Wednesday, August 29, 2012

Teruna Atau Dara

As Salam

Hari tu berkesempatan balik KK terus sambung check up di Rafflesia. Jumpa fav doctor, Dr. Sutha. Mula-mula mahu buat detail scan, sekali masih awal. Kalau mahu buat pun boleh jak, tapi sekalinya appointment untuk detail scan sudah full untuk sepanjang masa yang aku di KK. So ambil 3d/4d scan jak lah. Kecewanya Mr. Ejump nda dapat join sebab dia kerja masa tu. Sampai doctor pun cakap, "Doctor jumpa your husband satu kali jak kan, nda apa lah suruh dia tengok tu dvd jak". hehehe

Alkisahnya, kami scan just mahu tengok baby dalam keadaan sihat. Perkembangan dia okey ka nda. Kami nda mahu tahu gender dia. Walaupun aku gatal-gatal hati mahu tahu. Mr. Ejump siap pesan sebelum keluar kereta masa depan hospital. :Bagitahu Dr. Sutha, kita mahu surprise". huhuhuhu. Masa scanned Dr. Sutha cakap, "Doctor nampak sudah ne apa". Cepat-cepat aku potong cakap dia, "Doc, let it be surprise". Doctor was laughing and said "okey2, nanti balik rumah kamu tengok-tengoklah sendiri mana tahu nampak". 

Kami  nda kesah pun, baby boy or girl. Asalkan dia sihat itu sudah cukup bermakna. Berat aku 64.7 kg. Berat baby 495 gram. Doctor cakap, uri aku macam di bawah sikit. Tapi masih terlalu awal, masih boleh naik  lagi. Doakan aku dan baby terus sihat dan kuat menghadapai apa sahaja. Kalau ikutkan last aku boleh naik flight masa 32 weeks, which is minggu pertama Nov (kalau nda silap kira lah). Ini sudah hujung bulan Ogos, jadi dalam 2 bulan lebih lagi la aku kerja. Lepas tu cuti panjang lerrrrrr. Ramai advice suruh ambik cuti menyusukan anak. Nantilah aku pikir, kita chill-chill dulu bha kan baby. Last minit macam selalu punya plan. hahahaha

Ohya sekarang aku sudah 22 weeks. Baby semakin rancak bertendang-tendang dalam perut. Paling aktif kalau malam. Start jam 9 malam gitu, memang acara bergusti. Lagi satu aku makin kuat terbangun sebab rasa perut ketat semacam. Masa di KK hari tu, tiba-tiba aku dilanda cramp yang teruk. Malam-malam tiba-tiba bunyi orang menangis rupanya kekejangan. Takutnya kalau kena di sini. Tiada orang mahu tolong. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku di sini. 

Okeylah, mahu share video scan hari tu. Mana tahu ada yang nampak boy ke girl. Bagilah tahu. Aku macam nampak, tapi aku kan tiada kepakaran. Pandai-pandai jak. hehehe. Bilang mahu surprise tapi still jugak mahu tahu. Dushhh dushhhh




Read more...

Tuesday, August 14, 2012

All my bags are packed, I'm ready to go

As Salam,

Sepatutnya aku nda balik raya kan. Sepatutnya dalam raya kedua atau ketiga Mr. Ejump akan datang sini temankan aku. Tapi malangnya dia kena kerja pula, last year dia sudah cuti raya. Pikir-pikir nda apa lah, next year sudah bertiga dapat pula raya. Tahun depan kira mahu balik Bongawan. Sudah 4-5 tahun aku nda beraya di sana. Okey itu cerita tahun depan.

So, besok insyaAllah kami akan stay one night di KL, last minute plan for shopping. Tapi bukan mahu beli barang sendiri, beli untuk family. Harap-harap sempatlah kan beli semua, since kami ada masa setengah hari sahaja. Besoknya flight dalam jam 4.25 pm. Doakan semuanya berjalan lancar.

Okeylah, kalau sudah touch down KK, belog memang tidak bersentuh. Yang paling busy kan. Okeylah selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

I'm coming homeeeeeeee~~~

All my bags are packed, i'm ready to go :))


Read more...

Tuesday, August 7, 2012

My First Trimester Memory

As Salam

Hari ne mahu cerita kisah sepanjang first trimester aku. Actually aku nda berapa ingat sudah, yang selalu kasi ingat Mr. Ejump lah sebab dia pun terkena tempias nya. hehehe. Errrrmm, ambil masa ne mahu ingat satu-satu. Mula-mula tahu tu, tiada muntah-muntah atau pening-pening. Cuma perubahan hormon yang orang cakap selama ne tu, aku dapat rasa lah. Sesuatu yang nda boleh diterangkan. Kadang-kadang rasa kepala di bawah, kadang-kadang kaki di atas. Mahu nangis, kadang-kadang mahu ketawa tanpa sebab. 

Bila start masuk minggu ke 10 gitu, tiba-tiba diserang gastrik atau pedih ulu hati yang sangat teruk. Malam tu aku makan zinger burger kfc, dia kan pedas. Terus aku diserang sakit perut. Start hari tu, setiap petang dalam jam 3pm-5pm aku akan muntah semuntahnya. Aku terpaksa jugak makan kuih kah apa kah supaya aku ada something untuk kasi muntah. Pagi-pagi aku akan okey. Begitu la sampai masuk minggu ke 12. Seksa sangat. Sampai nangis-nangis dalam bathroom. hehehehe. Masa tu, mahu tidur nda boleh pakai kipas, pakai aircond pun dalam 26-27 temperature dia. Mesti mahu taruh minyak kayu putih di perut dan tapak kaki. Lepas tu pakai stokin. Kalau nda pedih ulu hati tu bertambah-tambah teruk. Bila masuk tiga bulan, Alhamdulillah muntah-muntah berhenti, stokin pun nda payah pakai. hehehe. Tup tup pulak aku kena demam panas yang teruk. Nda boleh bangun. Mahu seminggu juga baru kebah. Lepas tu aku sudah selamat sampai di sini. Alhamdulillah berseorangan di sini baby bagi kerjasama yang cukup gigih. 

Bagi yang kena pedih ulu hati yang teruk macam aku, try jangan ambil makanan pedas langsung even cili sos. Lepas makan pastikan dalam posisi duduk selama 2 jam. Jangan terus baring. Kalau aku makan jam 1 pagi. sanggup aku dalam jam 2 lebih baru tidur. Minum madu pagi-pagi sebelum menjamah makanan lain. Orang cakap minum susu pun okey kan. Aku pula menolak susu start yang aku muntah-muntah tu sampai baby 4 bulan baru aku start balik. Mesti baby rindu mahu minum susu. Sekarang lepas minum susu mesti baby tendang-tendang. hehehhe

Selama tiga bulan pertama, aku tiada mengidam yang pelik-pelik. Aku boleh cium bau-bauan kecuali asap. Aku boleh memasak. Semua lah boleh. hehehehe. Cuma yang pelik aku nda suka shopping sampai lah sekarang. Pernah ingat masuk mng di 1b, terus rasa mahu muntah. Sekarang boleh sudah lah masuk-masuk tapi mahu beli. Memang tiada. Nafsu membeli sudah tertutup. Baju pregnant pun aku tiada beli lagi, semua pakai apa baju yang aku ada. Memang kah ada orang begini masa mengandung? Macam aku tengok Mr. Ejump yang berabis membeli. hehehe. Ehh ehh ehh besok birthday nya. hehehe.

Okeylah next time aku share lagi k. Sekarang aku 19 weeks suda. Nda lama 20 weeks. Half way to go baby. Nda sabarnya. Nda sabar mahu cuti lagi. hehehehe. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Doakan kami k :))

Read more...

Friday, August 3, 2012

Two Years Of Happiness

As Salam,

Sebelum aku cuti 2 bulan di KK hari tu, aku memang bercadang juga mahu ambil gambar studio. Masa kahwin kami nda sempat mahu pre ka post ka even gambar studio. So we decided mahu ambil untuk second anniversary. Lepas tu mahu buat canvas frame. So bila aku bercuti dua bulan di KK hari tu, kira macam good opportunity lah. Tapi di sebabkan morning sickness, aku tangguh-tangguh sampai tinggal beberapa hari mahu balik Putrajaya. hehehe. Last minute bebeehh!!. Masa ne aku start sudah mahu demam. Malam tu terus pecut pergi clinic. 39 darjah celcius la juga suhu aku. Oo0o0o nda mahu demam macam tu lagi. Rasa macam kena chicken pok ne. Okeyy jauh betul sudah cerita padahal mahu share gambar-gambar. Actually gambar-gambar tu mahu dekat 2 minggu sudah dapat. Tapi malangnya, Mr. Ejump hanya ada netbook sekali sampai sini aku pun ada netbook jak. Netbook mana ada cd/dvd reader. Terus kami kecewaaa. hahaha. Terpaksa lah tunggu di office, itu pun bukan semua pc ada dvd reader ne. Aduii banyaknya aku bercakap/menulis. Mr. Ejump cakap macam mana lah anak nanti. Kalau kuat pok pek  pok pek macam aku juga. Bercakap macam kereta api. hahahaahha. Okey tengok gambar lah.

















Okey kalau siapa-siapa area KK mahu gambar studio with reasonable price and packages. Boleh pm aku nanti aku bagi contact no. My make up done by my sister in law. Boleh tengok blog dia untuk make up tutorial. Selalu kawan-kawan tanya aku beli dress di mana. Kali ne tanya beli cincin di mana. hahahaha. Macam biasa aku akan share di mana maw dapat.

Tudung bawal from Nadia Hijabs
Cardi from mng
Maxi dress from The Poplook
Pump shoes yg sudah buruk from Vincci
Giant love ring from Vincci

Notes :: masa ne 13 weeks kalau nda silap. gambar sebenarnya banyak lagi, tapi nanti berat belog aku. Share sikit sudahhhh. Terus ada orang tanya macam mana aku boleh pujuk laki aku bergambar begini. hahahaha. Entahlah kali aku pregnant jadi dia ikut jak lah. Dia cuma minta beli game ps3 10 games. hahahaha. Tq for reading bebehh :)))


Read more...

Thursday, August 2, 2012

Hartz Chicken Buffet @ Sunway Pyramid

As Salam

Excited ne mahu cerita. Semalam lepas kerja (since Mr. Ejump masih ada di sini), kami terus pecut keluar Putrajaya. Target mahu keluar Putrajaya sebelum jam 5pm. Nasib baik, aku memang habis kerja jam 4.30pm. Berbekalkan kereta yang disewa dan ipad yang telah bertukar menjadi gps dan sedikit ingatan Mr. Ejump yang pernah belajar di KL, kami ke Sunway Pyramid. hehehehe Since the day before kami pergi The Mines. Sangat mengecewakan, kedai nda best. Tiada apa boleh di shopping kan. Tapi  baju-baju raya dia cantik, okey menyesal nda beli. 

tiba2 nampak ada papan tanda ada tol.
terus terpanic sbb sabah mana ada tol. hahaha
bila maw sampai sudah, Mr. Ejump cakap
"buat muka besa  byr tol syg"
aku apa lg tahan2 ketawa lah

Alhamdulillah, gps tu sangat membantu. Aku pun kena alert dengan papan-papan tanda yang ada. Sebenarnya tujuan lebih kepada mahu berbuka di Hartz Chicken Buffet. Dari duluuuuu, sebelum-sebelum kahwin lagi, Mr. Ejump selalu cerita dia sama-sama kawannya makan buffet ayam yang berabis ne. Masa dia belajar di Sarawak pun ada ne kedai. Masa dia study KL pun dorang selalu pergi setiap kali elaun keluar. hehehehe. Jadi akhirnya dapat jugak kami makan sini. Puas hati lah makan. Tapi nda lah buffet macam di hotel. Harga pun murah RM30  per pax. Makanan pun sedap. Ayam spicy dia sedap (cakap sambil berliur-liur. Betul!!!). Memang kami makan puas-puas sampai sahur tadi pagi pun Mr. Ejump masih kenyang. Aku pun semalam tiada perut bunyi-bunyi macam selalu. hehehehe. Nasib puasa, kalau nda aku boleh makan banyak dari itu lagi semalam tu. o0o0o we will be back for sure. 
Bolehkah sekali orang eja nama aku betul
hahaha
Addduhh maw lagik
plszzz
rasa2 berapa piring kami??
Apa yang ada di sini adalah makan-makanan berasaskan ayam atau dicampur ayam. Ada nasi, spaghetti, cakes, salad buah segala jenis salad ada. Air pun macam-macam. Ayam ada goreng biasa, spicy, roasted, masak kari lah macam-macam lah masakan yang aku nda tahu. Dulu Mr. Ejump cakap ada aiskrim lagi. Sekarang tiada la pulak. huhuhu. Orang memang ramai, kena book awal-awal. Aku booked thru phone.

Seadanya Mr. Ejump di sini memang aku rasa happy jak, dapat jalan-jalan. Walaupun aku tiada minat shopping sejak c Baby ada ne. Jadi semalam abah nya jak lah yang berabis. Yang penting seluar baldu Levi's yang kami sudah cari satu KL nda jumpa, akhirnya ada di Sunway Pyramid. Last pair!!!!!!!! Aduii aku yang happy. Walaupun bukan aku punya. Aku langsung tiada minat mahu beli apa-apa, nda macam selalu. Dalam hati just mahu beli baju kurung untuk raya. Then aku jumpa Roxy & Qs for baby and kids. Selalu kalau jumpa pun untuk budak-budak besar. Ne untuk umur 1 tahun gitu pun ada. InsyaAllah soon. Ohya, if u all expect aku suda beli-beli barang baby, u are totally wrong. Perasaan aku kalau boleh seminggu before deliver baru beli. hehehe. Tapi mana jugak boleh gitu kan. Tunggu lah masuk 7 months. Okeylahhh, makin lama makin teringat makanan-makanan di Hartz tu. hehehehehe

maafkan org baru lepas kerja ini
tukar skirt kepada seluar jak
*18 weeks*

Notes :: Since kami 1 kali jak pernah pergi sunway lagoon. Itu pun dari KL naik public transport. Ne kali kami sudah plan mesti mahu pergi lagik. Mr. Ejump nda sabar-sabar sudah ne. Aku pun rasa sebelum perut makin besar baik kami pegi kan. Kami siap plan jam berapa maw jalan. Terus konon sampai tutup Sunway Lagoon terus singgah Hartz Chicken Buffet lagi. aaawwww

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...