Tuesday, May 21, 2013

Gigih Menambah Stok EBM Dari Jauh

As salam


Ne mahu cerita macam mana weekend mother ne menyediakan kelengkapan untuk pumping and so on. Macam janggal, anak ada berada beribu batu jauh dari mata tapi aku keep on pumping. Tapi dalam masa yang sama, aku happy sebab walau berjauhan aku aku masih ada 'something' yang really connect dengan Adam. Ya la, sudah nda dapat jaga dengan tangan sendiri, biarlah breastmilk ne jadi penghubung kami.

Aku datang hari Sabtu, aku sampai jak terus pump, tapi aku rasa pump aku lain macam, air susu nda jatuh dalam bottle tapi meleleh keluar. Hairan!!!! Aku sangka aku stress. Masa mahu cuci baru aku perasaan ada part yang koyak. Aku apa lagi, kelam kabut cari google cari di mana  boleh dapat ganti tu, terus aku dapat satu website, nda pikir panjang terus sms  owner. Aku nda tahu nama part tu main mms jak lah. Nanti aku story bab tu la since part tu belum sampai lagi. Hari ne rasanya sampai. For the mean time aku guna tangan. Lagi laju. Hehehe

Ne adalah list barang aku di sini. Aku replace sterilizer dengan sterilizing tablets. Nasib ada jual pencuci ne yang kecik. Dari aku beli sterilizer lagi satu bagus beli tablet ne, lagi pun seminggu sekali aku sterilize la benda-benda ne di rumah. hehehe Benda benda begini harga bisa bha. 
pencuci botol dan sterilizer tablet
yang tablet tu harga rm20
lepas tu rendam semua ne dalam air 2.3L
aku taruh jak dalam cooler box ne
senang cerita
air ne boleh guna balik balik dalam tempoh 24 jam
Lepas tu paling penting cooler bag lah. Aku ada beli dua. Satu untuk aku bawak dari sini ebm Adam balik KK and satu lagi untuk family di KK supaya senang dorang bawak Adam jalan. Itu pun nanti aku buat entry khas, sebab aku ada beli car warmer. Ooo cant wait macam mana semua benda ne combine and berfungsi.  Selain tu aku ada beli cooler box yang kecil, mula mula mahu beli yang cikai cikai tapi pikir toys Adam boleh yang mahal benda yang lagi penting nda kan nda boleh kan. Nda jugak mahal bha, nda sampai rm100 tapi oleh kerana belum gaji, jadi mahal lah hahaha. Yang ne pun aku nda sabar result dia, adakah akan cair ebm aku nanti? Nantikan k kawan kawan.
ne aku order masa di KK lagi
tapi minta hantar di officeyang macam merah dan polkadot tu cooler bag
2 kotak tu ice pack
yang hijau tu storage plastic utk ebm
beli sini http://www.autumnz.com/
ne cooler box untuk angkut yang frozen naik flight
ne nasib baik housemate ada esbok yang nda pakai
yang biru tu sejenis ais jugak huhuhu
Oleh kerana pump aku rosak, banyak breastmilk dibazirkan since banyak meleleh keluar. Kain sarung tu boleh basah. Aduiii rugi!!! Then bengkak nda pandai surut. Nda rasa kosong. Adui balik KK mahu berurut ne. Semoga breastmilk aku bertahan. 

ne dari hari Sabtu
aku tahu sikit, harap part pump aku tu sampai hari ne
aku stresss !!!!
Kadang kadang aku nda tahu dari mana kekuatan aku datang. Orang lain kadang kadang terkedu tahu yang aku akan pulang setiap minggu untuk hantar stok ebm Adam. Aku nda tahu yang lain, yang penting Adam mesti menyusu badan. Aku target sampai 6 bulan mula mula, tapi Adam sudah 4 bulan lebih. Dan aku masih mampu bertahan lebih dari itu. Nda kisahlah sampai bila. Selagi Adam mahu aku akan usahakan. 

Okeylah aku stop sini dan berdoa hari ne parcel aku sampai. Thanks pada yang support, terutama mama mertua dan Ijam. Ada orang terbeliak mata kerana aku tekad mahu susukan Adam, dorang cakap jangan seksa anak, bagi jak fm. Hurrrmm, not yet. Pantang menyerah sebelum berjuang!!!!

2 comments:

  1. chaiyok2..
    teruskan perjuangan.. jgn dengar kata orang..
    hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe, tq2. ya berjuang habis habisan ne

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...