Monday, December 19, 2011

Dapur Ted :: Kek Batik

As Salam


Hari ne kita jadik gegurl sikit k??? Kita share resepi, tapi resepi bukan lah hebat pun. Nda la sampai resepi ikan tiga rasa, mahu pun lamb chop. Kita cerita pasal KEK BATIK. Yeahhhhhh finally aku pandai buat sudah. Aku buat ikut cara sendiri. Sebab semua aku nda paham resepi yang aku jumpa. Aku cerita guna gambar supaya senang paham.





1 - Biskut Marie ne ada 3 rows, aku guna setengah dari itu. Aku maw dia lebih rasa coklet. Patah-patahkan dia ikut suka hati. Patah 2,3 atau 4. Jangan pulak sampai hancur.

2 - Actually kalau maw guna almond yang mentah tu then baru kasi bakar atau goreng. Tapi masa beli nda jumpa, Tong Garden pun jadik lah, jangan ambik yang salted. Hidup harus kreatif kan. hehehe. Jangan buka dulu bungkusan, guna anak lesung, ketuk-ketuk manja. Jangan terlampaw hancur. Biar kasar-kasar gituuuuwww

3 - Nugget Milo ne akal-akal sendiri. Sama jugak ketuk-ketuk manja jak. Kesemua bahan-bahan di atas masukkan dalam 1 bekas yang dalam pikiran kita wajar lah muat semua ne termasuk bahan-bahan seterusnya.


4 - Ambik periuk masukkan buttercup ne. Sukatan aku setengah dari saiz sebenar. Tunggu sampai butter tu cair okeyy

5 - Masukkan Milo 200g dalam satu bekas untuk bancuh dengan air panas. Tapi air tu sikit jak. Biar melekat-melekat. Lepas tu baru masukkan ke dalam periuk bersama butter tadi

6 - Susu pekat adalah setengah dari isipadu dalam tin tu. Isipadu??? hantam la labu. hahahaha. Bolehlah test-test dulu. Kalu kurang manis boleh jak tambah susu. Lepas tu gaul-gaul sampai pekat. Ada resepi cakap sampai cair. Nda taw lah mana betul. Yang penting jadik kan.

Lepas tu masukkan dalam bekas mula-mula tadi tu. Gaul yang paling gaul. biar almond dengan nugget Milo tu sebati. Biar semua yang makan terasa almond tu. hehehe. Then masukkan dalam bekas@loyang. Ada yang ajar lapiskan dengan kertas minyak. Mula-mula tu aku maw taruh kertas minyak, tapi macam kotor pulak kena coklet kan. Nda pun semua coklet tu tersejat di kertas minyak. Okey itu imaginasi aku. huhuhu. Aku sapu-sapu butter jak di loyang dan tepi-tepi loyang tu. Biar padat-padat di loyang tu k. Then masuk esbok. Aku buat Jumaat malam tu, kira-kira bisuk bolehlah makan, tapi nda sanggup tunggu malam tu jugak makan. hahahahaha. Bangun-bangun terus sambung lagik makan.

Kadang-kadang terbeli yang jenis licak kan, Alhamdulillah aku punya jadik yang jenis keras. Ada resepi guna telur jugak, oleh kerana aku nda suka rasa-rasa telur ne, aku nda la taruh. Naseb ok. So inilah hasilnya. Hari ahad tu baru ingat maw ambik gambar yang jadik. Masa tu suda potong kecik-kecik. Nda pa la, walau dalam gambar nda cantik tapi rasa kaw-kaw. hahahahaa


Notes :: Lepas ne test guna Cadbury tu pulak. Mudahan jadik. Tunggguuu aku update. Tettttt. hahahah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...