Tuesday, April 24, 2012

Kisah Di Sebuah Kedai Mainan

As Salam


Hari tu masa berkesempatan balik KK lepas dari course @ PD, adalah sempat berjalan kebetulan sudah janji dengan sepupu-sepupu kecik untuk beli mainan. Dijadikan cerita kami pergi kedai mainan di 1B, Mr. Ejump cakap aku cari yang untuk yg perempuan dia cari untuk lelaki. Aku pun tengok-tengok lah. Sebelah aku ada seorang budak dengan mak dia. Dekat jak dengan aku. Conversation dorang macam ne la. Masa tu mama dia ambik satu patung ala-ala barbie untuk anak dia.Tapi yang biasa punya.

Anak :: Mak yang ne murah?
Ibu :: Ya...
Anak :: o0o0o boleh lah beli?
Ibu :: Boleh....

Masa aku dengan tu bergegar jak badan, airmata maw jatuh jakk. Melihat kehidupan orang lain kan. Mungkin itu jak kemampuan ibu bapa budak-budak tu. Tapi alhamdulillah dia dikurniakan anak yang tidak melenting walaupun dibelikan hadiah yang murah. Sopan sangat budak tu. Aku pernah terpikir kalau ada anak perempuan, maw buat rumah barbie pun sayang buat lahhhhh. We waiting for so long to have a kids. Duit boleh cari. Tapi melihat dua beranak tu cukup membuat aku sebak.

Masa keluar dari kedai, aku pun kasi cerita dengan Mr. Ejump. Dia cakap kenapa aku nda kasi beli jak budak tu mana dia maw. Aku nda tahu pun mana mainan yang dia mahu. Aku nampak pun mainan yang mama dia mahu belikan. Kedai tu mainannya murah-murah jugak. Pikiran aku melayang-layang lepas tu. Sampai rumah aku cakap dengan Mr. Ejump, aku nda maw la berhenti kerja. Nanti aku tiada duit maw kasi beli anak-anak kita segala keperluan. Aku nda sanggup bila anak minta itu ini aku nda dapat bagi. Aku nda sanggup, sebab aku tahu aku mampu kalau aku berusaha lebih lagik. Untuk budak tu, kakak doakan semoga anda menjadi anak yang solehah menjadi anak yang bakal menyara ibu bapa satu hari kelak. Nda apa nda dapat apa yang adik mahu sekarang, sebab satu hari nanti Allah bagi sesuatu yang lebih di bahagian lain. InsyaAllah. 

2 comments:

  1. dialog tue pun slalu anak aq guna dgn aq.. klu jln2, aq ksh biasa ank aq beli brg mainan mrh2 ja.. klu ada fulus lebih, bole aja beli yg mahal pnya.. tp aq x ksh biasala.. hikhik
    ini pun salah satu langkah untuk ajar drg berjimat cermat :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. aku rasa tu la budak tu bgtu kn. lemah lembut ja. teda pn tnggi2 sora. bg dia kali. its ok kalau nda dpt. sebakk plak aku. huhuhuhu

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...