Tuesday, July 24, 2012

Kempunan Pindah KK



As Salam

Sejak balik dari bercuti dua bulan di KK ne macam putus sudah idea aku mahu berbelog ne. Huhuhuhu. Okeylah just want to share, masa aku cuti panjang hari tu. Bapa aku mendesak atau pun dengan bahasa lain dengan kerasnya mahu aku tulis surat lagi kepada JPA untuk mohon lagi supaya aku dapat pindah. Aku nda setuju cadangan itu. Bukan cadangan tapi arahan okay. Bukan apa, bagi aku kalau rezeki aku mahu pindah, pindah jugak tu. penat sudah aku. Kalau rezeki aku di sini, siapa aku untuk melawan takdir tu. Aku pasrah atau lebih tepat terpaksa pasrah. Well, beberapa hari jak lagi mahu tiga tahun sudah aku di sini. Entah dari mana kekuatan itu datang kan.

So, dijadikan cerita semalam datang lagi la feedback dari JPA. By hand lagi. Seperti dijangka, masih tiada kekosongan di Sabah. Hubby dengan sweet talk nya cakap, "it's ok baru sampai 19 Julai. Lepas Pilihanraya ada budget ada la tu pengambilan untuk pptm baru, nanti sayang dapatlah tu pindah". Hehehehe aku dengar semua tu since almost three years ago. Nda apa lah, nda kan semua yang kita mahu kita dapatkan. Masing-masing ada bahagian dia kan. Dalam masuk tiga tahun ne macam-macam suda terjadi kan.

Cuma sekarang aku ada juga terpikir nanti baby lahir, lepas pantang dalam empat bulan gitu, aku kena tinggalkan dia la kan di KK. Ohmaiii, kalau aku bawa sini kalau ada apa-apa kami berdua ja. Sudah sini aku tiada kenderaan sendiri. Lepas tu mahu hantar pergi nursery lagi. Dengan sini ne tidak kurang hebatnya kes-kes. Hurrmmmm. Nda tahu lah. Aku tiada plan apa-apa. Sian baby, bukan kami nda excited mahu jadi parents. Sangat la juga. Nda apa baru 17 minggu. Kita rancang la nanti.

Tapi kalau ikut flow ne, aku yakin aku nda akan pindah tahun ne mahu pun tahun depan. Melainkan dengan izin Allah. Fuhhhhh, takut ja nanti anak sendiri nda mahu sama aku. Tapi hidup jauh-jauh ne buat aku chill, malas mahu merancang, dan berserah saja.

2 comments:

  1. sabar ya ted..aku fhm perasaan kamo..tp nda buat mcm mana..perancangan Allah itu yang terbaek ye..

    ReplyDelete
  2. sabar ya ted..insyaAllah semuanya akan berjalan lancar..semoga kelahiran bayi nanti mendapat satu rahmat yg besar utk kamu..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...