Thursday, June 6, 2013

Pump And BF In Public With Confidence

As salam


Bukan senang mahu pumping on the go kan. Kalau di rumah memang susah sebab sekejap aku mahu bf Adam and benda ne ambil mood kan. Mana lagi mengantuk lah. Haishh. Jadi bila aku keluar rumah. Aku akan pump dalam kereta. Senang bagi aku. Aku letak Adam dengan toys dalam carset then aku boleh pump. 

Itu satu hal, nda susah pun pump dalam kereta. Tapi pump dalam kapal, agak mencabar, kira in public juga kan. Bukan semua orang boleh terima. Huhuhu. Ada hari tu aku duduk paling tepi, tengah tengah tiada orang yang ada lelaki di hujung tingkap. Pheww. Aku tekad jak pump. Budak seat sebelah balik balik tengok apa lah di sebalik shawl aku tu. hahahaha 

Lepas tu ada lagi aku duduk seat dekat tingkap. Dua seats sebelah aku lelaki. Malu tu memang ada tapi pandai pandai lah. Guna shawl yang tebal. Persepsi dorang masa tu nda tahu lah apa. Hehehe 

Bagi aku benda penting masa mahu pumping di luar rumah, sama ada office, kereta mahu pun dalam kapal terbang adalah seperti berikut (macam dalam exam): shawl tebal dan lebar, pencuci tangan (aku taruh dalam bekas kecil untuk travel), sanitizer, tisu/towel kecil, cooler bag, ice pack (at least 3), marker/pen dan sticker untuk proses label juga jan lupa paling penting pump. Kalau terer guna tangan okey juga. Tapi make sure tangan bersih okey. Baju yang sesuai pun patut di titik beratkan. 

Itu cerita pump, kalau cerita menyusu di public? Contohnya masa kita makan kah, ada majlis kah. Satu cabaran jugak tu. Tapi Adam sudah biasa, kalau aku buka kain besar dia diam-diam jak menyusu. Nasib Adam sudah dilatih dengan baik dari kecil untuk menyusu in public. hehehehe

Tapi tu la kan, persepsi orang ne. Kadang kadang ada yang heran kenapa la kita bf atau pump in public. Bukan kita buka habis pun. Cover pun, pakai tudung lagi. Memang langsung nda nampak bha. Walaupun banyak cabaran bf dan update stock ebm Adam, InsyaAllah aku akan teruskan. Dan dalam masa terdekat ne aku mungkin akan campur fm dengan Adam. Aku nda dapat cover untuk pump satu minggu punya. Kalau Adam ada dengan aku lain cerita. Arrghhhhh sakit!!!! sakittt!!!! Adam menyusu dalam 30 oz satu hari. Aku dapat pump satu hari pun dalam 20 oz. Jadi target aku kalau Adam campur fm, 20 oz ebm, 10 oz fm. Luluh hati aku mahu beli fm ne. Kuatkan semangat aku. Breastmilk akan diteruskan, sebab terlalu banyak khasiat kan. Aku mahu Adam terus sihat terus 'ingat' aku dengan adanya breastmilk ne.

ne masa majlis kahwin (previous entry)
di dewan ne
kain aku guna tu adalah kain bedung dari mothercare
memang multi purpose
kain sangat lembut nda panas
adam ne sambil bf suka tarik tarik apa yang dia boleh capai
tapi bila buka kain untuk bf dia nda tarik2
amazing!!!
ne masa balik kg fil di sipitang
terpaksa berdiri sebab meragam sudah
in flight
bangga kan dapat pump
hehehe
ne nursing room di suria sabah
kalau dalam nursing room nda payah cover kain
just pakai tudung. untungkan orang pakai tudung
note :: gambar adalah masa berlainan tapi baju dan tudung sama. Nampak sangat tiada baju !!!!!!!!! arrghhhhhh

3 comments:

  1. BF di public setakat ini aku boleh sudah.. pump belum lg try..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. campen sda kan bf in public. sambil mkn pon boleh. hahha

      Delete
    2. itulah.. multi task.. makan smbil bf baby lg.. hihihi

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...