Friday, April 5, 2013

Father Friendly Course At HWKKS

As salam

Bagi yang memilih untuk deliver di Hospital Kerajaan macam aku, father friendly ne perlu bagi yang mahu husband ikut masuk masa beranak. Mula-mula dulu aku nda yakin mahu beranak di hospital kerajaan, ya la with all those stories and so on. Ya la, dari start aku pregnant sampai aku balik Putrajaya, aku berklinik di Rafflesia, lagi pun kes misscarried aku sebelum tu kan di sana. Tapi bila aku balik Putrajaya, Klinik kesihatan Putrajaya Presint 11 memang cantik facilities dia. Nurses and doctor pun best. Macam hospital swasta bha. Jadi lama lama aku sudah bina keyakinan yang aku oleh beranak di hospital kerajaan. Untuk lebih lanjut aku nda mahu la tulis, biar aku jak lah tahu. Okey bukan itu pun mahu cerita. Hehehehe

Untuk father friendly ne ada 2 session, errmmmm (mahu recall hahahaha) yang first tu macam more to exercises membawalah tikar bantal segala. Hahahaha. Serious aku berapa ingat. Masa tu Ijam keja malam hari sebelumnya, jadi lambat kami sampai, lambat lambat pun belum start. Hehehe sudah lambat singgah lagi McD untuk breakfast. Yang aku ingat Ijam ada kena panggil pergi depan untuk buat demo. Hehehe go baba gooo

Second session tu aduiiii. Ngam ngam bff aku kawen refer entry sebelum ne. Sudahlah beberapa hari tu aku sakit, sakit teruk arrrr. Pikirkan mahu beranak sudah. Hehehehe. Yang second session ne like a boss. Kami sampai kan tingal 2-3 minit mahu habis sudah ceramah pertama. Hahahahhaha. Tahniah Ted and Ijam. Ya la kelam kabut bersiap untuk terus pergi kahwin my bff. Nda sudah aku dengar ceramah ceramah sebab aku pikir mahu cepat siap jaaakkk. Aku nda mahu pengantin duluan sampai. Ahamdulillah, berjaya aku. Ceramah semua cepat jak. Macam paham paham leerrr.

Teruskan, aku mahu bagitahu kalau keadaan mengizinkan memang suruhlah laki ikut masuk sebab dalam keadaan di dalam tu kita need someone untuk tolong kita minum ka apa ka. Macam aku kan kena taruh yang untuk monitor jantung baby tu, sebab Adam sudah berak dalam perut. Bayangkan dengan wayar berlingkar di perut. Dengan air yang disambung ditangan, dengan gas tahan sakit dengan benda yang bikin panggil nurse tu dengan kesakitan yang bikin hilang kewarasan. Bayangkan kalau tiada kawan. Tapi kalau hospital nda bagi kah apa itu lain cerita, cerita aku bagi yang memang boleh masuk. Mula-mula dulu Ijam pun macam nda mahu masuk, sebab dia pun takut juga. Darah kali dia nda berapa takut tapi kalau sudah di potong kah apakah takut la bha juga. Tapi alhamdulillah, berani bha pula. Aku sudah set di pikiran yang dia nda mahu bha ikut.ya la nda kan maw paksa kan. Bila aku tanya kenapa ubah pikiran, dia cakap biarlah dia pengsan ka apa kah, di hospital juga masa tu. simple ja jawapannya. Hahahaha.

Masa tu cerita cerita lagi kami, kalau contraction reda lah. Ahahahaha kalau sudah contraction datang berteriak juga sampai di kaunter dengar. Hahhaha. Shame on you Ted. Ne nurse yang kasi beranak yang bagitahu. Lepas beranak tu, dia cakap bagus mama bagi first baby cepat kau beranak, pandai kau kawal nafas. Tapi ada juga lah dengar suara kau di kaunter menahan sakit tu. hahahahaha. Ok bye nursee!!!

Tapi kan lama aku di labour room tu dari jam 1 pagi sampi 5 pagi gitu baru beranak. Macam nda sampai satu satu jam bha aku panggil nurse sebab kesakitan. Sekali ada kali ketiga kah aku panggil kan datang nurse yang bukan kasi beranak aku. Kali dia cek patient yang lain. Nurse yang ne garang. Hahahaha dia datang kan terus cakap, "mama, belum kau mahu beranak itu, memang lah dakit kalau mahu beranak bha, tunggu sampai 10cm baru nanti doctor datang". Hahahahah kalau aku ingat lucu bha. Terus lepas tu kurang aku teriak terus nda tekan-tekan panggil nurse sudah. Terus Ijam tanya, hilang sudah sakitkah? Sakittttt tapi aku takut kena marah bha lagi. Karau Ijam ketawa. Berdisiplin terus aku sampai lah beranak. Hahahahaha kiri kanan kiri kanann

Ini kira cerita masa beranak part two la bha kan. Ijam cakap dia nampak depan mata Adam keluar. Mula mula kami sudah set jangan tengok di bawah tengok aku jak. Nanti pengsan ka apa. Rupanya dia tengok juga. Hahhaha. Lepas dorang kasi bersih dan pakaikan baju Adam, terus nurse cakap, bapa nah angkat dulu baby. Nda sempat aku mahu cakap jangan, dia nda pandai tuuuuuu. Ijam tengok aku macam minta kasian yang takut dukung baby ne bha. Hahahaha. Tapi aku baru lepaa kena jahit masa tu. hehehehe tapi kalau anak sendiri automatik bha pandai.

Okeylah sampai sini dulu. Buat husben aku, terima kasih kerana kasi kawan dalam labour room. The day when you kiss my forehead sebelum masuk wad (malam sudah masa tu nda boleh hantar sampai dalam) adalah saat paling mendebarkan dalam hidup. Terima kasih kerana setiap kali contraction datang Abang akan pegang kepala aku sambil berselawat. Balik balik abang cakap, sabar syg lepas ne abang kasi beli dear (adalah macam-macam dijanjikan and satu demi satu janji ditunaikan. Yayyyyy bangkrappp bilang Ijam hahaha). Terima kasih kerana meminjankan tangan abang supaya aku boleh berpaut masa proses mengeluarkanAdam dan masa sessi menjahit (sakit ooo kena jahit). Semoga abang boleh kasi kawan aku untuk yng seterusnya. Kali ne jangan panic panic kio. Hahahaha











2 comments:

  1. husband ko ikut plak.. aku sm husband nda sempat p kursus father friendly.. terberanak sudah..

    ReplyDelete
  2. laki aku takut darah.. tp ms daniel dia survived juga..masa danish nda sempat masuk bilik dia otw beranak da i..hu hu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...