Wednesday, December 21, 2011

Jom Kahwin :: Hingga Hujung Nyawa

As Salam,


Selama aku berkecimpung dalam dunia ber FB ne, bulan December 2011 ne la baru tercipta record terima 7 jemputan kawen. o0o0 please make it 10. hehehehe. Bukan apa, suka tinguk kawan-kawan mendirikan rumah tangga. Kan bagus membina masjid tu, hati pasti tenang selepas kawen, InsyaAllah. Perasaan aku macam melompat ke bintang bila maw taw mereka-mereka ne maw kawen. So ladies and gentlemen, ai wish korang kat sini k. hikhikhikhik

Aku memang suka kalau dapat update semua ceremony ne, bayangkan kalau aku dapat pergi semua majlis tu, total ada 7 entry aku. Tapi dalam semua jemputan tu, aku hanya dapat pergi 1 jak. Paham-paham lah orang yang di rantauan, hari Jummat balik ne pun main standby. Kalau ada orang cancel flight ka, baru dapat balik. Terpaksa la aku kencangkan diri berdiri depan kaunter tunggu flight kosong. Itu 1 hal, hal paling besar cuti aku sudah habisssssssss. Tunggu 1 January baru kena update cuti baru. Sabar sejak la gaman.


Hari ne adalah majlis pernikahan cousin Mr. Ejump, c Paau@Fara dan tunangnya c Ken. Hari Jumaat nanti majlis sanding pulak. My family in law pun sudah selamat sampai di Beluran. Sorry lah kami nda dapat pergi. Both of us sudah habis cuti. So, happily ever after dan kami setia menunggu update di FB. Cepat-cepat upload gambar. hehehehe

Paau n Ken on their pre wedding shoot
Lepas tu besok pulak majlis untuk my ex colleague, Nor namanya. Dulu sama-sama kerja dengan aku di sini. Tapi dia dah pindah for better experiences kan. Majlis akan berlangsung di Tanah Merah, Kelantan. Semoga kalian tabah menghadapi pahit manis sebuah perkhawinan.

Nor bersama tunangnya
Lepas tu, hari Sabtu ne aku ada 3 jemputan kahwin. Okey first my schoolmate masa di Maktab Sabah dulu , namanya Shyda. Majlis akan berlangsung di Bandar Saujana Putra, Selangor. Semoga semuanya berjalan dengan lancar ya friend. Kuatkan semangat untuk segalanya. Lepas tu my classmate masa tingkatan 4-5 dulu. Namanya Asrie@agger. Orangnya tecik-tecik. o0o0o maw kawen suda. Tahniah Agger. Jaga diri, jaga isteri. Wah macam pantun. Majlis akan berlangsung di Kg Petagas. Satu-satunya majlis yang kami dapat pergi Sabtu ne, adalah c Naim. Naim adalah kawan merangkap abang yang rupanya jugak kawan rapat Mr. Ejump masa di IKM dulu. Majlis akan berlangsung di Tuaran seterusnya bergerak ke Kota Belud. InsyaAllah panjang langkah kami sampai ke sana. Please doakan ada tiket untuk aku. Kalau nda tepaksa buat muka macam kucing shrek. huhuhuhuhuhu

Shyda c Manis di majlis pertunangan nya
Agger bersama bakal ister.
Jaga isteri baik2 taww
naim bersama tunangnya di majlis pertunangan dorang
Naim, jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan
penuh dedikasi k. :)))
Hari Ahad pun ada jemputan. Majlis c Abu@Abang Abuuuuuuuuuuu. Geng-geng c Naim jugak ne. Nah bro tahun depan kamu sambut anniversary sama-sama la kan. Buat besar-besaran k. Panggil kami. Makan-makan di Gayang ka. okeyy lebih-lebih sudah. hikhihkikhik. Okey bro, selamat pengantin baru, nanti naik pelamin jangan tinguk muka c Zul, tambah ko berdebar-debar nanti. Kau tahu-tahu jugak gayanya tu. hahahaha.
kad jemputan c Abu
Lepas tu ada jemputan untk 8 January, since di jemput pada bulan December. Kira jemputan bulan ne la bha tu kan. hehehehe. Jemputan adalah dari kawan segilak-gilak masa di Maktab dulu, sama-sama aktif dalam berpengakap. Namanya c Ajiszzzz. Memang aku harap dapat datang, mana taw dapat gathering dengan kawan-kawan Pengakap yang lain. Tapi tu la, Mr. Ejump akan stay dengan aku di sini masa tu, dia ngam-ngam ada course sini. So Tuan Ajiszz, beribu ampun dan maaf, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga menjadi suami yang soleh. 

Ajisz bersama tunangnya.
Majlis pertunangan dorang
Notes :: Semoga kalian tabah dalam menghadapi apa juga dugaan. Banyak kemanisan dalam sebuah perkhawinan. Seperti apa yang selalu aku sematkan dalam hati, 'Wahai lelaki, jadilah imam yang bijaksana dan wahai wanita, jadilah makmum yang setia. Sorry guys aku ambik gambar korang kat FB.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...