Monday, October 31, 2011

Happy Convocation Day People

As Salam

Wahhh ramainya orang ber convo. Aku pun macam kegembiraan jugak. Macam over excited dari orang ber convo. Tahukah anda, aku nda pernah ber convo even aku habis belajar. Panjang ceritera nya. Masa maw sepatutnya convo tu, awal sudah kena kasi tahu, jadi bapa aku pun sudah beli tickets sudah bayar hotel segala. Hotel pun sudah booked dua tempat. Suda booked sudah bayar ar. Sekali macam less than two weeks dapat call yg convo ditunda ke tarikh yang belum diketahui. Masa dorang call tu aku tengah kursus perniagaan untuk lepasan siswazah. Bayangkanlah perasaan masa tu. Sian orang tua la masa tu, kita ne bukannya berduit kan. 

Masa tu kami decide pergi jak tapi jalan-jalan lah. Yala semua sudah bayar. Bapa aku pun cakap nanti dia cari lah duit lagik untuk aku convo, aku pikir masa tu, nda maw lah. Bikin susah jak banyak lagik orang tua tu maw guna duit kan. Tapi bagus jugak nda pergi, sebab kalau pergi jugak aku nda dapat datang interview Celcom masa tu. Ada hikmah jugak kan. hehehe. Sebab berkat tu dapat gak aku kerja Celcom. Best! Besttt kan. hahahaha. Kira betul jugak la tindakan aku tu.

Aku pun masa tu pikir, nda apa lah nanti aku sambung belajar nanti aku boleh ber convo. Bolehkah niat begitu. ahahahaha. Masa tu aku habis belajar dalam bulan Sept ka Oct 2007, kalau aku nda dapat kerja sampai bulan June 2008, aku sambung Degree. Alhamdulillah aku dapat kerja Celcom tu bulan May 2008. Tunggu punya tunggu, tangguh punya tangguh tiadanya aku sambung belajar. Niat tu ada tapi maw realisasikan tu bha. Nda la kali. hahahaha

Aku rasa masih muda ne patut aku sambung belajar. Tapi tu la kan, hidup aku ne paling kelam kabut. Hidup macam di kapal terbang bha rasa nya. Family in law aku pernah jugak suggest aku sambung belajar lagik, aku maw jugak tapi Mr. Ejump pun sambung jugak. Boleh jadik senior engineer. Ehem2, tapi nda boleh gete-gete di luar. hahahahaha. Bayangkan kalau sama-sama study, kiutnya tu; "Abg buatkan kerja rumah dear". hahahaha. Eeeee seronok-seronok. Kalau aku maw sambung belajar, nda maw ambik I.T sudah, maw ambik business, since masa diploma hari tu nda kesampaian maw ambik kan. Tapi aku cakap-cakap kosong ja ne, aku rasa nda mungkin aku sambung belajar lagik. hehehe. Tapi if Mr. Ejump maw sambung aku paling sapot. Aku tolong lagik buat assignment dia. Kalah-kalah lagik aku busy tu dari dia yg study. hahahaha

Aku nda campen macam orang lain boleh belajar dan kerja dalam satu masa. Sebab kalau belajar aku akan gunakan sepenuh hidup aku untuk belajar tu. hehehehe. To get 4 flat  kunun. daiii daiii daiiiiii. I pernah taw dapat 4 flat 1 semester tu. Masa tu semua subject I.T taw. Perasaaaaaan pandai dulu kejap. ahahahahaha.

So pada yg ber convo tu tahniah ya. Wah seronok kan, penat-penat belajar dapat berconvo. So lepas ne dapat kerja sila jangan lupa orang tua k. Jan maw sombong-sombong k. Khas buat teman baik, Nadrah Audya Abd Karim; tahniah buat degree anda. Selamat berjuang untuk master lagik. Walaupun ko ne macam nda betul aku bangga jugak ko tinggi betul sudah belajar. hahahahahaha. Selamat menjadi pensyarah, ajar anak orang bagus-bagus.  Jan kasih keluar capi-capi ko.Malu kita.hahahahaha

So aku teda gambar convo seba nda pernah convo.hahahhaa. Ne aku kasi gambar bff aku yg baru jak convo. Aku nda mintak kebenaran pun ambik gambar dia. Dia nda brane marah aku tu. hahahahahaha

My BFF yg sbelah kanan
Kanan :: her friendyg belum sempat jumpa lg
Lari beee!!! Larikk
Mintak bah semurrffff
Maci n Paci misti proud kan. :))
Dun forget them k
Lucu aku tinguk
Lumpaaat!!!! lumpaatttt!!!


My fav 1
Errrmm, tudung tu beli dari aku kan, sudah bayar ka tu.
hahahahahahaa










Read more...

Friday, October 28, 2011

Preloved Items vs Full Of Love Items

As Salam,

Our on9 shoppe will be open soon. Very the soon bebeh!!!! hehehe. Setiap kali stock2 datang, berbunga2 betul hati aku. Sepertinya aku meletakkan sepenuh kecintaan aku kepada on9 shoppe ne. Over kan aku?? hahahahaha. Setakat ne yg suda paid ada 140 helai tudung, shawl and inner. Dan aku masih belum berhenti membeli stock2 lagik. Perasaan aku macam maw tidur sama tudung2 tu. hahahaha. Tapi aku memang macam tu terutama sekali kali aku baru dari shopping. Aku akan try satu2 baju, kasut or anything dan berjalan seperti seorang model di depan Mr.Ejump sambil berkata, "cantik ka sayang? cantik ka?". Mr. Ejump yg pada masa itu kalau tidak main ps3 nya atau baca buku keretanya, akan cakap, "cantik". Tapi satu saat pun dia nda toleh sebenarnya.hahahahahaha. Dan aku akan mengomel2, "abg ne nda tengok ponnnnn". Masih lagik ne teruskan aktivitinya tanpa menoleh, "sebab abg taw, nda payah tengok pun bini abg memang cantik". Kadang2 aku rasa sweet, tapi bila sedar diri nda cantik rasa terbakar jugak. hahahahahahaha.

Astagaaaaa, apa bha aku maw cerita ne, mungkin terlampau ingat Mr. Ejump kali. :((. Ok abaikan. Sebenarnya aku maw tulis sempena on9 shoppe aku beroperasi semula nanti, aku maw jual preloved item aku. Yesssssss!!! Yessssss??? Susah maw buat keputusan ne. Aku jenis kalau nda pakai tapi dia cantik memang aku simpan. Aku kind of girl who love to see her wardrobe full with those beautiful stuff.  Tapi cantik tidak bermakna sesuai dengan kita kan. Adalah some baju2 aku maw let go sebab sudah tidak sesuai dengan keadaan aku sekarang. Setiap masa aku berhajat maw jadi muslimah sejati. Kuatkan hati ku ya Allah. So adalah few baju yg nda berapa sesuai. Kalau yg masih boleh pakai with cardigan, i'll keep it. Tapi baju2 tu bukan lama sudah beli, baru lagik adalah yg belum pakai lagik. Tapi biasalah time beli bernafsu betul. Akal letak number 2. :-ss. But i'm trying so hard to fix it. I promise. 

So yg aku ingat2 kasut ada 3 to let go. Satu tu slip on Adidas pink polkadot. Sangat cantikkkkkkkkk. Aku sayang betul, tapi aku bodoh terbeli kecil saiz 5 1/2 . Aku kan saiz 6@7. Aku benci. Aku benci. Ada satu sneakers from Nike dia macam polkadot tapi dot dia tu apple. Damn cuteeeeee!!!!!! Red color. Then aku nda pernah pakai sebab tiada seluar yang ngam since aku nda maw jeans sudah. hahahaahaha. Bikin panas kan. Ada satu pump shoes aku ermm 3@4 inches from Vincci. Sangat hot aku rasa. Beli sebab outstation di KK hari tu tiada heels konon. Maw look berkerjayalah. Hampeh, sakit kaki aku, jadi aku pakai satu kali jak.
1st day beli
can u see the apple?hehehe
nda sangka ada di google
credit 2 google
Kalau tops, erm nanti lah aku balik KK aku cerita. Nanti cerita semua sekali nda jadik jual. Ya la, aku jenis sayang barang. Aku sayang barang2 aku sepertinya dia bernyawa. Contoh bila beg aku bawak benda2 berat, aku akan susah hati, aku rasa seperti dia kesakitan membawa benda berat. Macam kasut, if berjalan di tempat kotor, seperti kesian dia kan. Mr. Ejump cakap aku psiko macam ada sakit mental. hahahahah .So, whoever beli preloved items aku. Do promise you all akan jaga with all your heart.It's not about money or fashion, but love and passion. 







Read more...

Tiada Akhir Nanti

As Salam,

Lagik 3 minggu Mr. Ejump and family akan kembali ke tanah air. Rasa sayup-sayup di hati aku menunggu hari tu. I miss you sayang~~~~ Lepas ne mungkin kami akan di uji lagik untuk berjauhan (aik memang pulak berjauhan,hehehehe), maksud aku mana taw cuti dibekukan. Nda adilkan, aku perlukan cuti untuk jumpa suami dan keluarga. Mesti orang nda akan paham kan. Ya la dorang nda rasa apa aku rasa. 

Kadang-kadang tengok suami hantar isteri pergi kerja pun airmata aku jatuh. Aku penat sudah begini. Penat sangat. Bukan penat fizikal tapi penat mental. Penat dari hati yang terdalam. You can laugh as loud as you can. But i'm the one who suffering. Kadang-kadang aku terpikir; aku berada di laluan takdir atau aku tengah melawan takdir? Mr. Ejump cakap mintalah pada Yang Esa. Hanya Dia Yang Maha Mengetahui. Boringkan baca blog aku asyik benda yg sama. huhuhuhuhu. Aku pun boring. wuawuawuawuawuaaaaa

Dikamarku buka
Hati ini jangan
Mimpi dengan harapan
Hilang berterbangan

Di bawah malam
Seiring bahagia
Kulaungkan kunjung cuma

Di sebalik awan
Mega mendung ini
Adakah merimbunnya
Indah sekali

Nantikan ku sayang
Aku kan kembali
Setia menemani
Tiada akhir nanti




Read more...

Monday, October 24, 2011

Ccicutedesign :: TLTS ada watermark rasmi sudaaaa

As Salam,

Salam Isnin penuh kegemilangan. hehehehe. Biasalah kalau Isnin jak kita macam mamai2 sikit kan. Sekejap pikiran pandai ada di Gunung Kinabalu, sekejap ada kat KLCC, macam2 lah temapt kita boleh berada. Tapi bila masuk satu blog ne terus senyum. hehehe, Blog ne tempat aku order sticker dengan watermark utk blog shoppe aku.

Tajuk entry full name lagik, jadik memang buat tersenyum. hehehe. Thnks Ina, sebab layan karenah orang.. Orang suka sangat watermark and sticker tu. hikhikhik. Untuk baca cerita lebih lanjut jom baca my watermark. Harga yg ditawarkan sangat berpatutan. Lagik pun aku ne bab kreatif2 memang out la. Jadi apa lagik hired orang jak la.

Entry ringkas jak. Maw tengok gambar pergi link tadi k? hehehehe

notes :: Kalau nampak blog aku macam ada yg nda kena. Ababikan sebab aku dalam proses maw kasi teratur sikit.huhuhuhu :))))

Read more...

Saturday, October 22, 2011

Luahan Perasaan #1



As Salam,

Tengah-tengah malam ne tiba-tiba rasa maw tulis something. Aku rindu aku yg dulu. Aku rindu KK. Aku rindu maw kerja dan cari makan di negeri sendiri. Aku rindu sapaan angin laut. Aku rindu haruman pokok yang menghijau.

Sebelum semangat ne luntur, sebelum semangat ini hilang, aku harap aku akan kembali mengatur hidup aku di tempat sendiri. Sebab aku nda tahan sudah apa yg aku hadapi di sini. Manusia boleh bercakap tapi aku yang tanggung. Walau ada doa yang kurang ajar buat aku. Aku terima. Aku terima.

Ya Allah semoga Engkau tidak menduga aku dengan sesuatu yang tidak tertanggung oleh aku. Sebab ada nyawa yang perlu aku tanggung untuk rezeki ini. Ada hati yang perlu aku jaga. Aku tidak perlukan simpati. Tolong jangan!

Semoga kali ne aku dapat transfer balik KK. Supaya aku dapat perbetulkan apa yang silap selama ini dan perlihatkan kebenaran yg patut diketahui.
Read more...

Thursday, October 20, 2011

Etika :: Naik Turun Lift

As Salam

Hari ne kita enjoy entry yg ringan2 ja ar. Walaupun ringan InsyaAllah memberi impak yg besar dalam kehidupan kita seharian. Kadang2 bila naik lift kita kadang2 nda perasan satu atau dua perkara tu sebenarnya masih boleh diperbaiki. So kawan2 mari kita buat sedikit perubahan. Ayukkkkk~~~

1. Bila maw masuk lift, biarkan orang yg berada di dalam keluar terlebih dahulu. What's your point masuk cepat2 sambil meluru dan tidak bagi peluang langsung orang lain keluar. Kenapa lift ne utk masuk ja? Jadi ramai2 la kita berkampung dlm lift. Nda payah keluar2. Saya marah ne.

2. Bila anda masuk lift sila tengok2 di belakang anda. Jangan main undur seja. Terutama lelaki sebab anda seolah2 mencabul pihak perempuan tanpa anda sedar. Kalau nda sedar, kalau sedar nda taw la. Memang maw kena. Tindakan anda buat orang lain tidak selesa. Siapa selesa kan di himpit2. Saya marah ne.

3. Bila masuk lift dan anda perlu menjawap panggilan atau bercakap dengan orang, janganlah menggunakan high volume. Itu jugak membuat orang disekeliling tidak selesa. Bagus2 kami nda tuli boleh2 jadik tuli. Please be alert ya. Saya marah ne.

4. Ada 1 jenis orang dia suka kalau keluar lift tekan semua button punya tingkat. Gilak kali orang begini. Amai ne. Selalu di mall la kena begini. Ka dia maw buat lawatan setiap tingkat. Nda taw la. Saya marah ne.

5. Kalau lift tu penuh kita terpaksa tunggu another lift kan. Jadi kasi lah lift tu bergerak dulu. Ne nda kelam kabut tekan lift yg d penuh yg sepatutnya bergerak nda bergerak2. Balik2 terbuka. Sabar okey. Jangan tekan lift sembunyi tangan. Buat muka nda bersalah lagik. Kalau nda sengaja nda apa. Kalau yg kepaingan tu memang nda boleh diterima.

6. Last sekai jenis orang 1 tingkat pun naik lift. Kalau naik tu okey lagik ne turun 1 tingkat. Seperti yg kita tahu turun tangga guna less energy kan. Nda salah sekali sekala kita guna tangga for better living jugak kan. Kalau yg orang2 berumur ka kurang upaya ka. Its okey. Ne hensem2 lagik pakai2 blazer, yg cantik2 lagik. Okey jom amalkan. :)))

Kalau aku marah tu maksudnya aku sayang la tu.hehehhe. Okey sorry entry hambur sikit. Sebab aku sekarang bersiaran langsung dari Parlimen. Hikhikhikhik







Read more...

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #2 :: Magnum Almond Made With Belgian Chocolate

As Salam


1st tym makan
Saja bagi tajuk panjang
bagi tambah gairah.
hahahahahaha



~~~~~S.E.D.A.P~~~~

Read more...

34 Weeks

As Salam,

Dari semalam lagik sudah set hari ne maw update blog pasal Wordless Wed la konon. Pic pun sudah ada. Tapi nampak saya kita lanjutkan ke minggu hadapan la. hehehehe. Rutin setiap pagi sampai2 jak ofis mesti maw buka email. Aku ada banyaaaaaaakkkkkk emel. Nda termasuk email jabatan lagik tu. Setiap email mesti ada pasangan. Macam contohnya doremon@gmail.com mesti ada doremon@yahoo.com. Kalau ada sinchan@gmail.com mesti ada sinchan@yahoo.com. Itu contoh jak ar. Alhamdulillah semua password aku ingat, password email kerja Mr. Ejump pun aku ingat. hahahahahaha. Tp aku ada satu email jak yg aktif yg hari2 buka.

So pagi ne buka la macam biasa then ada satu message. Message ne once in a week aku dapat. Aku boleh unsubscribe kalau aku maw. Tapi aku nda maw. Walaupun setiap kali aku dapat message ne luruh jantung aku. Tersentap perasaan aku. Ada macam ayat novel ka? hikhikhikhik. Ok ne la message tu.




Click to enlarge
Sekiranya kandungan aku  berjaya hari tu, hari ne aku 34 weeks suda. Ada 6 weeks to go. Mr. Ejump balik dalam 4 minggu lagik. Kira dia sampai tunggu hari jak la. Kalau~~~ Itu sekiranya semuanya selamat. Sekiranya Allah mengkehendaki. Namun Allah ada rancangan sendiri. Aku redha. Mr. E jump pun redha. Yang kadang2 tidak redha adalah orang segelintir orang di sekeliling. Bukan family maksud aku. Sebab mereka ok. Mereka paham akan ketentuan Allah.

Soalan2 seperti "Bila lagik maw ada baby ne?", "Best ada baby, kau nda maw kah?", "Rugi kau nda rasa ada baby ne?". Alhamdulillah sebab Allah turunkan amanah yang tidak terhingga kepada kalian. Aku tumpang bahagia. Whenever your baby smile, my heart is melting. Tapi tidak kah terpikir bahawa semua itu kehendak Tuhan? Bukannya makan ubat then lahirnya seorang baby. Alhamdulillah ujian ini mengajar aku matang, mengajar aku berusaha dan  paling penting bersabar. Allah tidak menguji kita dengan sesuatu yang kita tidak tertanggung. Kan~~~ Aku sentiasa percaya apa yang disusunkan untuk kita tu pasti yg terbaik. Percayalah.

Tapi aku dan Mr. Ejump sentiasa berdoa semoga Allah memberi kami jugak peluang. Setiap apa yg kalian cakap aku anggap doa. Terima kasih. Aku mampu amin kan seja. Sama jugaklah dengan oranglah belum kahwin. Orang di sekeliling macam sibuk jak tanya bila kahwin. Paham lah ada sebab kenapa mereka belum kahwin. Harap kalian2 sedar, masih ada masa untuk kita berubah. Masih ada masa untuk kita menjaga hati2 orang di sekeliling kita.

Kalau ada yg macam blur2, bila masa pulak aku ne pregnant, baca cerita ne I Am Mom To Be.


When ur single, ppl ask about boyfriend/ girlfriend, When u have a fiancee, they ask when is the wedding? When u get married, they ask when is the baby coming? When u already have 1, they ask when is the little brother or sister coming along? When u divorce they ask why? If u try to move on, they ask, so quickly? Ppl will never stop asking… 


Read more...

Tuesday, October 18, 2011

3+0=30

As Salam,

Hari ne 18.10.2011 bermaksud ada 30 hari lagik Mr. Ejump balik.

Sekarang Mr. Ejump di Mekah sudah.

Semoga sempurna ibadah mu sayang.

Semoga mendapat haji yang mabrur.

Isterimu menanti kepulangan mu dan keluarga.




Read more...

Friday, October 14, 2011

Thank You Gorgeous!!!!!!! (Updated :: 01112011)

As Salam,

Salam Jumaat kawan2 yg dikasihi sekalian. Ya Jumaat sudah weekends kita boleh berguling2 di rumah. Wadduhh seronoknyaa~~~ Hari ne entry simple2 jak la. Nda maw kasi serabut2 pikiran kamu membaca. hahahaha. Mesti ramai taw aku da start business kecil-kecilan. Ne Online shop aku. We start dengan stock yang sikit seja, kira macam maw test market lah. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Nda sangka betul. Thanks ya yg sudi beli dan yg cuci2 mata di Ted.Loves.2.Shop tu. 



Business ne di uruskan oleh Mr. Ejump di KK, aku just handle promosi and deal dgn customer. So Mr. Ejump yg dapat jumpa customer2 kami ne. How I wish boleh jumpa kamu2. Thanks ya for the support. Thank you sebab susah2 pergi self collect. Ada yg sampai datang rumah semata-mata maw collect. Thanks sangat2. Semoga anda pun di.murahkan rezeki.


Ohya hari tu aku da buat satu blog khas untuk Ted Loves To Shop jak. Tapi macam susah pulak maw update. Since I have to manage Official Page Ted Loves To Shop dan FB account Ted Loves To Shop. Mana lagik if Mr. Ejump mintak ubah2 FB dia. FB aku lagik dengan personal blog aku lagik. So, for upcoming re-opening nanti, aku akan update stock and all about my online shop melalui blog ne jak. Since aku pun ada kerja hakiki kan. Sambil kamu2 shopping2 kamu2 boleh baca aku mencarut2. hehehee. 

Buat pengetahuan kamu2 semua, Ted.Loves.2.Shop masih ada. Tapi, kami berehat sebab Mr. Ejump berada luar M'sia sekarang. Aku ada cerita sini Mr. Ejump pegi mana ; Salam Sayang Dari Bumi Madinah. InsyaAllah kami akan beroperasi semula pada bulan Disember. Doakan kami ya. Hati sudah bagi digaru2 ne. Rindu kamu2 semua. InsyaAllah kami maw kasi komersial lagik. Just wait and see la. So saya maw share la kamu2 yg sudi share gambar masa pakai collection kami. Semoga Allah murahkan rezeki kamu2. Aku sayang kamu2 semua. Kamu2 sayang2 aku jugak kan. Aku jak jangan laki aku sudeehh~~ hakhakhakhak.

So enjoy gambar2 yg sudi di share. :)))


















Notes :: SSM nda terima kami untuk register. Kalau online shop kena pergi Majlis Daerah. Lepas tu kami kena deal dgn Majlis Daerah Papar. Erkkkk takutnya, ada bad experience la sana. Doakan la ya. One more thing macam maw tukar nama tu pergi Ted Inspired. Tp macam gantung jak. hahahahaha. Tengoklah. ^_^

Read more...

Thursday, October 13, 2011

Saya 24 Kamu 28

As Salam,

Hari  ne bila tadi datang2 office aku pun terus la pergi fotostat ic Mr. Ejump. Then aku tengok la copy ic dia tu sambil senyum-senyum. Dalam hati, "Nda sangka pulak abg ne lahir 1983, tapi u look so damn younger than ur age". Daaaai daiiiiii puji laki sendiri. Ya la nanti orang lain yang puji boleh bertikam kita. Maw?? Mawwww?? hahahaha. 
on my 20th bday
of cos aku 20
dia 25 aku 21


For me umur 28 tahun nda la bha terlampau tua. Ya la dibandingkan umur2 orang yang menginjak 40 ka 50 ka. Tapi men life begins at 40 kunun orang bilang. Nanti la aku update blog masa Mr. Ejump umur 40 tahun. Kita tengok macam mana masa tu. hahahahahaha. Tapi bila aku tengok kenalan2 yang seumur Mr. Ejump, dorang dah nampak jauh lebih matang jauh lebih ke alam kedewasaan. Tapi bukan lah pulak aku cakap Mr. Ejump nda matang nda dewasa ka apa. Harap kamu paham sendiri lah sebab nanti cakap lebih ada yang terguris. Lebih-lebih pasal umur ne kan. hikhikhikhik. Maybe Mr. Ejump jenis selalu senyum selalu ketawa that why dia awet muda. Fuhhhh, nasib laki aku bukan jenis baca blog aku. Kalau nda kembang semangkuk. Mungkin dua tiga mangkuk. hahahaha


Itu Mr. Ejump, kalau orang tanya aku umur. Mesti terkejut baru 24 tahun tapi tidak seperti berumur 24 tahun macam maw menginjak 30 tahun suda ne. Perempuan kan cepat matang terus suka berfikir lagik. Mana lagik kalau suka marah2. Nahhhh!! Lepas tu nda maw mengaku lagik. hahahaha. Lepas tu kan banyak kejadian2 yang tidak dirancang yang menampakkan atau menyedarkan diri sendiri yang aku memang nampak tua dari Mr. Ejump. Kalau ingat bikin lucu jugak tapi kadang2 bikin panas jugak.

Pernah satu hari tu kami ne berjalan-jalan lah di 1B, ada satu perempuan ne tanya the nearest ATM. Dia datang aku, "KAK, di mana ATM di sini ar?". Aku macam biasalah mana-mana tempat susah maw ingat. Aku pun tanya Mr. Ejump dan suruh dia explain sekali. Sudah kali dia paham, terus dia cakap dengan Mr. Ejump, "terima kasih ya DIK". Jalan jak perempuan tu Mr. Ejump terus senyum2. Aku muka lain2 sudah. Mr. Ejump cakap, "aik kenapa pulak marah abg, marah lah kakak tu". Aku nda kesah dia panggil aku kakak walaupun dia obviously dia tua dari aku. Tapi jangan lah panggil laki (masa tu  masi boipren) aku adik. Kecik ati mak~~~ hahahahaha
begini kali mukanya
dia 26
dia 26 aku 22

Ok lepas tu masa ne baru beberapa hari lepas bertunang, kami pergi bank untuk kasi keluar cash. Masa tu kena keluarkan cash di kaunter untuk beli kereta. Bila number aku kena panggil aku pun pergi lah kaunter tu. Amount maw di kasi keluar tu agak banyak jadi lama jugak aku berdiri di kaunter tu. Dia maw pergi belakang lah, bos dia pun keluar lah. Tiba-tiba Mr. Ejump datang ikut jugak berdiri sebelah aku, terus orang kaunter tu tanya, "Ini siapa? Adik kah?". Jadi apa perasaan kamu kalau begitu????? Aku pun jawab,"bukan, tunang saya". Mr. Ejump tahan2 ketawa sudah. Kali rasa bersalah, lepas selesai urusan kami, dia cakap."errk, selamat pengantin baru ya". Dia pikir kami ambik duit untuk kawen kali. Padahal 9 bulan lepas tu baru kami kawen. Terus aku betul-betul konpius, tua sangat kah aku ne. Konpiusssssss!!!
sehari selepas bertunang
dia 26 aku 22
1 minggu b4 tawen
dia 27 aku 23
Lepas tu kejadian paling latest, masa aku balik KK sebelum Mr. Ejump berangkat ke Tanah Suci. Aku kenal 1 married couple ne. Dorang on vacation la pergi KK and 1st time datang Sabah. Aku kalau jumpa orang yang 1st time datang KK dalam flight ne memang aku bersemangat betul. Actually mula2 dia dengan hubby dia terpisah tempat duduk.Tapi barisan sebelah jak. Aku pun offer lah untuk tukar. For me i dont mind duduk dimana, asal sampai KK sudehhhh!!. Mula2 dia maw tukar dengan orang yang sebelah lagik, boleh2 orang tu cakap, "Saya nda biasa duduk tengah2". Damnnnn ko perempuan macam lah aku nda taw ko dapat tiket tu random jugak. Aku taw la ko tu siapa, sekadar kerja ko tu nda payah maw make up tebal2 gitu, kalah yang FA sama GS tu. Panas betul aku masa tu. Orang sudah cukup buruk sangka dengan kita as orang Sabah nda payah maw kasi tambah buruk sangka tu. Ok itu cerita sakit hati. Abaikan. hahahaha. 

Jadi kami pun bertukar seat, pas tu dia siap belanja breakfast. huhuhuhu. Aku kira maw makan yang ringan2 since nanti touch down KK maw pegi breakfast dengan Mr. Ejump. Then tanya2 dorang maw bermalam di Kundasang malam ne. Dorang maw ambik taxi pergi tempat taxi Unser di Padang Merdeka tu. So aku offer la dorang ikut aku. Aku taw Mr. Ejump nda kesah. Aku sempat text Mr. Ejump sebelum kami sampai arrival so that dia nda terkejutlah. hahaha. Mula2 couple ne macam segan lah, hubby dia lah. Tapi that lady macam serasi sudah dengan aku. Kegembiraan dia tu buat aku rasa lagik gembira. Bila Mr. Ejump sudah sampai dengan kereta, aku pun cakap, "thats my hubby". Terus wife dia cakap, "saerahhhhhhhhhhh, mudanya your husband. Muda sangat". Aku pun macam tumpang bangga lah. "Eh dia maw 30 sudah tu". Dia masi nda percaya. hahahahaa. Then kami hantar lah dorang pergi ambik taxi tu. Mr. Ejump deal la dengan taxi tu untuk hantar sampai atas since dorang tinggal di Perkasa Hotel.
Tiba2 aku terpikir, apakah maksud dia kami memang sama2 muda then sudah kawen. Atauuuuuuuuuuuu, aku nampak nda berapa muda tapi laki aku sangaaat muda. Omg!!!! Kepisan aku. hahahaa
june 2011
dia 28 aku 24


1st day raya 2011
dia nampak sdikit tua suda. yeaaahh
dia 28 aku 24
Tapi sebenarnya aku nda kesah lah. Biar lah orang cakap apa. Yang penting insyaAllah we gonna grow old together. Aku tidak akan pernah buhsan melayan lawak2 bodoh itu sampi akhir hayat ini. :)))


raya @ sandakan
ini gambar paling remaja so far
hahahahahahah



Read more...

Wednesday, October 12, 2011

Wordless Wednesday #1

As Salam,


"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak Mengetahui."(Surah al-Baqarah:ayat 216)


Taman Lagenda Langkawi


Read more...

Tuesday, October 11, 2011

As Cute As Teletubbies

As Salam,

Aku rasa semua orang taw pasal satu blog pasal gosip artis yang amat-amat popular. Iaitu beautifulnara. Yang best walaupun blog dia cerita pasal artis, tapi kita macam kenal jak dengan, maksudnya macam rapat jak.hikhikhik. Jadi ada satu entry tu, dia kasi tengok masa dia kasi surprise wife dia. Try tengok and tipulah kalau airmata tidak mengalir. Lebih-lebih lagi kalau berjauhan dengan orang tersayang kan.hehehehe

Mesti terus rasa, untungnya badan. Romantik betul. Semua perempuan mesti suka dengan romantic and surprise stuff kan. hikhikhikhik. Mesti masa sekolah dulu kalau tulis yang macam biodata-biodata dalam diary kawan tu. Part lelaki idaman; penyayang, penyabar, romantik, bla bla bla. hahahahaha. Kamu tahu ka diary yang aku maksudkan ne. Yang ada tulis makanan kegemaran, warna kegemaran, hobi, cita-cita. ahahhaa

penyayang macam ne :)))


Honestly aku dengan Mr. Ejump nda pernah lah romantika2 ne. Tapi siapa nda maw kan. Kadang-kadang tu mengomel jugak, "iskkh, tengok c anu tu dapat surprise gift dari bf dia. Tu baru bf belum laki lagik tu". hehehehehe. Kadang-kadang cakap lah jugak, "Abg, lama sudah nda bagi bunga". Then bila Mr. Ejump ambik di airport, adalah kunun sudah bunga tu. So not surprise, sebab aku sudah tanya awal-awal. Langsung aku nda terkejut. hahahaha

Selama tiga tahun lebih kenal, mahu masuk empat tahun da (o0o0o biar betul lama sudah.hikhikhik). Nda pernah lagik aku dapat birthday gift yang surprise. Maksudnya, on my birthday macam dapat hadiah lepas tu kena wrapped lagik, pas tu aku pun teruja-teruja kunun maw buka mahu tahu apa dalam dia. Terus main teka-teka lagik."Ermmmm my fav perfume ne kan, dress ne kan". Oh never!!! hahahahaha. Nda kira apa occasion ka mesti sudah tahu apa hadiah two three months earlier. Ya la, sometimes betul jugak cakap Mr. Ejump, belum tentu hadiah yang dia bagi secara surprise itu akan aku suka. hahahaha. Sudahlah fussy gilak ba**!!! Jadi aku pun sudah terbiasa situasi begitu, siap boleh rancang apa hadiah untuk birthday@annivesary sampai untuk tahun depan punya tahun depan punya tahun depan. hahahahaha



Kadang-kadang kalau hadiah annivesary aku jak dapat Mr. Ejump nda dapat, ya la namanya lelaki bukan dorang kesah pun. Yang lucu hadiah aku, aku mesti decide hadiah dia pun aku yang decide. Sebab kalau aku tanya Mr. Ejump, mesti dia mintak bukan-bukan macam rim kereta la. Duiiii, sungguh tiada ciri-ciri sebuah hadiah. Masa birthday dia tahun ne jak dia mintak hadiah yang lojekkk sikit. Aku setuju bagi ps3 itu pun sebab aku dapat ipad masa birthday aku. hahahahha. Pernah masa birthday aku dulu-dulu aku dapat netbook tiba-tiba   masa birthday Mr Ejump aku bagi dia pen parker yang ada tulis nama kami. Yang ne aku beli sendiri, tanpa pengetahuan Mr. Ejump. Even murah tapi sweet kan??? Sweeetkan~~~ Punya sweet tu, kita menulis-menuliskan terus pen tu ada nama kita. Mustahil lah nda sweet. hahahahaha.


sweet mcm ne
awwwwwww
Tapi lately aku boring sudah kalau birthday sama anniversary ka dapat hadiah then pergi dinner. Jadi aku rasa maw tukar hangenn. Setiap kali birthday@anniversary maw pigi holidayyyyyyyyy. I mean yang betul-betul on that day kami tengah bercuti. Then Mr. Ejump tanya, "jadi hari lain kita tiadalah pergi holiday kan?". Nda la jugak, ada jugak. hahahahahaha. Sebenanya aku pun nda taw apa aku mahu. hahahahah. Terima kasih ya Allah, kerana Engkau kurniakan aku suami yang penyabar dan memahami. Then sudah beli tickets untuk pergi singapore on my birtday next year. Then tiba-tiba aku rasa mahu pergi somewhere in Vietnam. Aku maw pergi memborong. Then tiba-tiba aku macam mahu beli satu barang tu pulak.Damnnn, aku nda tahu macam mana maw buat keputusan. Aku selalu datang dengan banyak pilihan, Mr. Ejump yang tukang buat keputusan. huahuahuahua. I hate myself!! Nafsu tinggi tapi duit tecik! Jadi sila beli tudung aku nanti banyak-banyak. Nanti boleh top up duit untuk aku pergi memborong di Vietnam tu. Nahhh, nanti siapa jugak terkinja-kinja kesukaan dengan stock baru dan dandit-dandit (bercakap dengan pelat budak umur dua tahun yang sedang makan coklat yang bermaksud cantik.hahahaha)


Vacay on my bday
Tapi ne nda dirancang


wink wink~~~~
In the end of the day, baru sedar our spouse are unique and special at they own way kannn. No need to compare them with others. Aku bersyukur, Mr. Ejump so special at his own way, he might not come up with those surprise stuff tapi Mr. Ejump nda pernah nda setuju dengan setiap keinginan atau kemahuan aku. He will try so hard to make it happen. Apa saja, walaupun benda remeh temeh. Walaupun dia buat macam nda kesah sebenarnya dia tengah perah otak macam mana maw realisasikan nya. For me its so cuteeeeeeeeee~~~ Cute macam teletubbies. hahahaahha


dan kiut mcm neeeeeeee~~~
p/s :: ne link macam mana c beautifulnara pasal kasi surprise wife dia. Semoga life korang bertambah-tambah happy dengan kelahiran cahaya mata pertama. Amin ya rabbal alamin.

Read more...

Thursday, October 6, 2011

Salam Sayang Dari Bumi Madinah

As Salam,

Terasa maw write something here. Kawan aku cakap, "ko ne mula-mula jak semangat maw tulis cerita dalam blog, sekarang jarang-jarang sudah". hehehehe. Aku pun suda explain sama dia napa aku malas-malas maw post cerita, padahal banyak cerita dalam draft. Errmmm, some people baca your blog just to have point to humiliate you. Some people!!!! Some people!!!!!

Ok lupakan mereka-mereka itu. :)))))) Ermmm, Mr. Ejump, kedua ibu bapa mentua ku dan maci Mr. Ejump yang bongsu baru sahaja berlepas ke Tanah Suci pada 3 Oktober hari tu. Baru tiga hari yang lalu. Aku pikir tiga minggu sudah. hahahahaha. Its okey sayang, im waiting for you here. Aku pun nda taw mahu tulis apa, just i'm glad that mereka sekali lagi sampai sana. Siapa tidak maw kan menjejakkan kaki ke sana. Sedangkan Mr. Ejump sms dia mahu pergi ziarah makam nabi, on the way ke masjid, aku boleh ikut excited. hehehehe. Tapi kami sms  pun jarang-jarang, biarlah dia tumpukan sepenuh perhatian untuk beribadah. Semoga doa-doa kami di makbulkan. InsyaAllah, aku dari sini pun tidak pernah putus doa untuk mereka di sana. Ok kenapa tiba-tiba pandai sedih. hukhukhukhuk.
Mr. Ejump punya
0o0o0o sensored num ic nanti ada org jaat.
hehehe


Okeylah, aku cerita sikit pasal cara perhubungan sekiranya kita ada suami, isteri, ibu bapa, adik beradik, saudara mara or even kawan- kawan yang berada di Madinah or Mekah sekarang ne. Mari kita share about rates, method of call and sms. Tapi aku boleh cerita pasal Celcom jak lah, since aku guna Celcom jak ne. huhuhuhuhu. Oya, Mr. Ejump pergi sana pun bawa simcard prepaid Celcom. Mula-mula tu cadangnya mahu beli simcard sana jak, tapi terpikir mesti touch down jak Madinah mesti kita menunggu call or at least sms kan dari orang tersayang, kannnnn~~~ Jadi sebelum aku pergi airport untuk balik sini (aku balik dulu, sebab takut nanti aku paling drama kalau menghantar. hahahahaha.) mencarilah kami sim card Celcom yang Blue pack. Sebab itu sudah ready roaming. Teruskan baru aku tahu sim card baru sekarang ada 11 digits. Kawan aku cakap, nda lama kalau habis sudah number terpaksa pakai huruf. "Apa number ko?". "Ok save ar, S.I.T.I.S.A.E.R.A.H". hahahahahahaha. bayangkan kalau sampai tahap tu. Ok merepek-merepek sudah ne. Nasiblah jumpa jugak Celcom Blue pack tu. Masa tu berserah jak lah, harap-harap dapat guna sebab dalam jam 2 pagi begitu, Mr. Ejump kena lapor diri sudah, tiada masa lagik kan mengunjar-gunjar. Alhamdulillah, bila aku terima sms, "Syg, abg sampai aiport Madinah sudah". Selain kesyukuran yang amat-amat mereka telah selamat sampai. Aku pun syukur sim card tu boleh pakai. Bila sms dengan Mr. Ejump tu macam aku nda percaya bha dia di sana. Abg di KK ne kan. kannnn. kannn. hahahaha.

Aku dari sini pulak guna prepaid Celcom UOX aku. Takut aku guna yang postpaid sebab if Mr. Ejump call dari sana pun kena charge jugak. For those yang nda tahu, if orang tu call kita dari oversea kita pun kena charge jugak. Jadi nda payah mahu datang pergi kaunter Celcom marah-marah, "kenapa bill saya tinggi betul ne, ada charge oversea, saya tidak pernah buat call, saya terima call seja". Ok penuhkan ilmu di dada dulu baru pergi menyerang. hahahahaha. 

Kadar Mr. Ejump sms aku dari sana adalah RM2.00 untuk satu sms. Okey kalau sms yang diterima tidak dikenakan sebarang caj. Dan untuk panggilan caj dia 0.98 untuk 30 saat yang pertama. Maksudnya satu minit  RM 1.96. Bolehlah dari guna postpaid kita nda rasa bill tu berjalan kan. huhuhu.Tapi dia murah ada caranya iaitu Roam Saver, caranya ; *120*60148585088# then tekan call. 120 tu kod roam saver lah supaya dapat kadar yang murah. 6 tu kod Malaysia, 0148585088 tu number aku. Kalau maw order tudung sila sms. hahahahaha. Itu number memang untuk business sudah, nda takut mahu kasi sebar-sebar. hehehehe. Jan lupa symbol * dua kali dihujung # baru tekan call. Itu kalau dari sana mahu call pergi Malaysia. Terus kita dari Malaysia terus jak angkat, jan ngada-ngada kunun ada lagi cara maw tekan-tekan. Kalau sms pulak, masa mahu send tu, tambah nombor tu macam ne +60148585088. Tambah symbol + baru 6 (kod Malaysia) baru number phone. Untuk number Mr. Ejump aku ada buat online account so aku boleh monitor. Ya la senang aku maw tahu credit dia tinggal berapa terus boleh top up. Kalau maw top up just top up dari Maybank2u ka, CIMB clicks ka. Sampai jugak, dont worry. Kalau tiada service online banking, boleh pergi Celcom branch minta tolong reload tapi dikenakan caj RM0.50. 

Ok part yang menarik adalah sim card UOX yang aku punya. Sim ne lama sudah dari aku kerja Celcom lagik. Mengikut yang aku pergi call careline tanya kadar segala, dorang cakap kadar sms kalau aku sms pergi sana adalah 0.20 sen. Tapi cek punya cek rupanya aku dicaj RM0.01. Bukankah itu 1 sen? Kah aku nda berapa pandai mengira? Patutlah credit aku nda pandai habis. Lepas tu kadar untuk aku call Mr. Ejump di sana aku nda berapa ambil tahu. Sebab nda target pun mahu cakap lama-lama kan. Then hari semalam-semalam aku call dia selama 06.02 minit dan aku dicaj sebanyak RM0.98. Maksudnya aku dicaj dengan kadar UOX yang biasa. Kali dia nda dapat detect aku call sana kan. hikhikhikhik. Ka memang memang begitu. Itu part yang best, part yang kurang pandainya aku terlupa Mr. Ejump kena caj jugak. huahuahuahuahua. Caj untuk 06.02 minit untuk terima call sana adalah RM19.50. hehehehe. Pingshaaaannn aku. Terpaksa dua kali reload.


Ok cara nak buat call guna number kita dari sini ke sana adalah 009660148585088. 00 tu sama function dengan symbol plus. 966 tu kod di sana la. ok jelas kan adek-adek~~~~


Okeylah, sampai ne jak kerajinan aku. Semoga Mr. Ejump, mama bapa mentua dan maci diberi kesihatan dan kekuatan untuk menjalani ibadah. Semoga doa-doa yang kami kirim dimakbulkan. Amin. Amin ya rabbal alamin. Kami menunggu kepulangan kalian. Love u all~~~~
Last dating before abg ijam berangkat.
hehehe
p/s :: Gambar macam nda best kan. Tunggu la if Mr. Ejump ada ambil gambar aku share kan. Ok~~~


Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...