Wednesday, January 4, 2012

Sekurang-kurangnya

As Salam,


Mungkin aku baru berusia 24 tahun tapi sekurang-kurangnya aku tahu apa maksud kesabaran.
Sekurang-kurangnya aku tahu manis tidak semestinya ditelan pahit jangan terus diludah.
Sekurang-kurangnya aku tahu untuk mendapat kesenangan kita harus menempuhi kesusahan terlebih dahulu.
Sekurang-kurangnya aku tahu pelajaran dan ilmu itu penting.
Sekurang-kurangnya aku tahu apa itu tanggungjawab.
Sekurang-kurangnya aku tahu hormat orang tua ku dan kedua mertuaku.
Sekurang-kurangnya aku tahu hak orang jangan diusik.
Sekurang-kurangnya aku tahu terima hakikat.
Sekurang-kurangnya aku tahu bangun kalau aku jatuh walaupun berkali-kali.
Sekurang-kurangnya aku tidak pernah melupakan orang tua ketika aku senang.
Sekurang-kurangnya aku  tahu apa aku mahu dalam hidup.
Sekurang-kurangnya aku berani buat perubahan.
Jangan sia-siakan masa hadapan.
Jangan terburu-buru.
Jadikan Allah meluahkan kegelisahan.
Jadikan Al-Quran sebagai panduan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...