Thursday, February 28, 2013

Visual Test

As salam,
25hb hari tu baby Adam ada review di Klinik Mata HQE 1. Review-review dia ne rentetan dari demam panas sampai kena jangkitan hari tu. Aku belum cerita lagi kan bab tu. Nanti aku cerita k, tunggu masa sesuai. Bukan apa bab tu lama sikit maw karang, tahu jak la baby kecik ne kalau mama tiada apa mahu buat lama pulak tidur, nanti mama ada mood mahu berblog dia palak-palak pulak mata. Huhuhuhu
Sebelum ne baby Adam ada review telinga di Hospital Likas, tapi nda lama . Maksud aku, kan kalau hospital kerajaan ne bercinta lah kita menunggu di hospital, jadi expectation aku untuk ye assessment ne pun gitu la kunun. Kami sampai dalam 8.30 am, appointment jam 9 am, sekali sampai pintu pun penuh orang bha. Lepas sejam baru turn kami. tapi itu baru bilik pertama.

Doctor check sama ada baby Adam alert ka tidak dengan cahaya dan benda bergerak. Benda yang bercahaya tu macam mainan. Bentuk star dalam ada lampu. Punya berabis di ketawa. Bila doctor berhenti dan mahu ambil barang, dia berabis cari tu doctor. Baby Adam pikir kena bawa main kali. Hehehe. Besoknya mama terus pergi KK Toys cari benda yang keluarkan lampu dan mainan warna yang terang.

Ok lepas tu tunggu punya tunggu punya tunggu. Sampai baby Adam ‘melabur’ dua kali. Bf nda tahu berapa kali, sampai turn kami jumpa pakar. Dorang kasi titis 3 jenis ubat mata utuk kasi kembang anak mata. baby Adam jenis yang nda suka di pegang atau dikacau kepala dia. pantang dia tu. menangis lah dia berabis kena titis mata tapi lepas tu rilek jak sambung tidur. lepas kena titis tu rasanya mahu 2 jam juga tunggu ada bilik kosong untuk dorang check mata baby Adam. dalam bilik untuk check tu baby Adam kena bedung lepas tu part paling aku nda boleh tahan. dorang titis 1 ubat yang dorang cakap itu bius. dalam hati aku kalau bius ne mesti benda meyakitkan. ada 1 tool untuk bukakan kelopak mata baby Adam. doctor explain, bila baby menangis dia akan tutup mata so, dorang nda boleh check mata dia. benda tu macam besi yang disangkut di kelopak mata so that mata tidak akan tertutup. macam mana mahu exlain arrr,, bayangkan baby menangis tapi mata dia masih terbuka luas lebih luas dari bukaan dia normal. aku memang menitis sudah airmata. aku macam mahu lari dari bilik tu. baby Adam masih kecil, aku nda sampai hati. aku sudah cakap dengan mama mentua aku, nanti next review biar dia jak masuk bilik tu, aku nda sanggup lagi. bergegar aku. sedangkan sebelum tu aku lapar yang amat, sebab langsung tiada makan dari pagi. nasib aku nda pengsan. huhuhuhu.

alhamdulillah, semuanya normal. semuanya berada di tahap yang betul mengikut umurnya. tapi kami kena datang lagi dekat-dekat baby Adam 5 bulan nanti. hope everything will be ok. will be fine. kesan bius tu sekeliling mata baby Adam jadi merah, aku yang pada mulanya mahu berjalan untuk urus itu ini terus rasa mahu balik. terus mahu bagi baby Adam rehat di rumah. biarlah nanti-nanti jak urus semua tu.

bila sampai di rumah, jumpa neneknya terus macam menangis esak-esak. megadu kali dia. hehehehe kiut ne. tapi terus senyum-senyum sudah dia. kawan-kawan doakan baby Adam tiada apa-apa masalah. amin ya rabbal alamin. lepas tu kan kami banyaaakkkkkkkkkk betul appoitment. di Hospital Likas, di Queen, di Klinik Kesihatan Kinarut. Setiap bulan sekurang-kurangnya 2 appoitment di tempat yang berlainan. nda apalah nak, demi kesihatan mu sayang. 

susahnya maw dapat gambar buka mata ne.
ne buka mata buka mulut lagi
hahahaha
buring menunggu kali

ne masa appoitment di klinik kesihatan kinarut
seeeeee berjam-jam pun tidur jak

7 comments:

  1. InsyaAllah semuanya akan selamat!! Dont worry Ted, kami doakan. Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thnks babe. Nak cium2 bby eiman. Hehehe

      Delete
  2. Cian baby Adam.. apa pun doakan semuanya selamat.. to Ted, tebahkan hatimu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semoga kami 2 terus sabar n tabah. Thnks rinah

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...