Wednesday, August 29, 2012

Teruna Atau Dara

As Salam


Hari tu berkesempatan balik KK terus sambung check up di Rafflesia. Jumpa fav doctor, Dr. Sutha. Mula-mula mahu buat detail scan, sekali masih awal. Kalau mahu buat pun boleh jak, tapi sekalinya appointment untuk detail scan sudah full untuk sepanjang masa yang aku di KK. So ambil 3d/4d scan jak lah. Kecewanya Mr. Ejump nda dapat join sebab dia kerja masa tu. Sampai doctor pun cakap, "Doctor jumpa your husband satu kali jak kan, nda apa lah suruh dia tengok tu dvd jak". hehehe

Alkisahnya, kami scan just mahu tengok baby dalam keadaan sihat. Perkembangan dia okey ka nda. Kami nda mahu tahu gender dia. Walaupun aku gatal-gatal hati mahu tahu. Mr. Ejump siap pesan sebelum keluar kereta masa depan hospital. :Bagitahu Dr. Sutha, kita mahu surprise". huhuhuhu. Masa scanned Dr. Sutha cakap, "Doctor nampak sudah ne apa". Cepat-cepat aku potong cakap dia, "Doc, let it be surprise". Doctor was laughing and said "okey2, nanti balik rumah kamu tengok-tengoklah sendiri mana tahu nampak". 

Kami  nda kesah pun, baby boy or girl. Asalkan dia sihat itu sudah cukup bermakna. Berat aku 64.7 kg. Berat baby 495 gram. Doctor cakap, uri aku macam di bawah sikit. Tapi masih terlalu awal, masih boleh naik  lagi. Doakan aku dan baby terus sihat dan kuat menghadapai apa sahaja. Kalau ikutkan last aku boleh naik flight masa 32 weeks, which is minggu pertama Nov (kalau nda silap kira lah). Ini sudah hujung bulan Ogos, jadi dalam 2 bulan lebih lagi la aku kerja. Lepas tu cuti panjang lerrrrrr. Ramai advice suruh ambik cuti menyusukan anak. Nantilah aku pikir, kita chill-chill dulu bha kan baby. Last minit macam selalu punya plan. hahahaha

Ohya sekarang aku sudah 22 weeks. Baby semakin rancak bertendang-tendang dalam perut. Paling aktif kalau malam. Start jam 9 malam gitu, memang acara bergusti. Lagi satu aku makin kuat terbangun sebab rasa perut ketat semacam. Masa di KK hari tu, tiba-tiba aku dilanda cramp yang teruk. Malam-malam tiba-tiba bunyi orang menangis rupanya kekejangan. Takutnya kalau kena di sini. Tiada orang mahu tolong. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku di sini. 

Okeylah, mahu share video scan hari tu. Mana tahu ada yang nampak boy ke girl. Bagilah tahu. Aku macam nampak, tapi aku kan tiada kepakaran. Pandai-pandai jak. hehehe. Bilang mahu surprise tapi still jugak mahu tahu. Dushhh dushhhh



6 comments:

  1. rasanya tau sudah dia punya jantina....hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. adaka sama dlm pikiran kite? hehehe

      Delete
  2. hehe..beshnyer tgok..wish u n baby sehat ye..

    ReplyDelete
  3. Ted, tahu sdh jantina dia. hehehe
    Take care ya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe. jd beli baju warna merah selamat la bha kn. hehehe

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...