Tuesday, August 7, 2012

My First Trimester Memory

As Salam


Hari ne mahu cerita kisah sepanjang first trimester aku. Actually aku nda berapa ingat sudah, yang selalu kasi ingat Mr. Ejump lah sebab dia pun terkena tempias nya. hehehe. Errrrmm, ambil masa ne mahu ingat satu-satu. Mula-mula tahu tu, tiada muntah-muntah atau pening-pening. Cuma perubahan hormon yang orang cakap selama ne tu, aku dapat rasa lah. Sesuatu yang nda boleh diterangkan. Kadang-kadang rasa kepala di bawah, kadang-kadang kaki di atas. Mahu nangis, kadang-kadang mahu ketawa tanpa sebab. 

Bila start masuk minggu ke 10 gitu, tiba-tiba diserang gastrik atau pedih ulu hati yang sangat teruk. Malam tu aku makan zinger burger kfc, dia kan pedas. Terus aku diserang sakit perut. Start hari tu, setiap petang dalam jam 3pm-5pm aku akan muntah semuntahnya. Aku terpaksa jugak makan kuih kah apa kah supaya aku ada something untuk kasi muntah. Pagi-pagi aku akan okey. Begitu la sampai masuk minggu ke 12. Seksa sangat. Sampai nangis-nangis dalam bathroom. hehehehe. Masa tu, mahu tidur nda boleh pakai kipas, pakai aircond pun dalam 26-27 temperature dia. Mesti mahu taruh minyak kayu putih di perut dan tapak kaki. Lepas tu pakai stokin. Kalau nda pedih ulu hati tu bertambah-tambah teruk. Bila masuk tiga bulan, Alhamdulillah muntah-muntah berhenti, stokin pun nda payah pakai. hehehe. Tup tup pulak aku kena demam panas yang teruk. Nda boleh bangun. Mahu seminggu juga baru kebah. Lepas tu aku sudah selamat sampai di sini. Alhamdulillah berseorangan di sini baby bagi kerjasama yang cukup gigih. 

Bagi yang kena pedih ulu hati yang teruk macam aku, try jangan ambil makanan pedas langsung even cili sos. Lepas makan pastikan dalam posisi duduk selama 2 jam. Jangan terus baring. Kalau aku makan jam 1 pagi. sanggup aku dalam jam 2 lebih baru tidur. Minum madu pagi-pagi sebelum menjamah makanan lain. Orang cakap minum susu pun okey kan. Aku pula menolak susu start yang aku muntah-muntah tu sampai baby 4 bulan baru aku start balik. Mesti baby rindu mahu minum susu. Sekarang lepas minum susu mesti baby tendang-tendang. hehehhe

Selama tiga bulan pertama, aku tiada mengidam yang pelik-pelik. Aku boleh cium bau-bauan kecuali asap. Aku boleh memasak. Semua lah boleh. hehehehe. Cuma yang pelik aku nda suka shopping sampai lah sekarang. Pernah ingat masuk mng di 1b, terus rasa mahu muntah. Sekarang boleh sudah lah masuk-masuk tapi mahu beli. Memang tiada. Nafsu membeli sudah tertutup. Baju pregnant pun aku tiada beli lagi, semua pakai apa baju yang aku ada. Memang kah ada orang begini masa mengandung? Macam aku tengok Mr. Ejump yang berabis membeli. hehehe. Ehh ehh ehh besok birthday nya. hehehe.

Okeylah next time aku share lagi k. Sekarang aku 19 weeks suda. Nda lama 20 weeks. Half way to go baby. Nda sabarnya. Nda sabar mahu cuti lagi. hehehehe. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Doakan kami k :))

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...