Thursday, April 25, 2013

Dear Adam Mukhlis

As salam

Dear Adam Mukhlis,

Tiba tiba Adam sekarang nda mahu susu di bottle. Adam kenapa begini mama mahu balik kerja sudah ne. Less than a month.

Aku nda dapat bayangkan macam mana berpisah dengan Adam setiap hari Ahad dan balik hari Jumaat. Apa mama mahu buat dari Isnin sampai Khamis sayang?

Mama takut Adam mengurus nanti. Mama takut Adam jatuh sakit. Tapi baby lain boleh Adam pun mesti boleh. Mama nda boleh sudah spend time almost 24 hours dengan Adam macam sekarang ne nanti.

Mama mesti rindu nanti Adam bangunkan mama and baba setiap Subuh dari hari pertama Adam sampai di rumah ne. Without fail!!! Adam bangunkan mama baba tapi Adam sendiri nda buka mata, mengeliat ja sebab lapar la tu. Mama baba solat dulu baru mama bf Adam. Then Adam tidur dengan lena. Within 6.30-7.00 am Adam mesti bangun menangis sambil tutup mata. Dulu mama panic, sekarang mama arif, Adam sebenarnya mahu yak yak. Hehehe comelll!! Mama urut perut, kaki, tapak kaki supaya angin cepat keluar. Sambil baba bagi semangat. "Adam mesti kuat. Pelan pelan mesti keluar tu".

Jam 8am mandi dan sebelum jam 9am adam akan tidur lagi. Semakin besar Adam makin suka mandi. Tergolek golek dalam tab. Tangan mama ne sentiasa awas sebab kudrat Adam kuat. Sambil mandi mama kasi nyanyi kalau nda Adam nda pandai diam.

Adam akan bangun sebelum jam 11 am dan tidur balik sebelum jam 1pm. Petang Adam tidur lagi sekali sebelum mandi. Lepas mandi nanti Adam akan nap sekejap lagi. Adam tidur dalam jam 10.30 pm gitu. Dalam jam 12-1 am mama kasi bangun Adam untuk bf. Kalau nda pun nanti jam 2-3am Adam bangun pandai minta sendiri. Begitu la rutin kita hari hari kan.

Adam memang friendly terutama sama budak-budak. Adam selalu tegur orang kalau nda tengok Adam. Pernah di klinik, ramai budak berlari lari Adam pun ikut excited. Tapi budak budak tu langsung nda tengok or layan Adam. Nda macam di rumah. Balik balik Adam panggil. Sian anak mama. Adam masih kecil mana dorang mahu main sama Adam.

Sekarang Adam pantang di ampai meati mahu meniarap. Dan sekarang suka teriak suara nyaring. Sampai maci di sebelah pun boleh dengar. Adam kuat ketawa. Kadang kadang dalam tidur Adam ketawa berdekah dekah. heran mama. Mama rindu la tu semua nanti. Tabahkan hati mama untuk semua itu.

Semua parents akan buat yang terbaik untuk anak dorang, mama tahu apa mama buat bukan yang terbaik. Semoga Adam paham satu hari nanti. Mama teringin mahu jadi full time housewife tapi mama nda mampu. Nanti besar Adam paham juga tu. Doakan mama cepat pindah. I love u sayang. Mama sayang Adam mama sayang baba.







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...