Thursday, February 14, 2013

Adam Mukhlis : Ketabahan dan Kesabaran Kami

As Salam,


Ya Allah, lama betul nda menulis di belog. Aku balik KK since kandungan 32 minggu lg. Masa tu bukan tiada masa tapi belog aku jadi something-something. Hakdoiiiiii!!! Aku mahu cerita pun malas. Salah sendiri, itu pun aku main teka-teka jak. Di handphone Mr. Ejump memang link dengan email, belog, instagram, twitter kecuali facebook sebab dia ada fb sendiri. Dia suka tengok-tengok dan mengolok-ngolok. Jadi hari tu aku nampak picasa album dalam phone nya. aku pergi delete sebab semua gambar dalam belog aku. Sekali aku perasaan background segala hilang. jadi aku tiada mood mahu tulis apa-apa lagi. tapi makin lama aku rasa mesti juga maw share pengalaman baru aku.  Heh jauh sudah cerita ku. Eeeee rindunya berkunyayang di belog. Siukk siukkkk.

Ok lah masuk topik, last cerita masa raya haji. Cerita apa pun aku nda ingat belum aku tengok balik. Hehehehe. Hehhh kawan-kawan aku sudah selamat melahirkan seorang anak lelaki yang sangat comel pada 08 Jan 2013. Over due 4 hari. Hehehehe. Sudah sebulan lebih bergelar ibu pada Adam Mukhlis yang sangat adorable. Macam nda percaya. Bangun-bangun tidur, ehhh ada orang kecil sebelah aku. Okey tipu, nda pernah aku bangun dulu, mesti dia kasi bangun aku. Nanti lah aku cerita perubahan besar dalam hidup aku, eh kami.  Yaaaaa aku ada anak sudahhh, selepas 2 kali keguguran. Selepas pelbagai dugaan untuk kandungan kali ini. Akhirnya, tadaaaaaaaa. Alhamdulillah. 

Tapi selepas Adam Mukhlis lahir, macam-macam cerita lagi. Ada sedih, tapi mestilah yang happy banyak kan. Nda apalah sayang yang penting sekarang semua okey. Anggaplah ini entry sebagai sessi perkenalan dengan anak aku. Namanya Adam Mukhlis, Adam bermaksud pengajaran/teladan selain nama Nabi. Dia kan abang, patut menjadi teladan kepada adik-adik nya nanti (tettttttt. adikk?? hahaha). Nda kira di mana apa yang di buat aku doakan dia menjadi teladan kepada orang lain. Mukhlis bermaksud yang ikhlas. Adam pilihan aku dan Mr. Ejump. Mukhlis pilihan parents in law. Ada juga la tempias cerita Adam dan Hawa. Tapi neneknya yang tengok bukan aku. Hahaha. Dilahirkan 8 Januari 2013 (okey 2 kali mention sudah) jam 5.48 am di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah.  Lahir secara normal. Nanti aku cerita pengalaman aku masa bersalin. Lain orang lain pengalamannya kan.  InsyaAllah aku akan tulis semua. Sebab masa aku pregnant dan selepas pregnant aku banyak cari info di google. So harap cerita aku boleh jadi infom kepadaorang lain juga. Benda-benda kecil pun jadi besar untuk first timer kan. Okeylah tengok gambar Adam Mukhlis sebagai teaser kepada seribu mahu pun 10 ribu cerita akan datang. Hehehe


fresh ne baru keluar. masih dalam labour room.
nda sampai 1 jam lepas lihat dunia ne
hehehe
dalam ward sudah.
malar tidur, maybe kesan gas yang tahan sakit tu.
bedung keluar tangan.
mari cubit-cubit
hari kedua mahu balik sudah.
tapi nanti aku cerita.
bila kami sampai rumah nda sampai 2 jam
kami patah balik ke hosp
:'(

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...