Thursday, March 28, 2013

Ketika Umur Ku 2 Bulan 17 Hari

As Salam

Happy news ne, Adam sudah pandai tiarap sendiri. Jap, tiarap tu ada bahasa lain kah? Atau meniarap yang betulnya? Hehehe. Sejak Adam dua bulan dia memang selalu mengiring seolah olah mahu meniarap. Pantang terbangun dari tidur mesti test test meniarap dulu. Lagi dia memang akan tidur mengiring sebab aku takut dia tersedak kah apa. Mungkin sebab itulah dia cepat meniarap. Kecuali aku boleh monitor dia tidur baru aku kasi tidur telentang. 
kasi tunjuk yg dia pandai tiarap depan babanya
walau apa jadi jari misti dlm mulut jugaa
Kalau dia sudah meniarap jari jemarinya tetap dalam mulut. Cuma fasa pertama ne dia belum pandai adjust tangannya. Kepala boleh pula angkat. Cakap pasal taruh jari dalam mulut. It is normal kalau taruh satu jari atau lima jari atau sepuluh jari dalam pulut. adam begitu dua-dua mahu kasi masuk dalam mulut. Tapi bukan itu saja, Adam sampai hisap tangannya sampai lebam. Aku ne takut jak di tuduh dera anak.

jelas kan lebamnya
Masa berklinik dua bulan kesan lebam tu masih ada lagi, aku terpikir nda pekdah-pekdah nurse panggil polis tangkap aku atas tuduhan mendera. Hahahaha. Jadi sebelum dia cakap aku sudah cakap, "kuat hisap jari ne nurse, sampai tangannya pun dihisap, tengok ne sampai lebam". Hahahaha nurse tu ketawa ja, dia cakap buka la sarung tangan nya tu, nda puas bha tu dia hisap sarung ja. Pheww selamat aku. Hahahaha nurse di KK Kinarut memang bagus-bagus. Okeylah itu jak mahu cerita, di bawah ada sikit gambar Adam.



adam n kazen nya c qhalish
adam dan mimik2 mukanya
hehehee


Read more...

Tuesday, March 26, 2013

Adam Jumpa Mummy

As salam,

Hari tu sempat jumpa my bff aka puan Noreentan. Hikhikhik. Alaaa yang entry tertunda pasal dia punya wedding tu. now dia pregnant sudah, tiga bulan lebih sudah. I am happy for you. Tengok bff pregnant ingat masa aku. Haishh cepatnya masa berlalu.  Ok sudah jangan mahu emosi.

Hari tu jumpa mmang sekejap, pahamlah bawa budak kecil. Nasiblah selama tu Adam tidur jak, bolehlah kami melepas rindu dendam. memang rindu lah dengan bff aku  ne, last jumpa kali masa lepas kahwinnya tu. rasanya lah. aduii bila kami boleh berkumpul-kumpul lagi ne. apa-apa pun tahun ne kita 26 tahun sudah. kawan dari kita darjah satu lagi kannnnn.Tunggu lah anak kita besar dulu baru boleh huhahuha. Aku doakan semoga my bff dan anak dalam kandungan dalam keadaan yang sihat dan baik-baik aja. Jangan stress macam aku nanti baby pun ikut stress. Itu lah Adam kuat berkerut sebab dalam perut stress jak. Hehehe

Nanti nda sabar mahu jumpa ummi Adam pula, yang tu bff aku d Shah Alam. Yayyyy coming soon. Since aku a little bit garang, dia cakap nanti mesti Adam kuat mengadu sama dia. Hahahaha. 

Okaylah enjoy gambar-gambar kami hari tu. Punya naik seri mummy Adam ne, nda macam aku dulu. Okey byeee hahahaha
,
mama and adam
ootd mama
syria :: http://www.qairahijab.com/
blouse :: poppy from the poplook
bag sejak jadi mama :: roxy
mummy and mama
adam masih tidur
kami gambar dekat-dekat pun dia masih tidur
good job adam
hahaha
ootd adam
tshirt :: cotton on kids
overall :: trudy teddy
we are happy family
hahahaha

Read more...

Sunday, March 24, 2013

Mulut Jahat Ada Hati Terguris

As Salam

Hari ne mahu cerita entry santai-santai. Hurmm, ramai kawan-kawan tanya apalah perasaan kami jadi parents apa perasaan aku jadi mama. Bagi aku satu nikmat satu anugerah. Aku kahwin bukan September 2010. Adam lahir Januari 2013. In between aku misscarried 2 kali. Hati mana yang tidak teruja hati mana yang tidak kesabaran tunggu kelahiran Adam. Masa mengandung doa aku paling kerap, " ya Allah, izinkan aku melahirkan, menjaga dan membesarkan anak dalam kandungan ini. Dan sekiranya Engkau tidak izinkan, Kau berilah aku kekuatan menghadapinya".

Bangun tengah malam or pagi-pagi bukan perkara luar biasa. Kadang-kadang bangun pukul 2 pagi. Lepas bf and tukar diaper Adam, susah pula mahu tidur. Kadang-kadang aku draft entry, paling nda logic aku boleh shopping online. Alhamdulillah, Adam nda banyak kerenahnya. Macam baby biasalah, menangis bila mahu menyusu, bila mahu yak-yak. Tapi sekarang advance la juga, menangis bila mama dan baba naik kereta nda bawa dia. Aduii nak, baru 2 bulan umur mu. Sudah tahu naik kereta. Sighhh

Bukan itu aku mahu cerita, aku mahu cerita first time kami keluar sama-sama dengan Adam masa aku sakit mahu pergi clinic. Lepas clinic kami singgah Suria Sabah, kami memang sudah start guna stroller. Paham-pahamlah kalau guna stroller mana dapat holding hands lah sangat lah sudah. Hahahaha. Itu janggal bagi aku. Sangat janggal okey. Bila kadang-kadang kami keluarpergi pasar or tamu tinggalkan Adam di rumah. Baru dapat pegang-pegang tangan macam baru kahwin. Hahahaha. Jangan pula kamu baca terus anggap aku rasa kewujudan Adam aku rasa nda dapat pegang-pegang Ijam lagi. Apa aku try mahu cakap sini, bagi mereka yang belum dikurniakan zuriat ne. Stay strong and keep praying. Masa ne lah, teruskan kasih sayang antara anda dan suami atau isteri. Aku pernah rasa semua tu. Kalau kita dua tiga tahun kahwin ada orang lima tahun sudah kahwin, kalau kita lima tahun kahwin ada orang sepuluh tahun sudah kahwin tapi belum ada anak dan begitulah seterusnya. Jangan pernah berputus asa. Cara tradisional dan moden. Yang penting doa dan yakin. Dan banyakkan bersedekah. Masa bersedekah tu, niatlah dalam hati. 'Semoga aku dikurniakan zuriat' atau apa-apa doa lah.

Lepas tu orang di sekeliling ne pun kadang-kadang satu hal kan. Kalau yang sudah kahwin, gatallllll mulut kan tanya orang belum kahwin, 'aku sudah kau bila lagi?', nanti dia sudah pregnant, lajuuuuu jak mulut kan tanya kawan lain yang belum pregnant, yang memang menanti anak, 'kau bila lagi?? Cepatlah siukk ne rasa pregnant, laki sayang semua orang sayang', nda pun 'siuk bha ada anak, cepat-cepat lah kamu, kami mahu numbur dua sudah ini.' Bolehkah jangan berlagak, jangan sombong, semua ini pinjaman Allah. Bukan kami (aku pernah rasa begini) minta dikurniakan lambat (aku pakai lambat sebab yakin satu hari nanti kawan-kawan pun akan dikurniakan zuriat) dapat anak. Ini semua kerja Allah. Apa yang apa Allah bagi kita ne adalah yang terbaik. 

Masa berdua ne lah, masanya kamu ber romantik romantik. Bukan lah makud aku sudah ada anak nda romantik tapi untuk bulan-bulan pertama tu kali ada juga la. Proses menyesuaikan diri kali. Hehehe. Apa kata masa ne enjoyyyyy, pergi bercuti. Pergi shopping like you never shopping. Atau kalau anda beriman lebih, masa ne lah kumpul duit banyak. Kalau aku bahu ditangan mata ke atas la saving ne. Saving aku banyak di MNG. Hahaha. Ohya, pernha kah kamu baca entry aku yang cakap masa pregnant aku nda suka shopping aku nda suka berjalan pergi mall. Ya ampun betul-betul pembawaan ooo tu. Sekarang, aduiii gagar-gagar aku kalau nda dapat shopping. Macam semua baju seluar kasut aku mahu ganti. Ok off topic.

Masa aku dengan ijam belum ada anak, kami nda juga lah pergi melancong. Sebab bila sudah plan konon, mesti nda jdi and kami stuck di KL. Sebabnya kalau mahu travel nda dapat shooping like hell. Bila kira-kira budget guna duit ne kalau pergi pavvi pergi midvalley lumayan ne shopping. Jadi di KL jak lah. Ahahahahaha. Tapi memang selalu lah turun KL untuk shopping. Paling lama nda pergi pun 3 bulan gitu. Itu lah sekarang aku ketungkalan,  kalau nda pikir Adam masih kecil sudah lama aku bertapa di h&m. H&m buka masa aku pregnant, aku nda pernah pergi masa aku dalam keadaan normal begini, kali pingsan aku di sana. 

Lepas tu kan dulu, kami suka tengok movie sama-sama. Sanggup spend some money untuk beli tv lcd dalam bilik, sikit lagi terbeli audio system nasib sudah terbunting. hehehe. Sekarang bila janji mahu tengok lepas Adam tidur, aku sudah penat tahap ya ampun. hehehe. Makanya buatlah apa sahaja semasa masih berdua sebab satu hari nanti masa tu nda akan terulang lagi.

And what im trying to say again and again, kawan-kawan jangan putus asa. Jangan dengar cakap ornag dorang bukanTuhan. Aku selalu ter inspired dari cerita-ceita orang, ada satu blogger ne dia pernah mengandung luar rahim lepas tu satu tiub fallopio terpaksa dibuang rentetan mengandung luar rahim tu. Selepas lima tahun, lima tahun ar bukan lima bulan, dia dikurniakan zuriat kembar tiga. indah kan apa yang Allah janjikan untuk kita tu.

masuk 5 bulan
masa raya ne

ne 9 bulan sudah
doc masa tu nda yakin boleh buat 3d
tp alhamdulillah
nampak dengan jelas


Read more...

Thursday, March 21, 2013

Kenduri Doa Selamat :: Adam Mukhlis Sebulan

As Salam,

Yang ne entery ringkas untuk kenangan-kenangan bila Adam besar nanti, bila dia mahu baca kisah-kisah yang mama tulis untuk dia. Kami tiada niatlah mahu celebrate every month. Bila ada ramai-ramai family semua di sini, barulah buat lagi.

Hari tu kami just buat menu ringkas, spaghetti dan satay plus cake la. Yang datang pun semua sepupu, apa nda ada 4 family tinggal 1 perumahan ne, nda payah jemput jauh-jauh.Plus 1 family Ijam yang jauh sikit tinggal tapi still area KK lah, sma parents dorang dari Beluran. Kebetulan ada di KK masa tu. hehehe. Mama doakan Adam terus sihat, jadi anak yang soleh, jadi anak yang dengar cakap. Semoga Adam membesar jadi orang yang berguna yang boleh jaga mama dengan baba nanti. Kira entry ne lambat, almaklumlah entry ikut mood Adam. Nda apa lah sayang.hehehe Okey, enjoy gambar-gambar masa kenduri. Aku rasa sangat geli hati, bila Adam pegang sendiri pisau potong cake dia. hahaha


bacaan doa diketuai oleh Paci Ramsah
*berkopiah putih


macam kenal ka tudung hitam tu.
http://imgettingoldandimhappy.blogspot.com/
dia sepupu sekali Ijam
dia blogger otai
hehehe
Sessi makan beramai-ramai


Tq Allah kerana mengurniakan aku keluarga ini


Chocolate Indulgence
kegemaran keluarga kami ;)
mama mcm over excited kan
okey nenek join sekali
hikhikhik
adam - 'ini cake adam lah mama'
sambil rampas pisau hahaha



>

Read more...

Friday, March 15, 2013

15 Hours Without Adam

As Salam

Hari Rabu minggu lalu, aku and Ijam fly to Putrajaya sebab aku mahu urus cuti sambung lepas beranak. Sepatutnya aku kena balik keja 21 Mac ne. Aku rasa aku nda kuat untuk tinggalkan Adam. Lagi pun dia masih kecil.

Lepas Subuh dalam jam 5 am kami bertolak ke airport. Flight kami jam 7.05 am. Hari sebelumnya aku tidur 3 jam ja. Siang nya tiada tidur siang sebab busy urus kereta. Kalau aku ada tidur setengah jam pun aku bersyukur. Kalau dapat tidur 2 jam, memang malam-malam aku paksa bf aku, c Bb layan bbm. Keluarlah cerita gila kami tu. hahahaha

Sampai office dekat-dekat 11am la juga. Urus di bahagian cuti, cari fail cerita-cerita lagi, lawat office macam yg semuanya selesai dalam jam 12.30pm. Actually nda lah selesai sangat, sebab bos tengah meeting nda dapat sign. Hurmmm, tapi boleh jak tu.

Kami cepat-cepat singgah Alamanda untuk lunch and shopping sikit. Rindunya Alamandaaaaaaa. Baru mahu cari makan, fil called stok ebm Adam tinggal 2 setengah botol. Hok aloohh, panic sudah aku. Terus pergi Parkson, beli patung Mickey Mouse yang Ijam mahuuuu betul untuk anaknya and 1 overall untuk Adam. Makan pun tapau ja. Tapi sempat singgah Baskin Robbin. It was pinky day. Hehehe. Ohya sebelum tu, sampai-sampai ja Alamanda terus pergi Mng cari baju, sebabnya sudah 'leaking' sampai baju. Haiyokkk. Beli terus pakai. Hahaha

Dari pagi kami hanya makan kudapan-kudapan, maksud kudap-kudapan bagi kami adalah makanan ringan-ringan. Untuk alas-alas perut. Bila sampai 1 jam lagi mahu flight jam 4.25pm. Kami mesti dapat tu flight jugak jadi kami oleh sampai rumah sebelum jam 8 pm.

Sampai jak airport, ambil kereta nampak jam di dashboard jam 7.22pm. Cakap dengan Ijam, kita mesti sampai rumah sebelum jam 7.30pm. Ijam balas, bawak ferrari pun belum tentu sampai gitu laju. Hahaha.mrindu betul sudah sama Adam.

Sampai rumah cepat-cepat mandi baru jumpa si jantung hati. Hehehe. Macam-macam ceritanya, moody sepanjang hari, menangis mahu menyusu jak. Membawa hati kali. Bila aku ambil, nda dia mahu tenok muka aku. Pura-pura tengok tempat lain. Merajuk kali. Alarr sayang, mama baba bukan pergi mana, pergi uruskan cuti mama kan. Untuk Adam juga. Yang lucunya, sampai bawa naik kereta pusing-pusing perumahan, mahu kasi pujuk-pujuk hatinya. Dalam kereta baru diam bilang mil. Nda nangis, diam-diam tengok di luar. Hahaha confirm kaki jalan!!! Dulu si Ijam cakap kawannya, anak kawannya tu sebelum tidur mahu naik motor pusing-pusing perumahan baru mahu tidur. Rupanya anak nya pun mahu naik-naik kereta juga sebelum tidur. Hahahaha

Okeylah lepas ne pergi KL mama bawa Adam. Tapi jangan ngek ngek k. Mama mahu shopping barang kita. Baju-baju Adam sampai Adam 6 bulan ja. Itu pun sudah start pakai semua. Tapi kita kena baik-baik dengan baba, sebab mama ne cuti tanpa gaji. Hukhukhukhuk. Okeylah till next entry.
mama n baba on board
1st tym nek flyt paling awl
uikksss my ijam

lama suda nda share my ootd
syria :: tamu jln tar
cardigan :: poppy thepoplook
inside :: mng
jeans :: levis
shoes :: vincci
bag :: guess
nanti aku cerita masa pregnant apa aku pakai
lepas beranak i look older
nda apa la
:')
see baju d dlm sudah tukar pg kaler orange
hahahaha
still from mng
what i like bout mng is murahhh
rm49 ja
beli terus sarung
lalalalala
adam loves the miki which kami call as mimit
now adam ada toys c giraffe, c giuk n c mimit
hhehehe


Read more...

Wednesday, March 6, 2013

Bacterial Meningitis

As Salam,

Ikutkan entry sebelum ne, aku ada mention yang nda sampai 2 jam aku dan Adam sampai rumah selepas deliver, kami patah balik ke hospital. Masa tu aku tengah makan dan Adam dengan neneknya. MIL bagitahu badan Adam macam panas. Luckily, kami memang ada beli termometer sebelum ne. bila check, badan Adam 38.8 darjah celcius. MIL cakap terlampau panas ne, so aku tukar baju ja (masih pakai kain), terus bergegas balik ke HWKKS, sepanjang perjalanan hati aku bedebar-debar. Allah jak tahu kerisauan aku, kesakitan lepas bersalin aku nda rasa sudah. Yang aku mahu Adam tiada apa-apa yang serius.

Kami terus pergi bahagian kecemasan, sempat aku bawa barang-barang Adam balik. Hati aku cakap memang kami kena tahan ne. Masa di kecemasan tu, tunggu lagi kan. Memang luar biasa tangisan dia. Rupanya itu satu tanda juga. Bila doc turun dia check dan refer pakar kanak-kanak thru phone, kami diputuskan untuk warded. Sepatutnya baby baru lahir tidak akan kena demam, sekiranya dia demam something is going on. Kami ditempatkan di kalangan baby yang kena jaundice bukan ward yang betul. Nurse suruh buka baju adam dan tekap-tekap dengan tuala basah. Selepas 1 jam demam Adam turun. Alhamdulillah. Tapi dorang tetap mahu check semua. Dorang ambil darah Adam malam tu juga. Lepas tu pakar kanak-kanak bagitahu aku memang Adam ada kuman tapi nda pasti di bahagian mana. Hati ibu mana yang tidak risau. Ibu mana yang tidak menangis. Dorang teruskan kasi masuk antibiotik dalam badan Adam. Aduhhh kecil betul dia untuk dicucuk-cucuk. Sekali lagi aku menangis. Sekali lagi pakar datang dengan aku untuk minta kebenaran aku untuk ambil air tulang belakang Adam. Dorang mahu pastikan kuman apa. Something macam tu lah. Dia terangkan semua lah. Since Adam masih baby tulang pun nda keras lagi. Tiada kesakitan yang dia akan rasa, since dia kena bagi ubat tidur juga. Memang aku harus percaya doctor saja saat-saat ne. Aku call Mr. Ejump untuk inform dia. Atleast ne bukan keputusan aku sendiri.

Bila dorang ambil Adam untuk buat process tu pikiran aku jadi kosong. Hati aku rasa macam aku di uji nda berhenti-henti. Bila dorang bagi balik Adam dengan aku dia tidur dengan nyenyak kesan ubat tu. Sampai lah besok. Bila Mr. Ejump datang lawat kami, Adam masih tidur. Kesian anak mama. Doc bagitahu aku akan masuk ward yang sepatutnya hari ne. Aku dibagitahu Adam disahkan bacterial meningitis. Salah satu punca boleh disebabkan jangkitan persekitaran, ibu kena demam teruk masa dekat-dekat mahu beranak ka, atau jangkitan dari daam perut lagi, atau ada banyak lagi kemungkinan. Tapi aku suspect sebab Adam sudah berak dalam perut. Aku pun nda tertanya doctor sudah, yang aku tahu macam mana Adam boleh baik. Bila dorang tahu Adam kena bacterial meningits, antibiotik Adam kena tukar dan kami mesti stay di hsopital selama 14 hari untuk habiskan dos antibiotik tu.

Bermula tempoh pantang dan Adam membesar 2 minggu di hospital. 14 hari bukan sekejap. Oleh kerana aku di NICU ahli keluarga nda boleh melawat. Hanya suami dibenarkan. Then pakar bagitahu lagi, yang Adam bebas dari kuman or bacteria tapi dos antibiotik diteruskan untuk elak dia datang balik. Something macam tu la. Aku bila dengar Adam sudah okey aku nda mahu tahu lagi yang lain.Punya lama rasanya di hospital. Hari-hari kira tinggal berapa hari. 

Dalam ward tu semua premature baby. Adam yang lahir dengan berat 3.4kg macam giant ja situ, heheheh. Banyak dengar cerita dan pengalaman mummy yang ada premature baby. Teruskan setiap Jumaat doctor akan buat aktiviti untuk rooming in. Kami la tu. Aku sempat yang buat frame sama tengok movie. Aku nda join pun yang buat frame tu. Anak sakit nda boleh la aku mahu buat benda lain. Yang dorang tu sudah berbulan rooming in, mesti mahu ada entertainment sikit kan. Aktiviti yang aku paling terjebak adalah tengok tv. Habis semua drama tv3 aku tengok. Situ lah aku start tengok Setia Hujung Nyawa yang terbawa-bawa sampai balik. Sampai habis. Sekarag tengah cari novel nya, Entah kalau beli tebaca ka juga. hahahaha.

Dugaan betul bila kita baru jak bersalin, first time pulak di hospital lagi. Semua buat sendiri. Mahu mandi segala main laju jak, sebab tiada orang tengok anak kita. Secepat yang mungkin kalau boleh. Dengan tali pusat segala, takut betul aku. Nasib tali pusat Adam tanggal masa dia 5 hari. Kadang-kadag Adam menangis nda berhenti. Suruh nurse check kalau dia kembung perut ka nda. Sebenarnya tiada juga. Pernah sekali Adam menyusu dari jam 11 pm sampai 5 pm. Dia nda mahu berlepas. Kalau ditarik susu dia menangis. Dari situ lah aku kena sakit belakang yang sampai sekarang masih sakit. Lepas tu aku berhenti nangis bila aku tengok Adam kuat sangat. Kadang-kadang bila antibiotik mahu kena jarum sudah, masa tu dia tidur. Nda pun dia terbangun. bergerak-gerak jak. Kalau pun jarum nya sudah nda boleh masuk ubat, dorang bawa dia pergi bilik jarum, bila balik dia nda pun nangis. Mungkin dia nangis masa kena cucuk jak. Bila sampai sama aku tidur pula. Dia kecil-kecil lagi kuat nda kan aku nda boleh kan. 

Kami sepatunya balik hari Khamis 24hb Jan, dos terakhir Adam 12 am. Adam punya antibiotik setiap jam 12 pm dan 12 am. Bila pakar datang dia suruh first dos untuk hari tu jam 11 am dan last dos jam 6 pm maksudnya kami akan balik hari Rabu. Masa tu Mr. Ejump mahu lawat aku direct dari tempat kerja. Bila aku bagitahu dia terpaksa pulang rumah untuk kemas bilik semua then datang hospital dengan PIL aku. Macam nda sangka akhirnya kami balik. Hati risau takut demam naik lagi. Kira macam aku trauma la juga. 

Malam tu Adam tidur dengan nyenyak dalam baby cot nya. Mesti dalam hatinya inilah rumah aku inilah tempat aku membesar nanti. InsyaAllah. Okey tengok pembesaran Adam masa di hospital.. :)))

Day 2
Baru umur 2 hari tapi cucuk sana sini
:(((
tidur nyenyak lepas kena ubat tidur
Sayu betul tengok mukanya
Kecinaan terus terserlah
hukhukhuk
Baba datang
sob sob sob
both of u are my strength
ne pic yang dapat like paling banyak di instagram
malas mahu rotate
tetap kiut kan
hehehe
anak ne kuat sadu
apa lagi tampal menampal dahi la jawap nyaa
macam menyanyi pulak

nampak tangan nya tu
hati mana yang nda menangis tinguk

macam mengolok-ngolokkan

red-red gitu teruna aii

alhamdulillah
kami sampai rumah



Read more...

Tuesday, March 5, 2013

Persediaan Untuk Adam 'Fully Breastfeeding' Sehingga 6 Bulan

As Salam,

Bagi ibu-ibu yang sudah ada pengalaman. Rasanya setakat mahu bf sampai 6 bulan tiada hal la bha kan, sampai 2 tahun lagi. Tapi bagi aku yang mahu kasi tinggal Adam di sini? Macam mana aku mahu pastikan yang Adam akan dapat nikmat susu ibu sampai umurnya 6 bulan. Kalau lebih syukur Alhamdulillah. 

Aku ada beli 1 buku pasal persediaan stok susu bagi ibu bekerja. Salah 1 kriteria penyusuan secara eksklusif adalah tidak menggunakan puting tiruan. Yang itu ja aku rasa nda boleh berjaya, sebab kami suda cuba kasi minum adam guna feeding cup tapi dia nda pandai minum ala-ala kucing tu. Bila guna bottle baru dia mahu. Masa mula- mula dia kena kasi try minum guna feeding cup tu, sayu betul aku. Aku tengok dari jauh jak, nda boleh dekat-dekat nanti dia nda mahu. Itu bukan aku sembarangan cakap, memang ada kajian.  Hari tu dia guna bottle aku duduk depan dia tapi mil yang kasi susu, dia macam blur, mama di depan, tapi susu di sini. Kiuttt pula aku tengok dia susu guna bottle, macam budak besar. Hehehe

Jadi ini plan aku, since untuk peti sejuk 2 pintu, bahagian atas boleh tahan sampai 3 bulan. Jadi aku akan start as soon as possible untuk simpan stock perahan aka ebm (expressed breast milk).  Kejap aku cerita dulu, masa pregnant bukan main lagi list and prepare barang Adam, termasuk bottle and nipple. Tapi aku nda pernah terpikir mahu beli terus pump, sterlizer, warmer la. Kami ada survey pump and sterlizer masa beli barang di KL. Tapi aku macam perlu kah?? Mahu beli electric kah manual? Sterlizer perlu kah? Boleh guna air suam kan??  Rupanya perluuuuuu. Nasihatkan kalau kamu bekerja, ne lah yang paling duluan dibeli. Bukannya stroller and so on. Hehehe cakap diri sendiri. Tapi kami puas hati dengan stroller kami. Worth it la. Ok off topic

Ok sambung, as peti sejuk atas boleh tahan 3 bulan, aku akan usaha untuk balik KK setiap minggu. Di ulang.... Setiap minggu untuk buat stok baru. Nda apa lah, aku tahu aku akan penat. Aku tahu aku akan sangattt penat!! Tapi Adam adalah ketabahan kami, Adam adalah kesabaran kami. InsyaAllah ada rezeki untuk aku pindah. Tahun ne tahun ke 4 aku di rantauan. Aku nda pernah putus asa. So why many people outside there, cepat putus asa?? Whyyy?? Come on friends. Ok off topic lagi.

Okey aku share barang-barang aku beli untuk persediaan ebm Adam yang average price jak ne. As orang dari golongan sederhana, ini kemampuan aku. Tapi aku puas hati. Hehehe. Ne Portable Automatic Breast Pump from Little Bean. Masa beli ne aku beli macam guna bila mahu kasi tinggal Adam, aku terlupa aku mahu buat untuk ebm Adam. Menyesal nda beli yg dua pump terus. Mula-mula macam sakit jugak, tapi sekarang rasa okey sudah. Serius nda menyesal beli. Okey 2 kali mention sudah ne. Harga RM299.90 tapi kami sudah apply KK Toys member awal-awal. Dapat 15% diskaun.
luar kotak
dalam kotak
bukan gitu pasang arr
maafkan aku
ijam yg pandai pasang
hahaahah
Lepas tu, aku sudah addict to Little Bean stuff, next benda dibeli sterilizer + warmer.  Bagi ebm yang disimpan di bahagian atas peti tu, bila malam tu kasi keluar pergi bahagian bawah, biar semalam biar dia cair, then besok masukkan dalam warmer ne jak. Nanti susu tu macam akan terpisah 2 bahagian, macam terasing gitu. Just goncang jak, nanti dia akan jadi macam rupa asal nya. Ada aku baca, bau ebm ne lain macam dari yang fresh. Tapi jangan risau, sebab khasiat dia tetap sama. Ohya, susu yang di kasi turun dari bahagian atas tu mesti digunakan dalam masa 24 jam dan nda boleh dibekukan balik. Benda ne harga RM 199.90 untuk dua. Once again, kami dapat diskaun 15%. Ya ampun,ketagih mahu pergi KK Toys sebab dapat diskaun. My target lepas ne blender kalau Adam sudah boleh makan. My choice mestilah Little Bean. Hehehe. Ohya sterlizer ne nda takut botol nda muat. Aku kasi masuk botol NUK, Tommee Tippee boleh jak masuk.
luar kotak
ne dari atas
masuk la apa seja maw masuk
hehehe
dari luar
bila buka
bahagian bawah
dari kiri
bumblee bee bottle
little bean bottle
nuk bottle tommee tippee bottle
semua muat
ne warmer
blum try pkai
nda review
Lepas tu, bottle and nipple. Ne part yang paling mencabar. Nasib aku terpedaya dengan sales promoter NUK masa di Sogo hari tu. Mahu setengah jam dia explain aku pasal barang NUK. Yang aku ingat, dia cakap nipple yang kuning tu yang latex tu, baby memang suka sebab dia lembut dan  rupa dan rasa dia macam mother's nipple. Nipple tu lubangnya di atas dan bukan macam lain-lain punya nipple. Aku try satu, which is menyesal nda ambil banyak. Di Sogo murah. Di sini bukan jak mahal tapi susah mahu dapat, setakat ne kalau ada pun bottle jenis classic, Adam sudah biasa yang premium. Mesti dia tolak lagi tu. Tapi mahal tu, kami nda kesah lah. Mahal pun bukan beribu kan.Untuk keselesaan dia jugak. Tommee Tippee tu aku beli sebab kiuttt. Hehehe. Belum try lagi, tapimacam dia nda mahu jak. Lepas tu 1 bottle nda cukup, jadi ada green light beli bottle lagi.yeahhh mama mahu beli NUK yang gambar mickey mouse tu. Boleh ya babaaaaa. Hehehe. Ohya, lepas tu, yang paling susah mahu beli nipple yang latex, nipple yang dikasi sekali dengan bottle warna putih. Ne mahu yang kuning tu, aduiii sian Adam. Ceritanya, memang ada beli 2 sudah, tapiiii aku terendam lama tu nipple. Nipple yang latex tu jangan sterlizer atau rendam terlampau lama atau guna air panas. Warnanya jadi putih-putih sudah. Menyesal nda sudah. Haishhh. Sorry Adam.
ne gambar google
Adam punya kaler hijau.
Aku beli di Sogo, 1 dalam 30++

ne part paling penting
2 utk rm21
Adam maw puting ne jak
dan aku hanya jumpa di Happy Mums di sini
Mahu buat ebm mesti ada bottle storage. Setakat ne aku ambil Bumble Bee punya. Dalam ada 10 bottles, harga RM38.90. Once again ada diskaun di KK Toys. Nanti aku cek lagi kalau ada brand lain di sana. Kenapalah KK Toys tiada jual barang NUK, kalau nda semua aku borong. Lepas tu aku ada baca blog yang cakap guna macam plastik yang pre-sterilized yang zipped tu. Masa pergi cari puting kesukaan Adam di Happy Mums tu aku nampak plastik storage ne. teru sbeli lah, yang penting Little Bean lagi. hehehe. So addicted.
bumbble bee punya
storage jenis bottle
bottle ne bagus untuk yang mahu simpan lama
gambar google
ne okey untuk simpanan kurang dari 3 minggu
ne pakai buang taw
Lepas tu penting juga adalah supplement untuk make sure breast milk sentiasa ada dan banyak. Selain kita kena yakin dengan breast milk kita sendiri kita kena juga usaha kan. Oleh kerana brand macam Anmum and so on tiada chocolate aku pilih ESP dari Shaklee. Dia soya kan. hehehe. Aku memang nda pandai minum susu. Itu hakikat, masa pregnant nasib Anmum ada rasa chocolate. ESP tu untuk kasi banyak produce breast milk. Yang Omega Fish oil ne bagus untuk perkembangan otak baby. ESP dalam RM210 dan Omega tu dalam RM109. Aku minta tolong officemate di Putrajaya poskan. Bukan KK tiada tapi aku malas mahu pergi tempat tu di Luyang, macam jauh. Arrr alasan. hehehe.


Yang ne optional kali ar, cleanser, brush, storage untuk bottles yang sudah sterilized. Saja ngada-ngada mahu Tupperware juga. Hehehe. Tapi tiada purple. Haishhh. Tapi barang belum ambil lagi. Tunggu ada masa aku pergi ambil. Kalau ada berminat mahu beli Tupperware bolehh cari my friend babyqeiqei.shop Ohya, oleh kerana esbok di rumah ne penuh jak selalu dengan barang jualan. Kami terpaksa beli 1 lagi. Biarlah mama bangkrap. Huhuhuhu. Lagi pun esbok bukan pandai basi kan. Boleh guna lama kan.
macam aku nda prefer ne since kena sediakan 1 liter air
lepas tu campur dengan 1 sudu kecik sabun dalam tu
teda ka macam axion tp untuk bottle
huahuahuahua
lepas sterilized terus simpan sini
Okeylah, selama ne aku rasa terima kasih betul pada siapa-siapa yang tulis info pasal pregnancy breastfeeding, parenting. Hari ne, aku sendiri dapat kongsi. Walaupun Mr. Ejump cakap, adakah orang mahu baca. Since barang-barang kita beli pun yang average punya. Since aku pun google benda-benda gini, mustahil tiada orang lain buat kan. Thanks for reading mummies and mummies to be. Banyak lagi pengalaman akan aku share. Tunggu Adam bagi kerjasama ja.








Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...