Monday, June 20, 2011

Jom Kahwin :: Edisi Selamat Pengantin Baru Maci Ija & Paci Jasmi

As Salam,

Haluuuuuuuuuu, aku kembali lagikkkkk dalam edisi Jom Kahwin. Last week, family sebelah Mr. Ejump datang KL untuk majlis betingkuang (sorry kalau salah eja) @ reception aunt Mr. Ejump, iaitu adik bongsu kepada mama Mr. Ejump. Wahhh sungguh panjang penjelasan itu. Hehehehe. Majlis ne adalah majlis untuk sebelah pihak lelaki dan diadakan di Kg  Janda Baik, Bentong, Pahang. Majlis di sebelah pihak perempuan telah pun selamat diadakan pada 4hb dan 5hb Jun lepas.

Aku akan story pasal wedding orang lain bila majlis itu ada kelainan, bila aku first time tengok adat-adat yang baru, yang buat aku teruja dan macam2 lagik. Hikhikhik. Mungkin orang lain rasa biasa sebab ada tempat dorang. Tapi bagi aku, banyak benda aku nda taw. Lagik pun masa kawen aku tiada adat-adat yang sempat dipraktikkan. Huhuhuhu.

So, hari tu tanggal 11 Jun 2011 kami bertolak dalam jam 9 pagi la dari KL ke Kg Janda Baik, Bentong, Pahang. Nda jugak jauh la, nasib la jugak. Buring bha lama-lama dalam bus. Sampai2 jak area Kg Janda Baik ne, memang dipenuhi homestay. Memang suasana kampong, best ne yang limbu-limbu ne. hehehehe. Masuk-masuk kawasan rumah, ada marhaban di luar rumah. Macam kita selalu marhaban masa malam berinai atau majlis sebelah malam la kan. Tapi di sini sebelum acara sanding pada tengah hari tu.
Menuju ke Pelamin utk acara potong jambul
Lepas tu acara yang ditunggu-tunggu, acara putung jambul. Bukan lah putung jambul untuk baby yang baru lahir tu. Tapi untuk pasangan yang baru kawen, dengan tujuan untuk memperkenalkan ahli keluarga lelaki kepada pengantin perempuan dan begitulah sebaliknya. So tradisi atau adat ne memang first time aku nampak. Bagus jugak kan, at least tau la pacik2 macik pasangan kita. Majlis tu, macam ne ahli keluarga lelaki akan merenjis dan potong cincin yang telah diikat di kepala pengantin perempuan, sambil emcee pada masa tu bagitau la, ini ibu ka, macik ka, adik beradik pengantin lelaki. Begitu jugak untuk pengantin perempuan. Masa tu aku dan Mr. Ejump nda taw pun kami wakil jugak memotong cincin tu. Hehehehe. Kira wakil anak buah, walaupun aku  baru jak jadik anak buah. Hikhikhikhik
Kedua mempelai
wakil keluarga pengantin perempuan utk acara potong jambul
Gambar aku paling besar sebab ne blog aku. hahahaha
Lepas tu ada berarak lagik, tp nda la jauh dalam kurang 50 meter gitu la. Pas tu ada orang bersilat, majlis sanding dan makan beradab. So on that day, aku belajar lagik adat-adat atau tradisi baru. Seronok jugak, berbaloi join rombongan. So lepas tu kami terus bergerak ke Genting Highlands, tapi  nda sempat main apa-apa, sebab kami sampai dekat jam 5 petang. Tinggal 1 jam jak masa, nda berbaloi la kan.

Last but least, Selamat Pengantin baru Maci Ija dan Pacik Jasmi. Memang secocok!!!! Lets enjoy some of the pictures taken.

Berarak~~~
Depan pintu gerbang
Bersilat derang ne
Gambar kenangan rombongan dari Sabah
Tapi kaum lelaki nya nda tau di mana. hehehe
Pose sebelum balik
Ohya, kalau perasan di mana ada camera di situ ada aku. hikhikhikhik. Sampai maci Mr. Ejump cakap, "Ko ne Jam, ambik gambar bini mu seja". hahahahahaha.

Cari di mana sayaa~~~~
saya ada di mana2
Selamat Pengantin nda berapa baru jugaaakk~~~~

3 comments:

  1. selamat pengantin lama kpd ted n ijam..haha..nnt klu suda beanak jd pengantin bangas suda mcm aku..hahaha

    ReplyDelete
  2. hahahaha...kepingin lg jd pengantin kunun kta ne.hahaa

    ReplyDelete
  3. hahaha..blum bangas lg baitu keyna...sparuh masak mo p bangas la..hahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...