Tuesday, October 23, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

As Salam,


Hari Jumaat ne Hari Raya Aidiladha. Dua tahun yang lalu, parents aku pergi menunaikan fardhu haji tahun lalu pula, parents in law aku dan Mr. Ejump pergi. huhuhuhu. Masih teringat-ingat lagi saat berjauhan sejauh itu dekat dua bulan. Jauhnya~~~ Rindunyaa~~~ Anyway semuanya sudah selamat. Tahun ne raya haji lagi excited sebab Mr. Ejump last minute dapat cuti dan boleh lawat aku di sini.

Excited kan, kannnnnnn. Mula-mula plan A dulu memang mahu dia mahu datang, terus urus semua baby cot. Baby cot jadi pikiran sebab dia jauh dan perlukan kereta sewa untuk angkut. Tapi tiada service untuk kereta sewa sebab orang tengah cuti raya haji. Okey we decided nanti yang aku balik KK tu, Mr.Ejump turun sini kami sekali harunglah, pergi ikea, pergi KL then balik KK. Memang penat tapi kena cepat sebab minggu tu aku 32 minggu. After 32 minggu aku kena refer MAS panel clinic untuk fly. Tapi hati aku memang nda sedap, aku yakin ada yang nda terbeli ne nanti. Keadaaan aku begini aku nda rasa aku boleh jalan lama-lama.

Then last week, Mr. Ejump tanya lah selama aku cuti raya haji ne ada orang kah di rumah? Mana tahu  yang lain balik kah apa. Alhamdulillah memang housemate aku semua ada di rumah. Tapi dia cakap, dia macam mahu datang juga. Sekali kawannya sudah apply cuti duluan. Hurrrmmm, banyaknya halangan. Nda lama lepas tu, kawannya nda jadi cuti. Yipppiiiiiiiii. Terus beli tiket nda boleh main tiket standby sebab dia datang ngam-ngam raya haji ne hari Jumaat. Takut tiada tiket. Kalau sudah Allah tentukan begitu, macamana kita merancang pun tetap juga mengikut apa yang Allah tentukan.

Alhamdulillah, syukurrrr. Adalah semangat aku sementara menunggu hari aku bercuti panjang, dalam lebih kurang 16 hari. Nda sabar sudah ne. Sakit pinggang yang amat-amat. Kaki ada bengkak sikit mungkin terlampau jauh kan jalan kaki. 

So, dia datang nanti kami nda urus dulu baby cot itu dua minggu lagi. So kira nda la kami rushing sangat. Kali ne aku janji barang baby complete 85% masa turun KL kali ne. 5% baby cot lah. Anotehr 10% toiletries gitu lah. Apa kejadah aku mahu angkut besen-besen mandi baby dari KL, unless ada yang portable. hehehehe. Beli di KK jak nanti. Macam aku cerita sebelum ne last month punya shopping lebih kepada survey masih blur apa mahu beli. Ada sedikit penyelasan. Padahal list sudah prepare arr. Sighhh. 

Lepas tu boleh lah aku beli sikit barang untuk aku ber online shop balik. Online shop aku lama juga tiada new stock. Kira kami kena mula balik ne, doakan semuanya berjalan lancar. Wahhh, aku suka sibuk. Ya la nanti dirumah tunggu deliver punya boring tu tiada mahu buat apa. At least nanti ada benda aku mahu bungkus-bungkus and so on. InsyaAllah doakan semuanya berjalan lancar. Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Dalam hidup mesti kita ada pengorbanan kan. Inilah pergorbanan aku. Semoga anak ku tahu satu hari nanti pengorbanan ummi dan baba nya. Jangan pernah putus doakan aku selamat bersalin, berpantang dan membesarkan si kecik ini. Amin ya rabbal alamin.

1 comment:

  1. Amin. Semoga semuanya berjalan lancar.
    Selamat hari raya Aidiladha juga :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...