Thursday, September 20, 2012

Senyum Dalam Hati

As Salam,


Lamanya tiada benda mahu di share dalam belog ne. Rasanya mahu sebulan sudah di Putrajaya tanpa balik ke KK atau ke mana-mana. Bosannya di rumah. Nda apa lah, sikit masa lagi, sikit lagi. InsyaAllah :))

Dalam keadaan aku berbadan dua dan tidak balik KK sekerap dulu, kalau aku update belog maksudnya Mr. Ejump mahu berkunjung  la tu ke sini. hehehehe. Tapi lama lagi, tujuh hari lagi. Ada satu kali weekend lagi mahu ditempuhi. Sabaaarr. Sabaaarrr~~~ Sepatutnya dia datang Khamis sampai Ahad. Tapi semalam dia cakap Isnin jak lah dia balik. nda mahu rushing kunun. Alaaa, sayang laah tu. hehehehe. Yeaaah, nanti Mr. Ejump datang sini mahu makan sedap-sedappppp. Dia cakap makanlah sampai terkeluar-keluar dari hidung ka dia nda kisah. Sebenarnya, ini tiada kaitan aku pregnant, memang aku ada perasaan mahu makan macam tu. Tapi di sini aku seorang-seorang nda kan lah aku mahu makan macam-macam sekali order. huhuhuhu. Lagi pun makan sendiri semua nda sedap. 

InsyaAllah, kami kami start beli barang c baby. Macam aku nda percaya aku belum beli satu apa pun. Masuk 25 weeks sudah ne besok. Kira minggu depan sekali beli, next month sekali beli terus balik KK. Balik KK plan tiada sudah beli apa-apa, tinggal ukur-ukur jalan jak. Almaklumlah YB lama nda turun padang. Banyak kawasan mahu dilawati. hehehe Plan mahu tengok movie dalam seminggu tu 2-3 kali, lepas tu makan sedap-sedap. Sebab lepas ne ada baby, tempoh matang honeymoon sudah berakhir. hehehehe. 

Okeylahhhh, cepatlah masa berlalu. Mahu balik KK. Share satu gambar masa 23 weeks hari tu. Mula-mula mahu share pasal minum air gula hari tu, tapi malaslah. Nasiblah, aku seminggu tu sudah set benda tu rasa dia yang teruk seteruknya. Sekali minum macam ribena terlebih gula jak pun. hehehehe. Plus pahit sikit. hehehehe. Jadi bila aku set pikiran satu benda tu at the worst situation, bila benda tu di bawah level jangkaan aku. Aku okeeyyy. Alhamdulillah. Aku nda muntah. Aku kena minum air gula sebab berat badan naik 3.8kg dalam masa sebulan. huhuhuhu. Jadi sekarang aku kena tempuhi jarum menjarum lagi. Selasa depan okey, macam mana aku set pikiran aku ne. Aku takut. Sakit kah tu, kalau ambil darah sakit sekejap kalau jarum kancing gigi sakit lama. huhuhu. Okeyy byeeeee

23 weeks of me
cepat babyy besar kita jalan pergi 1B
:

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...