Sunday, February 20, 2011

Mari Belajar Bahasa Sabah

As Salam,


Tiba2 aku terpikir maw buat entry pasal bahasa Sabah yg selalu digunakan. Since aku kerja di Semenanjung, maybe aku bolehlah share sikit2. Mana taw nanti ada yang pegi Sabah dan dengar perkataan2 ne. Tp di Sabah kami tiada bahasa yg standard mcm di Sarawak, kami cuma menggunakan Bahasa Melayu biasa cuma ia sedikit keras dan baku. Namun, masih ada beberapa perkataan yg mungkin hanya digunakan di Sabah.



Anak2 murid semua, Cikgu Siti sudah maw mulakan pembelajaran. Sediakan pen dan kertas ok. hikhikhik. Untuk memudahkan pemahaman, Cikgu Siti akan sertakan tiga perkara, iaitu, perkataan, maksud dan contoh penggunaan.Oya, sila baca ayat dalam dialek Sabah baru menjadi. Selamat mencuba. hahahaha

Perkataan 1:
Perkataan :: Gerigitan
Maksud :: Geram
Contoh penggunaan :: Cantiknya baju di kedai tu, bikin gerigitan ne.

Perkataan 2 :
Perkataan :: Limpang
Maksud :: Baring
Contoh penggunaan :: Lepas makan ne, siyuk betul kalau dapat limpang2.

Perkataan 3:
Perkataan :: Lidut
Maksud :: Lambat
Contoh penggunaan :: Si Pija kalau di suruh kemas rumah, lidut betul. Nda tau la macam mana kalau kawen   

Perkataan 4:
Perkataan :: Tapuk
Maksud :: Sembunyi
Contoh Penggunaan :: Siapalah tapuk dompet aku ne, habis sudah satu rumah aku cari ne.

Perkataan 5:
Perkataan :: Limpas
Maksud :: Lalu
Contoh penggunaan :: Kemarin aku limpas depan rumah kau, tapi malas pulak aku maw singgah

Perkataan 6:
Perkataan :: Amai 
Maksud :: Tangan yg tidak pandai diam untuk mengacau barang2. Selalunya ditujukan kpd budak2.
Contoh Penggunaan :: Amai betul tangan c Dania ne, abis semua mekap aku di bungkar .(selongkar)

Perkataan 7:
Perkataan :: Bubut
Maksud :: Kejar
Contoh Penggunaan :: Maghrib suda ne, berenti la kamu main bubut2 tu.

Perkataan 8:
Perkataan :: Berjurit
Maksud :: Tumpah atau lebih tepat bertumpahan.
Contoh Penggunaan :: Kalau makan tu bagus2 jangan berjuritan.



Sebahagian bahasa tu berasal dari Bahasa Brunei jugak. Okey sampai sini dulu. Lain entry kita belajar lagik k..:))




2 comments:

  1. wahhhh, cikgu Siti dah masuk kelas.....
    bertapuk semua....

    ReplyDelete
  2. Maw kena rotan ne kalau men tapuk2.. Hikhikhik

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...