Saturday, July 9, 2011

Zaman Sekolah Aku Yang .................

As Salam,

Weeeeeeehhhhhhhhhh sangat rindu maw menulis blog tapi aku malas. Hahahahahaha. Jangankan menulis meninguk2 dalam blog sendiri pun teda arr… Kadang2 kan lupa aku ne ada blog ka teda.  Lagik pun teda bha idea aku, life aku masih terkejar2. huhuhuhuhu. Jadi teruskan kita berdoa, supaya aku dapat balik life aku.Ok bukan itu aku maw cerita. Buring kali suda asyik cerita begitu sedjaaaa. hehehehe. Ok mari bermulaaaaaaa~~~~

Pernah ka kamu terpikir, "eeeee best nya masa sekolah dulu. Kalauuu lah boleh ulang masa tu???".What the fish, aku tidak pernah terpikir maw ulang balik masa tu. Walaupun ada jugak sikit2 best tapi pleaseee laa. So, hari ne aku maw tulis pasal zaman sekolah. Apa yg buat aku nda maw lagik rasa zaman sekolah dan kenangan2 yg ditinggalkan.  So, aku maw kupas la satu persatu mengenai topic ne kunun. Hehehehe. Topik ne aku cerita berdasarkan sekolah menengah la, sekolah rendah aku nda berapa ingat suda. huahuahuahua

Ok first sebab kenapa aku nda berapa suka pegi sekolah sebab kelas aku berada di tingkat paling atas, tingkat 4 (betulkan tingkat 4 wahai kawan2 ku. Hikhikhik), bayangkan la hari2 naik tangga begitu tinggi. Baru tu bukan satu kali satu hari. Kalau ada PJ (Pendidikan Jasmani), pegi makmal mahupun waktu rehat, belum campur kes2 maw pegi tandas. Huh!!!!! Oleh itu aku suka tahan kencing dulu, jadi aku rasa effect dia sekarang ‘daya tahan’ tu kurang sudah. Huahuahuahua. Jadi nda buli ka buat sekolah yg ada satu atau dua tingkat jak. Nda pun ada lift ka. Nda pun escalator, untuk naik jak turun biar tangga. Sekolah kami ada tandas setiap tingkat tu tapi nda kena guna, ntah la kenapa. Kira macam mantap jugak kan tu if ada tandas setiap tingkat. Hikhikhikhik.

Next lagik, kelas Pendidikan Jasmani. Cakap jak pun aku sudah sakit kepala. My stupid reason was, padang kami sangat jauuhhhhhhhhhhhhhh. Aduiiiii, kamu tau ka highway yg Kepayan Ridge tu. Highway tu dulu adalah tapak sekolah kami yg lama. Ada kan padang, jadi kamu dapat bayangkan bangunan sekolah tu punya jauhhhh, aduhhhhhhh!!!!! Siksa nya, kalau padang tu depan2 mata nda apa. Belum kira lagik, tukar baju tapi masih ada rasa lekit2. Tolong lah, aku nda mawwwww. Tapi budak2 lelaki paling suka ne. Sabar jak laaaa. Cuma yg best pasal jasmani2 ne adalah kelas Sains Sukan, sebab cegu dia seronottttttt. Coach Shafi memang rawwkkkssss la. Kelas dia nda buhsan sebab bercerita. Sporting lagik cegu. hikhikhihkik

Lepas tu pasal sukan sekolah, ini antara benda paling aku takut. Awal2 tahun la tu sukan sekolah kan. Lepas tu, yg nda terlibat macam kami ne pun kena datang masa latihan sukan. Aktiviti masa tu cuma tinguk2 orang yg kita minat. Hahahahahahaahaha. Tipu la kamu kalau nda kannnn. Iskhhhhhh buang masaaa!!! Bagi yg memang ambik bahagian tu nda pa. Terus paling sengsara masa sukantara, di mana semua orang mesti ambik bahagian tujuan untuk ambik markah supaya rumah sukan anda boleh menang. Makkkkkkkk, tolong aku nda pandai ne. Terpaksa la kaki2 bangku macam aku ne pegi berlumba lari, lompat tinggi, lontar peluru, itu jak yg aku ingat nda taw la kalau ada lagi acara lain.

Tapi perkara yg aku suka masa sukan sekolah kan ada dua. Pertama masa tingkatan 4 dan 5, aku kelas Sains Sukan. Jadi memang ramai la atlet2 ternama dalam kelas aku. Jadik, kalau masa sukan kelas kami bukan setengah ja tinggal tapi sangat sikit. Mana lagik ikut perbarisan segala. Hahahaahahaha. Bila cegu masuk kelas kami, lemah semangat maw mengajar jadi cegu akan cakap, “Ok buat kerja sendiri arr”. Yahuuuuuuuuuu. Tapi ada satu cegu jak yg akan terus mengajar iaitu Cegu Add Maths. Aku rasa kalau tinggal 2 orang pun dia mengajar jugak kali. Respect la cegu. Pas tu aku suka sebab aku akan ajar perbarisan untuk Pengakap. Siukkk bhaaa, tapi kalau cuaca panas betul aku mengajar sambil pakai payung hahahaha. Masa zaman kami, ada peruntukkan untuk sunblock. Hahahahahaha. Punyaa la. Itu jak aku rsa siukkk bha.

Lepas tu aku nda suka tu pelbagai rules yg pelik2, yg bila aku suda dewasa pun aku still pikir apa natijah nya rules tu. Tapi nda taw la if itu satu ciri2 untuk mencapai piawaian utnuk menjadi Sekolah Perdana, Sekolah Premier dan macam2 lagik gelaran la. Prouddd oo0o0o sekolah kami banyak anugerah. Rules paling aku ingat nda boleh pakai kasut sekolah yg ada taris itam di sekeliling kasut tu. Pakai keychain besar2 pn nda boleh. Nda jugak bha bikin jahat kalau pakai keychain besar-besar tu. Janganlah keychain tu berbentuk senjata ka. Kalau sekadar kucing ka bear ka, kasi on seja bha kan. hikhikhikhik.

Macam aku cakap di atas kan, antara pekara yang aku nda suka pasal sekolah ne lagik, adalah Add Math. Masa kelas add maths cegu boleh mengajar start mula sesi persekolahan sampai rehat. Atau lepas rehat sampai pulang lepas tu boleh tambah 2 sesi lg utk kelas tambahan. Seksaaaaaaaaaa jooooooooo. Entahlah dulu-dulu nda boleh bha masuk Add Math ne dalam kepala aku. Kena lagik cegu jenis teda perasaan. hehehehe. Bukan aku maw cakap benda nda baik dengan cegu tu arrr... Bagus bha cegu tu cuma aku nda pandai bha Add Math, tapi sudah masuk kolej boleh jugak ne belajar Add Math siap boleh ajar orang. hehehehe. Aku ingat bha pernah kan saturang jak yang lulus Add Math dalam kelas kami bha. Kesian cegu ajar berabes rupanya ambik exam bikin kepisan semua. hahahahaha

Ok masi lagi cerita pasal perkara yang aku nda suka. Macam baru satu perkara yang aku suka masa sekolah kan. hehehehehehe. Ok, masa zaman kami kira kami ne macam perintis yang pakai baju unit uniform setiap rabu. Yaaaayyyy rasang pulak tu kalau pakai baju pengakap sepanjang hari. Fuuuhhhhhhhh, siap ada cegu lagik me'round masa rehat meninguk kami pakai uniform Pengakap ka nda. eeeeeeeeeee, macam setiap Rabu aku nda maw bha datang sekolah sebab kena pakai baju begitu. Macam teda pekdaahh. Huuuuhhhhhhh!!!!

Okkkeeyyy, ne lagik satu, program yang paling aku 'suka'. Kamu tau Program Nilam, cakap jak pun macam kapus-kapus. Program Nilam ne macam dia bagi target la sama pelajar dalam satu bulan berapa buku cerita yang mesti di baca. Lepas tu nanti cegu BM@BI cek. Nahhhhh, ada kunun masa kami maw baca-baca buku cerita. Jadi jawap nya, kami ambil seja sinopsis cerita dibelakang buku-buku cerita tu. hahahahahaha. Bijakkk kan. Kadang-kadang program begini bagus bha, tapi kalau ada pelajar-pelajar yang 'bijak' macam kami ne susah jugak kan. Pihak berwajib kena cari alternatif lain la. hehehehe.

Tapi kan, sekolah ne la bha tempat kita maw jadik 'manusia', tempat kita belajar selain akademik. Yang paling susah maw lupa adalah nilai persahabatan. Masa tingkatan 4-5 masa palinggggg best. Semua dalam kelas kami tu ada ciri-ciri sendiri yang sampai sekarang ada bha di ingatan aku. Entah dimana sudah dorang semua, kalau nda kerana dorang nda jugak berapa rajin maw pegi sekolah. Nah terus aku ketawa-ketawa saturang ne. Aku ingat bha, untuk sesi pembelajaran yang pertama pagi-pagi tu, kalau ada orang bithday hari tu, kami berdiri la terus kasi nyanyi lagu Happy Birthday, yang lucunya hari-hari ada orang birthday, hari-hari menyanyi. Baru tu ada seja terpaksa mengaku birthday hari tu, sebabnya malas maw start kelas tu bha. Cegu pun ikut kunun nyanyi-nyanyi terutama cegu BI kami, kesian ne bha. Kalau aku ingat kan, punya la nakal tu orang-orang tu.

Tapi, kalau yang baca ne masih sekolah lagik, jangan pulak ikut macam aku, sebab satu hari nanti kamu akan habis sekolah jugak. Janganlah maw escape-escape segala tu. Bila tinguk anak-anak buah aku yang sekolah menengah sudah tu terasa pulak, jangan la dorang nakal-nakal macam aku. Aku maw tegur pun kadang-kadang terasa malu, sebab aku pun jajal-jajal jugak. Baru tu ada jugak yang ikut perangai aku, kuat jalan kuat beli barang-barang. Sabar jak la aku. hahahahahaha. Semoga dorang menjadi insan yang berguna kepada bangsa dan negara, atau setidak-tidaknya kepada orang tua. Sebelum menutup tirai jom enjoy gambar-gambar yang hebat masa aku sekolah tu. Bikin kepisan ne muka-muka ne. hahahahaha.

Program Usahawan Muda
Us again @ Malanggang.
Menyampaikan lagu2 yg best. hehehehe
Us with love :))
Camping @ Malanggang
Camping utk persatuan unit beruniform yg diuruskan oleh student Sains Sukan.
Mantaaaaaap!!!!
Ne aku ingat, "ok buat tugu Sains Sukannnn",
terus berlari2 then snap.hahahah
The guysssssssss, plus some girlss. hahahaha
The girlsssssss plus some guys, membalas kunun ne. hahahah
Kwn2 dari kelas lain. Dr kelas pandai. hehehehe :))
Miss u ol, mos of them classmates masa form 1-3
Lembaga Pengarah PUM MS :))
Wif cegu kelas yg tsyg. Puan Johairah
Maw2 SPM da ne. Tunggu hari jak.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...