Wednesday, November 23, 2011

Alhamdulillah. Welcome Home Sayang

As Salam,


Hari Jumaat lepas, masuk hari Sabtu dalam jam 1.20 am Mr. Ejump dan family sampai ke tanah air dengan selamatnya. Alhamdulillah. Rasa kesyukuran yang nda taw macam mana maw cakap. Syukur ke hadrat Allah atas segalanya.

Mengikut jadual, Mr. Ejump sepatutnya sampai dalam 10.40 malam tetapi delay jam 1.20 am baru touch down. Ambik beg segala maw jam 2 lebih jugak. Mula-mula kami sampai awal la ne lepas makan dalam jam 9 malam. Sekali sampai baru taw delay. huahuahuahua. Nda berkarih la menunggu, kami balik la rumah dulu. Actually Mr. Ejump sempat sms aku bagitau dorang akan delay, credit nda cukup dia cakap maw tepon. Aku reply tanya delay berapa jam, sekali pending sudah. Dia masuk kapal la tu, masa tu aku pun dalam kapal sudah maw balik KK. Dalam jam 12 am kami pergi airport balik. Fuuhhhh, ramai ne manusia. Macam-macam ragam. 



Yang aku heran bertolak-tolak la, nda boleh ka rilek-rilek. Kan sampai sudah tu. Kami tunggu jauh-jauh jak. Malas maw berhimpit-himpit. Boleh lagik aku terpikir kalau buka booth jual tudung ne laku ne. hahahaha. Maci Mr. Ejump siap cakap, jual-jual air pun laku. hahaha. Boring bha kami. Ada yang mengeras maw masuk di dalam, kan sudah dipagar. 

Alhamdulillah semuanya sudah selamat, sekarang Mr. Ejump menghabiskan cuti tanpa gaji nya di rumah. Seronokkkk, jeless ai. Hari Jumaat  ne aku cuti panjanggggggg, 04 Dis baru balik kerja. Panjang lah kali. hahahahaha. Yeaaahhhh, can't wait bebeeehh!!!! Maw makan sedap-sedap, makan tutti frutti, maw pigi shopping. Itu 1B lama suda nda sukaaattt. 

Tiada gambar untuk entry ne, next entry nanti aku kasi masuk gambar-gambar kenangan Mr. Ejump semasa mengerjakan haji. Akhir kalam, selamat kembali suami ku. 


1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...