Friday, February 3, 2012

Hari Khamis Hari Bersama Chenta

As Salam,


Kemarin rekod telah tercipta sebab kami singgah 5 mall, fuhhh fenattt. Biasalah kalau jarang-jarang balik ne. Mr. Ejump kumpul semua apa yang dia maw buat samai aku datang. Hari tu aku balik ngam-ngam cuti CNY kan, so semua kedai tutup. Dari Karamunsing, ke Centre Point, ke Warisan Square, Ke Wisma Merdeka dan ke 1Borneo. Patutnya maw singgah Suria Sabah lagik bha tu. Tapi ampun-ampun aku. Siap tumpang rumah mama aku untuk solat. Terlampau lama kan berjalan. Mama aku pun heran, kamu ne nda pandai duduk di rumah kan.. hehehehehe.



Mr. Ejump jalan untuk menguruskan macam-macam hal nya. Sementara aku dengan niat satu. Aku maw cari boots. Aku bersemangat sudah maw ada boots ne. Tapi yang aku minat pun di Esprit. Tapi malangnya yang aku nampak tu di Pavillion. Selain Roxy, MNG and Zara, keminatan aku sama-sama barang Esprit. Tapi nda taw kenapa lama nda beli barang-barang Esprit. Barang-barang kategori nyawa aku masih Esprit. Ok balik cerita boots tu, masa yang perasan tu Mr. Ejump, dia pun cakap belilah boots tu sebab cantik sangat. Aku masa tu, siap sombong lagik, nda maw sebab aku tiada jeans. Dia ngam dengan jeans ja kunun. Fakta anda harus ketahui aku nda pakai jeans lagik sebab ada satu cerita bila mama aku terrrrrbagi semua jeans Levi's yang aku kumpul dari umur aku 15 tahun. Kan aku tinggal di Putrajaya, jadi mama aku pikir nda maw lagik. Salah aku. Sudah kawin pun nda angkut barang-barang tu pergi rumah sini. Yang sempat aku selamatkan hanya tiga helai. Tu pun nda maw pakai sudah. Hancur jugak hati. Mama aku siap cakap, nda apa lah bukan duit aku jugak tu, semua guna duit mama. hahahaha. Okey nda maw kenang lagik. :((
So, dijadikan cerita pergi Warisan Square sama 1Borneo punya outlet memang tiada. Dorang cakap memang kalau di Sabah punya oulet tiada jual footwear, kecuali sandal. Hurrmmmm, hancur hati aku. Sangat hancur. Mr. Ejump maw turun KL pun lama lagik. Dalam hujung bulan ne. Mesti tiada sudah tu. Baru sekarang aku rasa pakai dress pun boleh pakai boots. Sebab tu yang berabes maw cari. Hurrmmm~~~ Kecewaaaa. Kecewaaaaaaa. 
Ohya, cerita lain. Aku maw pergi pulau bha. Tapi cuaca sekarang macam tidak mengizinkan jak. Tiba-tiba teringin sangat maw pergi. Jadi tunggu jak lah, kalau ada entry island hopping tu makanya aku pergi lah tu. Okey byeeeeeeee~~~~ Enjoy the pictures :))
@ Karamunsing
Sgt raparrr
Yg bangle rimau2 tu beli dekat f.o.s trus pakai
the reason beli sebab d rumah ada ring sma mcm tu
nanti ai share if kebetulan pakai
hehehehe
me :: abg gmbr bha
him :: nda maw nnti msuk belog .hahahaha :p

a must!!!!!
sateen shawl :: TLTS
cardi :: mng
dress :: poplook.com
bag :: roxy
pump :: vincci


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...