Monday, April 25, 2011

Jom Kahwin :: Edisi Hadiah Pintu + Manisan

As Salam,

Lama suda aku nda merepek2 pasal cerita2 masa kawen aku kan. Niat tu ada tapi aku maw mencari bha dengan siapa2 aku order dulu. Cramp otak maw ingat, jadi aku sudahi dengan yg aku ingat jak la ya. Ok, masa aku kawen hari tu, aku banyak betul idea maw bagi apa sama tetamu yg datang. Macam2 hadiah pintu (doorgift) aku maw bagi, tapi tiada orang maw sponsor. huhuhuhuhu. Artis2 yg memang sudah kaya, kalau kawen kena sponsor, kami yg kureng2 ne teda ka maw sponsor. Haiishhhh napa aku merepek ne. Ok kembali kepada hadiah pintu aku. So, aku pilih la V-Box dari Ceria Kad Kahwin, sila refer dalam entry aku cerita pasal vbox dll.  Dalam V-Box tu kunun adalah isi lollichoc, gula2 sama keychain bantal2. Semua barang2 ne memang aku order dari sini. Jadi mengangkutlah aku macam santa claus hantar pergi KK. Bannnnnnnnyaaaakkkk betul!!!

Bila sudah kumpul2 semua barang2 ne, penuh rumah, almaklumlah rumah flat. hikhikhikhik. So, yg bertungkus lumus memasukkan doorgift2 ne adalah aku, kakak ipar ku dan ibu ku. Anak2 buah aku pun menolong, tapi tolong makan dan merosakkan V-Box2. Haisshhhhh, demi mengekalkan seri pengantin ku, aku nda maw marah2. hahahahahahahaha. Kooononnn!!! Mula2 dalam seratus pertama, ok lagik kami. Sekali sudah masuk 300 gitu, membebel sudah mama aku. haahahahahahaha. Dia bilang nda boleh kah bagi jak keychain tu macam tu jak. hahahahahaa. Aku ketawa2 jak. Layaaann jak la mak. Orang kawen bukan selalu. hahahahahaha. Ya la, mana lagik tu gula2 maw bungkus kecik2. Aku pun penat, macam bukan pengantin macam bibik bha aku rasa. Naseb aku kawen, kalau orang lain, lama sudah aku kasih tinggal. Pegi 1 Borneo lagik seronokkk! Huhhhhh

Ok aku start dengan lollichoc. Lollichoc ne ada dua tempat aku order. Satu yg ala2 bunga ros tu, tu bikin taruh dalam V-Box tu. Sebab kecik2 kan, tapi malangnya aku nda ingat sama siapa aku order. huhuhuhu. Aku ada order kuih raya lagik tu sama kakak tu. Semua untuk majlis aku. Sorry la kakak, thanks sebab susah payah carik rumah saya dekat Presint 11 tu. Huhuhuhu. Jasa mu dikenang kakak!!! Ne aku cerita lollichoc yg aku order yg bikin doorgift budak2. Kiuuttt betul lollichoc ne. Macam masa dapat tu kan, terus maw simpan sendiri. Sampai anak2 buah aku pun terbeliak2 mata tinguk benda tu.ahahahaha.  Ne kakak tu ada tulis entry pasal order aku order aku, glemeeeeeerrrrr yawwwww!!!! Banyak makanan2 sedap yg bikin kelabu mata di website kakak ne. Jangan lupa visit arrrrr, Dapor Pepel. Pepel gituuu.hahahahaha.

Purple + White jugak laaaa
Yg pakai spec tu aku suka. hahahaha
Ne kaka tu bagi free~~~
Pun nda sempat makan, suda jadi bahan tangisan anak2 buah aku
Redha jak laaa :(((
Ok mari kita pegi part keychain, keychain ne kaler purple jugak (cakap sambil shuffle2), gembira sebab purple. hahahahahahaa. Masa aku beli ada offer, kira murah lah. Dorang based dekat Kelantan, so dipos lah ke office aku di Putrajaya. Aku order dalam 400 ka 500, nda ingat sudah. Order macam sikit, ya la kawan2 aku ada order ribu2. Sekali sampai, pening jugak maw bawak balik. Hassihhhh. Teruskan, keychain ne aku ada simpan bha dua ka gitu, bikin kenangan. Sekarang aku nda taw sudah di mana. Di rumah Kepayan ka, rumah Sabindo ka rumah Putrajaya. Begitu la sekarang, aku pikir barang tu tinggal di rumah Kepayan, rupanya di Rumah Putrajaya. Nanti pikir tinggal di rumah Sabindo, rupanya di Kepayan. Begitu la sebaliknya. Adehhhh merepek lagik, maw backspace macam nda best pulak.hahahahahahahahaha. Di pendekkan cerita, visit Wesite Kazoku Jaya untuk macam2 lagik doorgift dorang. Pos sampai jugak, dont worry bebeh!!

Aku punya yg purple!!
Ala tiada gambar yg jelas lagik,
hikhik
bgne kalau close up
Tapi ini merah.
Aku punya purple

Errrmmm apa lagik, ohya aku ada order mcm cupcakes anda tart2 dari vanilla treats. Owner dia ne adalah junior aku masa study di Cosmopoint dulu. Memang aku tiada merasa semua yg aku order dengan dia ne. Sekali seminggu lepas kawen hari tu, aku pun balik lah kampung aku di Bongawan. Sekali tu kazen2 aku semua cakap cupcakes sama tart2 tu sedap betul. Yang betul2 kesukaan la bha dorang Dorang suruh lagik kunun aku orderkan. Amboooiiii banyakk chanteqqq!!! Bersyukur jugak aku la, nda salah aku order dengan c Ain ne. Ain ne owner la.hikhikhik. Masa Miss Bonon bertunang pun aku ada order cupcakes ada a gift to her dari c Ain. Pas ne aku maw order cheese cake dia yg soft2 tu. Belum lagik kesampaian. Tapun2. So, siapa2 la tengah cari manisan2 ka untuk any ceremony, cepat2 lah masuk Blog Vanilla Treats. Banyak pilihan di sana. o0oo0o0o cheese cakeeee~~~~

Ne la order aku masa kawen tu
Ini cupcake tu.
KS :: Khairulizam+Saerah
Pic Credit to Mr. Ejump's cuzzy

Masa Miss Bonon punya engagement ceremony

Ne yg lama suda aku idam2 kn
sponge cheese cake
slurrppppp
Selain tu aku ada order jugak gipang dr macik2 ku di Bongawan. Sama kuih2 kampung macam kuih lidah segala tu, ada kuih moden2, tradisi turun temurun pun nda dilupakan. Nanti mara macik2 aku. hahahaahaha. Yg gipang tu sama jugak aku kasi masuk dlm V-Box tu. Teda gambar sempat diabadikan.hikhikhik
Ok, aku maw cerita sikit, masa kami bungkus2 doorgift ne kan, macam banyak bha lebih tu V-box tapi macam keychain semua tu habis sudah. Gula2 nda tau berapa kali top up suda, jadi jalan terakhir kan, aku pegi bungkus kuih2 kampung tu dalam plastik2 kecik. Padahal kuih2 tu untuk hidang sama tetamu. Kuih2 macam kuih lidah, kuih cincin, kuih sarang semut. Pas tu packing dalam V-Box. huahuahuahuahu. Yg penting kita mesti bijak mengawal keadaan, terutama dalam masa2 kecemasan seperti ini. hahahaha. Anyway, semoga aku dapat memberi bakal2 pengantin sikit2 ilham dan idea. hehehehe. Enjoyyyyy. :)))


Read more...

Thursday, April 21, 2011

Keretapi Sabah

As Salam,

Sebenarnya, entry ne lama sudah aku maw tulis tapi tertangguh2. Makanya, tersimpan rapi lah gambar2 berkaitan dalam camera sedja. hikhikhik. Adalah dalam sebulan yg lepas, aku dan Mr. Ejump pegi cuba2 naik keretapi. Kami naik dari stesen Putatan turun di Papar. Dorang mama sama bapa mentua aku, naik kereta pegi Papar. Jadik berjumpa la di sana. hehehehe. Saja maw merasa.:))
excited beli tickets.
hahahah
Ok panjangggg nya q!!!

Ok, ini pandangan2 aku interior dalam keretapi ne memang class suda la. Nda la mcm dulu2 bha. Cantik, bersih, kemas dan macam2 lagik. Kira selesa la kalau naik. Cuma yg aku rasa pihak Jabatan Keretapi Sabah perlu tingkatkan ialah sistem yg sedia ada. Sekarang masih menggunakan tiket ala2 manila kad. Aku rasa kita boleh dapatkan sistem macam keretapi di Semenanjung, yg kasi masuk tiket dalam yg depan gate sebelum masuk atau keluar train tu. Nda la aku taw apa maw panggil nama benda tu, tapi paham jugak kamu kan. hehehehe. Tapi aku rasa memang ada rancangan bha suda tu, mustahil jugak maw selama nya gitu. Yg jadik masalah, sebab penumpang2 kalau maw keluar sama masuk main meluru seja. Meluru ne macam merusuh seja. Sekurang2nya kalau ada sistem macam aku cakap tu, ada pikiran jugak maw beratur. Jadikan rakyat yg berpikiran kelas pertama. :))
hahaha..
berabes ne menunggu.
Ok gambar jap b4 keretapi sampai

Pacikkkkkk, tepi la sikit nda nampak keretapi sampai!!!
Yeaah, da sampaiiii

Ok di dalam suda.
hikhik
Dari sudut positif yg lain, keretapi ne dapat mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian di jalan raya sekaligus mengurangkan sedikit kesesakan di jalan raya. Ramai orang naik keretapi ne untuk pegi kerja atau balik kampung. Memang niat kerajaan itu tepat la. Kemudahan tandas di stesen dan dalam keretapi pun memuaskan. Ohya, aku ada nampak di stesen tu kena tulis macam jadual perjalanan, harga tambang dan macam2 lagik yg ditampal di cermin untuk info para penumpang. Tapi, napa tulis tangan??? Komputer kan ada. Kalau siapa2 yg kerja di Jabatan Keratapi Sabah, mungkin boleh ajukan pada pihak yg berkenaan. Menegur untuk kebaikan, sebab aku bangga jugak ada keretapi di Sabah ne bha.
Suasana di dalam, ramaikannn

Harap maklum okkkk

Haluuuu, sy naik trainnn

Pemandangan2

laluan2 nya

Mana taw ini sebagai satu permulaan kepada pengangkutan awam yg lain2 macam monorel ka. Kita sebagai rakyat Sabah, seharusnya terus menyokong ya kawan2. Kekurangan yg ada tu mungkin satu percubaan. Lama2 mesti ada peningkatan. Terima kasih kerajaan Sabah kerana menyediakan kemudahan ini.:)) 
Ok da sampaiii

Tunggu mama dan bapa
hikhikhik

Notes :: Jangan lupa kalau orang muda2 tu, kasi duduk la yg warga2 emas, orang2 mengandung, kesian bha dorang. Cuba mama ka nenek kamu kena buat gitu. Kalau kita sayang mama dan nenek kita, makanya sayang jugak mama dan nenek orang lain, Bolehkan???? Bolehlahhhh~~~~

Read more...

Tuesday, April 19, 2011

Akhirnya Kami Menjejakkan Kaki Di Bumi Melaka Yg Dipenuhi Sejarah :))

As Salam,

Actually aku dan Mr. Ejump lama sudah plan maw pegi Melaka. Dalam perancangan bulan Jun gitu lah, lepas macik Mr. Ejump kawen. Dijadikan ceritera, jeng jeng jeng. hahahhaaha. Kalau kamu ada baca entry aku sebelum ne, I Am Mom To Be, But......, ada aku selit2kan aku ada pegi Melaka. Sebenarnya, ini percutian untuk mama & bapa mentua aku dgn adik ipar aku. Tapi last minit kami menyelit.haahahha. Mr. Ejump kan memang ada dengan aku di Putrajaya. Hari yg bapa mentua dan adik ipar aku datang, kami ne kunun maw pegi jumpa jak la, bermalam satu malam di KL pas tu balik Putrajaya. Sekali terikut pulak, lagik pun aku sihat sudah. Tapi nda jugak aku jalan geragas2 bha. hehehehehe.

Baru tu, mana ada baju banyak kami bawa, maw patah balik Putrajaya jauuuuhh tu ginngg. Apa lagik shopping la di Sogoo. Kamu pernah dengar kah lagu Sogo? hahahahahha. Soooogoooo~~~~~.  Ok aku memang suka merepek2 kalau sudah menaip. Masa di Melaka, kami sewa kereta, terer kan Mr. Ejump. Dia buat mcm KK jak. Syabassss!!!! Yang spoiled nya, mana ada bawak camera DSLR. Bha bukan dirancangkan. huhuhuhu. Nda pa la. Gambar2 ne dr camera Sony aku jak. itu pun teda bawak charger. Yg memang sentiasa ada dalam handbag. huahuahuahu.As usual, aku nda suka tulis panjang2, enjoy all those pictures!!!!

Menyempat sebelum nek train pg KL Sentral
Husssiinnn ~~~~~
Hallluuuuu 

Muka2 hyper suda ne.
hahhaha
10 April 2011!!!
hikhikhikhik
selamat ari jadeyyyy
Happpy kunun.
Lupa sudah dia bininya sakit.
hahahahah
Ibu mertua ku, adik ipar, aku
ermmmm, nda ingat aku apa nama tempat ne.:))
depan sungai Melaka
Aku suka hotel ne
wink2 :)))
Ejump sparrow dia bilang
The beginning of day 2 @ Malacca
entrance zoo melaka
us
Nda sampai setengah jam lunch, suda cari snek lg.
wellll~~~~
Lupa suda apa nama mall ne.
huahuahu
@ Melaka Sentral
Utk gambar jak, belum brane angkat berat2.
@ Terminal Bersepadu Selatan
sangat teruja berada disini, macam airport.
maafkan kekampungan aku.
hahahah
Notes :: Makasih ya mama dan bapa mertua ku untuk percutian ini. hikhikhik. Thanks for the sweet memories. 

Read more...

Monday, April 18, 2011

Selamat Ulang Tahun Kelahiran Cik Nadrah Audya Abd. Karim !!!!!

As Salam,

Ini adalah special entry buat sahabat aku yg tercinta, Miss Baby. Jarak tarikh birthday kami nda jauh, 3 hari jak. Dia 13 April, aku 10 April. Jadi aku masi kakak, jadi aku mesti maw ulun2. hahahahaahaha. Aku masih berkuasa. Entry ne sepatutnya on time bha 13hb hari tu, namun apa daya, 13hb aku baru balik KK. hikhikhik.

So, Cik Nadrah Audya Abdul Karim, selamat ulang tahun ke 24 tahun. Macam aku maw ber shuffle bha. Kita kawan dari umur 7 tahun lagik. Sekarang 24 sudaaaaaaaaaa!!!! Jadi, teruskan kejayaan anda ok. Biar apa orang cakap, jangan paduliiii!!!!! Biar susah sekarang, yg penting masa depan terjamin. Ingat!!!!!! Bila berjaya nanti, jangan lupa pada ibu bapa anda. Aku sama c noreen pun jangan lupa. hahahahahaha. Kami maw yg big2 kalau ko sudah kerja tetap nanti arr. Aku ko nda boleh mintak big2, sebab aku sudah kawen.hahahahahahahahah!!!

Dulu masa sekolah, selalu kami celebrate bday pas tu tukar2 hadiah. Tapi bila 18 tahun jak, bila masing2 suda bawak haluan masing2, aku study sini, Miss Baby di Sarawak, Miss Bonon di Perak pas tu pindah Sarawak. Tiada sudah any celebration kan. Tunggu lah umur 30 kali arr...Wait and see bebeh. Kadang2 rindu zaman remaja2 kami dulu. huahuahuahu

So, aku maw orang percaya bha yg kita beul2 berkawan dari kecik. So, ini buktinya. Enjoyyyyyyy kawan2 pic kami dari kecik lagik. Kiut2 kan. wakakakaakakakakakak. Padahal, pandai naik bola roma aku tinguk gambar2 kami ne.hahahahahah


Miss Baby dari kecik lg mmg pandai menari
Zaman Tunas Puteri :: Darjah 4 (1998)
sepa sebelah miss Baby tu?
hahahahahahaha
Open Hse raya utk kwn2 di rumah aku.
Form 4 (2003)
wiff ruffedge.hahahaha
form 3 (2002)
Celebrate beday noreen
Lupa suda, mcm pas SPM ne.

Hari Raya 2010
Masa majlis hantar berian aku
Mereka kesayangan ku !!!!
Berubah ka muka kami????hikhikhik. Aku cover2 bha gambar zaman dolu2 yg nda pakai tudung, sekarang pun Miss Baby sudah pakai tudung, Alhamdulillah. Oleh kerana beday aku pun baru jak berlalu, aku bagi kamu semua tinguk sikit2 gambar masa aku kecik masa beday aku.hahahahahahah. Kira adil lah sama Miss Baby. Sama2 kita berhambur. Walaupun aku rasa kasi masuk gambar2 ne, sama macam percubaan membunuh diri.hahhahahahhahaha.

Rasanya darjah 5 ne (1998)
aaaauuwwwwwww
mcm belum tadika lagik ne.
Baju aku jugakkk laaa
haahahahah

Notes :: Miss Bonon @ Noreen, jangan telampaw ketawa. Birthday ko nda lama lagik.hahahahahahaha.. Gambar2 ko pun ada dalam simpanan aku bha...:)))
Read more...

Saturday, April 16, 2011

I Am Mom To Be, But.......

As salam,

Rindunya aku maw menulis@menaip2 di blog ne. Buat yg ternanti2 new entry dari aku atau tetanya2 apa yg sebenarnya berlaku pada ku, let me story2 to ols.hikhikhik. Ada yg tertanya2, sakitkah aku? Thanks buat yg hantar message di FB dan direct to my number. Terharu aku.:))) Sebenarnya banyak suda bahan aku simpan untuk dijadikn modal dalam blog aku ne. Tapi kita berabis merancang, tapi ingatlah Allah itu sendiri ada rancangan Nya untuk kita. Rancangan yg InsyaAllah, terbaik. Macam serius kn entry aku kali ne. Huhuhuhuhu. Serius jugak lah. Let me start bebehhh!!!! Ok before that, tahukah kawan2 aku tulis entry masa dalam flight on the way to KK. So terbuktilah betapa aku riiiiinnduuuu maw menulis di blog ne.hehehehe. Ok ne kali betul2 mula sudah.hahahhahaha. Tap aku habiskan di rumah la. Ok start suda ne.

Tanggal 24 Mac 2011, genap 6 bulan usia perkhawinan aku dan Mr. Ejump. Cepatkan masa berlalu. Macam baru semalam akad dilafazkan. ecececeecehhh. I love u abg!!!! Dan hari tu jugak aku taw yg aku pregnant masuk 4 minggu. Ada orang pernah cakap dgn aku, kalau aku pregnant, itu satu keajaiban, sebab aku berjauhan dgn Mr. Ejump.   So, keajaiban betul2 sudah terjadi. Atau lebih tepat kekuasaan Allah yg Maha Kaya. Masa aku buat UTP tu, hari Khamis malam lepas balik dari Alamanda. Misti maw pegi beli pregnancy test dulu kan. Hikhikhikhik. So, hari Jumaat ambik time-off pegi Klinik Kesihatan untuk kasi confirm. Yesssss, confirmed and doc suru datang 2 minggu lagik untuk buat buku. So, petang lepas kerja, aku balik KK. Doc cakap aku ok, aku stabil utk naik flight. Baliklah aku membawa khabar gembira buat keluarga.


Sila baca dengan nada gembira ya kawan2. Hehehehe, padahal susah betul aku maw tulis entry ne jadik something yg orang will laugh as usual. Adakah yg ketawa???. Huahuahuahua. Aku nda suka bha tulis benda yg sedih2 atau membuat orang lain sedih dan simpati sama aku. Aku ok ya kawan2. Ok Ted terussssssskan. :)))
So, sampai KK aku still sihat, cuma lemaasssszzzz sikit. Biasalah with sikit fever, cough, and flu. So doc bagi MC campur cuti sendiri. Seminggu jugak lah aku di KK. Hari Ahad baru balik Putrajaya. So Isnin tu pegi kerja mcm besa, tp sangat lemas. Sudah betul maw bangun. Tp aku pikir, "alaaa, masih penat naik flight kali kan...". Lepas kerja aku pun pergi Alamanda, beli barang dapur, aku memang minggu2 beli barang dapur. Kebetulan lagik aku suda seminggu balik KK, teda stok makanan aku. Then balik cuci segala baju yg amat2 banyak. Very tired at that moment but did I have any choice?? Besoknya, aku pikir maw time-off sebab maw ambik ibu mertua ku di airport, mama datang sebab ada konvensyen dekat Subang, mama bermalam sehari di rumah aku, sebelum bertolak ke Subang pada besoknya. So, dijadikan cerita, sampi office, aku pun turun pergi cafe beli breakfast, masa tu ku rasa macam ada 'air' keluar dari 'bawah', dalam hati, "biasa jugak ne, ada aku baca kalau org pregnant selalu rasa kebasahan". Tapi, lama rasa basah tu sampai ke paha. Aku naik office then cek di toilet. Ya Allah, I was bleeding. Oleh kerana, nda ramai org di office taw aku pregnant, aku panic sendiri2. Calling Mr. Ejump apa yg patut aku buat masa tu. Masa tu memang keluar jugak airmata, sebab takut. Afraid of what will happen next.

So, aku kuatkan hati, cari 1 orang officemate yg sangat aku biasa, Kak Lyn, asked her what supposed I do. She' s married with 3 sons. Dia pun cakap, pegi clinic cepat2, sometimes benda tu besa, tapi ada jugak yg luar biasa.So, aku gagahkan diri pegi Klinik Kesihatan Putrajaya dgn taxi. Sampai2 jak giliran aku maw 80 gitu lagik. Aku mcm maw berlakon kapar2 kesakitan bha di sana, supaya kena kasi dulu aku.huahuahuahu. Tapi aku just selawat banyak2, baca surah2 yg aku hafal sebab aku nda taw lagik macam maw kasi hilang rasa sakit tu.Bila aku kena panggil, doc periksa aku, scan and all that, for the first time ada heart beat. Doc cakap ada heart beat dan kantung. So u are still there bebeh at the momet. Then aku dapat MC sehari, aku balik rumah, rehat kejap then pegi airport ambik mentua aku. Sakit rasa maw membuang tu datang kejap2, mcm setengah2 jam gitu lah. Aku cerita dgn mama what happen to me, kena mara lagik sebab sudah bleeding berjalan lagik. Huhuhuhuhuhu. Then sampai rumah, contraction makin kerap. Sampai lah ke malam. Sakit nya, sampai berjalan pun rasa sakit. Maw batuk pun sakit. Ya Allah, itu jak mampu aku cakap balik2. Tp aku rasa bersyukur sangat masa tu ada mama kasi kawan aku. At least ada org tengok aku. At least, I felt very comfortable.

Mr. Ejump di KK was trying so hard to meet me. Aku tahan jak, sampai besok, this time aku pergi Hospital Putrajaya, mentua kasi kawan. Housemate aku yg hantar. Before that aku pergi Klinik Kesihatan Putrajaya la, then doc scan, uterus seems empty then kena refer emergency di hospital. So bergegas naik taxi, sampai sana kena refer lagik di EPAU (Early Pregnancy Assesment Unit). satu tempat orang beranak arrrrr. Kuurrrr semangat aku. Sikit masa lagik Mr. Ejump sampai dr KK. Bila aku kena panggil, aku sudah mula menggigil. Aku nda taw sama ada aku kesakitan yg amat atau takut yg amat. So doc suru tukar kain, kasi masuk 1 benda dr bawah, saaakkkkiiiiittttttt!!!!! Then doc jumpa something macam daging, kecik sikit dari bola golf. Pas tu masuk lagik 1 benda utk scan. Doc cakap rahim aku suda nipis,  macam org yg tidak pregnant. Sedihhhh tu ada, tapi maybe pikir yg kesakitan tu. Aku pikir nda apa la, yg penting aku maw sihat macam dulu. Then doc ambik darah, itu aku masih boleh tahannnn. Walaupun macam maw cakap, "enouggghhhhhhh!!". Lepas tu nurse cakap maw cucuk paha. Arrggghhhhhhhhhh. Nurse tu cakap, "sakit sikit ne arrr, ada rasa sengal2". Bukan sikit sakit nya aarrrrr!! Berabis aku teriak, "sakittttt...sakkittttt". Fuuuuhhhhhh!! Nda boleh aku terima, paha bha kena jarum. Keluar dari bilik tu, then I saw my hero was there, sititng behind his mother. Macam maw menangis jak. "Abg, saaaaakkkiiitt sangattttt!!!".  But control bebehhhh. Huhuhuhuhu

Dgn beg besar sikut2 tu trus pegi hosp.
Yg ne pic di Terminal Bersepadu Selatan.
Then we return pegi rumah aku, ibu mertua ku pulak terus pegi Subang, kira tukat syif jaga aku. Hehehehe. Then bermula la kesakitan2 itu. Contraction masih ada. So, aku banyak tidur, semua Mr. Ejump buat. Thanks abg. Bila aku buka mata jak, aku harap sakit2 tu hilang lah, tapi masi lagik rupanya. Sakit rasa macam maw membuang dan sakit belakang yg amat2. Orang cakap macam senggugut. Aku nda pernah rasa senggugut, so aku baru taw siksa nyaaaaaaa. Rasa macam maw tercabutttt tu pinggang. Keluar jugak airmata sekali sekala, sebab terpikir kalaulah sakit ne berterusan. huhuhuhu. Aku sedih jugak bila Mr. Ejump dtg jauh2 tapi terpaksa masak, cuci baju, beli barang dapur, jaga aku dan macam2 lagik. Hari Selasa tu dia habis kerja dalam jam 1 pagi, besoknya dia ambik first flight lagik untuk jumpa aku. Aku ne cepat betul rawan hati aku. Tahukah apa erti rawan?? huhuhuhuhu. Macam cepat touching la.Nampak aku ganassszz tapi dalam hati aku ada taman.Hahahahaha. Yang lucu2 Mr. Ejump paksa lagik pakai stokin. Betul2 macam orang berpantang. Aduhhh!!! Doc called dalam hari Selasa tu, ujian makmal sudah sahkan aku memang keguguran. So doc cakap baliklah KK berehat banyak2. :)))

Teman2 ku selama sakit.
Salonpas :: pengubat sakit pinggang ku. If nda susa maw tidur
Yg bekas putih tu dr hosp :: ubat tahan sakit
Vicks sapu & inhaler :: aku diserang selesema dan sesak nafas yg teruk
Kenapa aku cepat sihat??? Sebab aku lawan rasa sakit tu. Aku pikir yg aku mesti sihat, sebab aku maw ikut Mr. Ejump balik KK. Sekali bukan seja ikut balik KK, join sekali family vacation to KL and Melaka. hehehehehe. Ok itu nanti aku cerita. :)) Lagik pun Allah itu Maha Adil, menguji hamba Nya ini. Rasa sakit yg Allah berikan itu, rupanya ada manisnya, aku dapat dekat dgn Mr. Ejump dan juga family. Dapat cuti sama2. Sebab plan awal, bila mama & bapa mertua dan adik ipar aku pegi bercuti2, aku balik KK kasi kawan Mr. Ejump di rumah. Tapi sudah jadi begini, berkumpul lah satu keluarga. hikhikhikhik

Ada mcm sakit ka???
hikhikhik
Tidak sedihkah aku???Hampir 6 minggu 'DIA' menumpang di rahim ku, memberi pelbagai rasa yg susah maw di tafsirkan. Menimbulkan sejuta kesyukuran di hati kami. Walaupun sekejap, syukurrrrr ya Allah. Persinggahan mu sayang membawa seribu satu erti yg akan aku kenang sampai bila-bila. Allah menguji hamba-Nya kerana sayang. Alhamdulillah, Allah ingat akan hamba-Nya seorang ini. Kawan-kawan doakan aku terus sihat untuk cahaya mata seterusnya, walaupun bukan untuk masa terdekat tapi untuk masa depan. Doakan aku dapat transfer cepat-cepat, sekurang-kurang bila aku kurang sihat ada jugak orang maw tengok-tengok aku. Mama aku orang yg paling risau, anak kesayangan nya sakit tapi dia nda boleh jaga. Setiap kali mama call I will pretend that I am okeyyyy. I am fine. Ma, orang besar sudah, jauh lagik. Sakitkah, peningkah, laparkah, malaskah, orang tahu sudah jaga diri. Tiada lagik macam-macam dulu. Kalau sakit dilayan macam raja. huhuhuhuhu.

To all friends, thank you very much for the concern ya. Kalau ada maw tanya apa2, just PM me, aku sudi berkongsi. Tiada salah nya. :)))


Aku sihatttttt bhaaa!!!!

Read more...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...