Friday, February 17, 2012

Sikit Lagik Maw Jadi Sudah :))

As Salam,


Kalau ikut entry pasal tv + astro ne, aku memang gilak-gilak maw ada tv dan astro di rumah sewa aku. Atau lebih tepat dalam bilik aku. Di luar tu memang ada tv tapi tiada astro dengan siaran ntah apa-apa. Bukan nda maw share, since aku suka terperap dalam bilik. Lagik pun housemate aku ada di rumah after 9pm. Aku pulak tidur 9.30pm gitu. Masa mula-mula menyatakan hasrat ne dengan Mr. Ejump, dia like bha beli jak la. Tapi dia suruh beli tv second hand lepas tu tv biasa-biasa jak. Yang style gajah-gajah ne. Aku mana maw!!! 

Jadi aku macam merajuk-merajuk kucing lah. Lagik pun, malar shopping beli ntah apa-apa. Tapi sejak tengok Tentang Dhia, aku rasa tv tu sangat penting. Pernah tengok tv yang di luar sampai tiada warna sudah. Nda pa lah yang penting dengar suara. Sedih betul masa tu. Rasa forever alone. Lepas tu masa final episode tu, antena tu buat hal. Masa tu pergi ambik Mr. Ejump di Putrajaya Sentral. Jadi sampai memang ngam-ngam maw mula sudah. Maw nangis sudah aku, naseb Mr. Ejump buatkan antena tu. Terus nda boleh on lampu, kalau on siaran terganggu. Nda taw kenapa hari tu. Terasa sangat gggrrrrrrrr.

Jadi semalam, orang astro da call untuk buat account baru. Yeeepiiiiiii!!!! Hope sempat sebelum Mr. Ejump sampai sini. Dorang kena install masa Mr. Ejump ada, sebab aku kan maw install dalam bilik, so, aku nda selesa lah orang lain, apatah lagik lelaki masuk bilik aku. Terus masalah sekarang tv lagik (ok Ted, ko pintar sebab pergi apply astro, tapi tv belum ada), aku ada berkenaan tv lcd toshiba ne, kecik jak 24 inci ka. RM499 jak. Yang besar sikit pun RM800++ something jak. Tapi aku pikir something that aku boleh bawak balik KK, kalau aku tiba-tiba kena transfer. Mr. Ejump cakap, bikin malu jak bawak balik tv besar-besar naik kapal, macam mat bangla, kalau nda percaya pergi airport. Lagik pun murah. hakhakhakhak. Aku pergi semalam memang totally habis suda di Carrefour. Mr. Ejump cakap kita mesti cari jugak. Maksudnya mengangkutlah dari KL ke Putrajaya. Bersusah susah dulu, nanti bersenang-senang tengok Vanila Cokelat nanti. hahahaha 

So aku harap semua berjalan dengan lancar, aku mesti ada life dekat sini jugak. Mesti!!!! Aku decided ambik pakej mustika, sebab aku gilak cerita melayu. Nda best nanti aku tukar. Terus aku dapat beyond set. Siap bagitau Mr. Ejump lagik, "yeah, orang dapat set beyond nannnttti". Mr. Ejump tanya, "Apa la kunun best dia tu?". Aku selamba jak, "Nda tawwwwww". Sambil ketawa kuat-kuat. hahahahaha.

Notes :: "Walaupun awak jauh, saya tak nak awak rasa kurang atau rasa terasing, saya pastikan broadband awak tiada gangguan sebab awak dengan internet tidak dapat dipisahkan, saya tak kesah bila awak nak ipad n bb yang ada monthly internet. Mungkin mata kiri tengok ipad mata kanan tengok bb. Now awak makin suka tengok drama melayu yang buat awak termimpi-mimpi then bangun pagi sms saya marah2. Awak mimpi saya jadik hero yang curang tu kan. Asal tengok jak wayang melayu, mesti mimpi. Kenapa begitu aah?Apa lagi awak cakap tu, aircond kan. Nanti kita cari yang main letak tu k. Kita mesti dapat cari tv, kenapalah saya terpaksa bawak tv tu dari kk. Okey tipu. Goodnight sayang". True sms from Mr. Ejump tapi tukar saya kepada abg dan awak kpd syg. Pok pok mood Vanilla Cokelat. Bagus tikam diri sendiri. hahahahahahahah

2 comments:

  1. Replies
    1. pdhl masa tulis bab aher tu, kuar airmta aku. mamaaaa, maw blik kk~~~

      Delete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...