Tuesday, October 23, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

As Salam,

Hari Jumaat ne Hari Raya Aidiladha. Dua tahun yang lalu, parents aku pergi menunaikan fardhu haji tahun lalu pula, parents in law aku dan Mr. Ejump pergi. huhuhuhu. Masih teringat-ingat lagi saat berjauhan sejauh itu dekat dua bulan. Jauhnya~~~ Rindunyaa~~~ Anyway semuanya sudah selamat. Tahun ne raya haji lagi excited sebab Mr. Ejump last minute dapat cuti dan boleh lawat aku di sini.

Excited kan, kannnnnnn. Mula-mula plan A dulu memang mahu dia mahu datang, terus urus semua baby cot. Baby cot jadi pikiran sebab dia jauh dan perlukan kereta sewa untuk angkut. Tapi tiada service untuk kereta sewa sebab orang tengah cuti raya haji. Okey we decided nanti yang aku balik KK tu, Mr.Ejump turun sini kami sekali harunglah, pergi ikea, pergi KL then balik KK. Memang penat tapi kena cepat sebab minggu tu aku 32 minggu. After 32 minggu aku kena refer MAS panel clinic untuk fly. Tapi hati aku memang nda sedap, aku yakin ada yang nda terbeli ne nanti. Keadaaan aku begini aku nda rasa aku boleh jalan lama-lama.

Then last week, Mr. Ejump tanya lah selama aku cuti raya haji ne ada orang kah di rumah? Mana tahu  yang lain balik kah apa. Alhamdulillah memang housemate aku semua ada di rumah. Tapi dia cakap, dia macam mahu datang juga. Sekali kawannya sudah apply cuti duluan. Hurrrmmm, banyaknya halangan. Nda lama lepas tu, kawannya nda jadi cuti. Yipppiiiiiiiii. Terus beli tiket nda boleh main tiket standby sebab dia datang ngam-ngam raya haji ne hari Jumaat. Takut tiada tiket. Kalau sudah Allah tentukan begitu, macamana kita merancang pun tetap juga mengikut apa yang Allah tentukan.

Alhamdulillah, syukurrrr. Adalah semangat aku sementara menunggu hari aku bercuti panjang, dalam lebih kurang 16 hari. Nda sabar sudah ne. Sakit pinggang yang amat-amat. Kaki ada bengkak sikit mungkin terlampau jauh kan jalan kaki. 

So, dia datang nanti kami nda urus dulu baby cot itu dua minggu lagi. So kira nda la kami rushing sangat. Kali ne aku janji barang baby complete 85% masa turun KL kali ne. 5% baby cot lah. Anotehr 10% toiletries gitu lah. Apa kejadah aku mahu angkut besen-besen mandi baby dari KL, unless ada yang portable. hehehehe. Beli di KK jak nanti. Macam aku cerita sebelum ne last month punya shopping lebih kepada survey masih blur apa mahu beli. Ada sedikit penyelasan. Padahal list sudah prepare arr. Sighhh. 

Lepas tu boleh lah aku beli sikit barang untuk aku ber online shop balik. Online shop aku lama juga tiada new stock. Kira kami kena mula balik ne, doakan semuanya berjalan lancar. Wahhh, aku suka sibuk. Ya la nanti dirumah tunggu deliver punya boring tu tiada mahu buat apa. At least nanti ada benda aku mahu bungkus-bungkus and so on. InsyaAllah doakan semuanya berjalan lancar. Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Dalam hidup mesti kita ada pengorbanan kan. Inilah pergorbanan aku. Semoga anak ku tahu satu hari nanti pengorbanan ummi dan baba nya. Jangan pernah putus doakan aku selamat bersalin, berpantang dan membesarkan si kecik ini. Amin ya rabbal alamin.


Read more...

Thursday, October 11, 2012

Baju Si Baby

As Salam,

Semalam Mr. Ejump off day, itu pun selepas semalaman tidur di tempat kerja. Sian kan. Malam tu after dia dah rehat-rehat, dia hantar mms dengan aku. o0o0o rupanya si kawan tengah kemas  baju-baju baby yang dibeli hari tu. Berapa lama sudah baju-baju tu dalam luggage tersimpan rapi. Kalau aku selalu sampai rumah terus bongkar, sakit hati tengok ada barang dalam luggage. Nda kisah lah baju kotor ka atau barang baru. Okey ne gambar yang Mr. Ejump mms kan. 


Kiutkan, masa dapat mms tu, I felt so bad sebab bukan aku yang kasi kemas-kemas semua tu. Apa daya aku jauh di sini. Mr. Ejump cakap sambil gantung-gantung dia sambil ketawa-ketawa sendiri sebab baju budak ne kiut-kiut kan. Ada satu baju favourite dia, yang Fisher Price romper, ada gambar lion besar. Kiut betul. Hari tu aku nda banyak beli romper sebab dalam pikiran aku macam susah jak pakai romper-romper masa baby masi kecik ne. Plus kalau yang pendek bawah tu kena beli seluar lain atau legging. Macam sama jak kan beli two pieces gitu. Tapi bila sudah sampai rumah, terus terpikir okey apa kan beli romper lengan pendek, bawah pun pendek pakai masa bedung. Nda lah baby rasang sangat kan. Haisshhhhh apa lah aku ne. Nda apa aku sudah target romper Mothercare yang memang khas untuk baby newborn ne. Since dia sangat cotton. Maksud aku cotton dia lembut gitu lah. Dalam pack tu ada dalam 7 pieces. So betul-betul done la baju baby untuk di rumah. Kita focus baju jalan pulak. Walaupun aku tekad nda mahu bawak baby keluar sampai dia at least lima bulan. Tapi pergi clinic consider keluar la kan. Sian baby pakai baju rumah jak nanti.

Aku nda dapatlah share semua yang aku beli sini sebab itu namanya mahu kena marah oleh Mr. Ejump suruh ambil gambar satu-satu then semata-mata mahu update blog. hehehehe. Tapi semua barang baby kiut kan. Tema barang-barang baby should be merah. Tapi susahnya cari warna merah ne. Blue for boy, pink for girl. So typical colour for each gender. Haishhhh. Tapi kasut pertama baby kami pilih merahhhh. Mula-mula mahu beli yang dia boleh pakai masa tiga bulan. Tapi apa kejadah di rumah pakai kasut. Jadi bapak eh beli yang untuk pakai enam bulan. Kalau aku share kasut tu confirm kamu pengsan sebab terlampau kiut. Kasut ne aku tahu kewujudan dia untuk baby since aku tingkatan empat masa kerja di kedai kasut. Lepas tu memang pasang niat mahu beli lah. Mr. Ejump pulak lagi excited since dia pun dari zaman remajanya pakai Converse. Nda sabar mahu balik KK mahu sium-sium kasut tu. hahahaha

Serius aku cakap memang sikit barang aku beli. Nampak gambar bawah tu adalah kain bedung baby. Aku try so hard cari yang selesa sebab budak sekarang mana suka kena bedung kan. Aku jumpa lah di Mothercare, walaupun harga dia nda logic untuk kain bedung tapi aku pikir keselesaan baby. Nampak kan hanger budak tu, masa di Ikea aku nda jumpa hanger budak, hanger ne pun beli sebab rasa bersalah buat kad Toy r us free tapi nda beli apa-apa. huahuahuahua. Mr. Ejump mahu juga buat kad tu sebab persediaan untuk beli mainan anaknya. Untunglah baby nanti, sebab bapak eh memang minat toys. Silap-silap nanti dorang belilah transformer semua tu. Mamak eh jugaklah yang berpeluh-peluh nanti. Hanger tu banyak sebab buy two free one lagi pun dia babies r us. Bapak eh dengan mamak eh punya hanger beli di kedai dua ringit jak. wuaarrghhh. 

Okeylah sampai sini dulu, entry seterusnya lama lagi kali sebab Mr. Ejump nda jadi datang sini masa raya haji due to susahnya mahu cari kereta sewa, semua balik kampung. Jadi sekali harung jak masa aku pun terus mahu balik KK. Biar lambat asal selamat. Kahkahkah.Ohya jan la assume yang kami beli semua barang mahal-mahal. Kecil hati mamak eh. Teda niat pun mahu kasi spoil baby dari kecil. Semua baju yang aku beli hari tu most of them bawah rm20 kecuali baju untuk aqiqah/jalan. Yang baju rumah semua brand macam Pigeon, Anakku gitu lah. Kami pun tahu berjimat bha jugak.

Note :: Tengok hanger pun tahu da kan apa gender. Apa pun semoga semuanya selamat.


Read more...

Friday, October 5, 2012

Detail Scan Pun Sudah :))

As Salam

Khamis lalu Mr. Ejump datang sini untuk melawat bini yang sarat dan banyak cakap ini. Dia sampai dalam jam 12.30 pm aku pula half day. We met at Putrajaya Sentral terus lunch terus ambil kereta sewa terus gerak pergi Sri Kembangan untuk detail scan. Fuuuhhhh, memang jauh perjalanan kami. Macam biasa lah gps la penyelamat semua. Tapi bagi aku Mr. Ejump memang hebat juga, dia siap cakap malam ne pun kita boleh pergi Sogo. hahahaha. Janganlah mengada mahu bawa kereta pergi KL. Cari pasal namanya. 

Okey sebenarnya mahu cerita pasal detail scan hari tu. Aku buat booking dari sini 3D 4D Scan, ne Fan Page 3D 4D. Ada tiga tempat yang boleh kita pilih. Aku pilih Poliklinik An-Nisa, Sri Kembangan, since dekat dengan Putrajaya. Appoitment aku jam 4 pm. Scan akan dibuat selama 20 minit. Untuk yang mahu tahu detail scan itu apa, ne baca sini. Sebenarnya kena buat dalam 20-24 minggu. Aku kira lambat sikit lah, ne jak masa yang sesuai. Sonographer cakap, dia cuba dapatkan result yang terbaik. Alhamdulillah, semua nampak. Detail scan ne more kepada tengok yang di dalam-dalam. Jadi banyak lah bahasa yang buat kita ternganga. hahahaha. Aku nda tambah 3D 4D scan sebab hari tu sudah buat masa 20 minggu. 

Syukur kepada mu ya Allah, semuanya InsyaAllah normal dengan izin-Mu. Dia tunjuk lah bahagian otak, hati, jantung, kira jari-jemarinya. hehehe. Yang best sonographer tu laju jak cakap, "see nampak dia punya 'tut', eh tahu kan baby apa". Aku terus tengok Mr. Ejump, berabis sudah dia tahan ketawa. hahaha. Sebab dia yang berabis mahu surprise. Lucuuuuuu, aku kan nda kisah. Lagi pun gerak hati aku kuat yang dalam ne apa gender. Semua result pun dalam graf, maksudnya nda lah kurang atau terlebih perkembangannya kalau ikut umurnya sekarang. Alhamdulillah. Syukur yang nda terkata. 


Then we rushed terus pergi Ikea, tujuan utama mahu survey untuk baby cot. Okey tahu sudah mana satu yang mahu angkut next month. Baby cot, mattress and stroller will be ship to KK. InsyaAllah. Since harga baby cot di Mothercare KK jauh lebih mahal, kami decided ambil juga dari Ikea sebab termasuk shipping pun jauh lebih murah. Boleh beli dua. huhuhuhu. Kami shipping jak semua termasuk baju-baju yang aku angkut dari KK untuk aku pakai as maternity wear aku. Sebenarnya semua tu baju jalan aku. Jadi semua akan dihantar balik KK. Kami nanti dari KL terus balik KK nda patah balik Putrajaya. InsyaAllah baby, sikit masa lagi kita balik. Biar susah sekarang nanti kita rehat puas-puas. Makan sedap-sedap.

Lepas tu baju-baku baby sudah beli tapi sikit jak. Sangat sikitttttt. huahuahuahuaa. Aku blur sebab nda tahu mahu beli apa. Even ada list. Pengalaman pertama kan. Nda apa lah. Next month masih ada. Peluang terakhir sebelum balik KK. Tapi percayalah balik KK ada lagi tu gatal-gatal mahu dibeli. heheheh

Okeylah sikit perkongsian ja. Seminggu lagi aku akan masuk 3rd trimester. Cepatnya masa berlalu kan. Semoga semuanya selamat. Doakan aku bersalin dengan selamat di KK. Orang cakap tujuh bulan boleh ready sudah barang baby untuk bawa ke hospital. Gullppp??!! Okey ada dua pasang baju, dua booties and mittens dia dan satu topi aku ready di sini. Nanti Aku beli pampers and towel bikin spare. Mr. Ejump cakap anything happen dia akan rushed ke sini. Phewwww, bikin gementar. Tapi please kawan-kawan doakan aku. Sebulan lebih lagi mahu balik KK. Okey share sikit gambar masa hari tu.


Nda sabar rasanya tunggu baby cot kena shipp pegi rumah
yang best sekarang kekuatan makan kami sama.
If dulu nda abes, dia tolong kasi abes.
Sekarang aku lah tukang kasi abes.
hahahaha
kekasih awal dan akhir ku
hehehe
@ H&M
banyaknya baju budak cantik2
will be back next month


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...