Tuesday, October 23, 2012

Selamat Hari Raya Aidiladha

As Salam,

Hari Jumaat ne Hari Raya Aidiladha. Dua tahun yang lalu, parents aku pergi menunaikan fardhu haji tahun lalu pula, parents in law aku dan Mr. Ejump pergi. huhuhuhu. Masih teringat-ingat lagi saat berjauhan sejauh itu dekat dua bulan. Jauhnya~~~ Rindunyaa~~~ Anyway semuanya sudah selamat. Tahun ne raya haji lagi excited sebab Mr. Ejump last minute dapat cuti dan boleh lawat aku di sini.

Excited kan, kannnnnnn. Mula-mula plan A dulu memang mahu dia mahu datang, terus urus semua baby cot. Baby cot jadi pikiran sebab dia jauh dan perlukan kereta sewa untuk angkut. Tapi tiada service untuk kereta sewa sebab orang tengah cuti raya haji. Okey we decided nanti yang aku balik KK tu, Mr.Ejump turun sini kami sekali harunglah, pergi ikea, pergi KL then balik KK. Memang penat tapi kena cepat sebab minggu tu aku 32 minggu. After 32 minggu aku kena refer MAS panel clinic untuk fly. Tapi hati aku memang nda sedap, aku yakin ada yang nda terbeli ne nanti. Keadaaan aku begini aku nda rasa aku boleh jalan lama-lama.

Then last week, Mr. Ejump tanya lah selama aku cuti raya haji ne ada orang kah di rumah? Mana tahu  yang lain balik kah apa. Alhamdulillah memang housemate aku semua ada di rumah. Tapi dia cakap, dia macam mahu datang juga. Sekali kawannya sudah apply cuti duluan. Hurrrmmm, banyaknya halangan. Nda lama lepas tu, kawannya nda jadi cuti. Yipppiiiiiiiii. Terus beli tiket nda boleh main tiket standby sebab dia datang ngam-ngam raya haji ne hari Jumaat. Takut tiada tiket. Kalau sudah Allah tentukan begitu, macamana kita merancang pun tetap juga mengikut apa yang Allah tentukan.

Alhamdulillah, syukurrrr. Adalah semangat aku sementara menunggu hari aku bercuti panjang, dalam lebih kurang 16 hari. Nda sabar sudah ne. Sakit pinggang yang amat-amat. Kaki ada bengkak sikit mungkin terlampau jauh kan jalan kaki. 

So, dia datang nanti kami nda urus dulu baby cot itu dua minggu lagi. So kira nda la kami rushing sangat. Kali ne aku janji barang baby complete 85% masa turun KL kali ne. 5% baby cot lah. Anotehr 10% toiletries gitu lah. Apa kejadah aku mahu angkut besen-besen mandi baby dari KL, unless ada yang portable. hehehehe. Beli di KK jak nanti. Macam aku cerita sebelum ne last month punya shopping lebih kepada survey masih blur apa mahu beli. Ada sedikit penyelasan. Padahal list sudah prepare arr. Sighhh. 

Lepas tu boleh lah aku beli sikit barang untuk aku ber online shop balik. Online shop aku lama juga tiada new stock. Kira kami kena mula balik ne, doakan semuanya berjalan lancar. Wahhh, aku suka sibuk. Ya la nanti dirumah tunggu deliver punya boring tu tiada mahu buat apa. At least nanti ada benda aku mahu bungkus-bungkus and so on. InsyaAllah doakan semuanya berjalan lancar. Selamat Hari Raya Aidiladha semua. Dalam hidup mesti kita ada pengorbanan kan. Inilah pergorbanan aku. Semoga anak ku tahu satu hari nanti pengorbanan ummi dan baba nya. Jangan pernah putus doakan aku selamat bersalin, berpantang dan membesarkan si kecik ini. Amin ya rabbal alamin.


Read more...

Thursday, October 11, 2012

Baju Si Baby

As Salam,

Semalam Mr. Ejump off day, itu pun selepas semalaman tidur di tempat kerja. Sian kan. Malam tu after dia dah rehat-rehat, dia hantar mms dengan aku. o0o0o rupanya si kawan tengah kemas  baju-baju baby yang dibeli hari tu. Berapa lama sudah baju-baju tu dalam luggage tersimpan rapi. Kalau aku selalu sampai rumah terus bongkar, sakit hati tengok ada barang dalam luggage. Nda kisah lah baju kotor ka atau barang baru. Okey ne gambar yang Mr. Ejump mms kan. 


Kiutkan, masa dapat mms tu, I felt so bad sebab bukan aku yang kasi kemas-kemas semua tu. Apa daya aku jauh di sini. Mr. Ejump cakap sambil gantung-gantung dia sambil ketawa-ketawa sendiri sebab baju budak ne kiut-kiut kan. Ada satu baju favourite dia, yang Fisher Price romper, ada gambar lion besar. Kiut betul. Hari tu aku nda banyak beli romper sebab dalam pikiran aku macam susah jak pakai romper-romper masa baby masi kecik ne. Plus kalau yang pendek bawah tu kena beli seluar lain atau legging. Macam sama jak kan beli two pieces gitu. Tapi bila sudah sampai rumah, terus terpikir okey apa kan beli romper lengan pendek, bawah pun pendek pakai masa bedung. Nda lah baby rasang sangat kan. Haisshhhhh apa lah aku ne. Nda apa aku sudah target romper Mothercare yang memang khas untuk baby newborn ne. Since dia sangat cotton. Maksud aku cotton dia lembut gitu lah. Dalam pack tu ada dalam 7 pieces. So betul-betul done la baju baby untuk di rumah. Kita focus baju jalan pulak. Walaupun aku tekad nda mahu bawak baby keluar sampai dia at least lima bulan. Tapi pergi clinic consider keluar la kan. Sian baby pakai baju rumah jak nanti.

Aku nda dapatlah share semua yang aku beli sini sebab itu namanya mahu kena marah oleh Mr. Ejump suruh ambil gambar satu-satu then semata-mata mahu update blog. hehehehe. Tapi semua barang baby kiut kan. Tema barang-barang baby should be merah. Tapi susahnya cari warna merah ne. Blue for boy, pink for girl. So typical colour for each gender. Haishhhh. Tapi kasut pertama baby kami pilih merahhhh. Mula-mula mahu beli yang dia boleh pakai masa tiga bulan. Tapi apa kejadah di rumah pakai kasut. Jadi bapak eh beli yang untuk pakai enam bulan. Kalau aku share kasut tu confirm kamu pengsan sebab terlampau kiut. Kasut ne aku tahu kewujudan dia untuk baby since aku tingkatan empat masa kerja di kedai kasut. Lepas tu memang pasang niat mahu beli lah. Mr. Ejump pulak lagi excited since dia pun dari zaman remajanya pakai Converse. Nda sabar mahu balik KK mahu sium-sium kasut tu. hahahaha

Serius aku cakap memang sikit barang aku beli. Nampak gambar bawah tu adalah kain bedung baby. Aku try so hard cari yang selesa sebab budak sekarang mana suka kena bedung kan. Aku jumpa lah di Mothercare, walaupun harga dia nda logic untuk kain bedung tapi aku pikir keselesaan baby. Nampak kan hanger budak tu, masa di Ikea aku nda jumpa hanger budak, hanger ne pun beli sebab rasa bersalah buat kad Toy r us free tapi nda beli apa-apa. huahuahuahua. Mr. Ejump mahu juga buat kad tu sebab persediaan untuk beli mainan anaknya. Untunglah baby nanti, sebab bapak eh memang minat toys. Silap-silap nanti dorang belilah transformer semua tu. Mamak eh jugaklah yang berpeluh-peluh nanti. Hanger tu banyak sebab buy two free one lagi pun dia babies r us. Bapak eh dengan mamak eh punya hanger beli di kedai dua ringit jak. wuaarrghhh. 

Okeylah sampai sini dulu, entry seterusnya lama lagi kali sebab Mr. Ejump nda jadi datang sini masa raya haji due to susahnya mahu cari kereta sewa, semua balik kampung. Jadi sekali harung jak masa aku pun terus mahu balik KK. Biar lambat asal selamat. Kahkahkah.Ohya jan la assume yang kami beli semua barang mahal-mahal. Kecil hati mamak eh. Teda niat pun mahu kasi spoil baby dari kecil. Semua baju yang aku beli hari tu most of them bawah rm20 kecuali baju untuk aqiqah/jalan. Yang baju rumah semua brand macam Pigeon, Anakku gitu lah. Kami pun tahu berjimat bha jugak.

Note :: Tengok hanger pun tahu da kan apa gender. Apa pun semoga semuanya selamat.


Read more...

Friday, October 5, 2012

Detail Scan Pun Sudah :))

As Salam

Khamis lalu Mr. Ejump datang sini untuk melawat bini yang sarat dan banyak cakap ini. Dia sampai dalam jam 12.30 pm aku pula half day. We met at Putrajaya Sentral terus lunch terus ambil kereta sewa terus gerak pergi Sri Kembangan untuk detail scan. Fuuuhhhh, memang jauh perjalanan kami. Macam biasa lah gps la penyelamat semua. Tapi bagi aku Mr. Ejump memang hebat juga, dia siap cakap malam ne pun kita boleh pergi Sogo. hahahaha. Janganlah mengada mahu bawa kereta pergi KL. Cari pasal namanya. 

Okey sebenarnya mahu cerita pasal detail scan hari tu. Aku buat booking dari sini 3D 4D Scan, ne Fan Page 3D 4D. Ada tiga tempat yang boleh kita pilih. Aku pilih Poliklinik An-Nisa, Sri Kembangan, since dekat dengan Putrajaya. Appoitment aku jam 4 pm. Scan akan dibuat selama 20 minit. Untuk yang mahu tahu detail scan itu apa, ne baca sini. Sebenarnya kena buat dalam 20-24 minggu. Aku kira lambat sikit lah, ne jak masa yang sesuai. Sonographer cakap, dia cuba dapatkan result yang terbaik. Alhamdulillah, semua nampak. Detail scan ne more kepada tengok yang di dalam-dalam. Jadi banyak lah bahasa yang buat kita ternganga. hahahaha. Aku nda tambah 3D 4D scan sebab hari tu sudah buat masa 20 minggu. 

Syukur kepada mu ya Allah, semuanya InsyaAllah normal dengan izin-Mu. Dia tunjuk lah bahagian otak, hati, jantung, kira jari-jemarinya. hehehe. Yang best sonographer tu laju jak cakap, "see nampak dia punya 'tut', eh tahu kan baby apa". Aku terus tengok Mr. Ejump, berabis sudah dia tahan ketawa. hahaha. Sebab dia yang berabis mahu surprise. Lucuuuuuu, aku kan nda kisah. Lagi pun gerak hati aku kuat yang dalam ne apa gender. Semua result pun dalam graf, maksudnya nda lah kurang atau terlebih perkembangannya kalau ikut umurnya sekarang. Alhamdulillah. Syukur yang nda terkata. 


Then we rushed terus pergi Ikea, tujuan utama mahu survey untuk baby cot. Okey tahu sudah mana satu yang mahu angkut next month. Baby cot, mattress and stroller will be ship to KK. InsyaAllah. Since harga baby cot di Mothercare KK jauh lebih mahal, kami decided ambil juga dari Ikea sebab termasuk shipping pun jauh lebih murah. Boleh beli dua. huhuhuhu. Kami shipping jak semua termasuk baju-baju yang aku angkut dari KK untuk aku pakai as maternity wear aku. Sebenarnya semua tu baju jalan aku. Jadi semua akan dihantar balik KK. Kami nanti dari KL terus balik KK nda patah balik Putrajaya. InsyaAllah baby, sikit masa lagi kita balik. Biar susah sekarang nanti kita rehat puas-puas. Makan sedap-sedap.

Lepas tu baju-baku baby sudah beli tapi sikit jak. Sangat sikitttttt. huahuahuahuaa. Aku blur sebab nda tahu mahu beli apa. Even ada list. Pengalaman pertama kan. Nda apa lah. Next month masih ada. Peluang terakhir sebelum balik KK. Tapi percayalah balik KK ada lagi tu gatal-gatal mahu dibeli. heheheh

Okeylah sikit perkongsian ja. Seminggu lagi aku akan masuk 3rd trimester. Cepatnya masa berlalu kan. Semoga semuanya selamat. Doakan aku bersalin dengan selamat di KK. Orang cakap tujuh bulan boleh ready sudah barang baby untuk bawa ke hospital. Gullppp??!! Okey ada dua pasang baju, dua booties and mittens dia dan satu topi aku ready di sini. Nanti Aku beli pampers and towel bikin spare. Mr. Ejump cakap anything happen dia akan rushed ke sini. Phewwww, bikin gementar. Tapi please kawan-kawan doakan aku. Sebulan lebih lagi mahu balik KK. Okey share sikit gambar masa hari tu.


Nda sabar rasanya tunggu baby cot kena shipp pegi rumah
yang best sekarang kekuatan makan kami sama.
If dulu nda abes, dia tolong kasi abes.
Sekarang aku lah tukang kasi abes.
hahahaha
kekasih awal dan akhir ku
hehehe
@ H&M
banyaknya baju budak cantik2
will be back next month


Read more...

Thursday, September 20, 2012

Senyum Dalam Hati

As Salam,

Lamanya tiada benda mahu di share dalam belog ne. Rasanya mahu sebulan sudah di Putrajaya tanpa balik ke KK atau ke mana-mana. Bosannya di rumah. Nda apa lah, sikit masa lagi, sikit lagi. InsyaAllah :))

Dalam keadaan aku berbadan dua dan tidak balik KK sekerap dulu, kalau aku update belog maksudnya Mr. Ejump mahu berkunjung  la tu ke sini. hehehehe. Tapi lama lagi, tujuh hari lagi. Ada satu kali weekend lagi mahu ditempuhi. Sabaaarr. Sabaaarrr~~~ Sepatutnya dia datang Khamis sampai Ahad. Tapi semalam dia cakap Isnin jak lah dia balik. nda mahu rushing kunun. Alaaa, sayang laah tu. hehehehe. Yeaaah, nanti Mr. Ejump datang sini mahu makan sedap-sedappppp. Dia cakap makanlah sampai terkeluar-keluar dari hidung ka dia nda kisah. Sebenarnya, ini tiada kaitan aku pregnant, memang aku ada perasaan mahu makan macam tu. Tapi di sini aku seorang-seorang nda kan lah aku mahu makan macam-macam sekali order. huhuhuhu. Lagi pun makan sendiri semua nda sedap. 

InsyaAllah, kami kami start beli barang c baby. Macam aku nda percaya aku belum beli satu apa pun. Masuk 25 weeks sudah ne besok. Kira minggu depan sekali beli, next month sekali beli terus balik KK. Balik KK plan tiada sudah beli apa-apa, tinggal ukur-ukur jalan jak. Almaklumlah YB lama nda turun padang. Banyak kawasan mahu dilawati. hehehe Plan mahu tengok movie dalam seminggu tu 2-3 kali, lepas tu makan sedap-sedap. Sebab lepas ne ada baby, tempoh matang honeymoon sudah berakhir. hehehehe. 

Okeylahhhh, cepatlah masa berlalu. Mahu balik KK. Share satu gambar masa 23 weeks hari tu. Mula-mula mahu share pasal minum air gula hari tu, tapi malaslah. Nasiblah, aku seminggu tu sudah set benda tu rasa dia yang teruk seteruknya. Sekali minum macam ribena terlebih gula jak pun. hehehehe. Plus pahit sikit. hehehehe. Jadi bila aku set pikiran satu benda tu at the worst situation, bila benda tu di bawah level jangkaan aku. Aku okeeyyy. Alhamdulillah. Aku nda muntah. Aku kena minum air gula sebab berat badan naik 3.8kg dalam masa sebulan. huhuhuhu. Jadi sekarang aku kena tempuhi jarum menjarum lagi. Selasa depan okey, macam mana aku set pikiran aku ne. Aku takut. Sakit kah tu, kalau ambil darah sakit sekejap kalau jarum kancing gigi sakit lama. huhuhu. Okeyy byeeeee

23 weeks of me
cepat babyy besar kita jalan pergi 1B
:


Read more...

Monday, September 3, 2012

Masih Ada Yang Sayang

As Salam,

Sehari sebelum aku balik KK untuk hari raya. Aku dan Mr. Ejump sempat bermalam semalam di KL. Tidak lain tidak bukan untuk shopping. Padahal kami tiada beli barang untuk kami pun. Aku just beli satu beg basahan. Itu pun sebab dia warna purple yang sangat rugi kalau aku tiada. Rupanya nikmat betul rasa bila kita shopping totally niat untuk family. Sebelum ne bukan nda pernah, cuma sebelum ne sekali beli dengan barang-barang kita. Kali ne sanggup cuti semata-mata beli untuk family. Rasa nikmat tu, Allah jak tahu. 

Okey aku bukan mahu cerita pasal hari shopping kami tu. Paling kenangan aku rasa. Sebab aku tiada pun terambil gambar. Mula-mula sampai hotel semangat sudah ne. Siap ambil gambar bilik segala. Sekali sudah start jalan malasssss sudah aku. Chisssss. Nyesal aku. Ok lepas ja check in. Hujan turun dengan lebatnya. Tapi masa nda cukup sudah. Kami sudah plan mahu pergi Midvalley. Masa tu kami stay di Frenz Hotel, Jalan Tar. Mr. Ejump mahu naik taxi due to keadaan aku yang membawa perut lagi. Aku bukan nda mahu naik. KL tengah jammed gila masa tu. Kurang seminggu lagi mahu raya. Jadi kami jalan slow-slow la naik LRT.  Dari Jalan Tar ke KL Sentral tu aku nda risau. Aku risau bila naik KTM dari KL Sentral ke Midvalley. Keadaan dalam tu akan sesak sampai orang-orang asing ne sengaja kasi rapat-rapat badan dorang dengan kita. Iskhhh!!!  Untuk naik dua-dua transport ne jangan harap tempat duduk okey. Orang lagi sanggup kasi duduk beg dorang dari manusia yang duduk. Okey ingat statement aku ne okey. hehehe

Then naik lah kami untuk ke KL Sentral. Masuk jak kami train memang penuh. Tiba-tiba ada satu chinese  man berdiri bagi aku tempat duduk. Wo0ooww aku terkesima. Tq man. Hehehe. Lepas tu, yang menakutkan aku naik KTM ke Midvalley. Sekali masuk jak train satu kakak terus tarik aku duduk tempat dia. huhuhu. Masa tu one indian boy pun terus berdiri. Jadi kakak tu nda payahlah bagi tempat dia sama aku. Aku duduk sebelah kakak tu. hehehe. Bestnya perasaan ne. Boleh duduk. hehehe. Lepas tu Mr. Ejump sudah pesan, jangan kasi lepas tangan nya masa keluar. Based on previous experiences, orang yang masuk train akan tolak-tolak kita. Nda peduli kita mahu keluar. Dan ajaibnya, masa sampai. Tiada langsung orang yang sesak-sesak mahu masuk. Dorang bagi orang yang keluar jalan dulu. Okey berapa lama aku nda turun KL ne? Aku rasa nda sampai sebulan. Mungkin nikmat bulan Ramadhan kan. Even yang non muslim pun merasainya. hehehe

So itu jak aku mahu kongsi. Rupanya rakyat Malaysia masih ada yang baik-baik. Masih ada yang bertimbang rasa. hehehe. Lepas berbuka di Midvalley, kami balik untuk ke pasar Jalan Tar tu. Masa sempat ke Sogo jugak. First time kami terstuck di area Jalan Tar tu almost 10 minutes tanpa bergerak. Macam jammed kalau di jalan tu. Tapi masalah nya ne jalan kaki. Bayangkan betapa sesaknya masa tu. Ampun aku, nasib aku nda pengsan masa tu. Hujung bulan ne InsyaAllah akan berkampung lagi di KL, tunggu Mr. Ejump datang. InsyaAllah mahu cari barang si baby. Masa tu da 6 bulan lebih. Bagi first baby macam lambat kan kami buat persediaan. hehehe. Biasalah kalau PJJ ne. Tapi aku nda tahu pun mahu beli apa. Last-last aku beli barang aku jak nanti. hehehe

Eh, ne consider entry raya la kan. Okeylah selamat hari raya semua. tahun ne tiada gamabr since Mr. Ejump keja full syif masa raya pertama. Semua bergambar dengan family masing-masing. Aku forever alone jak. hehehe. Mr. Ejump cakap tahun depan dia cuti sebulan untuk raya. hahahaha

ne sepupu Mr. Ejump yg paling kecik.
Paling mencuit hati.
Mau jak dia pakai tudung. Kiut yg amat-amat
mcm tweety bird. hehehe
Note :: Mr. Ejump cakap bertahun-tahun dia membawa perut nda pernah pulak orang bagi dia tempat duduk di mana-mana. hahahaha

Read more...

Wednesday, August 29, 2012

Teruna Atau Dara

As Salam

Hari tu berkesempatan balik KK terus sambung check up di Rafflesia. Jumpa fav doctor, Dr. Sutha. Mula-mula mahu buat detail scan, sekali masih awal. Kalau mahu buat pun boleh jak, tapi sekalinya appointment untuk detail scan sudah full untuk sepanjang masa yang aku di KK. So ambil 3d/4d scan jak lah. Kecewanya Mr. Ejump nda dapat join sebab dia kerja masa tu. Sampai doctor pun cakap, "Doctor jumpa your husband satu kali jak kan, nda apa lah suruh dia tengok tu dvd jak". hehehe

Alkisahnya, kami scan just mahu tengok baby dalam keadaan sihat. Perkembangan dia okey ka nda. Kami nda mahu tahu gender dia. Walaupun aku gatal-gatal hati mahu tahu. Mr. Ejump siap pesan sebelum keluar kereta masa depan hospital. :Bagitahu Dr. Sutha, kita mahu surprise". huhuhuhu. Masa scanned Dr. Sutha cakap, "Doctor nampak sudah ne apa". Cepat-cepat aku potong cakap dia, "Doc, let it be surprise". Doctor was laughing and said "okey2, nanti balik rumah kamu tengok-tengoklah sendiri mana tahu nampak". 

Kami  nda kesah pun, baby boy or girl. Asalkan dia sihat itu sudah cukup bermakna. Berat aku 64.7 kg. Berat baby 495 gram. Doctor cakap, uri aku macam di bawah sikit. Tapi masih terlalu awal, masih boleh naik  lagi. Doakan aku dan baby terus sihat dan kuat menghadapai apa sahaja. Kalau ikutkan last aku boleh naik flight masa 32 weeks, which is minggu pertama Nov (kalau nda silap kira lah). Ini sudah hujung bulan Ogos, jadi dalam 2 bulan lebih lagi la aku kerja. Lepas tu cuti panjang lerrrrrr. Ramai advice suruh ambik cuti menyusukan anak. Nantilah aku pikir, kita chill-chill dulu bha kan baby. Last minit macam selalu punya plan. hahahaha

Ohya sekarang aku sudah 22 weeks. Baby semakin rancak bertendang-tendang dalam perut. Paling aktif kalau malam. Start jam 9 malam gitu, memang acara bergusti. Lagi satu aku makin kuat terbangun sebab rasa perut ketat semacam. Masa di KK hari tu, tiba-tiba aku dilanda cramp yang teruk. Malam-malam tiba-tiba bunyi orang menangis rupanya kekejangan. Takutnya kalau kena di sini. Tiada orang mahu tolong. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan ku di sini. 

Okeylah, mahu share video scan hari tu. Mana tahu ada yang nampak boy ke girl. Bagilah tahu. Aku macam nampak, tapi aku kan tiada kepakaran. Pandai-pandai jak. hehehe. Bilang mahu surprise tapi still jugak mahu tahu. Dushhh dushhhh




Read more...

Tuesday, August 14, 2012

All my bags are packed, I'm ready to go

As Salam,

Sepatutnya aku nda balik raya kan. Sepatutnya dalam raya kedua atau ketiga Mr. Ejump akan datang sini temankan aku. Tapi malangnya dia kena kerja pula, last year dia sudah cuti raya. Pikir-pikir nda apa lah, next year sudah bertiga dapat pula raya. Tahun depan kira mahu balik Bongawan. Sudah 4-5 tahun aku nda beraya di sana. Okey itu cerita tahun depan.

So, besok insyaAllah kami akan stay one night di KL, last minute plan for shopping. Tapi bukan mahu beli barang sendiri, beli untuk family. Harap-harap sempatlah kan beli semua, since kami ada masa setengah hari sahaja. Besoknya flight dalam jam 4.25 pm. Doakan semuanya berjalan lancar.

Okeylah, kalau sudah touch down KK, belog memang tidak bersentuh. Yang paling busy kan. Okeylah selamat hari raya aidilfitri. Maaf zahir dan batin dari kami sekeluarga.

I'm coming homeeeeeeee~~~

All my bags are packed, i'm ready to go :))


Read more...

Tuesday, August 7, 2012

My First Trimester Memory

As Salam

Hari ne mahu cerita kisah sepanjang first trimester aku. Actually aku nda berapa ingat sudah, yang selalu kasi ingat Mr. Ejump lah sebab dia pun terkena tempias nya. hehehe. Errrrmm, ambil masa ne mahu ingat satu-satu. Mula-mula tahu tu, tiada muntah-muntah atau pening-pening. Cuma perubahan hormon yang orang cakap selama ne tu, aku dapat rasa lah. Sesuatu yang nda boleh diterangkan. Kadang-kadang rasa kepala di bawah, kadang-kadang kaki di atas. Mahu nangis, kadang-kadang mahu ketawa tanpa sebab. 

Bila start masuk minggu ke 10 gitu, tiba-tiba diserang gastrik atau pedih ulu hati yang sangat teruk. Malam tu aku makan zinger burger kfc, dia kan pedas. Terus aku diserang sakit perut. Start hari tu, setiap petang dalam jam 3pm-5pm aku akan muntah semuntahnya. Aku terpaksa jugak makan kuih kah apa kah supaya aku ada something untuk kasi muntah. Pagi-pagi aku akan okey. Begitu la sampai masuk minggu ke 12. Seksa sangat. Sampai nangis-nangis dalam bathroom. hehehehe. Masa tu, mahu tidur nda boleh pakai kipas, pakai aircond pun dalam 26-27 temperature dia. Mesti mahu taruh minyak kayu putih di perut dan tapak kaki. Lepas tu pakai stokin. Kalau nda pedih ulu hati tu bertambah-tambah teruk. Bila masuk tiga bulan, Alhamdulillah muntah-muntah berhenti, stokin pun nda payah pakai. hehehe. Tup tup pulak aku kena demam panas yang teruk. Nda boleh bangun. Mahu seminggu juga baru kebah. Lepas tu aku sudah selamat sampai di sini. Alhamdulillah berseorangan di sini baby bagi kerjasama yang cukup gigih. 

Bagi yang kena pedih ulu hati yang teruk macam aku, try jangan ambil makanan pedas langsung even cili sos. Lepas makan pastikan dalam posisi duduk selama 2 jam. Jangan terus baring. Kalau aku makan jam 1 pagi. sanggup aku dalam jam 2 lebih baru tidur. Minum madu pagi-pagi sebelum menjamah makanan lain. Orang cakap minum susu pun okey kan. Aku pula menolak susu start yang aku muntah-muntah tu sampai baby 4 bulan baru aku start balik. Mesti baby rindu mahu minum susu. Sekarang lepas minum susu mesti baby tendang-tendang. hehehhe

Selama tiga bulan pertama, aku tiada mengidam yang pelik-pelik. Aku boleh cium bau-bauan kecuali asap. Aku boleh memasak. Semua lah boleh. hehehehe. Cuma yang pelik aku nda suka shopping sampai lah sekarang. Pernah ingat masuk mng di 1b, terus rasa mahu muntah. Sekarang boleh sudah lah masuk-masuk tapi mahu beli. Memang tiada. Nafsu membeli sudah tertutup. Baju pregnant pun aku tiada beli lagi, semua pakai apa baju yang aku ada. Memang kah ada orang begini masa mengandung? Macam aku tengok Mr. Ejump yang berabis membeli. hehehe. Ehh ehh ehh besok birthday nya. hehehe.

Okeylah next time aku share lagi k. Sekarang aku 19 weeks suda. Nda lama 20 weeks. Half way to go baby. Nda sabarnya. Nda sabar mahu cuti lagi. hehehehe. InsyaAllah dipermudahkan segalanya. Doakan kami k :))

Read more...

Friday, August 3, 2012

Two Years Of Happiness

As Salam,

Sebelum aku cuti 2 bulan di KK hari tu, aku memang bercadang juga mahu ambil gambar studio. Masa kahwin kami nda sempat mahu pre ka post ka even gambar studio. So we decided mahu ambil untuk second anniversary. Lepas tu mahu buat canvas frame. So bila aku bercuti dua bulan di KK hari tu, kira macam good opportunity lah. Tapi di sebabkan morning sickness, aku tangguh-tangguh sampai tinggal beberapa hari mahu balik Putrajaya. hehehe. Last minute bebeehh!!. Masa ne aku start sudah mahu demam. Malam tu terus pecut pergi clinic. 39 darjah celcius la juga suhu aku. Oo0o0o nda mahu demam macam tu lagi. Rasa macam kena chicken pok ne. Okeyy jauh betul sudah cerita padahal mahu share gambar-gambar. Actually gambar-gambar tu mahu dekat 2 minggu sudah dapat. Tapi malangnya, Mr. Ejump hanya ada netbook sekali sampai sini aku pun ada netbook jak. Netbook mana ada cd/dvd reader. Terus kami kecewaaa. hahaha. Terpaksa lah tunggu di office, itu pun bukan semua pc ada dvd reader ne. Aduii banyaknya aku bercakap/menulis. Mr. Ejump cakap macam mana lah anak nanti. Kalau kuat pok pek  pok pek macam aku juga. Bercakap macam kereta api. hahahaahha. Okey tengok gambar lah.

















Okey kalau siapa-siapa area KK mahu gambar studio with reasonable price and packages. Boleh pm aku nanti aku bagi contact no. My make up done by my sister in law. Boleh tengok blog dia untuk make up tutorial. Selalu kawan-kawan tanya aku beli dress di mana. Kali ne tanya beli cincin di mana. hahahaha. Macam biasa aku akan share di mana maw dapat.

Tudung bawal from Nadia Hijabs
Cardi from mng
Maxi dress from The Poplook
Pump shoes yg sudah buruk from Vincci
Giant love ring from Vincci

Notes :: masa ne 13 weeks kalau nda silap. gambar sebenarnya banyak lagi, tapi nanti berat belog aku. Share sikit sudahhhh. Terus ada orang tanya macam mana aku boleh pujuk laki aku bergambar begini. hahahaha. Entahlah kali aku pregnant jadi dia ikut jak lah. Dia cuma minta beli game ps3 10 games. hahahaha. Tq for reading bebehh :)))


Read more...

Thursday, August 2, 2012

Hartz Chicken Buffet @ Sunway Pyramid

As Salam

Excited ne mahu cerita. Semalam lepas kerja (since Mr. Ejump masih ada di sini), kami terus pecut keluar Putrajaya. Target mahu keluar Putrajaya sebelum jam 5pm. Nasib baik, aku memang habis kerja jam 4.30pm. Berbekalkan kereta yang disewa dan ipad yang telah bertukar menjadi gps dan sedikit ingatan Mr. Ejump yang pernah belajar di KL, kami ke Sunway Pyramid. hehehehe Since the day before kami pergi The Mines. Sangat mengecewakan, kedai nda best. Tiada apa boleh di shopping kan. Tapi  baju-baju raya dia cantik, okey menyesal nda beli. 

tiba2 nampak ada papan tanda ada tol.
terus terpanic sbb sabah mana ada tol. hahaha
bila maw sampai sudah, Mr. Ejump cakap
"buat muka besa  byr tol syg"
aku apa lg tahan2 ketawa lah

Alhamdulillah, gps tu sangat membantu. Aku pun kena alert dengan papan-papan tanda yang ada. Sebenarnya tujuan lebih kepada mahu berbuka di Hartz Chicken Buffet. Dari duluuuuu, sebelum-sebelum kahwin lagi, Mr. Ejump selalu cerita dia sama-sama kawannya makan buffet ayam yang berabis ne. Masa dia belajar di Sarawak pun ada ne kedai. Masa dia study KL pun dorang selalu pergi setiap kali elaun keluar. hehehehe. Jadi akhirnya dapat jugak kami makan sini. Puas hati lah makan. Tapi nda lah buffet macam di hotel. Harga pun murah RM30  per pax. Makanan pun sedap. Ayam spicy dia sedap (cakap sambil berliur-liur. Betul!!!). Memang kami makan puas-puas sampai sahur tadi pagi pun Mr. Ejump masih kenyang. Aku pun semalam tiada perut bunyi-bunyi macam selalu. hehehehe. Nasib puasa, kalau nda aku boleh makan banyak dari itu lagi semalam tu. o0o0o we will be back for sure. 
Bolehkah sekali orang eja nama aku betul
hahaha
Addduhh maw lagik
plszzz
rasa2 berapa piring kami??
Apa yang ada di sini adalah makan-makanan berasaskan ayam atau dicampur ayam. Ada nasi, spaghetti, cakes, salad buah segala jenis salad ada. Air pun macam-macam. Ayam ada goreng biasa, spicy, roasted, masak kari lah macam-macam lah masakan yang aku nda tahu. Dulu Mr. Ejump cakap ada aiskrim lagi. Sekarang tiada la pulak. huhuhu. Orang memang ramai, kena book awal-awal. Aku booked thru phone.

Seadanya Mr. Ejump di sini memang aku rasa happy jak, dapat jalan-jalan. Walaupun aku tiada minat shopping sejak c Baby ada ne. Jadi semalam abah nya jak lah yang berabis. Yang penting seluar baldu Levi's yang kami sudah cari satu KL nda jumpa, akhirnya ada di Sunway Pyramid. Last pair!!!!!!!! Aduii aku yang happy. Walaupun bukan aku punya. Aku langsung tiada minat mahu beli apa-apa, nda macam selalu. Dalam hati just mahu beli baju kurung untuk raya. Then aku jumpa Roxy & Qs for baby and kids. Selalu kalau jumpa pun untuk budak-budak besar. Ne untuk umur 1 tahun gitu pun ada. InsyaAllah soon. Ohya, if u all expect aku suda beli-beli barang baby, u are totally wrong. Perasaan aku kalau boleh seminggu before deliver baru beli. hehehe. Tapi mana jugak boleh gitu kan. Tunggu lah masuk 7 months. Okeylahhh, makin lama makin teringat makanan-makanan di Hartz tu. hehehehehe

maafkan org baru lepas kerja ini
tukar skirt kepada seluar jak
*18 weeks*

Notes :: Since kami 1 kali jak pernah pergi sunway lagoon. Itu pun dari KL naik public transport. Ne kali kami sudah plan mesti mahu pergi lagik. Mr. Ejump nda sabar-sabar sudah ne. Aku pun rasa sebelum perut makin besar baik kami pegi kan. Kami siap plan jam berapa maw jalan. Terus konon sampai tutup Sunway Lagoon terus singgah Hartz Chicken Buffet lagi. aaawwww

Read more...

Sunday, July 29, 2012

Ramadhan Kali Ini

As Salam

Since datang Putrajaya ne, jarang-jarang dapat idea untuk belog. Lagi pun sekarang Ramadhan, macam life a little bit rushing. Padahal urus diri sendiri jak pun. Sambil ditemani geli-geli dalam perut. Hehehe.

Nampaknya, Ramadhan kali ne Ramadhan ke empat aku di Putrajaya, belum ada rezeki pindah KK. Nda apa lah bha kan. Yang lebih special nya tahun ne, aku nda balik KK untuk raya. Trauma la mahu naik kapal. InsyaAllah Mr. Ejump datang sini pulak. Since we we don't have any relatives sini, kami mahu pergi somewhere la. Having babymoon orang putih cakap. Nda tahu pun mahu pergi mana, yang penting nda jalan jauhlah.

Errmmm, itu nanti kita cerita. Sekarang baby masuk 18 weeks suda. 2 weeks lagi mahu 5 months. Cepatnya masa berlalu. Kadang-kadang tengok perut, keciknya. Tapi try to google for belly photo untuk 17weeks ngam la macam perut aku. Tapi everytime mms Mr. Ejump my belly mesti dia cakap besarnya sudah. Then hari tu, tengok gambar hunnymadu, perutnya pun kecik. Padahal maw 5 months suda. So, i believe that 1st pregnancy memang la kali kecik sikit kan. Orang pun cakap pipi maikin tembam, nampak macam sama jugak. Aku nda banyak gambar dalam bb, semua bergambar guna hp Mr. Ejump. Hehehe

Ohya, I got my first review here, di Klinik Kesihatan Presint 11,Putrajaya. Alhamdulillah, keadaaan Klinik Kesihatan di sini ok, lebih-lebih lg yang ini. Dekat jak dengan rumah, tapi nda bolehlah jalan kaki. Hehehe. Yang kiutnya, klinik ne dibawah kuarters kerajaan. So bilik-biliknya adalah apartment-apartment. Ala, next check up Mr. Ejump ada, so bolehlah aku snap-snap gambar. Hehehe. Nurses and doctor pun nda la garang as i ever imagined. Huhuhuhuhu. Maybe sini nda ramai orang kan.

Kalau orang tanya aku sudah rasa baby gerak-gerak kah? Aku rasa macam belum. Orang cakap macam rasa gelembung-gelembung gitu pun dia la tu. rasa macam perut berangin. Kalau gitu adalah. Tapi rasa real kicking tu belum. Soon bha kan baby. Hehehe. Tapi yang aku tahu, kalau aku baring sebelah kiri, aku akan rasa something macam kepala bergesel-gesel yang buat aku nda selesa dan geli-geli kadang-kadang sampai mahu terkencing. Terpaksa lah mengiring sebelah kanan tidur. Kadang-kadang aku paksa ja, mana tahu perasaan aku jakkan, tapi memang nda boleh. Macam kena geletek-geletek manja. Hehehe. Okey lah. InsyaAllah besok Mr. Ejump datang sini. Empat hari jak pun, tapi sempatlah bawak aku pergi klinik. We plan macam-macam ne. Hehehe.


Note :: Tulis belog menghilangkan rasa gemuruh dan nda sabar sebab besok laki datang. Hehehe.


- Posted using BlogPress from my iPad

Location:Jalan P11,Putrajaya,Malaysia


Read more...

Tuesday, July 24, 2012

Kempunan Pindah KK



As Salam

Sejak balik dari bercuti dua bulan di KK ne macam putus sudah idea aku mahu berbelog ne. Huhuhuhu. Okeylah just want to share, masa aku cuti panjang hari tu. Bapa aku mendesak atau pun dengan bahasa lain dengan kerasnya mahu aku tulis surat lagi kepada JPA untuk mohon lagi supaya aku dapat pindah. Aku nda setuju cadangan itu. Bukan cadangan tapi arahan okay. Bukan apa, bagi aku kalau rezeki aku mahu pindah, pindah jugak tu. penat sudah aku. Kalau rezeki aku di sini, siapa aku untuk melawan takdir tu. Aku pasrah atau lebih tepat terpaksa pasrah. Well, beberapa hari jak lagi mahu tiga tahun sudah aku di sini. Entah dari mana kekuatan itu datang kan.

So, dijadikan cerita semalam datang lagi la feedback dari JPA. By hand lagi. Seperti dijangka, masih tiada kekosongan di Sabah. Hubby dengan sweet talk nya cakap, "it's ok baru sampai 19 Julai. Lepas Pilihanraya ada budget ada la tu pengambilan untuk pptm baru, nanti sayang dapatlah tu pindah". Hehehehe aku dengar semua tu since almost three years ago. Nda apa lah, nda kan semua yang kita mahu kita dapatkan. Masing-masing ada bahagian dia kan. Dalam masuk tiga tahun ne macam-macam suda terjadi kan.

Cuma sekarang aku ada juga terpikir nanti baby lahir, lepas pantang dalam empat bulan gitu, aku kena tinggalkan dia la kan di KK. Ohmaiii, kalau aku bawa sini kalau ada apa-apa kami berdua ja. Sudah sini aku tiada kenderaan sendiri. Lepas tu mahu hantar pergi nursery lagi. Dengan sini ne tidak kurang hebatnya kes-kes. Hurrmmmm. Nda tahu lah. Aku tiada plan apa-apa. Sian baby, bukan kami nda excited mahu jadi parents. Sangat la juga. Nda apa baru 17 minggu. Kita rancang la nanti.

Tapi kalau ikut flow ne, aku yakin aku nda akan pindah tahun ne mahu pun tahun depan. Melainkan dengan izin Allah. Fuhhhhh, takut ja nanti anak sendiri nda mahu sama aku. Tapi hidup jauh-jauh ne buat aku chill, malas mahu merancang, dan berserah saja.


Read more...

Friday, July 13, 2012

InsyaAllah I'm Going Back To KK On November

As Salam,

Entry-entry sebelum ne aku ada cakap kan aku cuti tanpa gaji dua bulan di KK. Jadi aku di KK sejak ujung bulan April. Sampai lah awal bulan Julai baru aku balik Putrajaya. Bila aku balik sini, Mr. Ejump temankan lah. Sebab aku mana larat bawak barang-barang aku sendiri due to si kecil yang membesar di dalam ne. hehehe. So Mr. Ejump pun kasi kawan aku di sini dekat seminggu jugak. To see whether i am ok or not. Alhamdulillah, aku sihat setakat sekarang InsyaAllah akan terus sihat.

Masa lapor diri pun nda begini banyak barang aku
hairan hairannn

So dijadikan cerita, aku datang sini hari Jumaat dalam hari Selasa aku baru kerja jadi sempat la kami berjalan-jalan di KL. Then baru datang balik Putrajaya. Dijadikan cerita lama betul Mr. Ejump di sini aku rasa. Sekali semalam dia balik. Aduiiiiiii punya aku terasa. Pagi-pagi tu aku ikut dia pergi ERL, lepas tu baru aku pergi kerja. Sekali petang balik dari kerja, tiada sudah dia di rumah aku. Sedihnya aku. Kalau selama dia ada di sini, macam-macam aku maw masak. Makan berhidang beralaskan surat khabar jak. Rumah buzang kan. hehehehe. sekali semalam, makan sendiri jak. Lainnya perasan aku. Lepas tu tiada sudah orang maw rebut-rebut ipad. wuaarrrghhh. Buring buringgggggggg
yeah pinjam kereta kawan
round2 pj
huby jugak paling tererrr
Got this from pasar malam pj
potato spring n cendawan goreng
i miss the air tembikai laici
xmaw pergi beli selagi huby nda dtg cne
Teruskan seminggu lepas raya kali baru dia dapat datang sini. Aku tidak digalakkan naik kapal selalu. Lepas tu maw puasa, kesian jugak Mr. Ejump maw datang masa puasa. Penat tu. Lepas tu raya tahun ne dia nda dapat cuti, sebab last year sudah cuti. Wuaarrghhh rindu lahhh rindulaahhhhh :(((

turun KL aku nda berminat maw shopping baju kasut  (surprise kan)
aku just berabis beli casing ja
im happppy happyyy




Read more...

Thursday, July 12, 2012

Our Little Tiny Bump-Bump Inside :))

As salam,

Akhirnya aku buka rahsia yang nda berapa rahsia ne dalam belog keshayangan aku ne. Alhamdulillah, kini aku pregnant lagi. Sudah 15 weeks. Alhamdulillah.  Eh, macam baru ja aku keguguran kan. Yaaa, kronologi sejarah pregnancy aku, selepas 6 bulan tepat bernikah, aku disahkan pregnant dalam bulan Mac 2011, kandungan bertahan dalam 7-8 minggu. Selepas setahun tepat, aku pregnant lagi. Tapi bertahan dalam 5 minggu ja. Tanpa disangka-sangka, nda sampai sebulan aku kembali mengandung. Nda sempat period sudah berisi kembali. Tettttt. Alhamdulilaah. Rezeki yang nda disangka-sangka. Terpanik juga masa buat utp tu. Sampai beli dua kali.

Aku cuti lepas keguguran kali kedua tu, dalam dua minggu lebih jugak la. Lepas tu balik Putrajaya, aku balik KK setiap minggu selama 3 kali. Yang balik ke 3 tu aku rasa macam membengkak mana-mana yang patut bengkak. Period pun nda datang-datang. Sebab kalau ikut keguguran pertama tu cepat jak period. Mr. Ejump balik-balik cakap, aku pregnant lagi. Aku langsung nda percaya. Aku pun beli tester yang paling cikai-cikai. Aku cakap kalau yang cikai-cikai boleh positif, maksudnya pregnant lah. Ya la, ketepatan nya selalu kurang kan. Tup tup keluar 2 line, terteriak terus aku, terlumpat si kawan dari katil. Cepat-cepat maw tengok result walaupun dia nda pandai baca. Lusa sepatunya aku patut balik Putrajaya, besoknya kami keluar lagi cari tester yang ok sikit, Clear Blue yang paling bagus, yang digital terus kasitau pregnant ka tidak, berapa minggu lagi dia tulis. Sah itu pun positif.

1 month pregnant
kenduri kawen

Telefon Rafflesia Hosp. buat appoitment dengan Dr. Sutha, same doc masa keguguran hari tu. masa jumpa dia tu kan, speechless bha maw bagitahu dia aku pregnant lagi. Dia pun, like "wahh cepat ooo". Scan masa tu belum ada apa, tapi rahim menebal. Aku mintak ujian buat ujian darah, 3 hari lepas tu tahu result. Alhamdulillah, aku betul-betul mengandung. Kalau pergi hosp kerajaan kena sindir lagi, "sudah 2 kali test pun kamu masi nda percaya kamu pregnant?". Maw jugak aku cakap, saja maw bagi doc kerja sikit. Kasi berkat sikit gaji tu. ok bye malas maw cerita. So, Dr. Sutha, bagi aku duphaston. Ubat hormon untuk kuatkan rahim.

Panjangnya intro, okeylah siapa sangka cepat betul Allah pulihkan luka hati aku kan. Walaupun aku boleh terima keguguran sebelum ne, tapi sedikit kesal sebab aku nda dapat jaga dari awal. Aku lambat tahu, dan aku banyak benda nda tahu. Kali ne, tahu jak terus cuti tanpa gaji. Berehat sepenuhnya dan terlebih rehat. Hehehehe.
2 months pregnant
tummy mulai nampak suda kan :p
Let me share, masa appoitment ketiga, doc scan nampak sudah heartbeat si baby. Mula-mula aku nda pandai tengok, sekali jelas betul dia berdegup-degup jantungnya. Aduiii punya happy aku masa tu. Scan lepas tu nampaklah dia makin membesar. And ada satu scan, doc start ja letak benda scan atas perut si baby terus jumping. Doc pun terkejut, "your baby jumpingg!". Yang kuat bha dia jumping. Dia excited kali, itulah first time abah dia ikut masuk tengok scan. Hahahahahaha. Lepas tu sepanjang scan tangannya bergerak-gerak macam melambai-lambai tu. aku tanya lagi, "doc, itu tangan dia kah yang bergerak-gerak?". Hehehehe doc pun kasi iya. Doc pun terlebih happy. Balik-balik cakap, "im so happy for u, u all are trying so hard kan".

Sepanjang dalam kereta, Mr.ejump pun cakap, aktif kan baby kita. Kuat jugak dia boleh lompat-lompat. Hahahahaha. The last appoitment with Dr. Sutha, baby sangat aktif. Macam dia gosok-gosok matanya. eee so cuteeee. Sedih jugak masa last appoitment tu. Aku berharap dapat jumpa balik Dr. Sutha untuk deliver nanti. InsyaAllah. Nanti ada masa aku masukkan gambar dan video scan k. Tapi sampai minggu ke 12 jak la, sebab lepas tu aku sambung berklinik d Klinik Kesihatan Putrajaya. Sobb sobbbbb I miss Rafflesia jugak. Sabar la hatii. Sabarr lah.

So, alhamdulillah syukurrrrr ke atas nikmat mu ya Allah, walaupun kadang-kadang rasa berat merasa dugaan-dugaan masa pregnant ne. Dengan ubat yang rasanya mahu sampai 7 jenis pada mulanya. Now berkurang sudah, dengan tiba-tiba dari minggu ke-11, akan muntah setiap petang selama seminggu, sekali jumpa doctor, HB makin turun dan terus rendah. Aku memang cepat penat disebabkan kekurangan darah ne. Adalah doc explain kurang darah maksudnya kurang oksigen itulah selalu tercungap-cungap. Sometimes i can feel like sejuk betul kepala macam tiada udara ne. huhuhuhu Ya Allah permudahkanlah segala urusan ku di sini.

Alhamdulillah  6hb yang lalu aku sudah selamat sampai di  Putrajaya meneruskan perjuangan ku huhuhuhuhu. Doakan aku supaya selamat semuanya, doakan aku tabah menjaga diri sendiri di sini. Ya memang aku excited untuk kandungan kali ini. First baby after 2 missabortion. Tapi nda la over sangat kan. Kalau terlampau-lampau excited dari utp positif lagi aku sudah update di fb atau d belog. Tapi aku memilih untuk berkongsi dengan Mr. Ejump jak. Paling-paling di Instagram. Ada satu hari tu aku publish gambar ubat-ubat aku di Instagram, selalunya aku tick untuk terus link sama twitter tapi aku kali salah tick ter pergi fb. Apalagi ribut la fb ne, dari sana aku nda berahsia sudah. huhuhuhu. Nasiblah masa tu mahu-mahu 3 bulan sudah. Bukan mahu rahsia apa, cuma kami malas kalau ribut ributan. hehehehe.

3 months preggy
not the latest one
tp banyak gmbr dlm hp Mr. Ejump

Note :: Lepas ne tiada maw ambik belly photo aku lagi. The next belly photo maybe masa aku 23rd weeks gitu suda. Tunggu Mr. Ejump datang sini lagik. Belly photo nanti-nanti aku share k? Alhamdulillah terima kasih kepada sokongan semua selama ini. Doakan kesihatan aku dan sikecil di dalam rahim ku :))

Read more...

Thursday, June 7, 2012

Kami Kawan Baik Yang Hebat

As Salam,

Punya lama nda update. Since 27th Mac aku berada di KK, so kalau di KK ne malas betul maw update belog. Walaupun sebenarnya tiada apa-apa yang dibuat di rumah ne. Just fully berehat. Sebenarnya banyakkkkkkk maw diceritakan tapi yang mana sempatlah dulu. Almost a month ago, akhirnya aku dan dan dua orang bffs aku dapat berjumpa. Ya Allah perasaan mahu pergi berjumpa tu macam first date bha. Aku rasa last kami berkumpul bertiga masa kahwin aku, tahun ne bulan September dua tahun sudah aku kahwin. Bayangkan bestfriends kunun tapi mahu berjumpa pun susah. Satu di KK, satu di Putrajaya satu di Jengka. Tapi finally we made it!!!!

Oklah, sebenarnya Jumaat tu kahwin adik bff aku yang satu ne c B'biey. Pasal wedding tu aku update kemudian okey. Oleh kerana aku dan Mr. Ejump stayed di Hotel Tang Dunasty Bay, Sepanggar dan bff aku c Noryn tidur di rumah c B'Biey. Aku plan bawa Noryn singgah 1 Borneo sekejap aku ada mahu cari barang. Tapi sekejap jak, sebab Mr. Ejump syif petang hari tu. Kami nda bawa B'Biey sebab tahu malam tu ada reception sebelah pihak pengantin lelaki lagi. Tapi dia pulak gatal-gatal mahu ikut. Yayyyyyyyyy jadilah date tiga orang tambah satu orang lelaki. huhuhuhu. Tapi at least ada jugak tukang ambik gambar kami.


Nda tahu berapa kali cerita, tapi kami berkawan since like we were 7 years old. Family dorang adalah family aku. Sampai aku kahwin pun hubungan tidak pernah putus. Alhamdulillah, ke sekolah rendah, sekolah menengah, sambung belajar dan sekarang alam pekerjaan kami masih berkawan. Masih sayang-menyayangi antara satu sama lain. Mr. Ejump pun nda pernah halang friendship ni, dia lagi yang selalu berusaha supaya kami dapat berkumpul. hehehehe.

So aku nda tahu bila lagi dapat jumpa bertiga, aku dan Noryn selalu jumpa. Tapi untuk berkumpul bertiga susah betul. Ingat lagi kami pernah menyelinap dari kesibukan raya pertama dan berjumpa di Sugarbun. hahahahaha. B'Biey siap pakai baju kurung lagi. Harap hujung tahun ne, InsyaAllah Noryn akan mendirikan rumah tangga, dapatlah kami berkumpul-kumpul lagi. Mudahan aku pun sihat masa tu. Okeylah my words macam huru hara sebab lama nda buat entry. Okeylah, enjoy our awesome pictures. Memang kalau benda nda dirancang akan meninggalkan seribu satu kenangan yang sangat  indah dalam hidup kita. Yayyyyyy I love you all so muchhhh :))))
dlm kereta pun jadeeyyy
tukar posisiiiii. hahahaa
aku nda boleh tukar posisi la. 
my two angels
sama suda gemok kami. hahaha
us
againnnnn
gaya2 manjaaa gitewww
guna camera depan gtab yg suda dijual.
i hate androiddddd
#tiba2
hari terakhir aku ada nbafsu maw shopping
sekarang kalau lalu mn mesti mau muntah
aku nda tipu
huhuhuhu
tutti fruteeeyyyyy
my man aka tukang gambar
Note :: entry ne sebenarnya sudah ditulis like 2 minggu lepas kami berjumpa, tapi masa tu aku nda boleh buka laptop lama-lama, sama jugak aku maw muntah. So this time pelan-pelan update belog. hehehehehe. 

Read more...

Friday, April 27, 2012

Second Pregnancy Second Misscarriage

As Salam

Tiada idea betul la maw tulis entry part ne. Di mana maw start ne. Aku rasa kawan-kawan di FB tahu kan. Aku misscarriage kali kedua. Genap setahun selepas keguguran kali pertama setahun yang lalu. Ne story masa first misscarried I'm mom to be but.... Punya susah mahu ingat, kah aku yang nda mahu ingat kan. hehehehe. Yala benda-benda sakit ne malasnya mahu ingat.

Kalau siapa follow blog aku mesti tahu bulan Mac adalah bulan yang aku paling ber outstation. Kira macam beberapa hari jak ada di rumah. Masa tu balik KK pun nda dapat. Terlampau pack, nda kan balik weekdays kan. hehehehe. Start aku pergi Miri lepas tu sepatutnya tiada masa balik KK the next weeknya kena pergi Kuching dan Sri Aman. Tapi meeting habis awal di Miri aku tukar ticket then fly back to KK. Seminggu lebih lepas tu pergi Kuching pulak start sana sebenarnya aku sudah rasa lain. Tapi biasalah kan. Aku tunggu setahun tiada apa-apa nda kan rasa lain sikit aku terus rasa ada kan. hehehehe. Yang aku tahu aku mahu makan jak. Tapi aku memang kuat makan pun. Aku masa tu mahu cari asam jak. Tapi aku nda makan jugak, takut gastrik datang. Masa di Sri Aman dapat cari asam. Yayyyy makan 24 jam. hehehe

Lepas dari Kuching aku terus direct ke Sri Aman, sana aku betul-betul nda selesa. Aku start rasa kencing kotor. Balik Putrajaya aku pergi lah check untuk kencing kotor. Doc claimed aku nda sampai untuk kencing kotor tu, tapi simpton aku more to kencing kotor. Lagi pun history aku pasal kencing kotor ne memang teruk pun. Doc tu tanya period semua, dia cakap, "saya rasa u pregnant la puan". Aku pun cakap impossible. Period belum due lagi masa tu. Speaking of hospital gov, sudah tahu gitu dorang nda check pun kan air kencing untuk pregnancy padahal cek air kencing jugak. Kalau di private mesti dia cek semua suda. Nda apa lah.

Beberapa hari lepas tu kami ke Bintulu pulak, masa di Bintulu ne aku nda excited macam pergi outstation sebelum tu. Rasa mahu marah jak. Rasa mahu menangis. Aku balik dari Bintulu, besoknya aku balik KK. Balik KK pun untuk kerja jugak kena pergi Lawas. Jadi sepatutnya Mr. Ejump ikut la. Tapi aku sampai KK dua hari awal dari hari aku patut pergi Lawas, jadi aku pun saja-saja buat utp sendiri. Nda sangka pulak positif. Masa tu aku pikir mesti salah ne. Selama ne cek negatif jak. Mr.Ejump cakap terima la rezeki Allah mahu bagi.

Tapi hati aku nda sedap, sebab punya banyak aku travel, jalan pergi Sri Aman jangan cerita lah. Masa balik dari Bintulu pun flight landing terhentak yang amat-amat. Masa tu aku da sakit-sakit perut. Tapi dalam pikiran aku masih set aku kena kencing kotor. Tibalah hari aku patut bertolak ke Lawas. Sepatutnya dalam jam 3 petang gitu kami mahu jalan. Tapi dalam jam 11 gitu ada darah sudah macam dulu. Aku memang nda panic sebab aku tahu ne mesti kes sama. Aku ingat lah darah yang keluar dulu sama dengan ne. Aku call Mr. Ejump yang masa tu kerja then terus pergi Rafflesia Hosp. Appoitment pulak jam 3 petang. Untuk tunggu sampai jam 3 tu kami singgah di Permai Poliklinik Asia City, Dr. Lim is my personal doc. Dia tahu semua record aku. Bila dia cek air kencing pun kabur sudah, yang 'benda' tu mahu turun da. Scan pun masa tu masih nampak kantung dia.

Lepas tu baru patah balik ke Rafflesia walaupun ada appoitmnet dalam jam 4 lebih juga baru boleh masuk. Ne la aku malas part buka-buka seluar ne. huhuhuhu. Doc tu siap nampak 'benda' tu sudah turun tunggu masa untuk jatuh sepenuhnya. So aku nda payah D&C. Kesakitan tidak seteruk masa first misscarried. Yang tu mahu bernafas pun sakit, tidur jak la jawabnya. Yang ne langsung tiada pain killer atau jarum-jarum macam hari tu. Doctor cakap aku cukup kuat untuk guna antibodi aku. hehehe. Kah doctor tu cuba naikkan semangat aku.

Tiga hari lepas tu, kantung jatuh. So aku senang hati lah jugak Tahu tiada yang tertinggal kan. Datang jumpa balik pakar check semua okey then baru kena bagi antibiotic. Bukan 1 jenis tapi 2. adoiiiii. So doc advised me untuk cuba lagik after 4@5 months after ne. Tapi aku nda berharap lah. Kalau ada rezeki ada lah. Yang penting aku dan Mr. Ejump sudah berusaha kan.

Nda kisahlah kalau orang-orang cakap aku memang sengaja mahu jatuhkan dia kan. Ya la kamu lah betul. Kamu macam mahu ambil kerja Tuhan. Mahu mengadili aku. Aku yang rasa, aku yang tahu perasaan itu. Perasaan tidak berapa mendalam, sebab yang ne kita sudah bersedia kan. Dua tahun sudah setiap kali birthday aku akan MCs. Doakan lah next year tidak. huhuhu.


ne first outing lepan pantang :p
pizza pizzzaaaaaaa
berliur2 maw mkn since smpi kk
theemokkk knnn

Notes :: Kali ne 6 weeks. Hari tu 8 weeks. Kalau ikut first 'baby' hari tu masuk 5 bulan da. Bayangkan baby ada 5 bulan terus termegandung lagi. Wahhh setahun satu. hahahah :p
Read more...

Thursday, April 26, 2012

Dinner @ Mango Tree Restaurant, Kuching

As Salam,

Okey ne maybe entry terakhir pasal outstation aku pergi Sarawak. Macam malas sudah maw cari-cari gambar lain. Okeylah mari bercerita. Hari terakhir kerja di Kuching, kami menikmati hidangan makan malam yang amat-amat mendebarkan. hehehehe. Sedaaaaapppp~~~ Kali ne kami nda lupa maw ambik gambar. Sampai semua yang satu meja paham sudah, asal ada dish sampai dorang kasi ingat lagik ambik gambar. hehehehe. Aku nda taw Kuching ada makanan yang sedap-sedap. Restaurant ne pun ala-ala romantik jugak. Keadaan dia memang nyaman lah. Hope to be back here again. Ok lah enjoy our dishes. Jamu mata jak la ar. hehehehe

another dinner
dress n pashmina sama mcm previous dinner
cardigan jak len

keterujaan  yg melampau
ketika melangkah masuk
the deco
our table. Sebelah kana aku both orang Sabah
Vendor yg banyak membantu
ne something mcm kerabu
tp dia guna limaw bali
ada udang kering sikit wif bwg2
sesuai as appetizer
Nasi goreng chinese style
Ikan yang d tabur sambal mangga
aduiii garing2 lagik
kalau drumah confirm isap2 kepala ikan tuu
Lamb chop
Sayur campur
Udang nda taw msak apa
tp confirm sedap
yg ne ikan steam
my friend @ the entrance
Note :: no watermark. Sebab semua gambar-gambar bukan hak milik saya. Ambik from my friend :))


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...