Wednesday, February 16, 2011

Langkawi :: Day 2

As Salam

Hari ke dua di Langkawi adalah hari yang paling seronok sekali. Island Hopping!!!! Aktiviti yang paling aku nanti-nantikan. Bangun awal prepare baju-baju untuk lepas mandi dan paling penting makanan. Aku prepare sandwhich jak dan bawa sikit junk food dan air. Kami akan pergi tiga pulau time islang hopping ne .Bayaran untuk island hopping ne RM 25 jak seorang. Time kami naik boat tu, boat tu lebih muatan. Ada dlm 16org..Alhamdulillah, tiada apa-apa kejadian tidak di ingini berlaku.

So kami pun kena pick up dari hotel lobby. Aku pikir jauh jetty rupanya dekat sangat. Jalan kaki memang sampai lah. Memang jetty masa tu busy sebab semua maw pegi islang hopping. Dengan ada family day lah kem bina semangat lah. Nda termasuk lawatan sambil belajar. Fuuhhh memang sesak. Maw dijadikan cerita ada satu group ne tengah check list nama-nama. "ok group lain dah boleh gerak, group Sam yang paling last gerak ok". lepas tu ada sayup-sayup terdengar, "alaaaaa Sam takdeee". Lepas tu kecoh lah mereka mencari insan bernama Sam ini. Aku layan kecoh-kecoh ne sebab belum turn kami lagik naik boat. Ok sambung. Tiba-tiba dari jauh dah kecoh, "ne arrr Sam kat sini". Bila aku toleh terus macam darah di muka aku pelan-pelan down. Shaiezy Sam lah. Masa tu Mr. Ejump nda kenal pun so tiadalah gambar yang sempat di abadikan walaupun aku berlari ke jetty mengejar dia. Cepat jak dorang naik boat.

Penjelajahan bermula



Destinasi pertama adalah Pulau Dayang Bunting. Memang excited aku maw pegi sini. Tinguk bukit (bukit ka gunung ar??) yg bentuk macam perempuan sedang baring. Subhan'Allah, terpegun. Selalu men google jak, ne depan mata sendiri. Tapi masa kami tu ada group yang mcm family day ka apa. So penuh dgn dorang jak wif green shirt ne. Nda privacy langsung. So aku mmg nda pandai berenang, so first time la masuk air yang aku nda dapat rasa kaki aku pijak benda. Tp pakai life jacket la (sewa RM:5).Kira pencapaian dlm hidup lah jugak.hahaha. Org cakap kalau maw pregnant boleh berendam dan minum air dari tasik tu. Wallahu'alam.



Ne baru sampai. Untuk ke tasik perjalanan masih jauh.
Ani c Awg bunting. :))
Jaaaaauhhhh betul aku berdiri maw dpt angle ne. huh

Ne la munyit yg rampas sandwhich aku.
Sabar jak aku.
LS sgt comel.
Monkey pun nda maw lepaskan peluang jumpa artis.
Aku teriak, "Sam, tengok sini". Sambil tunjuk camera
yg Mr.Ejump pegang. Ngeehhh
Kami teruskan pulau seterusnya dgn rasa kecewa sebab dorang Lisa dan Sam muncul selepas kami sudah berada dlm boat. Haaaissssh. Persinggahan kami di Pulau Singa Besar hanyalah untuk tengok helang makan. Bab ne aku nda lah teruja sangat. Tp Mr. Ejump sukalah boleh snap2 gambar. Sekali tu ada lagik Lisa Surihani, Shaiezy Sam dan Faizal Ismail. Tapi, masing2 dlm boat. Dpat ambik gambar jak la.tapi sangat dekat okeyyyyyy. Boleh lumpat jak ne. Abg boat kami mmg sporting. So, aktiviti ambil gambar helang telah bertukar ambik gambar selebriti2 ne. Best! Best! 



Bannnnyaaakkk betul helang
Ne helang ka jugak?heheh
Dorang tengah photoshoot ne.
Lepas tu kami pegi destinasi yg terakhir, Pulau Beras Basah. Di sini lebih teeenannng dan best. Apa lagik berendam la berabisz tp nda puas. Masa diberikan 1 jam jak. Memang santai laah. Relax betul. Hilang masalah2 mahu pun stress segala.



Nampak sgt mandi di sipi2 jak.
Both of us nda pandai berenang.hahaha



Nyaman betul. 1 jam nda cukup.
I want more. Plszz
Sedap betul mkn sandwhich tuna kalu baru pas berendam.
lagik2 kalau di tengah2 pulau. :))

Pas tu kami nda jumpa dorang Lisa lagik. huhuhu.. Then kamii balik jetty and terus pegi hotel. Rehat dlm 1 jam then keluar lagi. Perut perlu di isi. Masa masuk restoran maw makan, aku kelam kabut ambik makanan sekali cash aku dah abes dan dompet Mr. Ejump tetinggal kat hotel. Terpaksalah dia patah balik ambik, aku pulak teruskan makan since perut aku nda boleh tahan.hikhikhik. Ampun ya!!!!




Entrance Underwater World Langkawi

Ada seal show tym ne.
Tp bkn yg ini seal nya. hehehe
Ok saya suda mulai buhsan!!
Entrance Makam Mahsuri
Lupa suda aku apa ne.
Tp stil in Makam Mahsuri Area
Sekitar Makam Mahsuri
Lepas makan tu, kami pun singgah la Underwater World Langkawi. Fee dia RM 28 seorg tp misti tunjuk MyKad. Pas tu singgah Makam Mahsuri. Boleh2 la tempat ne. On the way balik dari Makam Mahsuri tu sempat singgah beli pisang goreng dan sukun goreng. hehehehe. Pas tu ada lah jugak kami singgah pasar malam beli mknn. Then balik hotel.


Besoknya kami cek out dlm jam 9 am gitu then bergegas ke airport. Ada problem sikit la kat airport menyebabkan kami terlepas 2 flight ke KL. Dpt flight pulak yg delay nda taw brapa kali. Mcm2 aku makan menghilangkan boring, baru tu tempat berlepas ada 1 kedai jak.huahuahuahua...nangesss aku.


ne nda taw yg keberapa kali mkn daaaaa


Then smpi KL, kami bergegas pulak ke Putrajaya ambik beg sebab kami taw byk brg lagik maw beli. Pas dr Langkawi kami stay di KL utk 3 hari 2 mlm. A day before pegi Langkawi pun kami stay KL jugak. Then baru lah balik KK. Panjangnya perjalanan kami. Tired!! But as long as I'm with him, I'll be wookey...muahahahaha


Notes :: Pegi Langkawi misti pegi Island Hopping. Tidak menyasal punya laaa.:)))

1 comment:

  1. Hеllo, I think your blog might be having brοwsеr compаtibilitу issues.
    When I looκ at your website in Opera, it looks fine but ωhen opеnіng in Internet Exploreг, it haѕ ѕome overlapping.
    I juѕt wanteԁ to give you a quiсk heads up!
    Οther then that, very good blog!

    my sitе; simple wood projects

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...