Tuesday, January 31, 2012

Be An Organised Person

As Salam,

Hari ne maw cerita pasal Diary. A diary which more to a planner, bukannya diary yang tulis segala perasahan kah luahan. More kepada tarikh kursus, tarikh cuti rehat, cuti ganti, public holidays, off days Mr. Ejump. Banyak lagik lah. Sebelum ne aku memang tulis di Ipad, tapi macam nda puas. Aku selalu mengimpikan diary yang aku boleh lukis-lukis love sebelah dia, pakai pen kaler-kaler. Aku suka yang mcm leather cover tapi girly-girly. Nda maw yang terlampaw excutive. Yang penting jangan terlampau besar. Medium size lah. Pelik kah aku??? 

Contohnya aku ada new gadget, like new BB, aku cari la pic BB then tampal sana. See, aku nda ingat bila aku beli Bold 4 ne, at least aku tahu, berapa lama sudah jangka hayat dia. Haishhhhh~~~~ Tapi sebenarnya macam setiap tahun aku maw buat begini. Setiap tahun sejak 3-4 tahun yang lalu. hahahahahaha. Tapi, diary-diary yang aku berkenan semua harga RM50++, terus rasa macam nda pa kalau tiada. Padahal RM50++ untuk setahun apa lah sangat. Arghhhhhhhhhh. Benci!!!!! Kalau beli kasut dan beg like every month tiada pulak perasaan tu. My mom always says that, aku boleh jadi orang yang banyak duit, sebab aku kategori luki dan pikir duiitttt jak. Tapi sayang aku nda boleh kawal bila benda aku tu aku suka. Poor me. Okey kenapa lari tajuk???
DIY rasanya ne
not bad

Last week aku ada balik KK kan, aku ada pergi Roxy then nampak diary. Masa tu tiada lah pikir apa. Tapi tadi pagi aku tiba-tiba mahu tu diary. Maw yang amat!!!!! Kebetulan aku masih ada voucher Roxy/QS, tapi malangnya voucher RM10. hahahaha. Yang lain Mr. Ejump sudah guna beli barangnya. Harap-harap kuat hati aku beli tu diary kan. Tapi yang aku takut benda tu habis. Hari ne 31 January sudah. Please lah ada. Tapi kalau harga dia nda logic, nda aku beli jugak. Tapi harap-harap nda sampai lah RM100. Nanti hilang maw aku sawan 3 hari 3 malam. 
errrghh. Telampaw tebal
Plain lagikk
Okey sebut pasal voucher Roxy/QS ne, kalau dulu members dapat 10% discount untuk normal price. Kira macam okeylah kan. Tapi sekarang nda, kena beli RM150 (if i'm not mistaken) baru dapat voucher RM10. Tolonglah!!!! Masa di Quiksilver Pavillion hari tu, aku siap membebel-bebel lagik. Budak tu cakap, for temporary jak ne. Harap-haraplah kalau nda macam rugi. Akuu nda suka :(((
Suka gne, pen kalerpullll
Okey, hari ne aku balik KK, besok atau lusa aku maw pergi mengunjar tu diary. Harap-harap aku kuat hati. Tapi kalau nda, aku stick to Ipad sedja. hehehehehe. Doakan perjalanan aku hari ne selamat k?? Amin ya rabbal alamin. 

Read more...

Monday, January 30, 2012

Kau Yang Terindah Dalam Hidup Ku

As Salam,

Mesti ramai sudah tengok kan Video Majlis Perkhawinan Ally & Farah Lee . Sesiapa yang sudah melalui moment akad nikah, persandingan etc. Pendek kata majlis perkhawinan pasti ada simpan cerita tersendiri. Since aku memang banyak masa di Putrajaya, aku balik tiga atau empat hari before nikah. Jarang jumpa then jarang bincang pasal kawen. Di telefon we talked much about benda harian, like "sudah makan? buat apa? balik jam berapa?". hehehehe. Sampai sekarang okeyyy~~~ Kami nda bincang pasal kawen sebab sebelah family dia, semua orang tua urus (biasalah lelaki kan), sebelah aku semua aku yang urus (sebab aku cerewet, hahaha). Jadi tiada konflik tercetus.

So dipendekkan cerita, aku balik KK untuk majlis aku. So dari balik tu memang nda jumpa. Phone pun jarang. Just sms pukul berapa pergi masjid, jam berapa ambil aku di hotel. So the day I met him at the mosque, he totally different. Lain sebab dia seriussssssssss, sebab Mr. Ejump mana pandai serius punya orang. So ya la, nda kan aku maw bawak dia lari belakang masjid lepas tu tanya, "abg ready sudah maw lafaz?, abg betul maw kawen suda ne?". hahahaha. Nanti orang pikir kami maw kawen lari. 


Sudahlah jarak kami kan jauh, maw cakap heart to heart pun nda dapat. hahahahaha. Air muka, macam nda maw kawen jak. Macam kena paksa kawen, chitttttt!! So, pernikahan pun berlangsung dengan dua kali lafaz. So salam-salam dia still nda bercakap dengan aku. Dalam hati, "Ya Allah, janganlah Engkau tarik perasaan cinta dia kepada ku. Aku mohon pada Mu Ya Allah". Entah kenapa aku takut pulak. hikhikhikhik

Lepas salam dengan semua orang (nda ramai pun, keluarga terdekat jak), acara bergambar pun bermula. Photographer suruh gambar begini la,begitu lah, macam-macam lah. Ada satu pose photographer suruh  Mr. Ejump hug dari belakang. Malu-malu lah bha. Dushhh! Dushhhh!!! Tiba-tiba Mr. Ejump cubit@cuit aku. Orang nda perasan sebab covered by bunga tangan. Terus aku pun like, "okeyyy, he is my mannnnnn". Maw bercakap lebih-lebih pun malu kan. Jadi aksi cuit mencuit sudah cukup buat aku rasa "Alhamdulillah, we are married!!!! Dan dia masih lelaki itu."

Kenapa Mr. Ejump berkelakuan seperti di atas. Selidik punya selidik rupanya gugup maw nikah. hahahaha. Patutlah dua tiga hari tu diam jak. Rupanya practice akad nikah. hahahaha. Dalam entry Aku Terima Nikah . Aku  nda cerita dari sudut ne. Itu dari satu sudut yang berbeza masa majlis akad nikah. Punya banyak version. hahahahaha. Nanti kalau aku ingat, aku tulis lagik k. So malas lah maw share pic kawen, sebab macam bangas sudah. So ne pic latest kami jugak. Macam couple baru 16 tahun ka? kahkahkahkahkah

24012012
1 tahun 4 bulan 'perkongsian' ini
"Kau yang terindah dalam hidup ku"



Read more...

Friday, January 27, 2012

Purplicious With Noreen And Fiance

As Salam,

Lepas pergi wedding kawan Mr. Ejump, we decided pergi jalan-jalan dengan Noreen dan tunangnya. Pergi 1B jak, makan-makan then sikit-sikit shopping. Then sambung beli barang dalam bilik kami.  Actually maw pergi sunset dekat Sutera Harbour sana, tapi FIL sudah call suruh beli ayam. hahahahaha. Takut lambat balik kami pun balik dulu lah. Nanti lambat pulak orang rumah makan malam.

So dapatlah spend time dengan BFF Noreen. Ketawa-ketawa and so on. Hope lepas ne dapat lagik keluar. Miss BFF Nadrah. Maka-maka dia di Shah Alam jak, tapi punya lama sudah kami nda berjumpa. Nanti dia free, aku pulak balik KK. Aku free dia pulak busy. Haisshh. Masa dia balik KK aku pulak nda balik. Raya pun kami macam tiada berjumpa. I was so busy balik kampung MIL dan FIL. 

So, bila kami bertiga dapat berkumpul dapat hang out, rasanya maw seminggu blog aku akan bercerita pasal tu jak. hahahaha. Miss the moment kami pergi ranau sama-sama. Then bbq, mandi-mandi, makan-makan. Paling best kalau dapat pergi pulau. Then camping. Seronoknyaaaaa. Masa berlalu sangat cepat.  Garis-garis kedut mula kelihatan. o0o0o0o0o tidakkkkkkkkk.

BFF Noreen and fiance


Kenyang sampai nda boleh sinyum
Nda abes2 kami beli brg utk deco bilik
Nda taw lepas ne apa lg maw wat.
hehehe
Pashmina boleh dapat other design from TLTS
Pashmina Cinta Elysa :: RM18
Pashmina Soffiya :: RM20
Cardi :: mng
Dress :: ThePoplook
Bag :: Zara

Read more...

Thursday, January 26, 2012

From Purple To Turquoise

As Salam,

Entry simple jak mengada maw kasi tengok the day i'm in turquoise mode. Gedikkksss. Sanggup pergi cari new pump shoes sama giant ring tu. Sama ambik satu shawl bawal dari online shop sendiri. hahahahaha. Perasaan macam maw pergi photoshoot. Bagus bunuh diri. hahahaha

Shawl :: Kasa Cotton Shawl (Bawal Plain)
RM15 shj
Kasa Cotton Shawl
Ring :: Vincci

My bag :: Vincci
Terus-terus beli bangle yg turquoise tu.
Nampak kah??? Tuuuuuu
hahahaha
Bunny Pump Shoes :: Vincci
Pump paling kiut pernah aku ada.
Mr. Ejump punya pilihan ne.
Top :: No brand (sob sob sob)

Tapi purple masih di hati ku buat masa ne. Ne just ngada-ngada. Konon-konon outing bujang-bujang .:)))))

Read more...

Wednesday, January 25, 2012

Jom Kahwin :: Edisi Selamat Pengantin Baru Hanizam Dan Hafimi

As Salam,

Hari Ahad yang lalu bersamaan dengan 20 Januari 2012 aku dan Mr. Ejump menghadiri masjlis perkhawinan kawan Mr. Ejump di Petagas. Kawan tempat kerja dia, majlis dorang sama macam majlis kami dulu; sebelah pagi kenduri tempat pihak lelaki dengan jam 1 petang begitu bertolak pergi tempat pengantin perempuan. Pengantin perempuan pulak berada di Kawang, Papar.

So, kami pun lambat sampai dekat-dekat rombongan mahu bertolak sudah. Tapi sempat jugak jumpa pengantin nya. Mr. Ejump tanya, "Maw ikut kah naik?". Gilakkk kah nda maw, ada jugak entry dalam blog. hahahahaha. Tapi cakap dalam hati lah. Then suruh Mr. Ejump bergambar dengan kawan nya. Malu-malu ai maw keluarkan telefon. Orang lain guna camera. Gilak lah aku maw bawak camera. Kirimsalammmmm. Berat!!!! hahaha

Bersiap dalam kereta.
Sebab terlampaw lidutt
Tertinggal lagik hadiah, terpaksa patah balik
hehehe

Ijam tinggi  n Mr. Ejump yg nda berapa tinggi
hahahaha
Ijam (pengantin lelaki) jugak kawan kepada BFF aku, c Noreen. So, Noreen pun datang dengan tunangnya. So adalah kawan jugak. Tapi dia lambat. Dia datang betul-betul pengantin keluar sudah maw start berarak. So tiada cerita panjang-panjang sebab aku nda kenal kawan Mr. Ejump ne. Aku doakan semoga sentiasa bahagia sehingga hujung nyawa. Jadikan perkhawinan sebagai titik permulaan kepada semua kebahagian dan kejayaan. 

Keluar jak pengantin  maw pergi kereta terus dorang
pasang mercun
Due to cny la katakan.
hehehe
Me n BFF Noreen
Pengantin fresh bilang kawan ku
ahahahahaha


Read more...

Thursday, January 19, 2012

Persediaan Menghadapi Temuduga

As Salam,

Aku lama da maw buat entry ne, tapi bila bercakap tentang benda serius dan fakta aku memang out. Kalau suruh cakap yg bukan-bukan aku pandai lah. So, aku akan cakap benda ne dari sudut aku. Tiada goggle tempat lain. Fully based on my own experiences. Lain orang lain lah kan pengalamannya kan. Ada orang cakap nasib la kalau  berjaya dalam satu-satu interview tu. Mungkin jugak, tapi kenalah buat persediaan kan. At least, kalau kita nda berjaya pun, kita boleh pikir, "aku sudah buat yang terbaik, dorang lah rugi nda ambik aku". Bukan sombong, tapi kita kena yakin pada diri sendiri. Mesti positifffffff!!!!


Sebelum hari temuduga ::

1. Sediakan diri anda dengan meng-goggle company background . Lets say company XXX, cari carta organisasi ambil basic siapa head HQ dan Sabah (atau di mana-mana tempat anda interview). Kalau dapat hafal semua lagik best. Lepas tu cari company tu buat apa. Ok contohnya syarikat telekomunikasi. Secara umum kita tahu dorang jual simcard. Try cari di website dorang apa lagik dorang buat. Mesti ada. Lepas tu buat research syarikat yang kita maw pergi interview tu dengan syarikat lain yang menawarkan product atau service yang sama. Contoh syarikat telekomunikasi biru, syarikat telekomunikasi kuning, syarikat telekomunikasi hijau apa beza dorang dari segi kadar, capaian talian, pandangan masyarakat etc. Jangan lupa jugak mantapkan skill anda dari segi kelulusan yang ada. Contohnya pergi interview customer service tapi kelulusan dalam bidang teknologi maklumat. Try bagi pandangan dari sudut itu. Paling senang bagi pandangan dari sudut website. Kalau berkaitan teknologi maklumat lah. Ini contoh kan.

2. Sediakan dokumen berkaitan. Tanya dengan pihak admin apa perlu disediakan, like gambar passport, sijil lahir, resume, sijil akademik, piala ka dia suruh bawak. Buktikannnn. hehehe. Nda la bha sampai gitu. Maw sahkan kah tidak. Kalau maw sahkan buat cepat-cepat. JANGAN DENGAR cakap kawan-kawan yang pernah pergi interview tu, tanya pihak yang betul. Seminggu sebelum cek ada kah sudah. Tiga hari sebelum cek lagi. Besok maw pegi interview, malam ne cek lagi. Sebelum gerak ke tempat interview cek lagi semua dokumen, yang asal dan salinan.

3. Survey tempat temuduga untuk menggelakkan sesat dan terlepas peluang temuduga. Lebih-lebih tempat yang nda biasa. Datang awal tu adalah satu contoh yang baik. Maybe satu markah di situ.

4. Praktice depan cermin cara menjawap soalan. Cara duduk, cara berdiri, cara mencelah. Selalunya kalau kena kaw-kaw InsyaAllah diterima. hehehehehe. Orang selalu tanya apa soalan yang biasa ditanya. Aku nda taw secara fakta, tapi persediakan diri dengan soalan seperti apa yang ada dalam diri kita yang kita maw sumbangkan untuk company tu. Diri kita, mesti kita lebih tahu kan. Selain soalan background company, soalan berkaitan kelulusan kita, isu semasa yang tidak berkaitan dengan company dan yang berkaitan, yang tidak berkaitan mungkin pasal sukan, alam sekitar etc. Soalan-soalan membunuh yang pernah aku disoal::

 * Sanggup ditempatkan di  XXX ?(kawasan pendalaman). Betul ne? (Bila 2 kali kena tanya pandai panic. tapi control)

* Bagi cara untuk memantapkan lagi company ne? (gilak ko jangan salah cakap, company orang ne bukan bapa kita punya)

* Cantiknya your bag, beli mana? (Rasanya perlu jawap kah?)

*Bagi saya 5 sebab kenapa mesti ambil kamu bekerja? (Ok ini masa untuk up-upkan diri kita, saya seorang yang sentiasa hargai masa, dengan ini saya tidak akan datang lambat, dan akan berupaya menyiapkan tugasan dalam masa ditetapkan, contohhhh~~~)


Semasa hari temuduga ::

1. Jangan lupa mohon restu ibu bapa sebelum keluar rumah. Mintak maaf pada yang berkenaan.

2. Isi perut agar tidak kosong. Kalau kosong nanti pengsan siapa yang susah. Dalam keadaan stress, gastrik lagik cepat bertindak. Jangan pulak melampau, nanti balik-balik pergi washroom. Jangan tahan-tahan ehemmm jugak, nanti hilang focus. hehehehe

3. Pakai baju kegemaran anda. Atau favourite colour. Bila kita suka, kita akan yakin. Seriussss, cubalahhh. Jangan pakai yang menjolok mata. Nanti panel interview pulak kurang selesa. Nanti dia nilai yang lain-lain. Nahhhhh. Malu kita. hehehehe

4. Jangan lupa ketuk pintu dan jangan main hempas-hempas. 

5. Jadi diri sendiri, jangan buat-buat pandai. Tapi kalau nda tahu jangan pulak terus cakap nda tahu. Think fast!!!!!. Kalau ditanya, "ada apa-apa soalan?". Mesti ada soalan, jangan tiada. Tanyalah apa-apa. Gaji berapakah. hehehehe. Ini petua abang aku.

Selepas hari temuduga ::

1. Berdoa supaya dapat job tu.

2. Jangan pulak balik-balik telefon tanya result. Orang pun ada benda lagik penting mahu buat, dari angkat telefon anda. Boleh tanya masa interview hari tu, bila result keluar.  Bersabar lah, kalau job tu untuk anda, pasti dapat. Kalau tidak tu bukan rezeki lah. Pahami konsep tu.

3. Jalani kehidupan seperti biasa. Seperti tiada apa yang berlaku. Jangan stop pergi interview lain sebab terlampau yakin dengan previous interview. Aku selalu jumpa orang begini. How can you be so sure darling???? :))))


Kalau cerita pasal kerja. Aku sudah start kerja sendiri dari umur 15 tahun lagik. Aku kerja jadi cashier di kedai kasut di Wisma Merdeka. Sampai sekarang, dorang masih ingat aku dan aku boleh dapat diskaun. hikhikhik. Lepas tu setiap kali cuti sekolah mesti aku kerja.Aku orang yang nda boleh duduk di rumah. Masa kolej aku pernah kerja di Pizza Hut City Mall. Lepas kolej, macam hari-hari pergi interview. Interview tipu lah, yang macam jual-jual barang yang ,"kejap jak bang, 2 minit jak". Tulis sana executive bagaiiii. Pergi interview company tu macam kosong. Ada beberapa meja dan kerusi jak. Finance kononnn. So aku harap dapat membantu sikit-sikit pasal tips interview. Sorry, nda pandai write about fact. Just enjoy :)))

masa kerja celcom.
the guy is big boss yg juga inteview aku.
kami 3 org (di atas), di interview pd hari sama dan masuk kerja hari yg sama.
tempat paling bestttttt pernah aku kerja.
ne masa convention di palace of golden horses
ntah betul ka nama nya tu
now im in gov sector.
jabatan mana?
biarlah rahsia. hahahahaha
ne masa aku bertugas di mjlis APC







Read more...

Tuesday, January 17, 2012

Memori Panggilan Haji :: Part 1 (24 gambar)

As Salam,

Hari ne, just maw share gambar-gambar semasa Mr. Ejump mengerjakan haji pada musim haji sebelum ne. Gambar nda banyak, apa yang ada kita share lah kan. Most of the pictures aku sudah pernah nampak, maksudnya masa Mr. Ejump menunaikan haji, aku selalu google tempat-tempat yang akan disinggah oleh jemaah haji. So, aku boleh tahu lah, ooooo nanti dorang di sini, di sini lagi. Sebab kami pun jarang berhubung, just sms pengikat kasih. hikhikhikhik. Mari kita tengok-tengok dulu gambar ne, InsyaALLAH rezeki kita pulak lepas ne. Amin ya rabbal alamin. 

SubhanaALLAH



ada KFC jugak



tempat jual kurma dan manisan
Mr. Ejump wif his mom

Mr. Ejump wif his youngest aunt
Mr. Ejump wif his dad
wif his parents




ada jugak
Jemaah dr indon







Nanti sambung gambar part 2. Sorry lah no caption since aku mana ada di tempat kejadian. huhuhuhu. Ada yg Mr. Ejump sudah bagitau ne di mana, tapi aku lupa. huhuhu

Read more...

Friday, January 13, 2012

BB as Lucky Draw

As Salam,

Hari Jumaat minggu lalu, office ada buat jamuan sempena pertukaran AJK Kelab ICT. So ada lah buat lucky draw. Masa tu aku  balik KK , sekali masa Jumaat tu baru maw pikir apa maw masak for lunch, dapat SMS dari kakak di ofis. Masa tu blur jugak. Sebab nda ingat pasal jamuan dan lucky draw tu.

Abaikan kuih cincin tu.
hikhikhik

Masa dapat sms ne, boleh terpikir  BB aku tinggal di office ka? Habis yg aku pakai ne apa? Aku ne memang panic disorder tahap kritikal sudah. Then barulah teringat pasal jamuan tu. Alhamdulillah, rezeki hari Jumaat.


 So pergi kerja hari Isnin baru claim hadiah tu. Dapat BB 8520. Whenever u have Bold 4 as smartphone, u nda kesah da apa second phone. Before ne pakai Samsung harga RM99 as second phone. Huahuahuahua. Sekarang ada dua BB da. Seronok-seronok sambil guling-guling. Mr. Ejump target mesti aku maw jual ne Curve since aku amat mengidamkan Nokia X5 pink as second phone. Errrrmmm, nda maw la. Maw jugak ne. Hari tu pernah cakap macma ne dengan dia, "Abg, nanti orang maw beli X5 kalau ada duit lebih". Mr. Ejump "Gilakkk ka syg setengah juta harga dia tu. Ada yg maw 1 juta". Sambil mata palak-palak kebingungan. "Arrrr, abg la gilak. Nda sampai 500 suda harga dia. Phone Nokia bha". Mr. Ejump "o0o0o0, pikirkan BMW X5". Susah jugak 1 kepala gadjet 1 kepala kereta.



Ok lepas ne boleh design manik-manik sendiri. Maw kasi full tinggal screen dan keypad jak. Bold Mr Ejump nda benarkan kasi manik-manik and so on. Banyak benda da aku kasi manik ne. Macam camera aku, tepon dia, tv dia pun ada cikit. hahahaha. Tapi aku pasang Mr. Ejump buka. Aku pasang Mr. Ejump buka. Sampai bila lah kalau begitu. Okeylah terima kasih pada yang sponsor hadiah ne. Aku amat menyukainya. Eheemmm, Mr. Ejump pernah guna BB ne dulu. Sangat mengambit memori tauuuuuuu. Malaslah maw cerita. hahahahahaha. Ok aku share dulu X5 yang aku maksudkan dan X5 yang Mr.Ejump maksudkan.

kalau beli ne mesti bingung.
fink or furfle
furfle or fink
mati hidup balik pun nda kan mampu beli ne
Apa la laki aku ne.


Read more...

Thursday, January 12, 2012

Asal Usul Nama Ted

As Salam,

c Ted c Ted2. Itulah aku kena panggil lebih dari nama sebenar Siti atau Saerah. Masa dulu-dulu, zaman sekolah dan kolej. Some people said aku ubah-ubah nama so that nampak urban la konon. Kahkahkahkah. Yala, my name kinda kampung-kampung sikit kan. With those Siti dan rah rah. Nama tu sebenarnya dari aku kecik lagik dari aku baby-baby. Siapa dan kenapa tu nanti aku cerita di bawah.

So aku pun nda kesah maw kena panggil apa. Masa kerja di Celcom dulu, nama siap tukar jadik Butedddd. Mana c Buted???? hahahaha. Nama Siti dan Ted tu cukup sinonim dengan aku. Nama Saerah tu yang baru keluar masa kerja di sini. Kalau pergi bank ka apa, mesti dorang tanya "Adik Siti Nurhaliza kah?". Ya yang paling adik sudah ne. 

Ok cerita nama Ted ne pulak. Masa kecik-kecik yang baby-baby lagik ne. Parents aku selalu kasi tinggal aku dengan abang-abang aku. Jarak umur kami memang jauh. Kira dorang sudah bujang at that time. Aku ada tiga orang abang semuanya. So bila tiada mama aku ne kuat la nangis. Dorang buat macam-macam, menyanyilah bawak jalan depan rumah, tapi aku masih menangis. Biasalah baby kan. Then ada satu masa tu, ada bunyi hon kereta di luar rumah, suddenly aku diam. Nangis-nangis then ada bunyi hon aku diam lagik. So sejak tu jadiklah nama aku c Ted2. Bunyi hon kan something like "tettttttttttttt. tetettttttttt". Melekat sampai umur aku masuk 25 tahun ne. 

So, itu saja cerita hari ne. Kalau abang aku tipu , makanya cerita ne pun tipu lah. hahahahaha. Sekarang semua sudah besar. Apa-apa tindakan pun diri sendiri yang bertanggungjawab. Cerita zaman kanak-kanak telah jauh ditinggalkan. :)))



Read more...

Wednesday, January 11, 2012

Wordles Wednesday #4 :: Pelupa vs Terlupa

As Salam,



Semalam sampai rumah then panic kunci rumah tiada. Selongkar beg depan pintu. Ingat punya ingat sebelum tu cek surat kat peti pulak. Lepas tu pegi kedai. Jarak masa nda jauh tapi boleh lupa. Jasad mungkin di sini tapi hati ku jauh melayang di dunia seberang sana. :(((

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...