Friday, February 15, 2013

Pengalaman Melahirkan Adam Mukhlis

As Salam,


Yeah aku sudah kembali menulis. Kali ne aku mahu cerita saat-saat genting dan mendebarkan semasa melahirkan Adam. Macam baru ja rasa semua tu. bukan macam baru kelmarin, macam baru tadi. Hahaha. Aku due 4 Jan tapi tiada tanda-tanda mahu beranak walaupun sudah 4hb. Orang cakap kalau kaki bengkak lepas tu dia turun bengkak nah mahu beranak la tu. Aku  ne nda tahu berapa kali bengkak turun bengkak. Tapi nda juga mahu beranak. Orang cakap banyak berjalan pun cepat turun perut cepatlah beranak. Aku selalu juga jalan kaki dari rumah pergi kedai Sabindo ne. Kira round juga la Pekan Sabindo ne. Tapi masih lagi nda mahu beranak.

Masa tu aku beranak hari Selasa. Hari Sabtu tu aku bagitahu Mr. Ejump mahu pergi Gaya Street besoknya. Walaupun malas aku maw bersiap awal. Sambung tidur lagi bagus. Tapi kerana sudah overdue aku mesti kuatkan semangat. Berjalan la kami dengan adik ipar aku tanpa hala tuju. Malam tu masih macam biasa. Besoknya hari Isnin, bangun solat Subuh, lepas tu main-main ipad sampai terlelap balik. Tiba-tiba dengar bunyi 'pakk', terus terbangun, "mimpikah aku ne arr??". Mahu sambung tidur tapi hati nda sedap. Pergi toilet tengok ada darah. Yayyyyy, tepuk-tepuk Mr. Ejump. Bagitahu ada darah keluar. Dia baru mahu tidur balik terus terduduk terus pergi bilik mentua. Aku menari-menari sebab gembira mahu beranak sudah. Tapi Mr. Ejump cakap jangan suka betul. Mom in law sediakan air sanggul fatimah untuk minum dan sapu di perut. Tujuan untuk cepat bukaan rahim. Ohya masa darah keluar tu lebih kurang jam 6.30 am.

Aku check balik barang-barang kami untuk pergi hospital. Dan Mr. Ejump bertukang pasang baby cot yang susah payah kami courier dari Ikea. Oleh kerana mom in law bepengalaman dalam perbidanan ne. Kami nda kelam kabut lah pergi hospital. Sempat breakfast and lunch lagi di rumah.Walaupun tiada selera due to contraction, aku paksa jak, sebab orang cakap kena makan untuk tenaga masa mahu meneran nanti. Aku makan semakannya. Hehehehe. Sampai hospital dalam jam 3pm. Contraction sudah kedebuk kedebakkk!!! Masuk bilik penilaian,  doctor yang ambil case aku doctor yang sama handle orang yang pregnant yang ada masalah macam darah tinggi and so on. So 
baru mahu check aku, tiba-tiba ada emergency case. Penghujungnya jam 7pm gitu baru aku kena check, itu pun doctor lain ambil case aku. Aku tetap bersabar dan terus bersabar sebab aku tahu aku ne mahu beranak. Nanti tidak dipermudahkan kepisan aku. Nda apa lah, aku masih oleh bertahan. Doc check, bukaan sudah 3cm. Aku warded dalam jam 10 pm. Nda tahu kenapa masa berjalan macam cepat betul. Tiba-tiba mahu tengah malam sudah. Mr. Ejump hantar  bubur untuk tenaga merangkap makan malam. Itulah bubur paling sedap pernah aku rasa, maka-maka bubur mcD. Huhuhuhu. Dalam bilik tu 3 orang semua overdue, sebelah aku tu mahu induce lagi. Macam semua dalam Kenanga 1 tu tidur,  maksud aku semua ward. Huhuhuhu. Jam 11 lebih gitu makin sakit aku rasa, aku jalan pelan-pelan cari nurse. Jumpa nurse takut pula mahu bagitahu. Hahahaha ada pulak rasa gituuu. Last-last nurse yang tegur sebab terlampau mundar mandir.

Doc datang check bukaan, suda 4 cm. lepas tu dekat 1 jam baru doc datang lagi mahu kasi pecah air ketuban. Yang aku ingat aku cakap sama doctor, 'ok saya tarik nafas dulu arrr'. Dalam pikiran aku sakit bha pecah air ketuban ne. Hahahaha.  Lepas tu nurse sebut perkataan moderate balik-balik. Entah apa lah maksudnya. Dia ambil syringe then cakap lagi dengan doc moderate. Last tu nurse bagitahu baby sudah berak dalam perut.  Dalam hati macam mahu jatuh, airmata mahu keluar tapi aku tetap mahu kuat. Aku tiada google pula pasal tu.  Yang aku tahu mesti bahaya. Aku disorong ke pintu besar ward. Dan dipasang alat untuk monitor jantung baby. Dekat setengah jam la juga. Nurse tu mungkin perasan muka aku lain-lain sudah. Dia cakap, jangan risau jangan sedih nanti baby ikut sedih. Kamu kan masih bersambung. Tali pusat masih bersambung. Dia rasa tu apa kamu rasa. Aku sms Mr. Ejump suruh dia berdoa untuk anak kami. Dan bagi aku semangat kalau ada apa-apa jadi.

Lepas dorang dapat graf/pola denyutan baby (pandai-pandai jak aku kan), aku kena sorong pergi dewan bersalin. Rasa macam dalam tv bha kena sorong atas katil. Mr. Ejump sudah siap tunggu depan pintu. Lepas masuk di pasang segala air dan benda untuk monitor denyutan jantung baby, baru dia masuk. Aduiii baru lega sikit, susah juga mahu make sure air jalan, denyutan baby tiba-tiba berhenti sebab nda pandai diam. Mana lagi gas yang bikin kurang sakit tu. terasa tension. Bila Mr.
Ejump masuk dia tolong tengok air tu jalan ka nda, tolong sambungkan gas tu bila contraction makin kuat. Syukur, dia akhirnya memilih untuk kasih kawan aku dalam labour room. Kawan-kawan kalau ada peluang untuk masuk kasi kawan bini, masuklah. Saksikan lah anak kita keluar dengan live. InsyaAllah kita lebih hargai segala-galanya.

Okey sambung, masa tu dalam 1 am lah. Dalam 1-2 jam pun bukaan 4 cm jak, masa tu rasa mahu membuang amat-amat hebattttt. Bagitahu nurse, "saya mahu berak nurse, betul-betul mahu berak ne.". Nurse terus sambung tiub kencing and cakap, "kalau mahu berak, berak jak atas katil". Hahahahahaha. Keluar jak nurse berabis aku meneran, Mr. Ejump ketakutan sudah, dia nda suruh. Aku nda tahan sudah, macam ada taikkk bha perasaan dia.  Ada lah doc datang check itu ini. Lepas tu ntah lah jam 4 am gitu kali panggil lagi nurse, tadaaa hasil meneran babes bukaan kini 8cm. Aku pikir boleh sudah, rupanya tunggu 10cm. Wuarrgghhhh. Then doc datang, dia mahu paksa aku beranak, nda tahu cara apa tu. tapi bidan tu nda mahu, dia mahu aku naturally juga. Syukurrrr. Macam bikin takut cara paksa ne. Doc cakap dalam 1 jam lagi aku boleh beranak, keluar jak dorang berabes lagi meneran. Aku cakap dengan Mr. Ejump kalau sudah setengah jam aku meneran bagitahu. Hahahaah. Jadi doc sendiri. Ya Allah sakit contraction tu nda terkata bha. Lepas tu panggil nurse. Yeahhh boleh beranak sudah. Bila suda dorang sedia semua. Aku tutup mata then meneran kuat-kuat.

Yang aku dengar bagus mama, bagusssss. Teran kali kedua aku dengar nampak sudah kepala baby. Kali ketiga okey kepala sudah keluar nurse cakap. Aku teran kali ke empat aku dengar nurse cakap dapat bahu sudah. Curi nafas mama. Tiba- tiba rasa ringan. Then dengar c baby sudah menangis. Wahhhh indahnya perasaan tu.Nurse letak baby atas badan aku. Assalamualaikum anak mama. Dapat cium-cium kejap then dorang bawa pergi kasi bersih. Lepas tu proses jahit menjahit, ouccchhh nurse kasitahu lah ne jarum untuk jahitan dalam, ne jahitan luar. Macam mata kail bha jarum untuk jahitan luar tu. masa tu berbius kali kan, rasa macam di tarik-tarik la. Lepas tu kena check semua, lama kami dalam bilik tu sebab belum ada katil kosng. Ohya, lepas tu terus kena bagi minum milo. Punya sedap milo tu. berabes minum macam tiada apa yang berlaku. Lapar bha juga kali.

Aku tanya nurse, berapa jahitan, dia cakap nda kira. Aku rasa banyak sebab nanti aku cerita penderitaan lepas beranak, huhuhu. Nda apalah Allah permudahkan masa bersalin. Nurse cakap as first baby, aku buat dengan baik sekali. Wah ayat sinetron. Nurse cakap masa jahit, kalau semua patient diam-diam gini baru saya boleh jahit cantik-cantik. Hahahaha. 

Okeylah terlampau panjang sudah, sambung next entry. 


Bila baby cot suda pasang
siapa yang berebut
haaishh

andu kici lagi
hehehe

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...