Thursday, April 25, 2013

Dear Adam Mukhlis

As salam

Dear Adam Mukhlis,

Tiba tiba Adam sekarang nda mahu susu di bottle. Adam kenapa begini mama mahu balik kerja sudah ne. Less than a month.

Aku nda dapat bayangkan macam mana berpisah dengan Adam setiap hari Ahad dan balik hari Jumaat. Apa mama mahu buat dari Isnin sampai Khamis sayang?

Mama takut Adam mengurus nanti. Mama takut Adam jatuh sakit. Tapi baby lain boleh Adam pun mesti boleh. Mama nda boleh sudah spend time almost 24 hours dengan Adam macam sekarang ne nanti.

Mama mesti rindu nanti Adam bangunkan mama and baba setiap Subuh dari hari pertama Adam sampai di rumah ne. Without fail!!! Adam bangunkan mama baba tapi Adam sendiri nda buka mata, mengeliat ja sebab lapar la tu. Mama baba solat dulu baru mama bf Adam. Then Adam tidur dengan lena. Within 6.30-7.00 am Adam mesti bangun menangis sambil tutup mata. Dulu mama panic, sekarang mama arif, Adam sebenarnya mahu yak yak. Hehehe comelll!! Mama urut perut, kaki, tapak kaki supaya angin cepat keluar. Sambil baba bagi semangat. "Adam mesti kuat. Pelan pelan mesti keluar tu".

Jam 8am mandi dan sebelum jam 9am adam akan tidur lagi. Semakin besar Adam makin suka mandi. Tergolek golek dalam tab. Tangan mama ne sentiasa awas sebab kudrat Adam kuat. Sambil mandi mama kasi nyanyi kalau nda Adam nda pandai diam.

Adam akan bangun sebelum jam 11 am dan tidur balik sebelum jam 1pm. Petang Adam tidur lagi sekali sebelum mandi. Lepas mandi nanti Adam akan nap sekejap lagi. Adam tidur dalam jam 10.30 pm gitu. Dalam jam 12-1 am mama kasi bangun Adam untuk bf. Kalau nda pun nanti jam 2-3am Adam bangun pandai minta sendiri. Begitu la rutin kita hari hari kan.

Adam memang friendly terutama sama budak-budak. Adam selalu tegur orang kalau nda tengok Adam. Pernah di klinik, ramai budak berlari lari Adam pun ikut excited. Tapi budak budak tu langsung nda tengok or layan Adam. Nda macam di rumah. Balik balik Adam panggil. Sian anak mama. Adam masih kecil mana dorang mahu main sama Adam.

Sekarang Adam pantang di ampai meati mahu meniarap. Dan sekarang suka teriak suara nyaring. Sampai maci di sebelah pun boleh dengar. Adam kuat ketawa. Kadang kadang dalam tidur Adam ketawa berdekah dekah. heran mama. Mama rindu la tu semua nanti. Tabahkan hati mama untuk semua itu.

Semua parents akan buat yang terbaik untuk anak dorang, mama tahu apa mama buat bukan yang terbaik. Semoga Adam paham satu hari nanti. Mama teringin mahu jadi full time housewife tapi mama nda mampu. Nanti besar Adam paham juga tu. Doakan mama cepat pindah. I love u sayang. Mama sayang Adam mama sayang baba.








Read more...

Tuesday, April 23, 2013

EBM Bebeh

As salam

Just mahu share stok ebm aku. Hurmmm actually aku lambat mula. Mula mula pakai electric pump little bean. Pakai tu kena cari port. Guna karen kan. Baru mahu 2oz Adam sudah ngek ngek. Then aku ambil satu manual pump juga. Aku pilih Avent. Manual memang menyenangkan. Alhamdulillah. Ne usaha dalam masa kurang 2 minggu. Berusaha lagi Ted. Kadang kadang sambil pump aku berpikir, cukupkah ne? Mahu kah juga Adam ebm yang frozen ne. Memang breastmilk nda keluar. Pumping nda boleh stress. Kena pikir benda best best. Okeylah doakan aku berjaya. Sekurang kurangnya 6 bulan. Kalau lebih aku lah ibu paling gembira.

Gambar 1st stok dalam peti atas. Hurm guna bottles totally makan ruang. So aku try kasi habis tu bagi Adam susu. Then replace semua with plastic la pulok. Gambar 2nd bahagian bawah stok ebm yang baru perah. Selepas 4 hari aku bagi naik di atas bahagian freezer. Nampak 2 bottles tu, dari stock freezer. Should be 24jam boleh cair, tapi ne 3 hari baru cair. Stressss!!!

Note :: jangan heran. Ne peti untuk Adam ja. Yang lain tu kami kasi tumpang tumpang ja. Nanti kamu pikir esbok dirumah kami cuma ada 3 kotak susu kacang sama taufufah yang sudah di makan separuh. Hahahaha




Read more...

Sunday, April 21, 2013

Car Seat vs Stroller vs Baby Carrier

As salam


Since less than a month kami mahu travel dengan Adam. Kami bercadang mahu beli baby carrier untuk Adam. Aku and Ijam obses dengan stroller bayangkan dulu benda pertama Ijam mahu beli masa aku pregnant adalah stroller. Masa tu baru masuk 7 bulan. Baju apa tiada beli ne tapi stroller sudah. Masa tu di Sogo. Hotel nda la juga jauh. Boleh boleh aku tolong Ijam angkat tu stroller. Kahkahkah. Masa pregnant memang aku batak sikit. Aku rasa tu la Adam tu kuat ja.

Kami pergi KL nanti sekejap ja. 2 malam ja. Just mahu pergi Sogo and H&M itu ja niat mama. Lagi pun lepas tu hari Ahad nya aku balik Putrajaya sudah. Alahai susahnya hati. Ohya stroller Quinny Zapp Extra kami bukan jenis sekali boleh folding dia terpisah. So by this year mesti tukar yang boleh folding sekali tu. If ada yang sibuk cakap stroller tu membazir and so on. Pedulikkk la. Sebenarnya kalau jalan jalan Adam selalu tidur jadi stroller tu memudahkan dia tidur lena la.

Dijadikan cerita dulu pakai car seat maxi cosi tu as stroller juga. Hermmm jangan nda tahu sekarang kalau pakai tu Adam asyik angkat kepala ja. Takut betul aku. Jadi kami decide maxi cosi remain as car seat saja. Then we started to use quinny. Yayyyyy stroller idaman. Hahaha

Eh apa sudah cerita aku ne. Ceritanya mahu bagitahu Adam ada baby carrier. Hahahaha. Beli di Chicco. Aku sebenarnya nda berapa bha brand Chicco ne, tapi kalau review barang nya tahan lasak lagi pun aku sudah terjadi member. Ne masa cari tilam Adam la. Punya susah cari tilam baby cotnya. Sebab ikea mesti fit ikea. Selamat jumpa. royal mastress lagi. Macam orang tua la Adam hahahah

Masa test tu menghadap dada Ijam, jadi Adam terus merengek. Dalam hati aku alaaa Adam nda suka la ne. Sekali aku cakap dengan promoter dia. Test kasi depan dia. Terus senyum senyum stand tangan nya. Aku ne gayat sikit tengok orang pakai carrier. Seriussss aku calap. Since hari tu memang nda bawa stroller. Terus pakai ar, ya ampun Adam nda mahu tidur, terlampau gembira. Habis semua cewek ditegur. Kalau dia diam diam habis dihisap nya carrier tu. bagus betul mood dia rather than duduk stroller. Tapi aku nda akan pakai selalu baby carrier tu, untuk travel la kali. Like i said, aku ngilu. Hahaha. Lain perasan aku baby gantung gantung. Sekali try try di rumah. Sampai Adam nangis kalau di kasi keluar. Isskhh macam macam bha Adam ne.

Okeylah enjoy some pictures. Yang biru maxi cosi. Yang merah tu quinny. Sebenarnya mahu ambil baby carrier tu. kaler fuschia. Sekali besar mata baba. Hahahaha ala bukan mama kasi pakai baju kaler pink pun dekat Adam. Its baby carrier dowh. Okey lah mama ambil merah. Hahahaha









Read more...

Thursday, April 18, 2013

Cari Nahas

As salam

Tadi ada baca page yang pasal ibu dan anak anak ne. Ada orang tanya apa diaper yang bagus untuk baby. Hurrm aku pilih mamypoko untuk Adam. Memang dari lahir lagi. Yang aku perasan kalau Adam yak yak pun diaper tu boleh serap. Aku rasa bagus bebaloi lah. Aku kadang kadang mahu juga test brand lain. Bukan apa, saja. Tapi bila ingat kes shampoo Adam terus nda jadi lah. Hehehehe

Masa cukur rambut Adam, memang licin la rambut Adam. Eh kepala Adam. Hari hari aku shampoo dengan harapan cepat tumbuh. Tapi aku selang selang shampoo dengan johnson la, chicco la bubchen la. rambut Adam lambat tumbuh. Sekali bila semua sudah habis, masa tu semua dalam size yang kecil, kami pun pergi beli. Masa tu di Servay ada jonhson jak la. lepas tu baru aku perasan, rambut Adam cepat tumbuh. Nda tahu la itu sebab dia atau kebetulan. Ok Adam mama janji nda campur campur lagi. Mama just too excited. Hehehe

Hari tu beli manual pump Avent lagi, terus ada bottle 1 set. Aku gatal betul hati mahu kasi test Adam, since banyak budak pakai Avent. Adam sekarang pakai nuk. Puting pun latex. Tapi Ijam cakap, berani la kasi test test nanti Adam confuse dia tolak susu botol. Gullpp. Sebelum ne Adam memang refuse susu botol. tapi mungkin juga masa tu dia masih kecil. Ok taubat, nda la tukar tukar, nanti nda dapat aku balik kerja. Huhuhuhu. Cari nahas la mama ne!!!

Ne gambar Adam masa menyusu, nampak botol sama teruja nampak susu real. Hehehehe. Terus tarik nda kisahlah yang bontot bottle sampai dulu kah. Ohya Adam still breastfeeding still fully breastmilk. Ne ebm ok. Peace










Read more...

Wednesday, April 17, 2013

Cotton English Yang Menyeronokkan

As salam

Selama masuk 4 tahun kerja di Putrajaya ne. Aku tiada hati pun mahu buat baju kurung baru ka apa. Ya laaaa hati bukan di sana. Tapi tahun 2012 merubah segalanya. Ceh ceh ceh hahaha. Aku redha, aku pasrah. Daaiiii. Jadi aku bersemangat buat baju kurung untuk kegunaan pergi kerja. Mula la buat plan. Sebulan buat 2 pasang. Tup tup ai da terbunting. Siap call lagi tailor suruh stop buat baju. Nanti nda muat la pulok.

Dijadikan cerita, nda sampai 10 pun sempat buat. Then stop masa pregnant. And now a month before kerja balik. Aku sibuk cari kain. Terus hantar 8 pasang. Lambat pulak siap tu. harap harap baju yang di Putrajaya masih muat. Phewww.

Dijadikan cerita juga, aku macam mahu jual English cotton dengan tudung syria. Tapi entah lah, aku takut Ijam nda dapat manage. Ya la nanti aku balik, dia mahu atur Adam lagi. Tengok macam mana.

Okeylah just mahu share aku pun nda suka pakai baju kurung. Since muka aku selalu nampak tua, aku takut pakai baju kurung lagi buat nampak tua. Tapi dengan trend english cotton ne macam mahu pajak berabis. Yang best lagi, boleh mix match. Orang pikir kita ada banyak pasang, padahal tukar dengan kain atau baju. Nanti mahu buat yang plain lagi. Yayyyy. Terima kasih pada yang up kan trend ne. Gambar di bawah sebahagian kain yang dihantar. Ada macam rupa sarung tilam kah? Hahaha



Read more...

Adam Balik Sipitang

As salam

Hari tu kunun excited boleh update blog on the go la sangat. Entry sebelum ne pun hambur update dari phone. Tu lah semangat terus luntur. Belum ada msa mahu on laptop mahu repair tu entry.

Okeylah, since Adam nda pernah lagi jumpa kerabat di Sipitang, hari tu aku , Ijam dan PIL balik bawa Adam. Alhamdulillah Adam masih dengan sifat peramahnya, siapa dukung pun okey. Senyum senyum nda lekang dari bibirnya. Cuma mahu tidur tu susah, sebab rumah kali kan dia nda biasa. Sian juga, sebab dia biasa banyak tidur. Orang tua tua cakap kalau mahu jalan jauh, ambil tanah tempat tu then palit di dahi baby. Macam semangatnya ikut lah. Something macam tu la.

Hujung bulan May nanti Adam akan ke Beluran pula, kampung sebelah MIL. Aku pula sudah start kerja, tapi aku balik la. memang untuk cousin Ijam kahwin pun. Tengah bulan May ne pula, mahu bawa Adam pergi KL. Harap semuanya ok. Berdebar la juga. Tengah survey baby carrier ne. Macam nda mampu la beli babyjōrn tu. Maybe beli Chicco ja. Since sudah jadi member, ada discount 15%. Haishh merepek. Okeylahhhh ada sikit gambar buat tatapansssss. Ohya update thru phone ne nda dapat letak captipn. Bidaaa. Hahahaha








Read more...

Friday, April 5, 2013

Father Friendly Course At HWKKS

As salam

Bagi yang memilih untuk deliver di Hospital Kerajaan macam aku, father friendly ne perlu bagi yang mahu husband ikut masuk masa beranak. Mula-mula dulu aku nda yakin mahu beranak di hospital kerajaan, ya la with all those stories and so on. Ya la, dari start aku pregnant sampai aku balik Putrajaya, aku berklinik di Rafflesia, lagi pun kes misscarried aku sebelum tu kan di sana. Tapi bila aku balik Putrajaya, Klinik kesihatan Putrajaya Presint 11 memang cantik facilities dia. Nurses and doctor pun best. Macam hospital swasta bha. Jadi lama lama aku sudah bina keyakinan yang aku oleh beranak di hospital kerajaan. Untuk lebih lanjut aku nda mahu la tulis, biar aku jak lah tahu. Okey bukan itu pun mahu cerita. Hehehehe

Untuk father friendly ne ada 2 session, errmmmm (mahu recall hahahaha) yang first tu macam more to exercises membawalah tikar bantal segala. Hahahaha. Serious aku berapa ingat. Masa tu Ijam keja malam hari sebelumnya, jadi lambat kami sampai, lambat lambat pun belum start. Hehehe sudah lambat singgah lagi McD untuk breakfast. Yang aku ingat Ijam ada kena panggil pergi depan untuk buat demo. Hehehe go baba gooo

Second session tu aduiiii. Ngam ngam bff aku kawen refer entry sebelum ne. Sudahlah beberapa hari tu aku sakit, sakit teruk arrrr. Pikirkan mahu beranak sudah. Hehehehe. Yang second session ne like a boss. Kami sampai kan tingal 2-3 minit mahu habis sudah ceramah pertama. Hahahahhaha. Tahniah Ted and Ijam. Ya la kelam kabut bersiap untuk terus pergi kahwin my bff. Nda sudah aku dengar ceramah ceramah sebab aku pikir mahu cepat siap jaaakkk. Aku nda mahu pengantin duluan sampai. Ahamdulillah, berjaya aku. Ceramah semua cepat jak. Macam paham paham leerrr.

Teruskan, aku mahu bagitahu kalau keadaan mengizinkan memang suruhlah laki ikut masuk sebab dalam keadaan di dalam tu kita need someone untuk tolong kita minum ka apa ka. Macam aku kan kena taruh yang untuk monitor jantung baby tu, sebab Adam sudah berak dalam perut. Bayangkan dengan wayar berlingkar di perut. Dengan air yang disambung ditangan, dengan gas tahan sakit dengan benda yang bikin panggil nurse tu dengan kesakitan yang bikin hilang kewarasan. Bayangkan kalau tiada kawan. Tapi kalau hospital nda bagi kah apa itu lain cerita, cerita aku bagi yang memang boleh masuk. Mula-mula dulu Ijam pun macam nda mahu masuk, sebab dia pun takut juga. Darah kali dia nda berapa takut tapi kalau sudah di potong kah apakah takut la bha juga. Tapi alhamdulillah, berani bha pula. Aku sudah set di pikiran yang dia nda mahu bha ikut.ya la nda kan maw paksa kan. Bila aku tanya kenapa ubah pikiran, dia cakap biarlah dia pengsan ka apa kah, di hospital juga masa tu. simple ja jawapannya. Hahahaha.

Masa tu cerita cerita lagi kami, kalau contraction reda lah. Ahahahaha kalau sudah contraction datang berteriak juga sampai di kaunter dengar. Hahhaha. Shame on you Ted. Ne nurse yang kasi beranak yang bagitahu. Lepas beranak tu, dia cakap bagus mama bagi first baby cepat kau beranak, pandai kau kawal nafas. Tapi ada juga lah dengar suara kau di kaunter menahan sakit tu. hahahahaha. Ok bye nursee!!!

Tapi kan lama aku di labour room tu dari jam 1 pagi sampi 5 pagi gitu baru beranak. Macam nda sampai satu satu jam bha aku panggil nurse sebab kesakitan. Sekali ada kali ketiga kah aku panggil kan datang nurse yang bukan kasi beranak aku. Kali dia cek patient yang lain. Nurse yang ne garang. Hahahaha dia datang kan terus cakap, "mama, belum kau mahu beranak itu, memang lah dakit kalau mahu beranak bha, tunggu sampai 10cm baru nanti doctor datang". Hahahahah kalau aku ingat lucu bha. Terus lepas tu kurang aku teriak terus nda tekan-tekan panggil nurse sudah. Terus Ijam tanya, hilang sudah sakitkah? Sakittttt tapi aku takut kena marah bha lagi. Karau Ijam ketawa. Berdisiplin terus aku sampai lah beranak. Hahahahaha kiri kanan kiri kanann

Ini kira cerita masa beranak part two la bha kan. Ijam cakap dia nampak depan mata Adam keluar. Mula mula kami sudah set jangan tengok di bawah tengok aku jak. Nanti pengsan ka apa. Rupanya dia tengok juga. Hahhaha. Lepas dorang kasi bersih dan pakaikan baju Adam, terus nurse cakap, bapa nah angkat dulu baby. Nda sempat aku mahu cakap jangan, dia nda pandai tuuuuuu. Ijam tengok aku macam minta kasian yang takut dukung baby ne bha. Hahahaha. Tapi aku baru lepaa kena jahit masa tu. hehehehe tapi kalau anak sendiri automatik bha pandai.

Okeylah sampai sini dulu. Buat husben aku, terima kasih kerana kasi kawan dalam labour room. The day when you kiss my forehead sebelum masuk wad (malam sudah masa tu nda boleh hantar sampai dalam) adalah saat paling mendebarkan dalam hidup. Terima kasih kerana setiap kali contraction datang Abang akan pegang kepala aku sambil berselawat. Balik balik abang cakap, sabar syg lepas ne abang kasi beli dear (adalah macam-macam dijanjikan and satu demi satu janji ditunaikan. Yayyyyy bangkrappp bilang Ijam hahaha). Terima kasih kerana meminjankan tangan abang supaya aku boleh berpaut masa proses mengeluarkanAdam dan masa sessi menjahit (sakit ooo kena jahit). Semoga abang boleh kasi kawan aku untuk yng seterusnya. Kali ne jangan panic panic kio. Hahahaha











Read more...

Pandora

As salam

Sejak melewati umur 25 tahun ne minat terhadap barang kemas kunun makin menular. Hahahaha makin matang kali. Dulu bukan nda minat emas ne cuma aku nda sanggup spend money on that bagus beli baju. Tapi sebenarnya semua tu investment kan. Ne sekarang baru mahu pikir. Sekarang baru mahu harga sudah la tinggi. Kayuh pelan pelan lah. Kasi nafas Ijam dulu. Bukan mahu cerita pasal emas pun. Hahahaha

Ne pasal pandora. Siapa yang nda gila pandora kan. Walau ada orang cakap dari beli pndora baik beli emas. Kena ingat ne dua benda berbeza. Macam antara ipad dengan laptop. Dulu masa mula ipad keluar dan kami terus beli ramai ja orang macam cakap nda guna la nda berbaloi la. tapi sekarang hampir setiap family ada tablet kan. Okey lain cerita. Pandora ne ada charms yang boleh kita create cerita.

Setiap tahun Ijam suruh pilih hadiah birthday and anniversary. So tahun ne aku pilih pandora. Masa aku beli ada promotion, if beli rm800 ke atas free satu charm. Tapi yang free tu adalah bukan semua boleh pilih. Aku pilih silver bracelet, 3 charm + 1 free + 1 clip. Yeaahhhh. Lepas ne sebulan 1 charm. Ye la banyak commitment. Hukhukhuk. Aku baru pilih charm aeroplane dan baby carriage. Tapi Ijam sudah create cerita dari masa bercinta, kahwin dan ada Adam. Since dia ada 3 partition kira boleh ngam la. yayyyy melompat bintang!!!!! Nanti kalau sudah full aku kasi tahu cerita k. Tapi nda tahu bila full. Hahahaha kasiaann

Notes :: happy belated birthday to myselft. Semoga menjadi muslimah yang berjaya. Semoga aku jadi isteri dan mana yang terbaik. Mudahan rezeki terus ada. Peace






Read more...

Thursday, April 4, 2013

Blog On The Go

As salam,

Masa baru tahu blog ada sikit masalah hari tu, aku jadi down. Walaupun aku nda rajin blogwalking and follower aku nda ramai. Aku masih mahu juga share something di sini. Jadi bila Ijam decided mahu beli gaming laptop, aku mahu juga ampit buat blog balik. Mula-mula macam senang on laptop beberapa saat sudah on. Buka hotspot ipad then auto connect. Tapi Adam makin besar makin paham dia nda bagi chance hahaha. Bergerak sikit terus besar matanya. Aku boleh draft dari ipad tapi apps blogger sana nda boleh upload pic. Jadi tergendala lagi. And nowwww setelah menjadi pengguna tegar blackberry lebih lima tahun, aku tukar ke iphone and just now teringat mahu download blogger apps. Punya happy apps kali ne boleh upload gambar. Lepas ne minta Ijam sync semua gambar. Yayyyy nda sabarr. Sambil Adam bf boleh update. Hehehe nda bha.

Note :: sorry for the jakuness
Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...