Friday, April 27, 2012

Second Pregnancy Second Misscarriage

As Salam

Tiada idea betul la maw tulis entry part ne. Di mana maw start ne. Aku rasa kawan-kawan di FB tahu kan. Aku misscarriage kali kedua. Genap setahun selepas keguguran kali pertama setahun yang lalu. Ne story masa first misscarried I'm mom to be but.... Punya susah mahu ingat, kah aku yang nda mahu ingat kan. hehehehe. Yala benda-benda sakit ne malasnya mahu ingat.

Kalau siapa follow blog aku mesti tahu bulan Mac adalah bulan yang aku paling ber outstation. Kira macam beberapa hari jak ada di rumah. Masa tu balik KK pun nda dapat. Terlampau pack, nda kan balik weekdays kan. hehehehe. Start aku pergi Miri lepas tu sepatutnya tiada masa balik KK the next weeknya kena pergi Kuching dan Sri Aman. Tapi meeting habis awal di Miri aku tukar ticket then fly back to KK. Seminggu lebih lepas tu pergi Kuching pulak start sana sebenarnya aku sudah rasa lain. Tapi biasalah kan. Aku tunggu setahun tiada apa-apa nda kan rasa lain sikit aku terus rasa ada kan. hehehehe. Yang aku tahu aku mahu makan jak. Tapi aku memang kuat makan pun. Aku masa tu mahu cari asam jak. Tapi aku nda makan jugak, takut gastrik datang. Masa di Sri Aman dapat cari asam. Yayyyy makan 24 jam. hehehe

Lepas dari Kuching aku terus direct ke Sri Aman, sana aku betul-betul nda selesa. Aku start rasa kencing kotor. Balik Putrajaya aku pergi lah check untuk kencing kotor. Doc claimed aku nda sampai untuk kencing kotor tu, tapi simpton aku more to kencing kotor. Lagi pun history aku pasal kencing kotor ne memang teruk pun. Doc tu tanya period semua, dia cakap, "saya rasa u pregnant la puan". Aku pun cakap impossible. Period belum due lagi masa tu. Speaking of hospital gov, sudah tahu gitu dorang nda check pun kan air kencing untuk pregnancy padahal cek air kencing jugak. Kalau di private mesti dia cek semua suda. Nda apa lah.

Beberapa hari lepas tu kami ke Bintulu pulak, masa di Bintulu ne aku nda excited macam pergi outstation sebelum tu. Rasa mahu marah jak. Rasa mahu menangis. Aku balik dari Bintulu, besoknya aku balik KK. Balik KK pun untuk kerja jugak kena pergi Lawas. Jadi sepatutnya Mr. Ejump ikut la. Tapi aku sampai KK dua hari awal dari hari aku patut pergi Lawas, jadi aku pun saja-saja buat utp sendiri. Nda sangka pulak positif. Masa tu aku pikir mesti salah ne. Selama ne cek negatif jak. Mr.Ejump cakap terima la rezeki Allah mahu bagi.

Tapi hati aku nda sedap, sebab punya banyak aku travel, jalan pergi Sri Aman jangan cerita lah. Masa balik dari Bintulu pun flight landing terhentak yang amat-amat. Masa tu aku da sakit-sakit perut. Tapi dalam pikiran aku masih set aku kena kencing kotor. Tibalah hari aku patut bertolak ke Lawas. Sepatutnya dalam jam 3 petang gitu kami mahu jalan. Tapi dalam jam 11 gitu ada darah sudah macam dulu. Aku memang nda panic sebab aku tahu ne mesti kes sama. Aku ingat lah darah yang keluar dulu sama dengan ne. Aku call Mr. Ejump yang masa tu kerja then terus pergi Rafflesia Hosp. Appoitment pulak jam 3 petang. Untuk tunggu sampai jam 3 tu kami singgah di Permai Poliklinik Asia City, Dr. Lim is my personal doc. Dia tahu semua record aku. Bila dia cek air kencing pun kabur sudah, yang 'benda' tu mahu turun da. Scan pun masa tu masih nampak kantung dia.

Lepas tu baru patah balik ke Rafflesia walaupun ada appoitmnet dalam jam 4 lebih juga baru boleh masuk. Ne la aku malas part buka-buka seluar ne. huhuhuhu. Doc tu siap nampak 'benda' tu sudah turun tunggu masa untuk jatuh sepenuhnya. So aku nda payah D&C. Kesakitan tidak seteruk masa first misscarried. Yang tu mahu bernafas pun sakit, tidur jak la jawabnya. Yang ne langsung tiada pain killer atau jarum-jarum macam hari tu. Doctor cakap aku cukup kuat untuk guna antibodi aku. hehehe. Kah doctor tu cuba naikkan semangat aku.

Tiga hari lepas tu, kantung jatuh. So aku senang hati lah jugak Tahu tiada yang tertinggal kan. Datang jumpa balik pakar check semua okey then baru kena bagi antibiotic. Bukan 1 jenis tapi 2. adoiiiii. So doc advised me untuk cuba lagik after 4@5 months after ne. Tapi aku nda berharap lah. Kalau ada rezeki ada lah. Yang penting aku dan Mr. Ejump sudah berusaha kan.

Nda kisahlah kalau orang-orang cakap aku memang sengaja mahu jatuhkan dia kan. Ya la kamu lah betul. Kamu macam mahu ambil kerja Tuhan. Mahu mengadili aku. Aku yang rasa, aku yang tahu perasaan itu. Perasaan tidak berapa mendalam, sebab yang ne kita sudah bersedia kan. Dua tahun sudah setiap kali birthday aku akan MCs. Doakan lah next year tidak. huhuhu.


ne first outing lepan pantang :p
pizza pizzzaaaaaaa
berliur2 maw mkn since smpi kk
theemokkk knnn

Notes :: Kali ne 6 weeks. Hari tu 8 weeks. Kalau ikut first 'baby' hari tu masuk 5 bulan da. Bayangkan baby ada 5 bulan terus termegandung lagi. Wahhh setahun satu. hahahah :p

4 comments:

  1. takpe lah Ted bukan rezeki kamu lagi. aku tahu ko kuat berdasarkan apa yg ko tulis di sini. anyway, jangan lah ko ambil peduli apa org mau judge ko! mulut orang nda boleh tutup. kan kan.

    p/s: sama2 lah kita berusaha utk preggy. me pun tunggu2 jg nie ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq. ya la kn. teda apa yg dpt dibuat selain trus kuat kn. amin mudahan ada rezeki kita tahun ne :p

      Delete
  2. ted aku ingt aku dedicated ko lagu "bila april" tahun lepas kan hu hu..tp tiapalah kita hanya merancang tuhan yg menentukan.. ada jg org yg boleh terfikir smp mcm tu ted a.. sukatinya shj hu hu hu

    ReplyDelete
    Replies
    1. iya bha kn. apa2 pn jd kami tetap tabah ne. ya ada jugak bpkiran bgtu. naseb family kami ne supporter abes.

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...