Thursday, September 20, 2012

Senyum Dalam Hati

As Salam,

Lamanya tiada benda mahu di share dalam belog ne. Rasanya mahu sebulan sudah di Putrajaya tanpa balik ke KK atau ke mana-mana. Bosannya di rumah. Nda apa lah, sikit masa lagi, sikit lagi. InsyaAllah :))

Dalam keadaan aku berbadan dua dan tidak balik KK sekerap dulu, kalau aku update belog maksudnya Mr. Ejump mahu berkunjung  la tu ke sini. hehehehe. Tapi lama lagi, tujuh hari lagi. Ada satu kali weekend lagi mahu ditempuhi. Sabaaarr. Sabaaarrr~~~ Sepatutnya dia datang Khamis sampai Ahad. Tapi semalam dia cakap Isnin jak lah dia balik. nda mahu rushing kunun. Alaaa, sayang laah tu. hehehehe. Yeaaah, nanti Mr. Ejump datang sini mahu makan sedap-sedappppp. Dia cakap makanlah sampai terkeluar-keluar dari hidung ka dia nda kisah. Sebenarnya, ini tiada kaitan aku pregnant, memang aku ada perasaan mahu makan macam tu. Tapi di sini aku seorang-seorang nda kan lah aku mahu makan macam-macam sekali order. huhuhuhu. Lagi pun makan sendiri semua nda sedap. 

InsyaAllah, kami kami start beli barang c baby. Macam aku nda percaya aku belum beli satu apa pun. Masuk 25 weeks sudah ne besok. Kira minggu depan sekali beli, next month sekali beli terus balik KK. Balik KK plan tiada sudah beli apa-apa, tinggal ukur-ukur jalan jak. Almaklumlah YB lama nda turun padang. Banyak kawasan mahu dilawati. hehehe Plan mahu tengok movie dalam seminggu tu 2-3 kali, lepas tu makan sedap-sedap. Sebab lepas ne ada baby, tempoh matang honeymoon sudah berakhir. hehehehe. 

Okeylahhhh, cepatlah masa berlalu. Mahu balik KK. Share satu gambar masa 23 weeks hari tu. Mula-mula mahu share pasal minum air gula hari tu, tapi malaslah. Nasiblah, aku seminggu tu sudah set benda tu rasa dia yang teruk seteruknya. Sekali minum macam ribena terlebih gula jak pun. hehehehe. Plus pahit sikit. hehehehe. Jadi bila aku set pikiran satu benda tu at the worst situation, bila benda tu di bawah level jangkaan aku. Aku okeeyyy. Alhamdulillah. Aku nda muntah. Aku kena minum air gula sebab berat badan naik 3.8kg dalam masa sebulan. huhuhuhu. Jadi sekarang aku kena tempuhi jarum menjarum lagi. Selasa depan okey, macam mana aku set pikiran aku ne. Aku takut. Sakit kah tu, kalau ambil darah sakit sekejap kalau jarum kancing gigi sakit lama. huhuhu. Okeyy byeeeee

23 weeks of me
cepat babyy besar kita jalan pergi 1B
:


Read more...

Monday, September 3, 2012

Masih Ada Yang Sayang

As Salam,

Sehari sebelum aku balik KK untuk hari raya. Aku dan Mr. Ejump sempat bermalam semalam di KL. Tidak lain tidak bukan untuk shopping. Padahal kami tiada beli barang untuk kami pun. Aku just beli satu beg basahan. Itu pun sebab dia warna purple yang sangat rugi kalau aku tiada. Rupanya nikmat betul rasa bila kita shopping totally niat untuk family. Sebelum ne bukan nda pernah, cuma sebelum ne sekali beli dengan barang-barang kita. Kali ne sanggup cuti semata-mata beli untuk family. Rasa nikmat tu, Allah jak tahu. 

Okey aku bukan mahu cerita pasal hari shopping kami tu. Paling kenangan aku rasa. Sebab aku tiada pun terambil gambar. Mula-mula sampai hotel semangat sudah ne. Siap ambil gambar bilik segala. Sekali sudah start jalan malasssss sudah aku. Chisssss. Nyesal aku. Ok lepas ja check in. Hujan turun dengan lebatnya. Tapi masa nda cukup sudah. Kami sudah plan mahu pergi Midvalley. Masa tu kami stay di Frenz Hotel, Jalan Tar. Mr. Ejump mahu naik taxi due to keadaan aku yang membawa perut lagi. Aku bukan nda mahu naik. KL tengah jammed gila masa tu. Kurang seminggu lagi mahu raya. Jadi kami jalan slow-slow la naik LRT.  Dari Jalan Tar ke KL Sentral tu aku nda risau. Aku risau bila naik KTM dari KL Sentral ke Midvalley. Keadaan dalam tu akan sesak sampai orang-orang asing ne sengaja kasi rapat-rapat badan dorang dengan kita. Iskhhh!!!  Untuk naik dua-dua transport ne jangan harap tempat duduk okey. Orang lagi sanggup kasi duduk beg dorang dari manusia yang duduk. Okey ingat statement aku ne okey. hehehe

Then naik lah kami untuk ke KL Sentral. Masuk jak kami train memang penuh. Tiba-tiba ada satu chinese  man berdiri bagi aku tempat duduk. Wo0ooww aku terkesima. Tq man. Hehehe. Lepas tu, yang menakutkan aku naik KTM ke Midvalley. Sekali masuk jak train satu kakak terus tarik aku duduk tempat dia. huhuhu. Masa tu one indian boy pun terus berdiri. Jadi kakak tu nda payahlah bagi tempat dia sama aku. Aku duduk sebelah kakak tu. hehehe. Bestnya perasaan ne. Boleh duduk. hehehe. Lepas tu Mr. Ejump sudah pesan, jangan kasi lepas tangan nya masa keluar. Based on previous experiences, orang yang masuk train akan tolak-tolak kita. Nda peduli kita mahu keluar. Dan ajaibnya, masa sampai. Tiada langsung orang yang sesak-sesak mahu masuk. Dorang bagi orang yang keluar jalan dulu. Okey berapa lama aku nda turun KL ne? Aku rasa nda sampai sebulan. Mungkin nikmat bulan Ramadhan kan. Even yang non muslim pun merasainya. hehehe

So itu jak aku mahu kongsi. Rupanya rakyat Malaysia masih ada yang baik-baik. Masih ada yang bertimbang rasa. hehehe. Lepas berbuka di Midvalley, kami balik untuk ke pasar Jalan Tar tu. Masa sempat ke Sogo jugak. First time kami terstuck di area Jalan Tar tu almost 10 minutes tanpa bergerak. Macam jammed kalau di jalan tu. Tapi masalah nya ne jalan kaki. Bayangkan betapa sesaknya masa tu. Ampun aku, nasib aku nda pengsan masa tu. Hujung bulan ne InsyaAllah akan berkampung lagi di KL, tunggu Mr. Ejump datang. InsyaAllah mahu cari barang si baby. Masa tu da 6 bulan lebih. Bagi first baby macam lambat kan kami buat persediaan. hehehe. Biasalah kalau PJJ ne. Tapi aku nda tahu pun mahu beli apa. Last-last aku beli barang aku jak nanti. hehehe

Eh, ne consider entry raya la kan. Okeylah selamat hari raya semua. tahun ne tiada gamabr since Mr. Ejump keja full syif masa raya pertama. Semua bergambar dengan family masing-masing. Aku forever alone jak. hehehe. Mr. Ejump cakap tahun depan dia cuti sebulan untuk raya. hahahaha

ne sepupu Mr. Ejump yg paling kecik.
Paling mencuit hati.
Mau jak dia pakai tudung. Kiut yg amat-amat
mcm tweety bird. hehehe
Note :: Mr. Ejump cakap bertahun-tahun dia membawa perut nda pernah pulak orang bagi dia tempat duduk di mana-mana. hahahaha

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...