Wednesday, February 29, 2012

24.02.2012 @ Alamanda Putrajaya

As Salam,

Tiada mood maw berbicara panjang-panjang. 24 February 2012 so bermakna sudah setahun 5 bulan kami melayari kehidupan berumah tangga yang sangat bahagia. Kebetulan si dia ada di sini. Just pergi tengok movie yang paling best di dunia dan paling tenang untuk ditengok dan paling cinta-cinta juga. hehehe. This Means War. :))

GSC Alamanda tupsz2 counter dia. hehehe
2nd time tengok movie cne wif Mr. Ejump jgak


1st tym cuba ne eskrem
the cream & fudge bla blaa nda ingat suda
i tot rsa mcm baskin robbin yg sgt manis membari mati
hakikatnya nda
tp nda lawan tuti frutti la 
Suka tarikh tu :)
baru taw di blakang2 alamanda ada tmpat deting2
nice place n wondering ada ka org jtuh dgn kolam tu
huhuhuhu

Happy anniversary n monthsary and so on to u sayang. Thanks sebab bawak shopping once again. Baru penghujung bulan Feb 3 kali sudah turun KL untuk shopping jak. Apa kaaah??? So ke arah visi kami untuk  mencantikkan bilik baru nanti. Kami akan hanya turun KL for another shopping untuk raya nanti. Dealll???? Ok deallll ~~ :p

Read more...

Tuesday, February 28, 2012

Office :: Sambutan Maulidur Rasul

As Salam,

Hari Jumaat yang lalu-lalu, office aku telah mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. Tahun ne aku terlibat dalam ajk Kelab ICT, jadi secara automatiknya, semua aktiviti aku akan terlibat. Ahhhhhhhhhh???? huhuhuhuhu. Secara automatiknya jugak, tahun ne belog aku akan diselitkan jugak aktiviti-aktiviti berkaitan office aku. Yayyyy, finally yang maw tahu aku macam mana di tempat kerja and so on. Dapatlah sekodeng-sekodeng. hahahaha

So setiap bulan kami akan ada perhimpunan bulanan untuk memperingati hari kelahiran mana-mana officemates yang jatuh pada bulan berkenaan. Disamping memberi bantuan sekiranya ada antara officemates atau ahli keluarga mereka di timpa kemalangan, seperti masuk hospital dan sebagainya. Bukan tu saja, bagi yang melansungkan perkhawinan, dapat baby, anak dapat straight A's dalam UPSR, PMR dan SPM pun dapat saguhati. 

Majlis hari tu kira sekaliguslah Perhimpunan Bulanan dan Majlis Sambutan Maulidur Rasul. So enjoy all those pictures. Jumpa bulan depan dalam perhimpunan bulanan seterusnya. hikhikhikhik

doorgifts utk semua yg hadir

the entrance
Aisyah, Tini, Kak Wan, Kak Jah
Cik pengacara majlis. hehehe
Kata alu-aluan wakil Pengarah ICT
Fokussss
Abg Fiqi buat gaya kiuuut
Pemenang buku misteri no 3
Pemenang buku misteri 2
Pemenang buku misteri 1
Salah satu buku untuk hadiah ulang tahun
 The Book :: Kisah Perjalanan Nabi Muhammad s.a.w
bicara bos2. huhuhu
Selawat ke atas Nabi Muhammad s.a.w
Acara makan-makan yang paling digemari :))
Slurrrpppp
cake utk yg sambut beday
yg nda sambut pun tumpang sekaki dua.
hehehe
Cik Aida dan Kak Ziee
Kak Lyn n me
Sesi tayang beg.
hahaha
Sesi lepas perut kenyang
Last but not least
me the writer aka the blogger
ngehhh :p


Read more...

Wednesday, February 22, 2012

OST Vanila Cokelat :: Tentang Rasa

Aku tersesat menuju hatimu
Beri aku jalan yang indah
Izinkan ku lepas penatku
'Tuk sejenak lelap di bahumu

Dapatkan selamanya kita bersama
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya

Tentang cinta yang datang perlahan
Membuatku takut kehilangan
Ku titipkan cahaya terang
Tak padam di dera goda dan masa

Dapatkah selamanya kita bersama 
Menyatukan perasaan kau dan aku
Semoga cinta kita kekal abadi
Sesampainya akhir nanti selamanya




Cepatlah hari Jumaat. Penatlah jauh-jauh ne. Sob.sob.sob. Stay strong. I miss you. youuuuu!!!!! You yang sebelah kiri tu. :((




Read more...

Monday, February 20, 2012

Short Weekends vs The Ghost Rider @ Kota Kinabalu

As Salam,

Last weekends I spent my short weekends at Kota Kinabalu. Yaa, aku balik KK walaupun sebenarnya aku nda maw balik. Tiada aku prepare maw balik, terpaksa lepas kerja balik rumah then baru pergi airport. Boleh jak kalau maw direct, baju-baju mesti ada di KK, tapi make up tiada. huhuhuhu. Selalunya, aku direct jak bawak dari rumah. Flight hari Jumaat jam 7.40 pm dan balik ke sini hari Ahad jam 6.05 pm. Masa mula-mula kahwin, selalu balik begini. Hari Jumaat sampai Ahad ne. Masa tu kan, cuti habis sudah. Penat okeyyy~~~

So, tiada aktiviti sensasi dapat dilakukan. Sebab sangat singkat masa tu, maw pergi tengok-tengok barang bilik baru nanti pun nda sempat. Lagi pun, sekarang after naik flight aku akan ada back pain yang bisa. Macam aku sudah cerita kan sebelum ne, my personal doctor pun nda syorkan terlampau naik flight. Tapi apa boleh buat. PJJ kan~~ Dia ada pesan kalau masih berlanjutan, kita further dengan fisioterapi. Eeeee malasnya aku. Nanti-nanti jak lah. Merepek-repek sudah cerita. hehehehe

Hari sabtu tu kami pun pergi midnight movie. Lama sudah plan maw midnight movie, tapi malas betul maw bergerak malam dari rumah. So hari tu kami kuatkan semangat, tengok Ghost Rider at 11.05 pm @ Suria Sabah. Not bad cerita dia, tapi yg first lagik best rasanya. After movie, round-round KK macam biasa then balik rumah. Iskhh, ada kah sudah cuba mcD punya mcBites tu. Punya sedapppppppppp. 20 pcs aku makan sendiri jak. Mcd Alamanda tutup pulak. Tapun-tapun.
percubaan bergambar bersama2
pic atas :: jappp, idung sa gatall
pic bawah :: japp, sa maw mkn popcornnn


finalyy :: antam sedja la labuu
Mr. Ejump akan datang sini hari Khamis or Jumaat. Yeahhhh can't wait. Kami akan restock some of tudung dan bags. Barang-barang Mr. Ejump sudah di packing. Tinggal angkat kaki jak dia. hehehehe. Kali ne kami stay some where in Jalan TAR, kalau selalu stay di Capitol Hotel some where in Bukit Bintang. Tapi kali ne maw focus on stock TLTS dan baju-baju untuk kerja aku jak.  Harap-harap hati kuat, kalau nda kuat terpijak jugak pavillion tu. Tapi doakan tidak k?? hehehehe. Ok last but not least, jom share apa ai pakai kalau kuar malam-malam buta. @@

cardi :: radioactive
(lucu kan aku ada stuff dr radioactive.
mcm budak2)
top :: the poplook
bottom :: mng
bag :: roxy
syria :: tamu2 bawah opis. hahaha
pump :: vincci





Read more...

Friday, February 17, 2012

Sikit Lagik Maw Jadi Sudah :))

As Salam,

Kalau ikut entry pasal tv + astro ne, aku memang gilak-gilak maw ada tv dan astro di rumah sewa aku. Atau lebih tepat dalam bilik aku. Di luar tu memang ada tv tapi tiada astro dengan siaran ntah apa-apa. Bukan nda maw share, since aku suka terperap dalam bilik. Lagik pun housemate aku ada di rumah after 9pm. Aku pulak tidur 9.30pm gitu. Masa mula-mula menyatakan hasrat ne dengan Mr. Ejump, dia like bha beli jak la. Tapi dia suruh beli tv second hand lepas tu tv biasa-biasa jak. Yang style gajah-gajah ne. Aku mana maw!!! 

Jadi aku macam merajuk-merajuk kucing lah. Lagik pun, malar shopping beli ntah apa-apa. Tapi sejak tengok Tentang Dhia, aku rasa tv tu sangat penting. Pernah tengok tv yang di luar sampai tiada warna sudah. Nda pa lah yang penting dengar suara. Sedih betul masa tu. Rasa forever alone. Lepas tu masa final episode tu, antena tu buat hal. Masa tu pergi ambik Mr. Ejump di Putrajaya Sentral. Jadi sampai memang ngam-ngam maw mula sudah. Maw nangis sudah aku, naseb Mr. Ejump buatkan antena tu. Terus nda boleh on lampu, kalau on siaran terganggu. Nda taw kenapa hari tu. Terasa sangat gggrrrrrrrr.

Jadi semalam, orang astro da call untuk buat account baru. Yeeepiiiiiii!!!! Hope sempat sebelum Mr. Ejump sampai sini. Dorang kena install masa Mr. Ejump ada, sebab aku kan maw install dalam bilik, so, aku nda selesa lah orang lain, apatah lagik lelaki masuk bilik aku. Terus masalah sekarang tv lagik (ok Ted, ko pintar sebab pergi apply astro, tapi tv belum ada), aku ada berkenaan tv lcd toshiba ne, kecik jak 24 inci ka. RM499 jak. Yang besar sikit pun RM800++ something jak. Tapi aku pikir something that aku boleh bawak balik KK, kalau aku tiba-tiba kena transfer. Mr. Ejump cakap, bikin malu jak bawak balik tv besar-besar naik kapal, macam mat bangla, kalau nda percaya pergi airport. Lagik pun murah. hakhakhakhak. Aku pergi semalam memang totally habis suda di Carrefour. Mr. Ejump cakap kita mesti cari jugak. Maksudnya mengangkutlah dari KL ke Putrajaya. Bersusah susah dulu, nanti bersenang-senang tengok Vanila Cokelat nanti. hahahaha 

So aku harap semua berjalan dengan lancar, aku mesti ada life dekat sini jugak. Mesti!!!! Aku decided ambik pakej mustika, sebab aku gilak cerita melayu. Nda best nanti aku tukar. Terus aku dapat beyond set. Siap bagitau Mr. Ejump lagik, "yeah, orang dapat set beyond nannnttti". Mr. Ejump tanya, "Apa la kunun best dia tu?". Aku selamba jak, "Nda tawwwwww". Sambil ketawa kuat-kuat. hahahahaha.

Notes :: "Walaupun awak jauh, saya tak nak awak rasa kurang atau rasa terasing, saya pastikan broadband awak tiada gangguan sebab awak dengan internet tidak dapat dipisahkan, saya tak kesah bila awak nak ipad n bb yang ada monthly internet. Mungkin mata kiri tengok ipad mata kanan tengok bb. Now awak makin suka tengok drama melayu yang buat awak termimpi-mimpi then bangun pagi sms saya marah2. Awak mimpi saya jadik hero yang curang tu kan. Asal tengok jak wayang melayu, mesti mimpi. Kenapa begitu aah?Apa lagi awak cakap tu, aircond kan. Nanti kita cari yang main letak tu k. Kita mesti dapat cari tv, kenapalah saya terpaksa bawak tv tu dari kk. Okey tipu. Goodnight sayang". True sms from Mr. Ejump tapi tukar saya kepada abg dan awak kpd syg. Pok pok mood Vanilla Cokelat. Bagus tikam diri sendiri. hahahahahahahah

Read more...

Thursday, February 16, 2012

The Three Siti's

As Salam,

Kesempatan balik KK, wajib untu balik rumah mama. Paling aku suka jumpa anak-anak buah yang sangat chomel-chomel. hehehehe. Dorang ne nakal kalau di dengan yang biasa jak. Kalau nda jangan harap dengar suara. Dengan aku pun main bisik-bisik jak. Mama aku cakap, selalu jugak dorang tanya aku bha. Cute~~~ Dorang anak abang aku nombor tiga. Yang sulung Siti Sufizzah hasil gabungan nama mama dan bapanya. Kedua Siti Ramadhania yang lahir pada 1 Ramadhan, nda ingat tahun berapa. Yang nombor tiga Siti Rafhannah. Aku yang kasi nama. hehehehe. Okeyyy~~~Mari tinguk kekiutan derang. 

mcm2 perangai derang ne


the 2nd one blum pndai ckp
doc ckp normal
dia guna bahasa isyarat dan bunyi2an
the eldest yg semakin membesar
pndai main GTA suda
aku lagik nda pandai
Purple :: Siti Sufizzah
Green :: Siti Ramadhania
Pink :: Siti Rafhannah


Read more...

Tuesday, February 14, 2012

Customer Is Always Right????

As Salam,

Rentetan kesah Redmummy and SA, hati aku betul-betul terusik. Hati aku panas, sebab aku pun selalu kena  begini. Walaupun belum pernah di tempat kejadian seperti di alami Redmummy. Tapi banyak lah tempat pernah, paling tinggi ranking di F&B outlet, pas tu bank pun pernah, thru phone call pun pernah. Aku memang kategori baran jugak, tapi with my hubby beside aku selalu boleh control. Tapi kalau sudah orang paling lembut hati macam Mr. Ejump boleh cakap, "Sayang, urussssss". Maksudnya melampau lah sudah tu orang.

Kalau maw cakap aku nda paham kerja atau perasaan frontliner ne atau pekerja F&B ne, u totally were wrong!!!! Sebab aku pernah kerja as CSR di Celcom KK Branch lebih kurang setahun 6 bulan. Masa kolej aku pernah kerja di Pizza Hut Citymall. Kami lah pekerja mula-mula di sana, kami lah yang buat opening dia. Macam-macam ragam pernah jumpa. Sebab tu aku tahu apa our right as customer. Aku taw lah selok belok mempercepatkan sesuatu kes. Cara lurus, bukan cara main orang belakang. Kalau pun anda maw launch complaint, do it in right way, sabar paling penting. Kalau anda nda sabar, anda sama jugak dengan mereka-mereka yang menyebabkan temperature kita naik. hehehehe.



Pernah aku pergi satu bank untuk mintak satu statement, yang handle ne, dia cakap aku dapat dalam 2 minggu gitu. Sebelum sampai tempoh 2 minggu tu, aku call la dulu orang yang urus kes aku tu pergi kursus di hq. Aku call macam maw 1 minggu dia malar kursus. Aku pun minta lah disambungkan kepada branch manager. Pikir selesai masalah, rupanya lagik tambah masalah. Dia cakap dengan aku statement tu paling kurang sebulan. Ok fine, aku try reach orang yang mula-mula aku deal tu. Kali ne dapat, tapi dia dah terhilang form aku tu, dia suru aku isi balik dan tunggu lagik 2 minggu. Apa perasaan kamu? Aku perlukan statement tu secepat mungkin. Dalam kepala ne kan macam ada puting beliung berlegar-legar. Lepas tu aku buka website dorang cari directory email, sama siapa aku patut report. Aku hantar email cerita apa yang berlaku, aku cc dengan semua yang aku rasa berkenaan. Aku deal mula-mula ne dengan satu bank somewhere in Sabah. Nda sampai 24jam, aku kena call. Dan aku dapat statement aku less than 48 hrs thru fax jak. See, benda senang, aku taw, ada orang pikir orang yang dia deal with ne nda taw undang-undang segala.

Kalau maw cerita banyak lagik, F&B paling banyak aku buat complaint. Aku bukan saja-saja. Kita ada hak. Kalau lambat sampai tu, boleh consider. Tapi kalau sudah mengeras cakap nda boleh order lah. Sindir-sindir lah. Itu melampau. Sampai sekarang kan, kalau aku pergi F&B yg aku pernah complaint tu, mana-mana branch dia, aku rasa macam di sambut penuh riang ria. hahahaha. Mr. Ejump cakap, kali dorang ada cctv yg boleh detect mana-mana customer yang berbahaya. Keluar sign, "beware of this customer" . hahahahaha. 

Nasihat aku, kalau kamu mengalami keadaan begini. Ingat nama (dorang mesti pakai nametag), ingat orang tu secara fizikal (optional),no kaunter,masa kejadian, tarikh kejadian, ingat perjalanan cerita kejadian. Kalau boleh hantar dulu ke peringkat atasan branch@tempat kejadian. Jangan terus-terus ke peringkat atasan paling atasan (paham kan maksud aku), kalau nda puas hatikah barulah ke peringkat paling king. Kalau nda puas hati jugak, baru pergi Biro Pengaduan Awam atau Tribunal Tuntutan Pengguna M'sia (if i'm not mistaken)Jangan takut, percayalah kita ada hak. Kalau kita tidak pertahankan hak kita. Siapa lagik. Lainlah kalau sendiri salah. Cukupkan bukti dulu kalau maw pergi bertempur. Kadang-kadang slogan pengguna selalu yang benar yang betul ne kadang-kadang nda relevan sebab ikut pengalaman ada yang memandai-mandai. Bagi aku pengguna ada hak yang nyata lah. Dari diri pengguna tu sendiri mahu guna atau tidak. Peace yooo~~~

Read more...

Monday, February 13, 2012

The Poplook Again :: Vera Maxi Dress

As Salam,

Ne aku pakai masa pergi Jumpa Kawan2 Cosmopoint . Sekali pandang macam pump shoes dengan dress sekali jak. Warna sama kan. :))

Pashmina  :: from Mekah. Actually ada manik2 yg mmbentuk butterfly
Mr. Ejump beli msa dia menunaikan haji last year. Ada 1 lg kaler purple.
Ring :: Vincci
Deep Pink Pump :: Vincci

Top :: no brand (sob sob)
Bangle :: F.O.S
Bag :: Zara
Dress :: ThePoplook :: Vera Naxi Dress
Notes :: Some people asked me to put aside my glasses n flat shoes. No no noooo, i've been using contact lens since 16 years.  Sekarang masa mata untuk berehat. I'm gonna stay specky n flatty. Kah kah kahhhh~~~

Read more...

Friday, February 10, 2012

Night Life :: Pasar Malam @ Kota Kinabalu

As Salam,

Okey mari cerita pasal KK waktu malam edisi Pasar Malam. hehehehe. Kalau orang luar macam dari Semenanjung datang sini, kira ne tempat wajib lah pergi. Kami puas sudah bawak kawan-kawan aku dan kawan-kawan Mr. Ejump datang sini. Atas permintaan dorang. Maksudnya dorang tahu lah tempat ne. Lagi pun kalau maw cari kristal atau buah tangan dari Sabah di sini lebih murah berbanding Pasar Kraftangan (aka Pasar Filipina). 

Pada sesiapa yang ingin ke Kota Kinabalu mesti maw bawa balik kristal kan. Jom tengok-tengok gambar ne dulu. Sebelum tu, pasar malam dekat KK ada dua. Satu di Sinsuran dan satu lagi di Kampung Air. Gambar di bawah ne Pasar Malam Sinsuran, terletak bersebelahan Le Meridien Hotel. Kalau tinggal sini memang kenyang kristal lah. hehehe. Dekat hotel ne ada mall seperti Centre Point dan Warisan Square. So cari makan pun senang. Tapi datang sini, please berhati-hati. Takut peragut ka apa ka. Please k??!!

aku pernah beli alphabet ne
tapi utk bilik bujang
hehehe


Seluar levi's pun ada. Tp immitation lah.
Huuurmmmm
Kasut pun ada
ala-ala Petaling Street la jugak
Jersi pelbagai kelab dan negara punya ada
Keronsangsss
Kalau beli 1 papan@pack tu lagik murah
Aku pernah. 
Kristal
Jan tanya pasal kristal
I dunno anything about it
Beg2 pun ada.
Nanti maw cari macam ne maw jual
Jan lupa beli k. hehehe
sunglasses pn byk
eeee dats meee :p
Amacam??
Mcm 19thn kan
hehehe

Okey next is Pasar Malam Kampung Air. Aku lebih suka sini sebab lagik selesa. Bersih sikit dan luas. Jalan-jalan pegang tangan pun nda terlepas-lepas. hahahaha. Barang-barang jualan masih sama. So enjoy the pictures bebehhh
dari depan
banyak tanglung due to cny
kristal sini lagik banyak pilihan
gerai jual barang serbaguna
hehehe
beg pun ada
baju-baju sabah pun ada
sesuai la sebagai buah tangan
arrr kdg2 kalau nampak org berkerumun ne
dia mcm jual ubat ka
kdg2 dia wat show
mkn mentol la
huhuhu
kalau musim buah
ada jual buah jugakkk
So, kami pusing-pusing pergi pasar malam ne beli apa? Tiada apa beli bangle satu jak. hahahahaha. Saja jak maw hirup suasana malam. :))))

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...