Thursday, April 21, 2011

Keretapi Sabah

As Salam,


Sebenarnya, entry ne lama sudah aku maw tulis tapi tertangguh2. Makanya, tersimpan rapi lah gambar2 berkaitan dalam camera sedja. hikhikhik. Adalah dalam sebulan yg lepas, aku dan Mr. Ejump pegi cuba2 naik keretapi. Kami naik dari stesen Putatan turun di Papar. Dorang mama sama bapa mentua aku, naik kereta pegi Papar. Jadik berjumpa la di sana. hehehehe. Saja maw merasa.:))
excited beli tickets.
hahahah
Ok panjangggg nya q!!!

Ok, ini pandangan2 aku interior dalam keretapi ne memang class suda la. Nda la mcm dulu2 bha. Cantik, bersih, kemas dan macam2 lagik. Kira selesa la kalau naik. Cuma yg aku rasa pihak Jabatan Keretapi Sabah perlu tingkatkan ialah sistem yg sedia ada. Sekarang masih menggunakan tiket ala2 manila kad. Aku rasa kita boleh dapatkan sistem macam keretapi di Semenanjung, yg kasi masuk tiket dalam yg depan gate sebelum masuk atau keluar train tu. Nda la aku taw apa maw panggil nama benda tu, tapi paham jugak kamu kan. hehehehe. Tapi aku rasa memang ada rancangan bha suda tu, mustahil jugak maw selama nya gitu. Yg jadik masalah, sebab penumpang2 kalau maw keluar sama masuk main meluru seja. Meluru ne macam merusuh seja. Sekurang2nya kalau ada sistem macam aku cakap tu, ada pikiran jugak maw beratur. Jadikan rakyat yg berpikiran kelas pertama. :))
hahaha..
berabes ne menunggu.
Ok gambar jap b4 keretapi sampai

Pacikkkkkk, tepi la sikit nda nampak keretapi sampai!!!
Yeaah, da sampaiiii

Ok di dalam suda.
hikhik
Dari sudut positif yg lain, keretapi ne dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di jalan raya sekaligus mengurangkan sedikit kesesakan di jalan raya. Ramai orang naik keretapi ne untuk pegi kerja atau balik kampung. Memang niat kerajaan itu tepat la. Kemudahan tandas di stesen dan dalam keretapi pun memuaskan. Ohya, aku ada nampak di stesen tu kena tulis macam jadual perjalanan, harga tambang dan macam2 lagik yg ditampal di cermin untuk info para penumpang. Tapi, napa tulis tangan??? Komputer kan ada. Kalau siapa2 yg kerja di Jabatan Keratapi Sabah, mungkin boleh ajukan pada pihak yg berkenaan. Menegur untuk kebaikan, sebab aku bangga jugak ada keretapi di Sabah ne bha.
Suasana di dalam, ramaikannn

Harap maklum okkkk

Haluuuu, sy naik trainnn

Pemandangan2

laluan2 nya

Mana taw ini sebagai satu permulaan kepada pengangkutan awam yg lain2 macam monorel ka. Kita sebagai rakyat Sabah, seharusnya terus menyokong ya kawan2. Kekurangan yg ada tu mungkin satu percubaan. Lama2 mesti ada peningkatan. Terima kasih kerajaan Sabah kerana menyediakan kemudahan ini.:)) 
Ok da sampaiii

Tunggu mama dan bapa
hikhikhik

Notes :: Jangan lupa kalau orang muda2 tu, kasi duduk la yg warga2 emas, orang2 mengandung, kesian bha dorang. Cuba mama ka nenek kamu kena buat gitu. Kalau kita sayang mama dan nenek kita, makanya sayang jugak mama dan nenek orang lain, Bolehkan???? Bolehlahhhh~~~~

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...