Wednesday, December 28, 2011

Half Wordless Wednesday #3 :: Escalator Bag

As Salam


Ne Half Wordless Wednesday la punya entry. Kejadian di LCCT

Hubby :: Ada ticket suda?
Me :: Belummm (mara2)
Hubby :: Jadi syg di mana ne?
Me :: Depan kaunter (mara2 lagik)
Hubby :: Pergi rehat dulu. Pergi cari tempat duduk.
Me :: Orang tengah duduk la ne (masi mara2)
Hubby :: Duduk di mana?
Me :: Escalator bag
Hubby :: ......... (diam)
Me :: Hellooo
Hubby :: Syg, itu bukan escalator bag, itu namanya conveyor.
Me :: (Ketawa berkikik-kikik)

Jadi apakah escalator bag itu???
 -
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Sila rujuk anak panah merah.
ala, yg lepas cekin, beg kta bjln2 kn maw masuk pegi kapal.
hahahaha


Notes :: Counter tu tidak beroperasi, so conveyor dia pun stop la. Kalau dia berjalan, terpelanting la aku. hehehehe

Read more...

Wednesday, December 21, 2011

Jom Kahwin :: Hingga Hujung Nyawa

As Salam,

Selama aku berkecimpung dalam dunia ber FB ne, bulan December 2011 ne la baru tercipta record terima 7 jemputan kawen. o0o0 please make it 10. hehehehe. Bukan apa, suka tinguk kawan-kawan mendirikan rumah tangga. Kan bagus membina masjid tu, hati pasti tenang selepas kawen, InsyaAllah. Perasaan aku macam melompat ke bintang bila maw taw mereka-mereka ne maw kawen. So ladies and gentlemen, ai wish korang kat sini k. hikhikhikhik

Aku memang suka kalau dapat update semua ceremony ne, bayangkan kalau aku dapat pergi semua majlis tu, total ada 7 entry aku. Tapi dalam semua jemputan tu, aku hanya dapat pergi 1 jak. Paham-paham lah orang yang di rantauan, hari Jummat balik ne pun main standby. Kalau ada orang cancel flight ka, baru dapat balik. Terpaksa la aku kencangkan diri berdiri depan kaunter tunggu flight kosong. Itu 1 hal, hal paling besar cuti aku sudah habisssssssss. Tunggu 1 January baru kena update cuti baru. Sabar sejak la gaman.


Hari ne adalah majlis pernikahan cousin Mr. Ejump, c Paau@Fara dan tunangnya c Ken. Hari Jumaat nanti majlis sanding pulak. My family in law pun sudah selamat sampai di Beluran. Sorry lah kami nda dapat pergi. Both of us sudah habis cuti. So, happily ever after dan kami setia menunggu update di FB. Cepat-cepat upload gambar. hehehehe

Paau n Ken on their pre wedding shoot
Lepas tu besok pulak majlis untuk my ex colleague, Nor namanya. Dulu sama-sama kerja dengan aku di sini. Tapi dia dah pindah for better experiences kan. Majlis akan berlangsung di Tanah Merah, Kelantan. Semoga kalian tabah menghadapi pahit manis sebuah perkhawinan.

Nor bersama tunangnya
Lepas tu, hari Sabtu ne aku ada 3 jemputan kahwin. Okey first my schoolmate masa di Maktab Sabah dulu , namanya Shyda. Majlis akan berlangsung di Bandar Saujana Putra, Selangor. Semoga semuanya berjalan dengan lancar ya friend. Kuatkan semangat untuk segalanya. Lepas tu my classmate masa tingkatan 4-5 dulu. Namanya Asrie@agger. Orangnya tecik-tecik. o0o0o maw kawen suda. Tahniah Agger. Jaga diri, jaga isteri. Wah macam pantun. Majlis akan berlangsung di Kg Petagas. Satu-satunya majlis yang kami dapat pergi Sabtu ne, adalah c Naim. Naim adalah kawan merangkap abang yang rupanya jugak kawan rapat Mr. Ejump masa di IKM dulu. Majlis akan berlangsung di Tuaran seterusnya bergerak ke Kota Belud. InsyaAllah panjang langkah kami sampai ke sana. Please doakan ada tiket untuk aku. Kalau nda tepaksa buat muka macam kucing shrek. huhuhuhuhuhu

Shyda c Manis di majlis pertunangan nya
Agger bersama bakal ister.
Jaga isteri baik2 taww
naim bersama tunangnya di majlis pertunangan dorang
Naim, jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami dengan
penuh dedikasi k. :)))
Hari Ahad pun ada jemputan. Majlis c Abu@Abang Abuuuuuuuuuuu. Geng-geng c Naim jugak ne. Nah bro tahun depan kamu sambut anniversary sama-sama la kan. Buat besar-besaran k. Panggil kami. Makan-makan di Gayang ka. okeyy lebih-lebih sudah. hikhihkikhik. Okey bro, selamat pengantin baru, nanti naik pelamin jangan tinguk muka c Zul, tambah ko berdebar-debar nanti. Kau tahu-tahu jugak gayanya tu. hahahaha.
kad jemputan c Abu
Lepas tu ada jemputan untk 8 January, since di jemput pada bulan December. Kira jemputan bulan ne la bha tu kan. hehehehe. Jemputan adalah dari kawan segilak-gilak masa di Maktab dulu, sama-sama aktif dalam berpengakap. Namanya c Ajiszzzz. Memang aku harap dapat datang, mana taw dapat gathering dengan kawan-kawan Pengakap yang lain. Tapi tu la, Mr. Ejump akan stay dengan aku di sini masa tu, dia ngam-ngam ada course sini. So Tuan Ajiszz, beribu ampun dan maaf, semoga semuanya berjalan dengan lancar. Semoga menjadi suami yang soleh. 

Ajisz bersama tunangnya.
Majlis pertunangan dorang
Notes :: Semoga kalian tabah dalam menghadapi apa juga dugaan. Banyak kemanisan dalam sebuah perkhawinan. Seperti apa yang selalu aku sematkan dalam hati, 'Wahai lelaki, jadilah imam yang bijaksana dan wahai wanita, jadilah makmum yang setia. Sorry guys aku ambik gambar korang kat FB.

Read more...

Monday, December 19, 2011

Dapur Ted :: Kek Batik

As Salam

Hari ne kita jadik gegurl sikit k??? Kita share resepi, tapi resepi bukan lah hebat pun. Nda la sampai resepi ikan tiga rasa, mahu pun lamb chop. Kita cerita pasal KEK BATIK. Yeahhhhhh finally aku pandai buat sudah. Aku buat ikut cara sendiri. Sebab semua aku nda paham resepi yang aku jumpa. Aku cerita guna gambar supaya senang paham.





1 - Biskut Marie ne ada 3 rows, aku guna setengah dari itu. Aku maw dia lebih rasa coklet. Patah-patahkan dia ikut suka hati. Patah 2,3 atau 4. Jangan pulak sampai hancur.

2 - Actually kalau maw guna almond yang mentah tu then baru kasi bakar atau goreng. Tapi masa beli nda jumpa, Tong Garden pun jadik lah, jangan ambik yang salted. Hidup harus kreatif kan. hehehe. Jangan buka dulu bungkusan, guna anak lesung, ketuk-ketuk manja. Jangan terlampaw hancur. Biar kasar-kasar gituuuuwww

3 - Nugget Milo ne akal-akal sendiri. Sama jugak ketuk-ketuk manja jak. Kesemua bahan-bahan di atas masukkan dalam 1 bekas yang dalam pikiran kita wajar lah muat semua ne termasuk bahan-bahan seterusnya.


4 - Ambik periuk masukkan buttercup ne. Sukatan aku setengah dari saiz sebenar. Tunggu sampai butter tu cair okeyy

5 - Masukkan Milo 200g dalam satu bekas untuk bancuh dengan air panas. Tapi air tu sikit jak. Biar melekat-melekat. Lepas tu baru masukkan ke dalam periuk bersama butter tadi

6 - Susu pekat adalah setengah dari isipadu dalam tin tu. Isipadu??? hantam la labu. hahahaha. Bolehlah test-test dulu. Kalu kurang manis boleh jak tambah susu. Lepas tu gaul-gaul sampai pekat. Ada resepi cakap sampai cair. Nda taw lah mana betul. Yang penting jadik kan.

Lepas tu masukkan dalam bekas mula-mula tadi tu. Gaul yang paling gaul. biar almond dengan nugget Milo tu sebati. Biar semua yang makan terasa almond tu. hehehe. Then masukkan dalam bekas@loyang. Ada yang ajar lapiskan dengan kertas minyak. Mula-mula tu aku maw taruh kertas minyak, tapi macam kotor pulak kena coklet kan. Nda pun semua coklet tu tersejat di kertas minyak. Okey itu imaginasi aku. huhuhu. Aku sapu-sapu butter jak di loyang dan tepi-tepi loyang tu. Biar padat-padat di loyang tu k. Then masuk esbok. Aku buat Jumaat malam tu, kira-kira bisuk bolehlah makan, tapi nda sanggup tunggu malam tu jugak makan. hahahahaha. Bangun-bangun terus sambung lagik makan.

Kadang-kadang terbeli yang jenis licak kan, Alhamdulillah aku punya jadik yang jenis keras. Ada resepi guna telur jugak, oleh kerana aku nda suka rasa-rasa telur ne, aku nda la taruh. Naseb ok. So inilah hasilnya. Hari ahad tu baru ingat maw ambik gambar yang jadik. Masa tu suda potong kecik-kecik. Nda pa la, walau dalam gambar nda cantik tapi rasa kaw-kaw. hahahahaa


Notes :: Lepas ne test guna Cadbury tu pulak. Mudahan jadik. Tunggguuu aku update. Tettttt. hahahah

Read more...

Friday, December 16, 2011

Mini Game Theater

As Salam,

Errrrmm, hari ne cerita pasal Mr. Ejump a.k.a laki ku. Dia ne memang gamers la, tapi bukan tahap budak nerd yang 24 jam menghadap games, tinggal makan, nda keluar bersosial, tinggal solat, tinggal orang-orang tersayang. Dia masih waras jugak lah, terutama kalau sudah si bini menjeling-jeling. hahahaha

Jadi memang kami jenis support each other, aku no hal. Tapi Mr. Ejump kalau apa minat dia mesti dia maw aku involve. Sudah lah aku nda suka main any game. Apa lagi guna ps3, bikin kabak-kabak bha. Aku nda suka kalah, nanti aku kalah aku bad mood. hahahaha. Kena paksa-paksa adalah beli game satu nama dia EyePet. Main piara-piara haiwannnnnnnnnnnnn. Muka dia macam munyit pun ada. Lucuuuu betul aku rasa. Kalau main aku mesti karau-karau ketawa. Tapi susah ne jugak maw pergi next-next step dia. Nda  maw la main, tiada kesabaran aku. 


Lepas tu ada satu game bundle la untuk budak-budak bawah 6 tahun kali. Yang putung-putung rambut, sambut telur ayam, mewarna. Itu pun last-last aku rasa susah sama macam kasi budu-budu orang bha. Selepas 2 games ne Mr. Ejump tiada lagik beli game untuk aku. PSP pun gitu, ada game masak-masak untuk aku, dehhh sakit kepala aku main. Aku tidak ditakdirkan untuk rasa terhibur bila dapat main game-game ne. Maw buat aku terhibur, bawak aku  pergi Pavillion. Pasti aku gembira, pasti hilang duka aku.

Sebenarmya aku maw cerita kan, selama kenal Mr. Ejump dia sentiasa buat apa jak impian aku jadi kenyataan. Impian yang logik-logik lah, jangan pulak mintak pergi bulan kah. Jadikan, macam kali ne aku maw buat sesuatu yang dia pun mesti nda pernah terpikir. Tapi aku maw buat untuk dia. Aku nda pandai cakap, sebab bukan bidang aku. huahuahuahuahua. Cuba tanya aku beg terbaru MNG tu aku taw. @_@


Arrrr, macam ne aku maw buat dalam bilik, tapi adalah designnya, tv kasi hang wif mini home theater. Aduii aku terbayang-bayang suda ne. Tapi bukan masa terdekat lah maw buat, sebelum tahun depan habis InsyaAllah. Tapi atas ne untuk XBox rasanya. Yang aku maw tu ada gear lagik di sebelah. Ok sayang tunggu k, satu hari orang kumpul duit RM5 sampai cukup. hehehehehe. Ada lagik contoh-contoh aku ambik dari goggle. 
ne stereng pedal macam dari logicted
seat nda taw dr mana
ada aku nampak sparco lagik.
custom made rasanya
begini boleh tapi terpaksa beli katil 2 tingkat.
hahahahah
Begini paling nyamannnn
tapi janlah lebih-lebih k
*sambil jeling tajam-tajam
Bila aku bagitau Mr. Ejump pasal hal ne dia boleh pulak tanya, "ne betul kah, atau ada udang disebalik batu, kalau sekadar buat yang ne lepas tu mintak almari 5 pintu, lupakan jak lah k". Ya ampun punya murni muka aku masa cakap tu. Paling murni bhaaaa. Kamu boleh bayangkan ka muka aku begitu, senyum-senyum manis ne. Tapi betul memang tiada, aku memang bini yang prihatin. kwang kwang kwangggg

p/s :: kalau tiada aral melintang k cinta, mana taw any thing happen in the future. Kannnn :))))))

Read more...

Monday, December 12, 2011

Tentang Dhia On Beautiful Weekends

As Salam,

Fuhhhhh, minggu ne aku nda balik KK. Bergulik-gulik, berkhayal-khayal jak di bilik. Nda taw pikir apa, pikir masa depan rasanya macam gelap jak. hahahahahaha. Ok aku tipu, terlampau lah kalau aku boleh bertahan begitu selama dua hari cuti tu. Sebenarnya, aku habiskan masa tengok cerita Tentang Dhia thru youtube. Adeh punya siuk. Aku start tertengok ne masa course @ Port Dickson. Memang besttttttt!!!

Yang best tengok melalui youtube ne kita boleh baca dulu komen-komen nya. Jadi aku sudah tengok sampai episod 18. Sebab itu jak yang ada di youtube, bila ada komen cakap seram masa Dhia terbangun yang nda jadik mati tu. Pocong kunun, ada yang pengomen tu cakap dia nda boleh tidur. Jadi aku memang budget seram lah ne, sudah la aku home alone masa tu. Aku tengok dulu half way, then berpikir berani ka aku ne. Siap aku liapt-lipat kain sambil berfikir. hehehehe.


Sebab hari tu, pernahlah gatal-gatal hari pergi blogwalking. Sekali terjumpa yg cerita rumah berhantu di Shah Alam tu. Dari awal memang seram, tapi gatal hati baca sampai habis. Sampai sekarang aku masih ingat cerita tu. Masa aku baca cerita tu, malam Jumaat pulak. Terpaksa aku tidur buka lampu, besoknya Jumaat lepas kerja aku terus balik KK. Wuaaarrghhhh. Paling penakuttttttt. Jadi aku tengok jugak episod seram Tentang Dhia tu, padahal nda pun bikin takut. Tertipu aku. hahahahah. Tapi sepanjang maw tunggu part tu, aku buka spec, supaya aku nda berapa nampak. hahahahahahah.


Ok hasil dari menghabiskan masa meninguk Tentang Dhia, aku coretkan sebuah puisi. Huahuahuahuaaaaaa dilayaaannn

Memang aku yang amarah
Aku yang degil
Aku yang kejam
Dan aku yang dendam
Tapi kata tidak pernah paham
Tapi kata sangat bongkak
Tidak peduli soal hati
Hati mahu dipahami
Hati mahu di dalami
Tapi hati kelu ungkapan
Hati mula membengkak
Hati mula merajuk
Bukan kata untuk pujukan
Tapi kata untuk dimengerti
Wahai hati mengalah lah
Lelah untuk selalu menang
Rasa tewas lebih enak
Mungkin.....



Read more...

Thursday, December 8, 2011

Housewife To Be (Kunun)

As Salam,

Aku ne ada dua account FB, yang 1 tu memang personal berrabes. Means yang aku kenal jak di approve. Nda kenal goodbye. Yang 1 lagik tu for business purpose only. Boleh add siapa-siapa tanpa dorang taw siapa aku sebenarnya sekaligus boleh jadik stalker. hahahahaha. Add punya add, approve punya approve, terjumpa la 1 lady ne, tengok-tengok gambar husband dia senior aku masa di Maktab dulu. Aku nda biasa pun, tapi kenal lah jugak. Wah nda sangka, ada 2 orang anak suda. Dulu pemalu ne hubby nya. Dari yang aku tengok wifenya adalah seorang housewife. 

Tapi bukan sembarang house wife, dia ada business online, dan dia rajin masak. Dia masak-masak dan suruh hubbynya jual di tempat kerja hubbynya. Aku sangat teruja. Macam wifenya nda pernah kenal erti penat. Ya la kan, jaga 2 orang anak yang masih kecik, urus laki, urus business online lagik, pagi-pagi masak lagik bikin jualan. Dan wifenya buat semua dengan rasa happy dan excited for next day dan kekal cantik. Aku tidak pernah cemburu if seseorang tu pegawai tinggi kah, peguam ka, doctor ka. Tapi aku paling cemburu kalau seseorang itu adalah suri rumah tangga sepenuh masa dan tempatnya adalah di rumah di sisinya adalah suami.


Mungkin pendapatan dia tidak seperti aku, tidaklah banyak tapi syukur ada tapi kebahagian yang dia kecapi itu, tidak mungkin sekali aku dapat. Bukan sekarang dan bila-bila pun nda mungkin. o0o0o0o Bayangkan hidup aku begitu, bangun pagi-pagi kasi masak untuk jualan di tempat hubby, ui laku tu tempat dorang. Masak mee goreng , buat kuih. Eeeee seronoknyaaaaaa. Terus 24 jam boleh online tapi online, duit masuk bha. Jual tudung kan. hehehehe

Sudah aku ne suka mengatur, mestu rumah teratur oleh aku tu. hahahaha. Arnab sama kucing pun berdisiplin oleh aku. hahahahaha. Walaupun aku nda pandai masak, tapi paling semangat kali aku memasak tu kan. Senangkan kalau aku cuti balik KK, lipat-lipat kain sambil tinguk tv tu lah nikmat yang paling aku rasa. Ada orang cakap jangan duduk rumah nanti boring nanti panas, bagi aku kalau duduk rumah semata-mata memang lah, cuba kunun buat business online ka, belajar menjahit ka, kena suruh berjualan kuih-kuih pun aku mahu.

Tunggulah mana taw 10 tahun lagik aku pun ikut jejak dorang-dorang ne. :))) Hari tu aku cakap dengan Mr. Ejump, nanti kalau sudah pindah KK, kalau weekends aku kasi masak then tapau-tapau, suruh dia jual di tempat kerja nya. Dia kan kerja syif, kadang-kadang weekends pun kerja. Dia jawap; "Macam-macam lah sayang ne". hehehehe

Notes :: I Wish my dreams come true. :)))

Read more...

Wednesday, December 7, 2011

Hari Paling Remaja Bersama Noreentan

As Salam,

Siapa sudah tengok Ombak Rindu???? Aku sudahhhhh!!!!! Aku rasa last tengok cerita melayu ne macam masa sekolah menengah bha. Lepas tu memang nda pernah, kalau dengan Mr. Ejump pantang betul dia kalau cerita melayu, dia cakap boleh dijangka ceritanya, tapi kalau dirumah dia layan jugak. Terutama cerekarama tu, siap paksa-paksa orang kasi kawan tengok. hehehehe

So kesimpulannya ceita tu best tapi, kalau siapa nda baca novel dia akan rasa gantung. hehehe. Aku outing dengan bff Noreen. Seronokkkkkkkkkkk!!! Lama nda stay-stay remaja. Kahkahkahkah. Stay-stay dengan live band. Aduiiiiii. Naseb Mr. Ejump ne kira sporting, tiada la aku tergolong dalam kumpulan lepas kawen tiada masa dengan bff. Paling ada masa lagik. Kalau Mr. Ejump pergi kerja aku boleh berjaur. hahahaha. Kalau aku tiada jalan sama kawan-kawan aku dia lagi tanya, "Nda maw jumpa c Noreen ka? Nda maw jalan-jalan sama c Elda?".

So masa aku outing dengan bff Noreen, kami just tengok wayang then pergi makan. Kami keluar dari jam 3 sampai 10 mlm gtu. Tapi makan sedap-sedap o0o0o. Aduiiiii. Walaupun makanan yg aku makan ada jugak di sini. Tapi macam extra sedap bha di KK. Tapi Sugarbun tiada kan di sini. Aduiiiiiiiiiii, sedap lah bha. Fillet fish dia, nugget dia ayam diaaaaa. Ok diammmm sampai sini boleh telan liur jakkkk.


Dear B'biey and Noreen, I miss you all so much. Bilakah dapatkah kitakah ketemukah ??? Next year la tu kannnnn. Kalau bulan Mac ka April ka, sekian terima kasih jak. Macam kena beku suda cuti kami tu. o0o0o0o masa sangat mencemburui kita kan. 

Neway, cuti selama 10 hari di KK, aku banyak di rumah jak. Keluar pun pergi rumah mama aku. Turun KK pun kejap2 jak. Paling banyak pergi kedai Sabindo. Mood maw di rumah tu jugak paling best. So 2012 is coming bebeh. Tiada perancangan langsung!!!! Biarlah apa terjadi biarkan terjadi. :))))))

Enjoy our pic together masa outing hari tu. Cik Nadrah Audya Abdul Karim. Jangan jelosssssssss!!!

Pic ambk sendiri #1
o0o0o muka sama besar
Pic ambk sendiri #2
muka aku kecik sikit
Pic ambk sendiri #3
Yeaaahhh muka aku kecik banyakkkk
Lepaking like we are 16 @Suria Sabah

Lepaking lagik like we just finish our SPM
@Sugarbun KK
My Bebeh!!!


Read more...

Thursday, December 1, 2011

TLTS :: Shawl Textured 2 Tone | RM14

Shawl Textured 2 Tone
Harga :: RM14.00
(Tidak Termasuk Kos Penghantaran)






Cara order :: SMS nama tudung beserta nombor tudung ke 0148585088 

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...