Thursday, June 7, 2012

Kami Kawan Baik Yang Hebat

As Salam,


Punya lama nda update. Since 27th Mac aku berada di KK, so kalau di KK ne malas betul maw update belog. Walaupun sebenarnya tiada apa-apa yang dibuat di rumah ne. Just fully berehat. Sebenarnya banyakkkkkkk maw diceritakan tapi yang mana sempatlah dulu. Almost a month ago, akhirnya aku dan dan dua orang bffs aku dapat berjumpa. Ya Allah perasaan mahu pergi berjumpa tu macam first date bha. Aku rasa last kami berkumpul bertiga masa kahwin aku, tahun ne bulan September dua tahun sudah aku kahwin. Bayangkan bestfriends kunun tapi mahu berjumpa pun susah. Satu di KK, satu di Putrajaya satu di Jengka. Tapi finally we made it!!!!

Oklah, sebenarnya Jumaat tu kahwin adik bff aku yang satu ne c B'biey. Pasal wedding tu aku update kemudian okey. Oleh kerana aku dan Mr. Ejump stayed di Hotel Tang Dunasty Bay, Sepanggar dan bff aku c Noryn tidur di rumah c B'Biey. Aku plan bawa Noryn singgah 1 Borneo sekejap aku ada mahu cari barang. Tapi sekejap jak, sebab Mr. Ejump syif petang hari tu. Kami nda bawa B'Biey sebab tahu malam tu ada reception sebelah pihak pengantin lelaki lagi. Tapi dia pulak gatal-gatal mahu ikut. Yayyyyyyyyy jadilah date tiga orang tambah satu orang lelaki. huhuhuhu. Tapi at least ada jugak tukang ambik gambar kami.


Nda tahu berapa kali cerita, tapi kami berkawan since like we were 7 years old. Family dorang adalah family aku. Sampai aku kahwin pun hubungan tidak pernah putus. Alhamdulillah, ke sekolah rendah, sekolah menengah, sambung belajar dan sekarang alam pekerjaan kami masih berkawan. Masih sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mr. Ejump pun nda pernah halang friendship ni, dia lagi yang selalu berusaha supaya kami dapat berkumpul. hehehehe.

So aku nda tahu bila lagi dapat jumpa bertiga, aku dan Noryn selalu jumpa. Tapi untuk berkumpul bertiga susah betul. Ingat lagi kami pernah menyelinap dari kesibukan raya pertama dan berjumpa di Sugarbun. hahahahaha. B'Biey siap pakai baju kurung lagi. Harap hujung tahun ne, InsyaAllah Noryn akan mendirikan rumah tangga, dapatlah kami berkumpul-kumpul lagi. Mudahan aku pun sihat masa tu. Okeylah my words macam huru hara sebab lama nda buat entry. Okeylah, enjoy our awesome pictures. Memang kalau benda nda dirancang akan meninggalkan seribu satu kenangan yang sangat  indah dalam hidup kita. Yayyyyyy I love you all so muchhhh :))))
dlm kereta pun jadeeyyy
tukar posisiiiii. hahahaa
aku nda boleh tukar posisi la. 
my two angels
sama suda gemok kami. hahaha
us
againnnnn
gaya2 manjaaa gitewww
guna camera depan gtab yg suda dijual.
i hate androiddddd
#tiba2
hari terakhir aku ada nbafsu maw shopping
sekarang kalau lalu mn mesti mau muntah
aku nda tipu
huhuhuhu
tutti fruteeeyyyyy
my man aka tukang gambar
Note :: entry ne sebenarnya sudah ditulis like 2 minggu lepas kami berjumpa, tapi masa tu aku nda boleh buka laptop lama-lama, sama jugak aku maw muntah. So this time pelan-pelan update belog. hehehehehe. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...