Thursday, October 11, 2012

Baju Si Baby

As Salam,


Semalam Mr. Ejump off day, itu pun selepas semalaman tidur di tempat kerja. Sian kan. Malam tu after dia dah rehat-rehat, dia hantar mms dengan aku. o0o0o rupanya si kawan tengah kemas  baju-baju baby yang dibeli hari tu. Berapa lama sudah baju-baju tu dalam luggage tersimpan rapi. Kalau aku selalu sampai rumah terus bongkar, sakit hati tengok ada barang dalam luggage. Nda kisah lah baju kotor ka atau barang baru. Okey ne gambar yang Mr. Ejump mms kan. 


Kiutkan, masa dapat mms tu, I felt so bad sebab bukan aku yang kasi kemas-kemas semua tu. Apa daya aku jauh di sini. Mr. Ejump cakap sambil gantung-gantung dia sambil ketawa-ketawa sendiri sebab baju budak ne kiut-kiut kan. Ada satu baju favourite dia, yang Fisher Price romper, ada gambar lion besar. Kiut betul. Hari tu aku nda banyak beli romper sebab dalam pikiran aku macam susah jak pakai romper-romper masa baby masi kecik ne. Plus kalau yang pendek bawah tu kena beli seluar lain atau legging. Macam sama jak kan beli two pieces gitu. Tapi bila sudah sampai rumah, terus terpikir okey apa kan beli romper lengan pendek, bawah pun pendek pakai masa bedung. Nda lah baby rasang sangat kan. Haisshhhhh apa lah aku ne. Nda apa aku sudah target romper Mothercare yang memang khas untuk baby newborn ne. Since dia sangat cotton. Maksud aku cotton dia lembut gitu lah. Dalam pack tu ada dalam 7 pieces. So betul-betul done la baju baby untuk di rumah. Kita focus baju jalan pulak. Walaupun aku tekad nda mahu bawak baby keluar sampai dia at least lima bulan. Tapi pergi clinic consider keluar la kan. Sian baby pakai baju rumah jak nanti.

Aku nda dapatlah share semua yang aku beli sini sebab itu namanya mahu kena marah oleh Mr. Ejump suruh ambil gambar satu-satu then semata-mata mahu update blog. hehehehe. Tapi semua barang baby kiut kan. Tema barang-barang baby should be merah. Tapi susahnya cari warna merah ne. Blue for boy, pink for girl. So typical colour for each gender. Haishhhh. Tapi kasut pertama baby kami pilih merahhhh. Mula-mula mahu beli yang dia boleh pakai masa tiga bulan. Tapi apa kejadah di rumah pakai kasut. Jadi bapak eh beli yang untuk pakai enam bulan. Kalau aku share kasut tu confirm kamu pengsan sebab terlampau kiut. Kasut ne aku tahu kewujudan dia untuk baby since aku tingkatan empat masa kerja di kedai kasut. Lepas tu memang pasang niat mahu beli lah. Mr. Ejump pulak lagi excited since dia pun dari zaman remajanya pakai Converse. Nda sabar mahu balik KK mahu sium-sium kasut tu. hahahaha

Serius aku cakap memang sikit barang aku beli. Nampak gambar bawah tu adalah kain bedung baby. Aku try so hard cari yang selesa sebab budak sekarang mana suka kena bedung kan. Aku jumpa lah di Mothercare, walaupun harga dia nda logic untuk kain bedung tapi aku pikir keselesaan baby. Nampak kan hanger budak tu, masa di Ikea aku nda jumpa hanger budak, hanger ne pun beli sebab rasa bersalah buat kad Toy r us free tapi nda beli apa-apa. huahuahuahua. Mr. Ejump mahu juga buat kad tu sebab persediaan untuk beli mainan anaknya. Untunglah baby nanti, sebab bapak eh memang minat toys. Silap-silap nanti dorang belilah transformer semua tu. Mamak eh jugaklah yang berpeluh-peluh nanti. Hanger tu banyak sebab buy two free one lagi pun dia babies r us. Bapak eh dengan mamak eh punya hanger beli di kedai dua ringit jak. wuaarrghhh. 

Okeylah sampai sini dulu, entry seterusnya lama lagi kali sebab Mr. Ejump nda jadi datang sini masa raya haji due to susahnya mahu cari kereta sewa, semua balik kampung. Jadi sekali harung jak masa aku pun terus mahu balik KK. Biar lambat asal selamat. Kahkahkah.Ohya jan la assume yang kami beli semua barang mahal-mahal. Kecil hati mamak eh. Teda niat pun mahu kasi spoil baby dari kecil. Semua baju yang aku beli hari tu most of them bawah rm20 kecuali baju untuk aqiqah/jalan. Yang baju rumah semua brand macam Pigeon, Anakku gitu lah. Kami pun tahu berjimat bha jugak.

Note :: Tengok hanger pun tahu da kan apa gender. Apa pun semoga semuanya selamat.

2 comments:

  1. kiut2 baju babymu Ted. rajin bapanya mengemas. hehe
    doakan semuanya selamat dan berjalan lancar. Amin :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. amin ya rabbal alamin. semoga Rinah pun selamat melahirkan. nda jau edd kita kan :))

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...