ne 088 213787. Di bawah ne antara barang aku  beli di KK Toys, banyak lagi sebenarnya, asal turun KK mesti mahu beli sini. Terlebih excited dari anak.
ne bottle warmer untuk kereta
ne walker adam
The best stufff so far
hehehe
my pump
ne salah 1 benda yg aku minat gilakkkk
tommee tippe thermal bag
since kami akan selalu travel
benda ne perlu la juga
finally dapat kaler merah
susah2 cari rupanya di KK Toys ada
Okey ada satu kedai, yang cakap apa kamu cari, any brand dia pasti ada. Happy Mums sebaris dengan Dr. Felice punya clinic. Aku malas pergi sini sebab jauh dan nda pernah discount walaupun 10 sen. Hahaha. Tapi selalunya dia ada apa yang aku cari. Tapi tulah kedainya nda tersusun. Pernah datang sini beli puting NUK Adam yang susah betul mahu cari tu. Cari cooler bag yang boleh muat dalam 10-12 bottle storage untuk ebm. 

Kalau tanya Toys r us ada di KK ka nda, yes ada di 1B dekat KFC. Members dia tiada discount macam KK Toys, dia cuma kumpul points dengan adalah birthday treats and so on. Member card dia valid seluruh Msia. Ohya Mothercare pun ada di KK, tapi seriously barang nda sama macam di KL, maksud aku variety dia. Sebelah Mothercare adalah Kids Avenue, sini pun banyak barang. Dua dua ne di KK Times Square. Pusing ja tu KK Times Square dari luar mesti jumpa. 

Apalagi ar, ohya since ada few friends tanya di mana aku beli skinny jeans Adam, ada color navy blue sama grey Adam punya. Di Cotton On Kids kawan kawan. Di 1B, tshirt adam almost semua di sana. Beli masa discount, insyaAllah buy 1 free 1. Since Adam ne lelaki, baju-baju dia susah sikit lah mahu cari. Di Cotton On Kids ne jak lah harapan. Kalau di KK lah, kalau di KL, H&M lah paling harapan. Murah sangat murah.
adam banyak tshirt collection dr
Cotton On Kids
ne paling fav, sbb purple
Ijam selalu terbeliak mata klu aku ambik kaler prple
tp yg ne approved!!
Ada juga orang tanya pendapat aku kalau mahu beli macam formal attire macam coat, bow tie for baby di mana mahu cari. So far kalau begitu, aku cari di Parkson Bahagian Trudy Teddy. Adam ada pakai masa kenduri kesyukuran hari tu. Mesti ada heran ada kah untuk new born kah?? Yes ada!!! Di KK teda boutique dia, Tapi KL dia ada own boutique. If baby kamu mahu kasi pakai yang formal untuk function boleh cari mana mana Parkson. Yang aku tahu Parkson 1B ada.

overall adam tu dr Trudy Teddy
tp msa ne masi besar tu overall
Ijam ckp mcm dress
jd mama merajuk suda, xmaw ks pakai adam
huhhhh
ne masa kenduri bertahnik dan bercukur adam
ada bow tie gituuuu
msa beli ne masi Adam dlm perut lg
memang target utk kenduri
Ijam cakap, good beli mahal2 utk 1 kali pakai
good kan mamaa adam
Apa lagi ar, masa tulis ne aku dalam kapal, idea nda berapa tapi mahu juga menulis. Hehehe. Ohya, siapa minat brand Chicco ada di Suria Sabah. Hurmmm, aku nda berapa minat tapi aku sudah jadi member. Hahaha. Aku nda pasti dia ada punya benefit macam mana. Kadang kadang dapat discount kadang kadang tiada. Confuse aku. Hahaha. Seingat aku ada 2 benda jak pernah beli sana, baby carrier adam sama tilam untuk coatnya.

andu
kici lg ko nak
suka lg tu
Okeylah terlampau panjang entry, kalau aku ada ingat nanti aku sambung part 2, ohya yang online aku pernah shop di http://www.autumnz.com/ dengan http://www.littlekids.com.my/ sahaja. So aku akan tulis and share mana yang aku pernah beli saja. http://www.autumnz.com/ ne tempat cari cooler bag, keperluan ebm segala, http://www.littlekids.com.my/ ne macam macam ada, aku beli pump Avent aku di sini.

my bff
semua keperluan ebm
Btw, aku tulis tiada kena sponsor or apa apa. Aku tulis sebab mahu share. Bila aku bagitahu Ijam mahu tulis entry pasal ne, dia pun cakap adakah juga orang tanya di mana mahu cari barang barang baby. Sekali aku kasi tunjuk we chat, whatsapp, fb inbox segala baru dia percaya. Nda salahkan sharing is caring. Kalau ada siapa lagi jumpa tempat banyak barang baby and murah. Do let me know. Okey bye mummies out there (bikin panas) hahaha

Read more...

Tuesday, July 9, 2013

Cooler Bag, Cooler Box, Ice Pack, EBM Storage Pilihan Saya

Salam Alaik

Gila panjang tajuk. Entry ne di request oleh one of my colleague. Yang baru deliver to a very cute baby girl. Amanda Aisyah. Tapi before that macam ada 2 orang tanya aku macam mana rupa dan jenama cooler bag aku guna. So mari kita share ya. Kalau ada kurang maafkan diri ini. Kadang kadang bukan kita nda tahu kan, tapi pengalaman orang boleh bagi kita idea kan.  :)
ne 1st time beli barang2 ebm ne
beli dekat http://www.autumnz.com/
Setakat ne, aku ada tiga cooler bag. 2 dari http://www.autumnz.com/ dan 1 dari V-Coool. Yang ada patern tu muat dalam 3-4 bottles, yang red cherry tu muat dalam 8 bottles dan pink tu boleh muat dalam 10 bottles. Cooler box aku pilih brand Coleman (beli di Aeon Big Putrajaya). Mula mula mahu beli brand Giant tapi takut dia nda tahan. Since kalau bawak yg frozen ebm aku kena make sure dia nda cair. Kalau cair sikit sikit still okey, kalau sudah cair habis kena habiskan within 24 hours. Aku kan teringin mahu beli cooler bag Jungle Jingle. Tapi 3 cooler bag banyak sudah kan. Apa kejadah banyak banyak.

http://www.autumnz.com/autumnz-fun-foldaway-cooler-bag-bubbles-p-582.html
ne aku simpan di KK mula2
utk kalau dorang bawa Adam jalan
maw bawak susu nya
ne aku b eli di KK Mums
Ne boleh muat antara 10-12 bottles ebm 5oz tu
tp kena buka atas tu
kalau nda maw buka
atas tu boleh simpan electric pump
aku hari tu terbuka tanpa sengaja
sekarang xtaw pasang balik
ok byee
ne yang aku bawak kehulur ke hilir selalu
boleh muat 8 bottles la
selalunya boleh muat 4 bottles dengan pump manual avent
ne cooler box aku
kalau di rumah dia jd tempat sterlize
kalau hari jumaat dia bertukar jd cooler box sebenar
utk angkut ebm
hikhikhik
Icepack pun aku pilih dari Autumz, aku ada juga mahu try band lain. Tapi kan dari aku google, Autumnz paling tahan. Up to 12-14 hours. Tapi jangan buka tutup tu beg, kalau boleh kasi lapis lagi di atas dengan kain kecil.

http://www.autumnz.com/autumnz-reusable-ice-pack-3-pcs-310gpc-p-766.html
yg ice brite panjang melintang tu free sekali dengan cooler bag V-Kool
ice brite kecil tu coleman ada 2 aku beli.
beli di Giant pun ada
nampak ka banyak kan ice pack aku
hukhukhuk
aku ada 4 set
darab 3 semuanya ada 12 pack
Next is milk storage atau tempat untuk kita simpan stok ebm kita supaya tahan. Aku just beli yang Bumble Bee punya, damn plain bebeh. 2 set lagi. Rupanya ada brand lain yang ada corak corak. Soon aku akan beli aku mahu ebm bottles aku cantik cantik bikin kasi tambah semangat la katakan. Selain tu aku ada guna juga plastic storage, ne salah satu alternatif yang jimat. Murah jak 1 kotak tu dalam isi sampai 25 plastic. Aku pernah pakai dari Autumnz, Fiffy dan Jungle Jingle (kawan bagi. Tq Liza). Dalam semua aku suka Autumz, plastic dia keras, kalau letak dalam peti dia nda jatuh, kira kukuhlah. Harga pun murah dalam RM12++. Fiffy tu paling mahal, dalam RM25. Phewwww tapi tu lah senang cari. Di Giant pun ada. hehehe
soooo ne wishlist aku supaya aku lebi bersemangat (alasan!!!)
1 :: from jungle jingle
2&3 :: http://www.autumnz.com/ ok no 2 tu paling wishlist!!!
purple kowwwttt~~~ hahaha
4 :: from forever love ok ne no pun antara paling wishlist after no 2 tu
5 :: awwww ne sweet from Stylo mama
6 :: this is mine!!! booo so plain!!!
ok kamu google ja la ya di mana maw beli.
hahaha
1&2 :: from jungle jingle
3 :: from http://www.autumnz.com/
4 :: from fiffy aku heran murah pulak dorang beli
aku beli 2 kali sudah memang harga RM24.99

Read more...

Wednesday, July 3, 2013

Gelagat Adam Tidur

Salam Alaik

Adam kan dari dia start pakai buai, dalam 3 bulan gitu lah, asal dia tidur kami kasi masuk soft toys di dalam. Jadi dia berulit ulit dengan toys nya sampai tertidur. Macam macam lah aksi yang kami dapat masa dia tidur dengan toys nya. 

Teruskan sejak aku berulang alik seminggu sekali ne kan, jarang kami outing sebab aku penat selalunya. (Okey tiada kena mengena dengan perenggan di atas. hehehe). Jadi aku rasa lama sudah Adam nda pakai stroller. Mula mula masuk dia macam rasa lain. Padahal sebelum ne okey ja. Tapi bila stroller sudah start jalan dia senyum senyum kambing sudah. Bila masa tidur, dia tetap pegang toysnya. Ketawa kami sama Ijam. Walaupun bukan di buai, dia tetap pegang toys nya. Hahaha macam macam gelagat nya. 

Okeylah enjoy pictures masa Adam tidur.

ne minggu pertama aku tinggalkan Adam
tidur dengan baju aku
sedih kannn
ne mood nda bagus
dia merengek minta toys
masuk 1 masih merengek
masuk 2 baru maw tidur
fav ever
c giuk
anduuu
pegang erat2 ya nak
hahaha
this is the latest one
tangan nya tu aku sudah kasi turun
tapi dia kasi naik juga balik
mesti maw ada pigang pigang


Read more...

Tuesday, July 2, 2013

Gigih Ber EBM Semasa Outstation

As salam

Minggu lalu aku pergi outstation di Sg. Siput dan Taiping, Perak. Ne first time aku keluar pergi outstation lepas ada Adam. Kalau dulu, hantarlah pergi mana aku nda akan menolak. Tapi kali ne berbeza sikit, sebab aku kena angkut barang barang pump dan ebm segala. Macam macam kemungkinan kena pikir. Apa yang aku pikir semua betul betul jadi, nasib semua sudah aku sediakan awal awal. Alhamdulillah

Hari Ahad tu aku sampai dari KK dalam jam 11 am. Jam 2 pm kami sudah bergerak ke Sg. Siput Perak. Kami menginap di MH Hotel, hotel ne agak baru (nanti aku buat entry lain), jadi logic lah belum disediakan mini freeze dalam biliknya. Ampun, memang tiada. Check in saja, bila masuk bilik tiada mini freeze tu, aku terus turun balik buat tinjauan macam yb. Hahaha. Luckily, hotel tu ada macam mini store. Ice box untuk air tin saja sudah 3 biji, campur ice box untuk ice cream 4 la semua. Jadi aku nda risau. Kitchen pun boleh tumpang. Lalalalala kerja aku menjadi mudah. 

pintu tu la terletaknya kitchen tempat aku simpan
icepack dan ice brite.
ice brite selalunya lambat beku
kena letak lama sikit
Alhamdulillah pekerja mini store dan kitchen (coffee house), bagi kerjasama yang amat amat baik. Allah sahaja yang membalas segalanya. So ini rutin aku selama di MH Hotel. Waktu pump jam 3am, 10am, 1pm, 4pm, 7pm, 10pm. Ebm jam 3am dan 10pm aku simpan dalam cooler box. Buat ice box sendiri sebelum aku hantar ke icebox di mini store tu keesokkan harinya. Lain lain session punya ebm aku terus direct bawa turun. 
ne peti sejuk buatan sendiri
kreatif!!
kreatiff!!
lepas tu aku akan transfer ebm pergi sini
hehehe
Ice pack aku bawak dalam 14 pack. Jadi aku rotate beberapa bungkus untuk buat icebox dalam cooler box. Ada yang aku simpan di freezer dari hari pertama aku sampai. Ohya, ice pack aku simpan di kitchen coffe house. Ice pack yang aku rotate aku simpan di icebox ice cream di mini store.

ne ice pack yg aku rotate
ks masuk dlm cooler box
buat icebox sendiri
3 hari 2 malam berlalu, kami gerak ke Taiping. Perjalanan lebih kurang 1 jam dari Sg. Siput. Bila sampai dalam bilik, hurrmmmm icebox nya dalam keadaan tidak mengizinkan untuk ebm aku. Dan apa yang bertuahnya aku, salah seorang colleague asal dari Taiping dan rumahnya dari hotel lebih kurang 20 minit. Jadi aku minta tumpang simpan susu. Hukhukhuk. Aku terangkan dengan dia cara mahu simpan and so on. Ya Allah, kakak nda berniat mahu susahkan kamu. Sorry ya dek, jasa mu dikenang sampai bila bila. Nasib lah satu malam ja. Besoknya tengah hari dia ambil dan kami bertolak balik Putrajaya dalam jam 3 pm.

ne la peti tu
sedih kan rupanya
hukhukhuk
ne pun buat peti sendiri
ebm yang lain sudah selamat tumpang rumah kawan
yg ne kena banyak ais
sebab seharian punya ebm kena letak sini
tapi kena tukar tu ais banyak kali
maksudnya, bila aiscair, kena gantilah
lepas susun macam di atas
cover dengan kain
Jadi, buat ibu ibu yang bakal outstation. Jangan malu jangan segan berangkutan ya. Walaupun malu tapi apa boleh buat. Buat demi anak, kalau nda pun miss B sakit oooo bengkak. Hehehe

Jadi macam biasa lah, jangan lupa bawa pump. Kalau ada manual and electric. Bawa dua dua. Ebm bottle storage yang mencukupi. Kira berapa hari outstation dan darab jumlah pumping session anda.  Yang plastic storage pun okey. Lepas tu alatan membersih; pencuci khas, span, sterlizer yang tablet tu. Jangan lupa bawa 1 bekas container yang besar. Bawa 2 pun boleh. Gunanya untuk sterlize pump dan bottles storage. Lagi satu boleh buat bekas simpan ebm kalau mahu letak di kitchen ka. Takut tercampur bau bauan lain. Cooler box penting untuk bawa stok ebm yang beku (kalau outstation lebih 5 hari), kalau nda pun boleh guna sebagai ice box sementara kalau tiada peti dalam bilik. Tapiiii, kena tukar ice pack atau ice ketul ketul tu selalu. Jangan lupa bawa marker pen dan sticker untuk melabel ebm anda. Jangan lupa bawa pashmina arau pancho anda untuk proses pump dalam kereta. Mana tahu kan perjalanan jauh sikit. Rasanya itu saja kan keperluannya. 
sterlie jangan lupa k
Yang penting kena siapkan mental kita. Malu babe, masa bagitahu mahu tumpang barang simpan susu. Serius, kalau ditoreh muka aku masa tu kali tiada darah. Hahaha. Lagi satu jangan lupa bagi tahu dengan kawan kawan yang sama sama pergi outstation tu, yang kita ne tengah buat ebm, bagi tahu kita mahu pump, mungkin bawa muatan lebih sikit. Macam aku bagitahu, jadi beban aku kurang sikit. Boleh pesan beli ice, tumpang rumah kawan. Alhamdulillah itu ja mampu aku cakap. 

Buat staff MH hotel terutamanya yang di mini store dan kitchen, terima kasih daun keladi. Jasa kamu dikenang sampai bila bila. Buat team outstation aku kali ne, terima kasih kerana memahami dan banyak membantu. Sorry kerana meyusahkan kamu. Okeylah, aku sekarang menyusun entry entry pasal motherhood ne since ada beberapa request. Sabar ya kawan kawan. Aku tulis ikut mood dan masa yang ada. Kalau aku lupa, please remind me.

Susu ibu hak anak kita. Majulah susu ibu untuk negara. Hahahaha gila ko ted !!!



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...