Thursday, January 19, 2012

Persediaan Menghadapi Temuduga

As Salam,


Aku lama da maw buat entry ne, tapi bila bercakap tentang benda serius dan fakta aku memang out. Kalau suruh cakap yg bukan-bukan aku pandai lah. So, aku akan cakap benda ne dari sudut aku. Tiada goggle tempat lain. Fully based on my own experiences. Lain orang lain lah kan pengalamannya kan. Ada orang cakap nasib la kalau  berjaya dalam satu-satu interview tu. Mungkin jugak, tapi kenalah buat persediaan kan. At least, kalau kita nda berjaya pun, kita boleh pikir, "aku sudah buat yang terbaik, dorang lah rugi nda ambik aku". Bukan sombong, tapi kita kena yakin pada diri sendiri. Mesti positifffffff!!!!


Sebelum hari temuduga ::

1. Sediakan diri anda dengan meng-goggle company background . Lets say company XXX, cari carta organisasi ambil basic siapa head HQ dan Sabah (atau di mana-mana tempat anda interview). Kalau dapat hafal semua lagik best. Lepas tu cari company tu buat apa. Ok contohnya syarikat telekomunikasi. Secara umum kita tahu dorang jual simcard. Try cari di website dorang apa lagik dorang buat. Mesti ada. Lepas tu buat research syarikat yang kita maw pergi interview tu dengan syarikat lain yang menawarkan product atau service yang sama. Contoh syarikat telekomunikasi biru, syarikat telekomunikasi kuning, syarikat telekomunikasi hijau apa beza dorang dari segi kadar, capaian talian, pandangan masyarakat etc. Jangan lupa jugak mantapkan skill anda dari segi kelulusan yang ada. Contohnya pergi interview customer service tapi kelulusan dalam bidang teknologi maklumat. Try bagi pandangan dari sudut itu. Paling senang bagi pandangan dari sudut website. Kalau berkaitan teknologi maklumat lah. Ini contoh kan.

2. Sediakan dokumen berkaitan. Tanya dengan pihak admin apa perlu disediakan, like gambar passport, sijil lahir, resume, sijil akademik, piala ka dia suruh bawak. Buktikannnn. hehehe. Nda la bha sampai gitu. Maw sahkan kah tidak. Kalau maw sahkan buat cepat-cepat. JANGAN DENGAR cakap kawan-kawan yang pernah pergi interview tu, tanya pihak yang betul. Seminggu sebelum cek ada kah sudah. Tiga hari sebelum cek lagi. Besok maw pegi interview, malam ne cek lagi. Sebelum gerak ke tempat interview cek lagi semua dokumen, yang asal dan salinan.

3. Survey tempat temuduga untuk menggelakkan sesat dan terlepas peluang temuduga. Lebih-lebih tempat yang nda biasa. Datang awal tu adalah satu contoh yang baik. Maybe satu markah di situ.

4. Praktice depan cermin cara menjawap soalan. Cara duduk, cara berdiri, cara mencelah. Selalunya kalau kena kaw-kaw InsyaAllah diterima. hehehehehe. Orang selalu tanya apa soalan yang biasa ditanya. Aku nda taw secara fakta, tapi persediakan diri dengan soalan seperti apa yang ada dalam diri kita yang kita maw sumbangkan untuk company tu. Diri kita, mesti kita lebih tahu kan. Selain soalan background company, soalan berkaitan kelulusan kita, isu semasa yang tidak berkaitan dengan company dan yang berkaitan, yang tidak berkaitan mungkin pasal sukan, alam sekitar etc. Soalan-soalan membunuh yang pernah aku disoal::

 * Sanggup ditempatkan di  XXX ?(kawasan pendalaman). Betul ne? (Bila 2 kali kena tanya pandai panic. tapi control)

* Bagi cara untuk memantapkan lagi company ne? (gilak ko jangan salah cakap, company orang ne bukan bapa kita punya)

* Cantiknya your bag, beli mana? (Rasanya perlu jawap kah?)

*Bagi saya 5 sebab kenapa mesti ambil kamu bekerja? (Ok ini masa untuk up-upkan diri kita, saya seorang yang sentiasa hargai masa, dengan ini saya tidak akan datang lambat, dan akan berupaya menyiapkan tugasan dalam masa ditetapkan, contohhhh~~~)


Semasa hari temuduga ::

1. Jangan lupa mohon restu ibu bapa sebelum keluar rumah. Mintak maaf pada yang berkenaan.

2. Isi perut agar tidak kosong. Kalau kosong nanti pengsan siapa yang susah. Dalam keadaan stress, gastrik lagik cepat bertindak. Jangan pulak melampau, nanti balik-balik pergi washroom. Jangan tahan-tahan ehemmm jugak, nanti hilang focus. hehehehe

3. Pakai baju kegemaran anda. Atau favourite colour. Bila kita suka, kita akan yakin. Seriussss, cubalahhh. Jangan pakai yang menjolok mata. Nanti panel interview pulak kurang selesa. Nanti dia nilai yang lain-lain. Nahhhhh. Malu kita. hehehehe

4. Jangan lupa ketuk pintu dan jangan main hempas-hempas. 

5. Jadi diri sendiri, jangan buat-buat pandai. Tapi kalau nda tahu jangan pulak terus cakap nda tahu. Think fast!!!!!. Kalau ditanya, "ada apa-apa soalan?". Mesti ada soalan, jangan tiada. Tanyalah apa-apa. Gaji berapakah. hehehehe. Ini petua abang aku.

Selepas hari temuduga ::

1. Berdoa supaya dapat job tu.

2. Jangan pulak balik-balik telefon tanya result. Orang pun ada benda lagik penting mahu buat, dari angkat telefon anda. Boleh tanya masa interview hari tu, bila result keluar.  Bersabar lah, kalau job tu untuk anda, pasti dapat. Kalau tidak tu bukan rezeki lah. Pahami konsep tu.

3. Jalani kehidupan seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Jangan stop pergi interview lain sebab terlampau yakin dengan previous interview. Aku selalu jumpa orang begini. How can you be so sure darling???? :))))


Kalau cerita pasal kerja. Aku sudah start kerja sendiri dari umur 15 tahun lagik. Aku kerja jadi cashier di kedai kasut di Wisma Merdeka. Sampai sekarang, dorang masih ingat aku dan aku boleh dapat diskaun. hikhikhik. Lepas tu setiap kali cuti sekolah mesti aku kerja.Aku orang yang nda boleh duduk di rumah. Masa kolej aku pernah kerja di Pizza Hut City Mall. Lepas kolej, macam hari-hari pergi interview. Interview tipu lah, yang macam jual-jual barang yang ,"kejap jak bang, 2 minit jak". Tulis sana executive bagaiiii. Pergi interview company tu macam kosong. Ada beberapa meja dan kerusi jak. Finance kononnn. So aku harap dapat membantu sikit-sikit pasal tips interview. Sorry, nda pandai write about fact. Just enjoy :)))

masa kerja celcom.
the guy is big boss yg juga inteview aku.
kami 3 org (di atas), di interview pd hari sama dan masuk kerja hari yg sama.
tempat paling bestttttt pernah aku kerja.
ne masa convention di palace of golden horses
ntah betul ka nama nya tu
now im in gov sector.
jabatan mana?
biarlah rahsia. hahahahaha
ne masa aku bertugas di mjlis APC






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...