Thursday, March 28, 2013

Ketika Umur Ku 2 Bulan 17 Hari

As Salam


Happy news ne, Adam sudah pandai tiarap sendiri. Jap, tiarap tu ada bahasa lain kah? Atau meniarap yang betulnya? Hehehe. Sejak Adam dua bulan dia memang selalu mengiring seolah olah mahu meniarap. Pantang terbangun dari tidur mesti test test meniarap dulu. Lagi dia memang akan tidur mengiring sebab aku takut dia tersedak kah apa. Mungkin sebab itulah dia cepat meniarap. Kecuali aku boleh monitor dia tidur baru aku kasi tidur telentang. 
kasi tunjuk yg dia pandai tiarap depan babanya
walau apa jadi jari misti dlm mulut jugaa
Kalau dia sudah meniarap jari jemarinya tetap dalam mulut. Cuma fasa pertama ne dia belum pandai adjust tangannya. Kepala boleh pula angkat. Cakap pasal taruh jari dalam mulut. It is normal kalau taruh satu jari atau lima jari atau sepuluh jari dalam pulut. adam begitu dua-dua mahu kasi masuk dalam mulut. Tapi bukan itu saja, Adam sampai hisap tangannya sampai lebam. Aku ne takut jak di tuduh dera anak.

jelas kan lebamnya
Masa berklinik dua bulan kesan lebam tu masih ada lagi, aku terpikir nda pekdah-pekdah nurse panggil polis tangkap aku atas tuduhan mendera. Hahahaha. Jadi sebelum dia cakap aku sudah cakap, "kuat hisap jari ne nurse, sampai tangannya pun dihisap, tengok ne sampai lebam". Hahahaha nurse tu ketawa ja, dia cakap buka la sarung tangan nya tu, nda puas bha tu dia hisap sarung ja. Pheww selamat aku. Hahahaha nurse di KK Kinarut memang bagus-bagus. Okeylah itu jak mahu cerita, di bawah ada sikit gambar Adam.



adam n kazen nya c qhalish
adam dan mimik2 mukanya
hehehee

1 comment:

  1. bestnya.. Adam dah boleh meniarap..
    baby aku belum lagi ada tanda2 mo meniarap.. hehe
    ganas juga Adam hisap tangan dia, sampai lebam bha.. ko nda buka lagi plak mitten dia.. aku lepas pantang hari tue, terus aku potong kuku baby ku dan buka mitten dia..

    p/s :: bestkan Ted tengok perkembangan terbaru anak kita.. rasa teruja macam mo bagitahu 1 dunia.. hehe ;)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...