Sunday, March 24, 2013

Mulut Jahat Ada Hati Terguris

As Salam


Hari ne mahu cerita entry santai-santai. Hurmm, ramai kawan-kawan tanya apalah perasaan kami jadi parents apa perasaan aku jadi mama. Bagi aku satu nikmat satu anugerah. Aku kahwin bukan September 2010. Adam lahir Januari 2013. In between aku misscarried 2 kali. Hati mana yang tidak teruja hati mana yang tidak kesabaran tunggu kelahiran Adam. Masa mengandung doa aku paling kerap, " ya Allah, izinkan aku melahirkan, menjaga dan membesarkan anak dalam kandungan ini. Dan sekiranya Engkau tidak izinkan, Kau berilah aku kekuatan menghadapinya".

Bangun tengah malam or pagi-pagi bukan perkara luar biasa. Kadang-kadang bangun pukul 2 pagi. Lepas bf and tukar diaper Adam, susah pula mahu tidur. Kadang-kadang aku draft entry, paling nda logic aku boleh shopping online. Alhamdulillah, Adam nda banyak kerenahnya. Macam baby biasalah, menangis bila mahu menyusu, bila mahu yak-yak. Tapi sekarang advance la juga, menangis bila mama dan baba naik kereta nda bawa dia. Aduii nak, baru 2 bulan umur mu. Sudah tahu naik kereta. Sighhh

Bukan itu aku mahu cerita, aku mahu cerita first time kami keluar sama-sama dengan Adam masa aku sakit mahu pergi clinic. Lepas clinic kami singgah Suria Sabah, kami memang sudah start guna stroller. Paham-pahamlah kalau guna stroller mana dapat holding hands lah sangat lah sudah. Hahahaha. Itu janggal bagi aku. Sangat janggal okey. Bila kadang-kadang kami keluarpergi pasar or tamu tinggalkan Adam di rumah. Baru dapat pegang-pegang tangan macam baru kahwin. Hahahaha. Jangan pula kamu baca terus anggap aku rasa kewujudan Adam aku rasa nda dapat pegang-pegang Ijam lagi. Apa aku try mahu cakap sini, bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat ne. Stay strong and keep praying. Masa ne lah, teruskan kasih sayang antara anda dan suami atau isteri. Aku pernah rasa semua tu. Kalau kita dua tiga tahun kahwin ada orang lima tahun sudah kahwin, kalau kita lima tahun kahwin ada orang sepuluh tahun sudah kahwin tapi belum ada anak dan begitulah seterusnya. Jangan pernah berputus asa. Cara tradisional dan moden. Yang penting doa dan yakin. Dan banyakkan bersedekah. Masa bersedekah tu, niatlah dalam hati. 'Semoga aku dikurniakan zuriat' atau apa-apa doa lah.

Lepas tu orang di sekeliling ne pun kadang-kadang satu hal kan. Kalau yang sudah kahwin, gatallllll mulut kan tanya orang belum kahwin, 'aku sudah kau bila lagi?', nanti dia sudah pregnant, lajuuuuu jak mulut kan tanya kawan lain yang belum pregnant, yang memang menanti anak, 'kau bila lagi?? Cepatlah siukk ne rasa pregnant, laki sayang semua orang sayang', nda pun 'siuk bha ada anak, cepat-cepat lah kamu, kami mahu numbur dua sudah ini.' Bolehkah jangan berlagak, jangan sombong, semua ini pinjaman Allah. Bukan kami (aku pernah rasa begini) minta dikurniakan lambat (aku pakai lambat sebab yakin satu hari nanti kawan-kawan pun akan dikurniakan zuriat) dapat anak. Ini semua kerja Allah. Apa yang apa Allah bagi kita ne adalah yang terbaik. 

Masa berdua ne lah, masanya kamu ber romantik romantik. Bukan lah makud aku sudah ada anak nda romantik tapi untuk bulan-bulan pertama tu kali ada juga la. Proses menyesuaikan diri kali. Hehehe. Apa kata masa ne enjoyyyyy, pergi bercuti. Pergi shopping like you never shopping. Atau kalau anda beriman lebih, masa ne lah kumpul duit banyak. Kalau aku bahu ditangan mata ke atas la saving ne. Saving aku banyak di MNG. Hahaha. Ohya, pernha kah kamu baca entry aku yang cakap masa pregnant aku nda suka shopping aku nda suka berjalan pergi mall. Ya ampun betul-betul pembawaan ooo tu. Sekarang, aduiii gagar-gagar aku kalau nda dapat shopping. Macam semua baju seluar kasut aku mahu ganti. Ok off topic.

Masa aku dengan ijam belum ada anak, kami nda juga lah pergi melancong. Sebab bila sudah plan konon, mesti nda jdi and kami stuck di KL. Sebabnya kalau mahu travel nda dapat shooping like hell. Bila kira-kira budget guna duit ne kalau pergi pavvi pergi midvalley lumayan ne shopping. Jadi di KL jak lah. Ahahahahaha. Tapi memang selalu lah turun KL untuk shopping. Paling lama nda pergi pun 3 bulan gitu. Itu lah sekarang aku ketungkalan,  kalau nda pikir Adam masih kecil sudah lama aku bertapa di h&m. H&m buka masa aku pregnant, aku nda pernah pergi masa aku dalam keadaan normal begini, kali pingsan aku di sana. 

Lepas tu kan dulu, kami suka tengok movie sama-sama. Sanggup spend some money untuk beli tv lcd dalam bilik, sikit lagi terbeli audio system nasib sudah terbunting. hehehe. Sekarang bila janji mahu tengok lepas Adam tidur, aku sudah penat tahap ya ampun. hehehe. Makanya buatlah apa sahaja semasa masih berdua sebab satu hari nanti masa tu nda akan terulang lagi.

And what im trying to say again and again, kawan-kawan jangan putus asa. Jangan dengar cakap ornag dorang bukanTuhan. Aku selalu ter inspired dari cerita-ceita orang, ada satu blogger ne dia pernah mengandung luar rahim lepas tu satu tiub fallopio terpaksa dibuang rentetan mengandung luar rahim tu. Selepas lima tahun, lima tahun ar bukan lima bulan, dia dikurniakan zuriat kembar tiga. indah kan apa yang Allah janjikan untuk kita tu.

masuk 5 bulan
masa raya ne

ne 9 bulan sudah
doc masa tu nda yakin boleh buat 3d
tp alhamdulillah
nampak dengan jelas

4 comments:

  1. Ted kamu juga ngerti perasaanku..
    Sedih jelly tinguk org..lg sakit ati dgn mulut org yg nda fhm ati org..wa aku suda pndai ckp sabah bha..

    ReplyDelete
  2. Haha Aida, you are not alone bah. Ramai orang begitu. Saya pun :') Tapi kena percaya rezeki tu ada, cuma belum masanya.

    Ted, aku awal awal dulu selalu meracau meroyan stress kalau kena tanya, tersinggung betul rasanya. Sekarang?! Hahaha I dont care. Betul macam kau cakap tu, sementara berdua lah pergi jalan-jalan senang kan hati. Masalahnya, ada pula yang cakap, sebab tu lah kamu belum ada anak, malar berjalan seja. (?)

    ReplyDelete
  3. Hee..dayz J, kita bersalah sedja. insyAllah rezeki kita kan sampai. sekarang nih kita enjoy honeymoon dulu kan..
    tentang mulut orang tu memang begitu. dari belum kawen sampai dapat anak pon tak penah stop. sabar sedja..

    ReplyDelete
  4. Ted memang gitula mulut orang yang terlampau "caring" sama kita.. aku pun pernah kena jg masa blum dpt anak ke2.. hehe.. tp mcm ko ckp, mo byk bersabar & doa ja..

    sempat plak ko buat 3D scan time 9bulan.. aku nda kena suruh bha..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...