Tuesday, May 28, 2013

My First EBM Journey

As Salam

Hari Khamis hari tu flight aku sepatutnya 8.20pm tapi the day before batuk selesema Adam makin teruk. Doctor mahu pump kasi keluar kahak. Then aku nda dapat tidur so aku decided ambil flight jam 7.30am. Walaupun hampir hampir putus asa sebab system taxi rosak, jam 6.00am baru dapat taxi nek erl segala 6.45am gitu sampai airport. Sampai sampai lupa bawa id Ijam, nasib orang di kaunter okey. Pheww. Aku quite gementar naik flight sebab aku membawa ebm. Frozen and chilled dengan dua cooler bag dan satu cooler box. And the journey started.....
barang2 bawa ebm travel:
1-cooler box
2-ais
3-garam
another one
1-cooler bag
2-ice pack
Aku siapkan semua cooler bags and box.   Walaupun rasa macam pemancing tegar membawa cooler box sampai naik kapal. Tapi aku bangga. Hehehe. Aku bertolak keluar dari rumah jam 5.30am sampai rumah dalam 11.30-12pm lah. Since kami sjnggah singgah lagi. Total average 8 hours semua ebm aku masih sejuk dan beku. Alhamdulillah. 

dekat bawah tu masa sampai sudah kosong
suda restock dapar lah sampai 3 rows
Jadi lepas ne aku nda lagi ragu ragu mahu bawa ebm naik flight. Aku tahu boleh tapi untuk diri sendiri yang membawanya, dup dap dup dap juga rasanya. Cuma aku berharap dapat jumpa cooler bag yang ada wheels tu. yang aku tahu ada brand Compass tapi tempat yang ada jual tu sekarang nda jual sudah. Dia boleh muat sampai 60 bottles ar. Senang perjalanan aku nanti. If ada readers yang tahu tempat yang ada menjual bag tu do let me know. Please. 

masa naik erl
dalam flight
InsyaAllah lepas ne aku akan lebih yakin membawa stock ebm balik ke KK. Ya pula, lupa cerita macam mana keadaan Adam masa first time jumpa aku. Hehehe masa tu mil ikut bawa Adam sekali. Dia tengok aku macam tembus ar. Macam nda kenal. Hehehe ka merajuk nda tahu la. tapi masa dalam kereta, aku kasi bf laju ja dia. Hahaha Ijam cakap sombong konon, bagi bagi bf laju pula. Tapi tu lah, kesian betul kena batuk dan selesema. Masa aku balik semalam pun masih berbunyi leher nya. Kalau ada masa aku kasi tengok macam mana dia makan ubat. Lucu!! Terlampau kesukaan. Dia marah kalau lambat. Bila aku rasa ubat tu, ampun memang rasa ubat. Nda tahu apa juga yang di sukanya makan ubat tu. tapi biasa lah kan cucu nurse. Mana takut ubat. Hahahaha 
adam jangan overrrr
masa di klinik la ne


Read more...

Tuesday, May 21, 2013

Gigih Menambah Stok EBM Dari Jauh

As salam

Ne mahu cerita macam mana weekend mother ne menyediakan kelengkapan untuk pumping and so on. Macam janggal, anak ada berada beribu batu jauh dari mata tapi aku keep on pumping. Tapi dalam masa yang sama, aku happy sebab walau berjauhan aku aku masih ada 'something' yang really connect dengan Adam. Ya la, sudah nda dapat jaga dengan tangan sendiri, biarlah breastmilk ne jadi penghubung kami.

Aku datang hari Sabtu, aku sampai jak terus pump, tapi aku rasa pump aku lain macam, air susu nda jatuh dalam bottle tapi meleleh keluar. Hairan!!!! Aku sangka aku stress. Masa mahu cuci baru aku perasaan ada part yang koyak. Aku apa lagi, kelam kabut cari google cari di mana  boleh dapat ganti tu, terus aku dapat satu website, nda pikir panjang terus sms  owner. Aku nda tahu nama part tu main mms jak lah. Nanti aku story bab tu la since part tu belum sampai lagi. Hari ne rasanya sampai. For the mean time aku guna tangan. Lagi laju. Hehehe

Ne adalah list barang aku di sini. Aku replace sterilizer dengan sterilizing tablets. Nasib ada jual pencuci ne yang kecik. Dari aku beli sterilizer lagi satu bagus beli tablet ne, lagi pun seminggu sekali aku sterilize la benda-benda ne di rumah. hehehe Benda benda begini harga bisa bha. 
pencuci botol dan sterilizer tablet
yang tablet tu harga rm20
lepas tu rendam semua ne dalam air 2.3L
aku taruh jak dalam cooler box ne
senang cerita
air ne boleh guna balik balik dalam tempoh 24 jam
Lepas tu paling penting cooler bag lah. Aku ada beli dua. Satu untuk aku bawak dari sini ebm Adam balik KK and satu lagi untuk family di KK supaya senang dorang bawak Adam jalan. Itu pun nanti aku buat entry khas, sebab aku ada beli car warmer. Ooo cant wait macam mana semua benda ne combine and berfungsi.  Selain tu aku ada beli cooler box yang kecil, mula mula mahu beli yang cikai cikai tapi pikir toys Adam boleh yang mahal benda yang lagi penting nda kan nda boleh kan. Nda jugak mahal bha, nda sampai rm100 tapi oleh kerana belum gaji, jadi mahal lah hahaha. Yang ne pun aku nda sabar result dia, adakah akan cair ebm aku nanti? Nantikan k kawan kawan.
ne aku order masa di KK lagi
tapi minta hantar di officeyang macam merah dan polkadot tu cooler bag
2 kotak tu ice pack
yang hijau tu storage plastic utk ebm
beli sini http://www.autumnz.com/
ne cooler box untuk angkut yang frozen naik flight
ne nasib baik housemate ada esbok yang nda pakai
yang biru tu sejenis ais jugak huhuhu
Oleh kerana pump aku rosak, banyak breastmilk dibazirkan since banyak meleleh keluar. Kain sarung tu boleh basah. Aduiii rugi!!! Then bengkak nda pandai surut. Nda rasa kosong. Adui balik KK mahu berurut ne. Semoga breastmilk aku bertahan. 

ne dari hari Sabtu
aku tahu sikit, harap part pump aku tu sampai hari ne
aku stresss !!!!
Kadang kadang aku nda tahu dari mana kekuatan aku datang. Orang lain kadang kadang terkedu tahu yang aku akan pulang setiap minggu untuk hantar stok ebm Adam. Aku nda tahu yang lain, yang penting Adam mesti menyusu badan. Aku target sampai 6 bulan mula mula, tapi Adam sudah 4 bulan lebih. Dan aku masih mampu bertahan lebih dari itu. Nda kisahlah sampai bila. Selagi Adam mahu aku akan usahakan. 

Okeylah aku stop sini dan berdoa hari ne parcel aku sampai. Thanks pada yang support, terutama mama mertua dan Ijam. Ada orang terbeliak mata kerana aku tekad mahu susukan Adam, dorang cakap jangan seksa anak, bagi jak fm. Hurrrmm, not yet. Pantang menyerah sebelum berjuang!!!!


Read more...

Saturday, May 18, 2013

Membawa Hati

As salam

Hye aku sekarang di putrajaya sudah. Alhamdulilah semuanya okey. So far jam 9.30pm ne Adam menyusu dan tidur pada masa sepatutnya. Maksudnya nda terganggulah rutin dia walaupun aku tiada. Ya Allah Kau permudahkanlah segalanya.

Besok mahu ready apa apa yang patut untuk buat stok ebm segala. Mahu beli almari lagi. Mahu lawat Alamanda, tempat aku bawa hati selalu. Kihkihkih

Okeylah, tengah berdebar ne mahu masuk kerja lusa. Takut tanggapan negatif, takut kena marah, takut nda pandai guna pc sudah, takut segalanyaaa. Okey ne gambar tadi masa di airport. Apa perasaan aku kamu semua tahu kan.

Abang, orang rindu. Adam mama rindu.




Read more...

Friday, May 17, 2013

Hye Putrajaya

As salam

InsyaAllah besok hari yang paling ditakuti akan tibaaaaa. Aku akan balik Putrajaya, di tempat aku ditakdirkan cari rezeki. Kalau dulu mencari rezeki buat diri sendiri dan kedua ibu bapa. Kini sama sama mengembleng dengan Ijam untuk cari rezeki buat Adam. Starting entry buat buat nda sedih. Hehehe

Tempoh suri rumah tangga sepenuh masa kini berakhir. Touched down KK masa Adam dalam perut 8 bulan 1 hari sampai Adam membesar 4 bulan 9 hari. Aku bersyukur dalam padah masuk tahun ke empat di rantauan. Banyak peluang Allah bagi supaya aku dan Ijam nda berapa terasa berjauhan. Paling indah bila Adam ada Allah bagi peluang aku balik KK hampir setengah tahun.

Okeylah selepas ne aku ada title baru, weekends mother. Hehehe. Nanti aku cerita macam mana journey aku membawa stocks ebm naik flight. Macamana keadaan kesihatan aku balik setiap minggu. Macam mana keadaan Adam bila aku kasi tinggal. Atau macam mana aku bila berjauhan. Atau macam mana dengan Ijam? Hehehe. Tapi Ijam selalu cakap macam mana aku kuat begitu lah dia kuat. Selagi aku kuat dia pun akan kuat.

Syukur kepada Mu Ya Allah, peluang 4 bulan membesarkan anak ini di depan mata ku. Nda sabar sudah Khamis ne balik KK lagi. Harap Adam nda tidur awal. Hehehe. Okeylah enjoy perkembangan terbaru Adam. Hye Putrajaya we meet again!!!











Read more...

Thursday, May 9, 2013

Mama Mummy Ummi Adam

As salam

Yayy kemarin aku dapat jumpa bff yang terpaling bff la. sejak lepas spm kami terpisah dek jarak. Nda pernah lagi kami stay KK bertiga. Masa study aku di KK, Bibi di Sarawak, Noreen di Peram. Nda lama Noreen pindah pergi Sarawak. Melompat bintang lah c Bibi. Bila habis diploma Bibi sambung di Uitm Shah Alam, Noreen balik KK kerja sini aku pun kerja KK. Bila habis degree, Bibi sambung master and dapat offer jadi lecturer di Uitm Jengka Pahang. So kadang kadang dia di Shah Alam juga untuk master dia. And aku tiba tiba kerja di Putrajaya. Noreen masih di KK.

Bayangkan nda pernah sudah kami satu tempat. Sekarang setahun 2 kali ja jumpa bertiga. Dapat 3 kali rasa bertuah sudah. Hahaha. Tapi aku selalu balik KK jadi boleh jumpa Noreen dan aku kerja di Putrajaya jadi boleh sekali sekala jumpa Bibi.

Alhamdulillah kali ne dapat berjumpa jumpa. Kali ne jumpa Noreen sudah 5 months ++ pregnant, aku bawa Adam. Bibi ckp 5 tahun lagi dia kahwin. Hehehe. Okeylah enjoy some of our pictures. Ohya bertahun tahun sudah nda bagi jadiah sempena birthday. Kali ne bagi lah. Hikhikhik. Ohya nda lupa buat husband yang sudi temankan sambil jaga Adam. Sanggup offer hantar ambil dorang. You are the best sayang. Hehehe








Read more...

Monday, May 6, 2013

Allah Mempermudahkan

As salam

Lagi beberapa hari aku mahu balik Putrajaya. Adehh. Lain bha perasaan nya. Macam mahu marah jak sekarang ne. Macam emosi bha. Ermmm semoga aku kuat lah menghadapi semua ne. Why i keep updating the same thing. Kuikuikui.

Okey lah just mahu update Adam sekarang nda berapa mahu direct bf. dia mahu dari botol. Pernah 1 hari mengamuk. Nampak macam lapar. Try kasi bf, karau nangisnya. Balik balik try bf tetap nda mahu padahal aku tahu dia mahu tidur. Last last nampak air zam zam try kasi minum guna sudu. Punya majn laju. Minta lagi. Minta lagi. Confirm lapar dan haus. Aku pun sedia ebm nya. Laju nya menyusu. Terlampau lapar. Sampai sekarang dalam satu hari mesti ada masa dia nda mahu direct bf.

And now Adam macam setiap malam menangis masa tidur. Ndakan kembung perut hari hari. Jadi kami kasi tidur dia di bilik mentua. Nyenyak pula sampai subuh.

Kesimpulannya, sesuatu yang baik pasti Allah akan permudahkan. Maksudnya Adam macam tahu dia mahu kena kasi tinggal.

Adam minggu ne 4 bulan sudah. Cepatnya masa berlalu. Nda sabar mahu tunggu dia makan. Daaannnnnnn baba mahu kasi beli walker sudah. Cant wait cant waittt!!!



Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...