Wednesday, March 6, 2013

Bacterial Meningitis

As Salam,


Ikutkan entry sebelum ne, aku ada mention yang nda sampai 2 jam aku dan Adam sampai rumah selepas deliver, kami patah balik ke hospital. Masa tu aku tengah makan dan Adam dengan neneknya. MIL bagitahu badan Adam macam panas. Luckily, kami memang ada beli termometer sebelum ne. bila check, badan Adam 38.8 darjah celcius. MIL cakap terlampau panas ne, so aku tukar baju ja (masih pakai kain), terus bergegas balik ke HWKKS, sepanjang perjalanan hati aku bedebar-debar. Allah jak tahu kerisauan aku, kesakitan lepas bersalin aku nda rasa sudah. Yang aku mahu Adam tiada apa-apa yang serius.

Kami terus pergi bahagian kecemasan, sempat aku bawa barang-barang Adam balik. Hati aku cakap memang kami kena tahan ne. Masa di kecemasan tu, tunggu lagi kan. Memang luar biasa tangisan dia. Rupanya itu satu tanda juga. Bila doc turun dia check dan refer pakar kanak-kanak thru phone, kami diputuskan untuk warded. Sepatutnya baby baru lahir tidak akan kena demam, sekiranya dia demam something is going on. Kami ditempatkan di kalangan baby yang kena jaundice bukan ward yang betul. Nurse suruh buka baju adam dan tekap-tekap dengan tuala basah. Selepas 1 jam demam Adam turun. Alhamdulillah. Tapi dorang tetap mahu check semua. Dorang ambil darah Adam malam tu juga. Lepas tu pakar kanak-kanak bagitahu aku memang Adam ada kuman tapi nda pasti di bahagian mana. Hati ibu mana yang tidak risau. Ibu mana yang tidak menangis. Dorang teruskan kasi masuk antibiotik dalam badan Adam. Aduhhh kecil betul dia untuk dicucuk-cucuk. Sekali lagi aku menangis. Sekali lagi pakar datang dengan aku untuk minta kebenaran aku untuk ambil air tulang belakang Adam. Dorang mahu pastikan kuman apa. Something macam tu lah. Dia terangkan semua lah. Since Adam masih baby tulang pun nda keras lagi. Tiada kesakitan yang dia akan rasa, since dia kena bagi ubat tidur juga. Memang aku harus percaya doctor saja saat-saat ne. Aku call Mr. Ejump untuk inform dia. Atleast ne bukan keputusan aku sendiri.

Bila dorang ambil Adam untuk buat process tu pikiran aku jadi kosong. Hati aku rasa macam aku di uji nda berhenti-henti. Bila dorang bagi balik Adam dengan aku dia tidur dengan nyenyak kesan ubat tu. Sampai lah besok. Bila Mr. Ejump datang lawat kami, Adam masih tidur. Kesian anak mama. Doc bagitahu aku akan masuk ward yang sepatutnya hari ne. Aku dibagitahu Adam disahkan bacterial meningitis. Salah satu punca boleh disebabkan jangkitan persekitaran, ibu kena demam teruk masa dekat-dekat mahu beranak ka, atau jangkitan dari daam perut lagi, atau ada banyak lagi kemungkinan. Tapi aku suspect sebab Adam sudah berak dalam perut. Aku pun nda tertanya doctor sudah, yang aku tahu macam mana Adam boleh baik. Bila dorang tahu Adam kena bacterial meningits, antibiotik Adam kena tukar dan kami mesti stay di hsopital selama 14 hari untuk habiskan dos antibiotik tu.

Bermula tempoh pantang dan Adam membesar 2 minggu di hospital. 14 hari bukan sekejap. Oleh kerana aku di NICU ahli keluarga nda boleh melawat. Hanya suami dibenarkan. Then pakar bagitahu lagi, yang Adam bebas dari kuman or bacteria tapi dos antibiotik diteruskan untuk elak dia datang balik. Something macam tu la. Aku bila dengar Adam sudah okey aku nda mahu tahu lagi yang lain.Punya lama rasanya di hospital. Hari-hari kira tinggal berapa hari. 

Dalam ward tu semua premature baby. Adam yang lahir dengan berat 3.4kg macam giant ja situ, heheheh. Banyak dengar cerita dan pengalaman mummy yang ada premature baby. Teruskan setiap Jumaat doctor akan buat aktiviti untuk rooming in. Kami la tu. Aku sempat yang buat frame sama tengok movie. Aku nda join pun yang buat frame tu. Anak sakit nda boleh la aku mahu buat benda lain. Yang dorang tu sudah berbulan rooming in, mesti mahu ada entertainment sikit kan. Aktiviti yang aku paling terjebak adalah tengok tv. Habis semua drama tv3 aku tengok. Situ lah aku start tengok Setia Hujung Nyawa yang terbawa-bawa sampai balik. Sampai habis. Sekarag tengah cari novel nya, Entah kalau beli tebaca ka juga. hahahaha.

Dugaan betul bila kita baru jak bersalin, first time pulak di hospital lagi. Semua buat sendiri. Mahu mandi segala main laju jak, sebab tiada orang tengok anak kita. Secepat yang mungkin kalau boleh. Dengan tali pusat segala, takut betul aku. Nasib tali pusat Adam tanggal masa dia 5 hari. Kadang-kadag Adam menangis nda berhenti. Suruh nurse check kalau dia kembung perut ka nda. Sebenarnya tiada juga. Pernah sekali Adam menyusu dari jam 11 pm sampai 5 pm. Dia nda mahu berlepas. Kalau ditarik susu dia menangis. Dari situ lah aku kena sakit belakang yang sampai sekarang masih sakit. Lepas tu aku berhenti nangis bila aku tengok Adam kuat sangat. Kadang-kadang bila antibiotik mahu kena jarum sudah, masa tu dia tidur. Nda pun dia terbangun. bergerak-gerak jak. Kalau pun jarum nya sudah nda boleh masuk ubat, dorang bawa dia pergi bilik jarum, bila balik dia nda pun nangis. Mungkin dia nangis masa kena cucuk jak. Bila sampai sama aku tidur pula. Dia kecil-kecil lagi kuat nda kan aku nda boleh kan. 

Kami sepatunya balik hari Khamis 24hb Jan, dos terakhir Adam 12 am. Adam punya antibiotik setiap jam 12 pm dan 12 am. Bila pakar datang dia suruh first dos untuk hari tu jam 11 am dan last dos jam 6 pm maksudnya kami akan balik hari Rabu. Masa tu Mr. Ejump mahu lawat aku direct dari tempat kerja. Bila aku bagitahu dia terpaksa pulang rumah untuk kemas bilik semua then datang hospital dengan PIL aku. Macam nda sangka akhirnya kami balik. Hati risau takut demam naik lagi. Kira macam aku trauma la juga. 

Malam tu Adam tidur dengan nyenyak dalam baby cot nya. Mesti dalam hatinya inilah rumah aku inilah tempat aku membesar nanti. InsyaAllah. Okey tengok pembesaran Adam masa di hospital.. :)))

Day 2
Baru umur 2 hari tapi cucuk sana sini
:(((
tidur nyenyak lepas kena ubat tidur
Sayu betul tengok mukanya
Kecinaan terus terserlah
hukhukhuk
Baba datang
sob sob sob
both of u are my strength
ne pic yang dapat like paling banyak di instagram
malas mahu rotate
tetap kiut kan
hehehe
anak ne kuat sadu
apa lagi tampal menampal dahi la jawap nyaa
macam menyanyi pulak

nampak tangan nya tu
hati mana yang nda menangis tinguk

macam mengolok-ngolokkan

red-red gitu teruna aii

alhamdulillah
kami sampai rumah


2 comments:

  1. ndu bah adam....kecil2 lg di duga bgtu..nda apalah adam skrg mama jaga nnt besar adam jg mama balik aa

    ReplyDelete
  2. aduii... tertanya pula sa selama ni apa jadi dgn bby Adam. baru arini buka blog ko Ted... naasib suma ok suda kan??? syukurlaaaa.. :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...