Tuesday, June 28, 2011

Kita Merancang Allah Pun Merancang

As Salam,

Dalam sebulan lebih lagik maka genaplah dua tahun aku di sini, di Putrajaya bumi yang canggih ne. hehehehe. Satu sudut aku telah mencipta keajaiban dalam hidup aku dan hidup orang tua aku. Sebabnya, aku mampu mengurus hidup aku sendiri. Bukannya terurus sangat pun, tapi dari nda pandai masak sekarang terpegang lah sudah sudip-sudip tu. Dari segan-segan maw cuci baju tu sekarang seminggu dua tiga kali jugak cuci baju. Bukanlah aku maw cerita kehidupann aku yang ada perubahan bab-bab menjadi perempuan sejati yang boleh memasak, mencuci dan sebagainya. Tapi aku maw bagitau aku tidak pernah serasi dengan kehidupan aku sekarang. Dulu orang cakap, “nda pa, lama-lama okay la tu, biasa la tu”. Sampai sekarang masih begini, masih meratapi bilalah aku maw pindah KK.

Masa mula-mula aku lapor diri di sini, minggu kedua gitu aku sudah kena pergi kursus. Jadi hari maw pergi kursus tu aku naik lah taxi pergi office sebab ada bawak luggage. Boleh-boleh taxi yang aku naik tu accident, kena langgar dari belakang. Bayangkan semangat belum ada tinggal di tempat orang sudah kena begitu. Aku ne sudahlah jenis penakut punya orang. Nasib baik tiada cedera teruk, kaki jak sakit di pergelangan, itu pun aku sedar masa malam sudah. Itu trauma aku yang pertama. Ianya tidak berakhir di situ.

Beberapa bulan masa tu, kalau kamu ingat gegaran yang berlaku di Sumatera yang dekat 8 skala ricther tu. Bangunan-bangunan di Putrajaya memang rasa. Masa kejadian aku tidur. Yang aku tau, bapa aku call tanya ada kah rasa gegaran. Aku bagitaulah aku tidur, boleh-boleh bapa aku marah, mana lah aku tau mw gegaran. Huhuhuhu. Bapa aku ne punnnnnnn. Lepas tu aku keluar bilik, housemate aku cakap masa dia mandi dia rasa macam pening. Rupanya memang gegaran la tu. Buka tv confirm. Malam memang susah maw tidur, rasa macam kalau ada apa-apa jadi ne macam mana keluarga aku maw cari aku. Memang sebak.
On Duty @ Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor
Yang bestnya, beberapa minggu lepas tu blok aku tinggal tu ada unit yang terbakar. Bukanlah hangus tapi sampai bomba datang lah. Yang orang kecoh-kecoh angkat barang suda. Kami ready-ready seja ne. Bukan sekali tapi dua kali kebakaran. Memang panic. Aku siap call mama aku, “mak, aku nda maw bha hidup dalam keadaaan ketakutan ne”. Mama aku pun nda boleh buat apa, mama aku nda paksa pun aku berhijrah dulu. Huhuhuhu. Semua ne kejadian dalam tahun 2009. Fuhhhh, lamanya sudakan. Tapi ketakutan tu masih segar dalam ingatan aku sampai bila-bila.

Bengkel @ PD
Lepas tu pernah lagi kes kena halau dari rumah oleh tuan rumah. Malas maw cerita panjang, tapi totally bukan salah tuan rumah. Jugak bukan salah aku, tapi salah seorang dari housemate lama. Masa tu nda sampai sebulan aku tinggal rumah second aku ne. Bincang punya bincang, janji punya janji dekat jam 11 baru kami kena bagi masuk. Itu pun setelah digambar macam pesalah dan macam-macam. Itu pun kenangan yang aku nada maw ingat sampai bila-bila. Pedih di hati tu kan Allah seja yang tau.

Outstation @ PPN Perak
Paling menarik lagik, nda sampai sebulan lepas tu kawasan rumah kami diserang lebah. Fuuhhhhhhhhhhhhhhhhhh, memang panic. Paling panic, aku saturang jak dirumah masa tu, aku siap suruh housemate aku balik lagik. Sampai bomba datang bha. Aku teda gambar sempat diabadikan masa tu. Cuba kamu bayangkan kalau keluar dari rumah, setiap inci lantai tu dipenuhi lebah. Masa tu, ramai jugak disengat termasuk housemate aku. Dalam rumah pun banyak. Arghhhhhhhhhh. Ngeri betulllll!!!!! Dugaan datang bertubi-tubi ne bha.
On duty @ Majlis APC, Shah Alam
Orang lain pun kena jugak kan, tapi bila aku betul-betul sendiri di sini. Kawan pun aku nda bergaul sangat. Empty sangat hidup kat sini. Paling aku terasa bila aku keguguran, terasa kalau aku di KK, mesti aku dapat jaga kandungan baik-baik or at least masa gugur tu ada orang urus aku. Ne aku bawak diri sendiri pegi hospital, nasib last-last ada mentua dan Mr. Ejump datang. Thank you to both of you. Hit here fpr the story Mummy 2 Be
Induksi Umum @ Tganu
Kadang-kadang aku pandai nda betul, pandai rasa stress yang amat-amat. You tell me, siapa nda stress dua minggu sekali ulang alik naik flight, then balik uruskan rumah tangga yang jarang-jarang dapat diuruskan. Balik sini kena uruskan pulak hal di sini. Kadang-kadang pergi beli barang di Carrefour barang makanan dan rumah, bila barang kita bawak tu berat, tiba-tiba airmata mengalir. Nda kan sebab barang tu berat kita maw menangis kan, sebenarnya jauh di sudut hati, terpikir bha; “napalah aku beli barang dapur sendiri2, naik bas pulak tu, bus stop dari rumah jauh. Patutnya aku beli dengan suami bha ne”. Tapi apa kan daya kan.

Maybe you will say, “alaaaa, orang lain lagik banyak dugaan, lagi banyak masalah. Your problems ne takat kuku kaki jak”. Yes I admit it!!!! Sebab aku memang nda kuat. Capi-capi lagik. Hehehehehe. Aku taw semua ne ada hikmah, tapi aku belum kuat lagik.Tapi, aku terimalah apa jugak dugaan Allah maw bagi. Kita ada rancangan kita, tapi ingatlah Allah pun ada rancangannya.
Few days b4 report duty @ Putrajaya

 *** Aku di sini hanya untuk kerja, tidak lebih tidak kurang. 

3 comments:

  1. sedih cerita ko ni ted..tp ko selitkan lg elemen lucu...jadi kan aku membaca..ketawa ada mata kaca kaca sket..ni kali lah ble buat drama suda ni ted!! lain org lain ba dugaan..uih siapalah bertuah ckp celah-celah kuku tu...eksen ja tuh kalau dia betul merasa PJJ tau la dia mcm mn..MUSTAHIL la rasa SERONOK tinggal jauh dari suami bah!! panjang pula komen aku ni patut buat entri ha ha kejap lg aku buat entri melepas perasaan d sana pula ha ha ha be strong ya ted! [yang benar, luahan pemegang status PJJ]

    ReplyDelete
  2. aku pn t'panggil mo komen.hehe.yup,aku phm jg tu perasaan mu.aku dlu pn b'status PJJ pas kawin trus pegang title tu.setahun setengah jg la.then dlm tempoh tu,time raya ja dpt jmpa.seksaaa weiii.blk keja,kwn2 yg sdh b'kawin smua kena ambik laki dorg.aku?!naik bus ja kesian.sepjg dlm bus aku kol hubby ku.smpai la d rmh b'telepon.pastu nanesss..T__T.bgtula setiap ari.but now,aku hppy sdh.duk dkt dgn hubby.conclusion,byk sbr ya ted.moga allah bg ko ketabahan.smua ada hikmah.slm syg.:)

    ReplyDelete
  3. Hehehe. Tu la kn. Ari2 bngun kna set kn dlm pkrn im fine im okay ne. Boleh neee. Tp stgah ari jak. Lemah balik. Dgn org d skeliling lgsung xpeka. Myindir bkn2. Slh ka aku blik slalu pnat kn dri sndri utk jmpa hubby. Bln june aku lngsung teda rehat until 25th baru dpt rehat d rmh whole day. Aku snggup bkorban smta2 maw ada msa dgn hubby. Org len nda taw. Blik rmh tnguk muka laki. Pg ofis ks buruk laki. Manusiaaaaaa kn. Nahh komen ku pun ble wat 1 entry baru. Heheheh. Neway thnks ya for sharing the same feeling. :))))

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...